MGID

Individu, syarikat tersenarai dalam Panama Papers perlu disiasat


charlessantiago
KLANG, 13 APRIL: Satu siasatan bebas dan terperinci perlu dilakukan ke atas individu dan syarikat dari Malaysia yang tersenarai dalam pendedahan dokumen firma guaman Mossack Fonseca atau Panama Papers, agar masalah pengelakan cukai dan pengubahan wang haram dalam negara ini dapat diatasi.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata siasatan itu penting bagi mengenal pasti setiap pihak yang mungkin menggunakan syarikat rahsia di luar negara untuk menyembunyikan kegiatan jenayah berunsur kewangan atau aktiviti tidak sah.
“Memang tidak salah untuk mana-mana pihak mempunyai syarikat di luar negara asalkan ia berdaftar, tetapi banyak syarikat rahsia luar pesisir di seluruh dunia digunakan untuk tujuan tidak sah, termasuk penipuan, pengedaran dadah dan pelarian cukai.
“Jadi, saya tidak faham bagaimana ada menteri, ahli politik dan golongan elit UMNO yang tidak sedar akan hal ini dan mengatakan siasatan ke atas individu didedahkan oleh Panama Papers tidak perlu dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, kenyataan dari pihak UMNO itu tidak wajar memandangkan Malaysia tersenarai sebagai negara yang mencatatkan purata aliran kewangan haram kelima tertinggi di dunia sepanjang dekad ini – membuktikan bahawa ia merupakan masalah besar untuk negara.
Sebelum ini, kata Charles, Global Financial Integrity (GFI) melaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004.
Malah, beliau menambah, agensi itu mendedahkan pada tahun 2013 sahaja, negara kehilangan sebanyak AS$48.25 bilion (RM187.12 bilion).
“Aliran keluar modal haram itu berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.
“Oleh itu, siasatan terperinci terhadap pendedahan Panama Papers itu penting agar kerajaan dapat mengatasi masalah aliran kewangan haram di negara ini. Kerajaan harus buktikan bahawa mereka serius dalam membendung masalah tersebut,” katanya.
Charles turut menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low baru-baru ini bahawa tidak salah untuk mana-mana pihak mengelakkan cukai dengan memindahkan aset ke luar negara, asalkan pendapatan mereka bukan daripada sumber haram.
Menurutnya, terdapat 2300 nama individu dan syarikat Malaysia dalam Panama Papers, termasuk nama anak-anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Mahathir Mohamad, justeru sebarang pengelakan cukai, pelarian cukai dan pengubahan wang haram akan menjejaskan ekonomi dan pendapatan negara.
Katanya, Gabungan Tax Justice Network (TJN) menyatakan bahawa RM125.1 trilion disembunyikan di syarikat-syarikat luar pesisir dan ia cuma mengambil kira 10,000 orang.
Dengan jumlah sebanyak itu, tambah beliau, sukar dibayangkan berapa banyak sumbangan terhadap ekonomi negara dan kemudahan awam yang dapat dilaksanakan.
“Cuba kita fikir, berapa ramai rakyat susah yang dinafikan hak mereka untuk menikmati kemudahan kesihatan, makanan dan pendidikan tinggi hanya kerana pengelakan cukai oleh individu dan syarikat-syarikat tamak ini.
“Adakah adil jika semasa rakyat biasa semakin ditekan dengan pelaksanaan cukai seperti GST, golongan kaya dan elit pula dibenarkan untuk menyembunyikan kekayaan mereka di luar negara?” katanya. – Roketkini.com

Asalkan ia siaran langsung, DAP setuju debat Guan Eng-Rahman Dahlan


160413-PC Anthony Loke
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: DAP hari ini bersetuju untuk mengadakan debat tentang tanah Taman Manggis yang dikaitkan oleh Barisan Nasional dengan pembelian rumah Lim Guan Eng, dengan syarat ia disiarkan secara langsung (live) di TV3 atau TV1 pada 19 April depan.
Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, keputusan itu adalah susulan daripada cabaran yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Menteri UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mengadakan debat.
“Sebelum ini mereka (pihak Rahman) mencadangkan supaya debat berkenaan diadakan pada 23 April, tapi saya berpendapat ia terlalu lewat memandangkan Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi saya cadangkan lebih awal (19 April).
“Pada 9 April lalu Setiausaha sulit Rahman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya untuk mengadakan sesi debat berkenaan pada 19 April di TV3. Kami setuju, Asalkan ia dijalankan secara langsung, itu syarat kami,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini pagi ini.
Bagaimanapun, menurut Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban, jika TV3 tidak bersedia untuk menyiarkan debat berkenaan secara langsung, pihaknya akan kembali kepada tawaran yang diberikan TV1 sebelum ini.
Beliau menambah, TV1 bersedia untuk menyiarkan debat berkenaan secara langsung di studio RTM pada tarikh yang sama.
“Kami telah bersedia untuk 19 April nanti. Ia mestilah selepas slot Buletin Utama dan harus disiarkan secara langsung.
“Setakat ini, tiada respons daripada TV3. Saya sudah cuba untuk menghubungi pegawai Rahman tetapi mereka ke luar negara.
“Satu-satunya yang tidak kami bincangkan lagi adalah mengenai format debat berkenaan dan siapa akan menjadi moderator,” katanya, menambah ia haruslah dijalankan selama satu jam atau lebih.
Malah, menurutnya, DAP juga tidak akan membantah jika debat secara langsung itu diadakan tanpa penonton di dalam studio.
Dalam pada itu, Anthony turut menasihati Rahman supaya tidak menggunakan saranan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar debat berkenaan dibatalkan sebagai alasan untuk lari daripada perbahasan tersebut.
“Kami cukup bersedia. Guan Eng sendiri juga sudah bersedia untuk debat berkenaan. Beliau telah menyenaraikan 15 soalan untuk dijawab Rahman,” katanya.
Kesediaan DAP memberi soalan awal membuktikan parti itu tidak ada apa untuk diselindungkan, malah memberi peluang kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu untuk menyediakan jawapan beliau. – Roketkini.com

SERANGAN MAKIN BERTALU-TALU, TAKKAN PANGLIMA PERANG ISLAM DAN PAHLAWAN BUGIS DIAM LAGI?


Rasanya sudah ramai yang membaca kenyataan Muhyiddin Yassin berhubung Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen. Tidak disangkal lagi bahawa kenyataan Muhyiddin itu penuh fakta, menyeluruh dan lebih penting, apa yang pernah disebutnya sebelum ini, bak ungkapan kata sebuah lirik lagu - semuanya benar belaka.

Bermakna, sebelum pun PAC menyiapkan laporannya, perkara-perkara yang diputuskan itu telah lama disebut dan diperingatkan oleh Muhyiddin.

Isu kehilangan wang, peranan Lembaga Penasihat, kedudukan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat, perletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah dan beberapa perkara lain yang disebut oleh PAC adalah senada dengan pendirian Muhyiddin yang menyebabkan Najib kurang senang terhadapnya dan kemudian memecatnya daripada kerajaan.
Muhyiddin bukan saja membangkitkan soal kecurian wang dalam 1MDB, tetapi juga melihat syarikat itu sebagai skim untuk menipu.

Selepas kenyataan Muhyiddin itu, Tun Mahathir Mohamad pula menulis dalam blognya dengan memberi tumpuan kepada kehilangan wang yang dibayar oleh 1MDB kepada sebuah syarikat yang dipercayai palsu, Aabar Investment PJS Ltd yang didaftarkan di British Virgin Island.
Tun Mahathir juga menyenaraikan beberapa jawapan 1MDB sebelum ini yang disifatkannya tidak boleh dipercayai dan tidak disokong oleh dokumen apa-apa.

Secara khususnya, kemelut 1MDB ini bukan saja tentang hutangnya yang berjumlah RM50 bilion tetapi juga berkaitan beberapa siri kehilangan wang yang jika dikumpulkan berjumlah RM7 bilion atau RM7,000 juta semuanya.

Benar juga seperti yang disebut Muhyiddin, pencuri ayam kena dakwa, inikan pula bilion-bilion ringgit.
Akhirnya, Bung Mokhtar Radin, Timbalan Pengerusi BNBBC yang dikenali sebagai pro Najib juga tidak dapat menahan dirinya daripada turut mahukan isu kehilangan wang, khasnya yang melibatkan Aabar Investment PJS Ltd itu disiasat dan dikenalpasti.

Nampaknya semakin ramai yang tampil bersuara, manakala yang sudah sedia bersuara pula semakin lantang nadanya. 1MDB sudah mula menjadi "bangkai yang baunya mula memenuhi serata alam."

Di mana suara Najib sebagai Pahlawan Bugis dan panglima perang Islam yang dibangga-banggakan itu?
Kenapa masih diam dan semakin tidak kedengaran bercakap mengenai kemelut 1MDB serta tidak berani menjawab hujah-hujah yang ditampilkan oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin? (SH 13/04/2016).

JAWAPAN 1MDB TAK BOLEH DIPERCAYAI – TUN M

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA] Anak muda mahukan perubahan tetapi tolak Deklarasi dikepalai Mahathir



telah disebut banyak kali dan sudah beberapa kali terbukti. Sabtul lepas sekali lagi membuktikan anak muda mahukan perubahan tetapi menolak pakatan yang dikepalai Mahathir. Sabtu lalu Program  anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai ‘Anak Muda Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Program ini difahamkan diterajui Dr.Afif, sekutu kuat Azmin Ali.


Dalam perkembangan yang lain pula Mahathir dalam temuramahnya dengan sebuah media Australia dia dengan tegas menyatakan bahawa Anwar mempunyai masalah moral. 

Apakah komen semua penjilat Mahathir dalam perkembangan ini. Mahathir dalam keadaan dia yakin mula boleh menyingkirkan Najib kononya dengan bantuan pembangkang namun dia tetap memperkukuhkan persedian untuk kembali kepada Umno sebaik sahaja Najib jatuh untuk memastikan Umno tetap menang dan pembangkang dihalang dari memenangi PRU akan datang.

Kerana itu Mahathir bijak dia hanya berkongsi khalayak pembangkang dengan pembangkang mendengar masejnya sebaliknya tidak membenarkan masej pimpinan pembangkang sampai ke telinga orang Umno. Yang orang Umno perlu tahu cuma Najib perlu dijatuhkan dan jika Najib jatuh imej Umno akan pulih sebab Mahathir gambarkan pembangkang sudah diperdaya hanya fokuskan kepada Najib semata - mata.

Ini bukan temuramahnya yang pertama dengan media Mahathir tanpa berselindung tidak langsung menyatakan rasa bersalahnya kepada Anwar dan negara kerana pemecatan Anwar yang mempertahankan wang negara dai digunakan untuk membail out anak Mahathir ketika krisis kewangan 1997 - 1999.


Video temuramah dengan media Indonesia baru baru ini jelas Mahathir menipu dengan menyatakan Anwar menulis surat menyokong dia. Bila di tanya sikapnya terhadap Anwar dia menegaskan Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah dan semua harus menghormati sistem yang ada dalam negara. Inilah sikap munafiq Mahathir apabila dia untung dia akan kata sistem negara baik dan apabila dia tak untung dia akan kata semua rosak dan perlu dijatuhkan.

che'GuBard sendiri sudah berdepan dengan Mahathir dalam dialog bagi bincangkan dkelarasi Mahathir dan ternyata Mahathir gagal menjawab soalan malah lari balik awal meninggalkan Ambiga dan Maria untuk menjawab setelah diasak dengan soalan - soalan yang jelas tidak menyokong dia. Klik untuk baca lanjut http://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html 



DR ZAKIR SEPERTI ANWAR IBRAHIM TINGKAT DIALOG ANTARA AGAMA – KEADILAN

‘IPIC AKUI TIDAK TERIMA WANG 1MDB: JABATAN AUDIT NEGARA DITIPU?’

Amanah dan Pas bertembung, penganalisis jangka hanya 10 kerusi pembangkang ada potensi di PRN Sarawak

Malaysia Dateline

Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis jangka hanya 10 kerusi BN bermasalahDr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis jangka hanya 10 kerusi BN bermasalah
Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal menyaksikan Amanah dan Pas akan bertembung sekurang-kurangnya di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Sumber yang dipercayai memberitahu Malaysia Dateline hari ini, ketiga-tiga kerusi terbabit adalah N16 Muara Tuang, N27 Sebuyau dan N29 Beting Maro.
Perkembangan ini bakal menyaksikan perlawanan lebih daripada tiga penjuru selain calon tradisi dari komponen BN serta kemunculan calon bebas yang lazim mewarnai senario PRN Sarawak.
Penganalisis trend politik Sarawak, Prof Madya Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis menyifatkan pembangkang tidak mempunyai banyak peluang ekoran jumlah pengundi yang berpecah mengikut sempadan baharu.
Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, pembangkang yang sebelum ini menawan 15 daripada 71 kerusi dipertandingkan pada PRN 2011 barangkali cuma kekal berkuasa di 10 Dun yang dilabelkan ‘kawasan hitam’ oleh BN.
Oleh sebab itu, Dr Mohd Faisal dalam pembentangan kertas kerja, “Kesan Kepimpinan Adenan Satem dalam PRN Sarawak 2016” dilaporkan yakin pemilihan calon yang menepati selera pengundi tempatan akan menjamin kemenangan besar BN.
Namun, pada masa sama Pakatan Harapan (Amanah, PKR dan DAP) mahupun Pas masih ada peluang untuk menawan sejumlah kerusi Dun yang disebut Dr Mohd Faisal sebagai ‘kawasan kelabu’.
Sebanyak 10 kerusi yang disifatkan 50/50 untuk dimenangi BN atau pembangkang pada PRN kali ini iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Pelawan, Kidurong, Pujut dan Krian.
Terdahulu, Amanah mengumumkan akan meletakkan calon di 13 kerusi manakala Pas pada pengumuman 6 April lalu mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi.
Bagi kerusi Beting Maro, Pas mempertaruhkan satu-satunya calon wanita yang merupakan Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Sarawak, Hamidah Mokhtar, 26.
Kerusi tersebut nampaknya menjadi harapan Pas untuk menimang ‘anak sulung’ selepas BN hanya menang tipis dengan majoriti 391 undi pada PRN 2011.
Sementara itu, Bendahari Pas Sarawak, Zulkifli Ramzi, 38, disebut sebagai calon di Dun Muara Tuang manakala Ustaz Haji Wan Abdillah Wan Ahmad, 44, diumumkan bertanding di Sebuyau.
Perlawanan lebih tiga penjuru ini menyaksikan Amanah dan Pas berebut undi di negeri yang dianggap sebagai deposit tetap rejim BN itu seperti terbukti pada penguasaan menyapu 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan pada PRN 2011 lalu.
Bahkan, penghinaan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas Amanah kononnya khadam DAP ibarat isyarat kepada gendang perang.
Kenyataan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang umum pada Majlis Pengumuman Calon Pas itu bukanlah satu reaksi yang mengejutkan walaupun parti itu tampil dengan slogan ‘Sejahtera Untukmu Sarawak’ pada PRN kali ini.
Panggilan itu hanya sambungan episod bahasa kesat yang menjadi faktor kepada perpecahan Pas seterusnya kelahiran Amanah pada tahun lalu sebagai parti Islam yang progresif dan ramah bukannya marah-marah.
Ketika Pas terus menampakkan taring menyerang Amanah, kepimpinan parti yang sinonim dengan warna oren itu setakat ini tampil ‘cool’ berdepan sebarang bentuk provokasi.
Bagi Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, politik kebencian dan lebih bersifat kebudak-budakan bukan satu sikap yang relevan dengan tuntutan rakyat untuk politik yang sihat.
“Biarlah Pas dengan perangainya yang mutakhir ini semakin suka untuk melabel dan meletakkan pelbagai gelaran yang tidak baik kepada orang lain,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline, 8 April lalu.
Menurut bekas pemimpin Pas itu, Amanah yang bergerak atas landasan tuntutan Maqasid Syariah bukanlah parti yang ‘hidup’ dengan sifat negatif justeru tidak melayan apa jua bentuk reaksi emosional.
“Amanah mengambil sikap untuk tidak mempedulikan sebarang komen yang dikeluarkan oleh Pas. Kita mahu melalui proses politik yang lebih matang dan berjiwa besar.
“Amanah bukan parti yang ditubuhkan atas sikap berdendam, rasa sakit hati dan memaki hamun,” tegasnya lagi.
Sementara itu, penggunaan gelaran “khadam DAP” turut dipersoal aktivis budaya kerana jelas melampaui batas apatah lagi datang dari parti yang menggunakan jenama Islam.
Menurut Timbalan Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kassim Muhamad, Hadi berkemungkinan besar gagal memahami realiti terdesaknya rakyat yang mengharapkan perubahan sehingga hanyut dalam sentimen sempit politik kepartian.
“Penggunaan kata oleh Hadi terlalu keras. Beliau sebagai agamawan selain politikus wajar melunakkan bahasanya kerana hakikatnya, rakyat perlukan perubahan.
“Rakyat sudah cukup lama menderita. Pas di bawah Hadi dapat menghayati hakikat ini?” bidas pesara kerajaan itu lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Tohmahan ‘khadam DAP’ oleh Hadi yang dapat ditafsir sebagai terlalu yakin dengan keupayaan partinya dilihat tidak berpijak di bumi nyata memandangkan PRN kali ini berlangsung selepas penyusunan semula sempadan pilihan raya sekaligus pertambahan jumlah kerusi.

1MDB TETAP PERLUKAN SURUHANJAYA DIRAJA, NAJIB DAN JHO LOW MESTI DIJADIKAN SAKSI WAJIB



Walaupun seperti ada percubaan untuk mengalih perhatian dengan membesar-besarkan isu Lim Guan Eng dan tanah Taman Manggis serta larangan ceramah Dr Zakir Naik, batu besar yang menjadi masalah kepada semua rakyat Malaysia  sekarang tidak lain ialah 1MDB.

Kita tidak harus terperangkap dengan isu-isu lain yang mungkin sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian dan mengurangkan tumpuan terhadap 1MDB.
Dulu Najib Razak dan 1MDB sendiri menjanjikan laporan audit menyeluruh mengenai syarikat itu akan menjawab segala-galanya. Malangnya apabila laporan audit  disiapkan, ia kemudian diletakkan di bawah  OSA atau Akta Rahsia Rasmi yang menyebabkan ia menjadi rahsia kepada semua rakyat daripada membaca dan mengetahuinya.

Lalu, pertanyaan ramai termasuk makcik Felda ialah mengapa dijadikan rahsia rasmi negara jika tidak ada perkara yang mahu dilindungkan?
Sudah lupakah janji sebelum ini yang meminta semua orang menunggu laporan audit sambil mengatakan laporan audit  1MDB akan menjawab segala-galanya?

Disebabkan laporan audit telah diOSAkan, lantas menyebabkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen tidak mampu menjawab banyak perkara tentang 1MDB ini.

Selain itu, terdapat pula beberapa saksi penting yang menurut Tony Pua ditolak untuk dipanggil memberi keterangan oleh Hasan Ariffin, Pengerusi baru jawatankuasa tersebut yang dilantik menggantikan Nur Jazlan yang dinaikkan pangkat sebagai timbalan menteri di tengah-tengah kemelut 1MDB pada 28 Julai 2015 yang lalu.

Antara saksi yang tidak dipanggil itu ialah wakil Bank Negara, Jho Low, salah seorang bekas CEO 1MDB, Hazeem Abdul Rahman dan sudah tentu Najib sendiri yang tandatangannya semua orang tahu adalah "nyawa"  kepada perjalanan syarikat pelaburan itu.

Malah, seperti yang disebut juga oleh Tony Pua sebelum ini, untuk mendesak agar bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh memberi keterangannya pun hanya menjadi kenyataan setelah beberapa kali desakan dilakukan.

Maka itulah sebabnya laporan PAC banyak cacat celanya dan kecuali pemakan dedak yang berpuas hati dengannya.

Itulah juga yang antara punca menyebabkan kedudukan Aabar Investment PJS Ltd, syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island misalnya, terus menjadi misteri berpanjangan meskipun telah menerima sebanyak AS$3.51 bilion atau lebih kurang RM14,000 juta secara keseluruhan sebagai sekuriti deposit daripada 1MDB.

Dalam kenyataan terbaru kepada London Stock Exchange, IPIC atau International Petroleum Investment Company menafikan Aabar Investment PJS Ltd itu adalah anak syarikat kumpulan mereka atau ada menerima sebarang pembayaran  daripadanya serta menanggung liabitinya.

Makna mudahnya, syarikat itu tidak ada kena mengena dengan IPIC yang ada perjanjian perniagaan dengan 1MDB.

Jadi, kepada siapa sebetulnya duit 1MDB sebanyak itu telah disalurkan dan ke mana akhirnya wang RM14,000 juta tersebut pergi?
Dalam hal ini, oleh kerana beberapa saksi penting tidak dipanggil, laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen bukan saja tidak menjawab banyak persoalan, malah disebabkan seluruh dunia turut bercakap mengenainya dan media antarabangsa juga tidak henti-henti mendedahkannya, ia secara tidak langsung mendedahkan lebih banyak misteri 1MDB.

Perjalanan masa juga bakal menyaksikan banyak lagi perkara berkaitan Aabar Investment PJS Ltd, Jho Low, Khadeem Al Qubaishi dan Mohamed Badawy Al Husseiney akan terdedah kepada kita semua.

Laporan PAC sebenarnya telah gagal sama sekali. Tiada kebenaran yang diserlahkan, selain mahu  menjadikan bekas CEOnya, Shahrol Azral sebagai kambing hitam untuk menutup segala kecurangan 1MDB.

Paling wajar untuk dilakukan sekarang ialah dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Raja-Raja dan Parlimen untuk menyiasat 1MDB secara menyeluruh dan saksi-saksi penting seperti Najib dan Jho Low mesti serta wajib dipanggil untuk memberi keterangannya.

Tanpa memanggil mereka itu umpama memesan kari kepala ikan tetapi tiada kepala ikan yang dihidangkan dalam pinggan.

Begitu juga dengan wakil daripada Bank Negara dan segala dokumen transaksi kewangan 1MDB di luar negara mesti diusahakan sedaya upaya untuk diperolehi.

Sessi pendengaran Suruhanjaya Diraja itu pula mestilah dibuat secara terbuka sebagaimana siasatan terhadap mata lebam Anwar Ibrahim dahulu.

Ketika itu, barulah boleh dipercayai segala-galanya akan terdedah.

Tetapi, sebagaimana pernah disebut oleh Zaid Ibrahim, yang paling berkesan sekali untuk mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB ini tidak lain ialah melalui pertukaran kerajaan dalam pilihanraya.

Oleh kerana skandal kewangan melibatkan 1MDB ini merupakan yang terbesar dalam sejarah dunia moden, maka tidak dapat dielakkan "cagaran" untuk membersihkannya perlulah sebesar kerajaan BN juga. (SH 12/04/2016).

1MDB BAYAR BERBILION RINGGIT KEPADA SYARIKAT PALSU?

‘DI U.K, PM GUNA KLIP KERTAS DIAUDIT, DIHEBAHKAN KEPADA UMUM’

(function() { var d = document, w = window; w

AZMIN & ZURAIDA AKAN TEWAS? MENTERI UMNO JUGA AKAN DI HUKUM/MCA & GERAKA...