APABILA DAPAT KUASA, WALAU PUN IKUT ATAP MEMBUATKAN LEBAI LUPA

Masihkah anda ingat dialog ini?
"Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan (sokong RUU355 di parlimen), kalau Kak Wan tak angkat tangan boleh menyebabkan jatuh iman, kalaulah ditakdirkan lepas tak angkat tangan tu mati, kami tanam di jirat".
(Rujui video bertajuk "YDP PAS Shaharuddin Ibrahim: Tak Sokong RUU355 jatuh kafir!).
Seperti biasa, apabila diasak oleh berbagai pihak termasuk amaran untuk disaman, akhirnya telor lebai berkenaan terpelesuk dalam jubah. Beliau memohon maaf kerana 'jual agama' di dalam isu berkenaan. Sebenarnya ramai yang percaya bahawa jika tidak sokong RUU 355 itu boleh membawa ke neraka. Maka, tidak pelik ramai yang berhimpun di padang merbok di tengah2 panas sambil bertakbir. Penjual baju RUU 355 tersenyum lebar. Pak cik dari Kedah yang mengayuh basikal ke KL tersandar bawah pokok di padang merbok sambil mengurut lutut dengan minyak, sesekali tersenyum membayangkan bidadari di syurga.
Hadi pernah membuat sandiwara di Parlimen beberapa kali. Kononnya Hadi bawa usul pindaan akta RUU 355. Beliau diiringi oleh beberapa kumpulan budak2 tahfiz dari beberapa pondok lebai di perkarangan Parlimen dengan membawa berbagai sepanduk. Apa yang Hadi buat? Dia bentang usul, dia minta tangguh sampailah beberapa kali sesi parlimen.
Terlalu banyak mahu cerita tentang sikap lebai dahulu kala, diwaktu lebai tidak diuji dengan jawatan duniawi. Entah berapa banyak duit poket walaun yang mahu ke syurga masuk memenuhi tabung2 milo dalam ceramah RUU 355. Masih ada stiker kereta RUU 355 yang kini telah berkarat masih terlekat di cermin kereta walaun. Sayu hati mahu kenang balik sejarah perjuangan RUU 355 yang dibawa oleh lebai ini. Hudud? Tidak payah sembanglah. Memang telah lama lebai lupakan.
Sekarang lebai adalah sebahagian dari kerajaan tebuk atap. Kuasa ada di tangan lebai bukan di tangan Dap. Apa lagi alasan lebai? Inilah hikmahnya kerajaan PH dikhianati. Jika tidak, siapa tahu muslihat penjual agama ini?
WFAUZDIN NS

TU DIA SPEKER MACAM INI ?TAKUT DICOP KAFIR KOT..KAH.KAH..KAH


HAMDAN TAHA


Saya tidak tahu siapa yang mengeluarkan gambar ini. Sepatutnya bila berlaku speker tunduk sehingga mencium tangan seorang ahli politik dan ahli Yb sebegini tidak boleh di tunjukkan kepada seluruh dunia...peluk lah cium lah sehingga lebam pipi atau berdecot decot bunyi ciuman tangan itu tidak menjadi satu hal yang jangal jika tidak di albumkan dan tunjuk pula pada manusia seluruh dunia....biar lah mereka berdua sahaja yang tahu...
Bagus orang muda hormat kepada yang tua...tapi perlu di ingat dan di fahami Art Harun itu Sperker Gewan Rakyat yang wajib sebenarnya menjadi Adil dan berkecuali ketika jadi speker. Tapi bila gambar ini di keluarkan apa pandangan umum pada speker...
Saya tak nak komen la rakaman rakaman ucapan art harun ini tentang parti pas...tentang islam dan tentang ruu 355....tapi gambar ini manis jika bukan berjawatan speker....dah jadi speker tidak manis berbuat begini....
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan dalam



Ini saya setuju teramat sangat. Cukup la tu dato najib dan zahid bagi ke orang lain pulak...nak apa lagi umur 67 dan 68 dah pun

BERAPA HARTA MUHYIDDIN



SHAHBUDIN HUSEIN

Muhyiddin isytihar hartanya ada lebih RM10 juta, tapi kenapa beliau tak letak nilai sebenar?
RM300 juta, RM500 dan RM1 bilion juga bermakna lebih daripada RM10 juta.
Jadi, berapa harta sebenar Muhyiddin?
Bagi yang ingin menilai perisytiharan harta menteri-menteri tebuk atap PN, bolehlah semak di laman ini dan kemudian fikirlah sama ada ia dilakukan dengan betul atau sekadar tangkap muat saja.../

Portal Perisytiharan Harta

MYDECLARATION.SPRM.GOV.MY

Portal Perisytiharan Harta

Pengisytiharan harta bagi Ahli Parlimen Kerajaan dan Anggota Pentadbiran Negara di Malaysia.



13

1 Komen

1 Perkongsian



Imej mungkin mengandungi: telefon dan teks



AZMIN AKAN TERPINGGIR


Yob Bmo


Sapa-sapa pun, kalau kianati mandat rakyat dia akan dipinggir oleh masyarakat...manusia di hormati pada tingkah laku, baik budi perkerti...bukan harta, pangkat dan wang ringgit...!


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, sut

DAH JADI KERAJAAN , NAK TANGGUH MASA YANG SESUAI PULAK?


MOHD SHAH RIM



Jika benar RUU 355, nyawa PAS.. sanggup berhimpun diPadang Merbuk, hujan dan panas, sewa beratus biji bas, ucapan berapi api mahukan RUU 355, gementar jiwa penuh semangat mendengar ucapan pemimpin PAS dan UMNO.. akhirnya bila dah jadi kerajaan, nada dah bertukar..
RUU 355 boleh ditangguhkan pula, tunggu waktu sesuai..
Kenapa tidak disegerakan..?? Bukankah semua di tangan PAS dan UMNO.?? Salah DAP lagi.??


BERSATU MERAH, HITAM BUNGKUS PRU 15?

AHLI POLITIK MALAYSIA TIMUR TIDAK PUAS HATI MALAYSIA DIKATAKAN TANAH MELAYU

DASAR EKONOMI PH MEMBUAHKAN HASIL


1. Kejayaan Tabung Haji (TH) mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak RM1.25 bilion pada setengah tahun pertama 2020 adalah bukti kejayaan penstrukturan semula yang diilhamkan oleh Pakatan Harapan (PH). Bukan itu sahaja, nilai aset TH sebanyak RM78 bilion juga kini telah kembali lebih tinggi berbanding liabilitinya, dengan lebihan sebanyak RM1.9 bilion, walaupun sebelum Mei 2018 telah ditinggalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam keadaan defisit.
2. Dalam tempoh hampir 2 tahun pemerintahan PH, pelbagai pembaharuan dan kejayaan telah dicapai. Kadar pengangguran secara amnya telah menurun ke lingkungan 3.2%-3.3% bagi setiap suku, berbanding 3.4%-3.5% pada suku tahun 2016 hingga 2017 bawah BN. PH juga telah memperkenalkan kembali subsidi petrol yang dimansuhkan oleh Najib Razak pada tahun 2014. Ini telah membantu secara signifikan terhadap usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat, khususnya B40 dan M40. Pertumbuhan ekonomi negara (KDNK) juga telah menunjukkan keutuhan yang signifikan pada kadar 4.8% pada tahun 2018 dan 4.3% pada tahun 2019 walaupun dalam keadaan ekonomi global yang lembap.
3. Kebajikan sosioekonomi rakyat terus dibela oleh PH menerusi inisiatif-inisiatif seperti i-Suri yang mewujudkan skim KWSP berserta insentif untuk surirumah, mengembangkan skim perlindungan PERKESO kepada pekerja ekonomi gig dan memperkenalkan gaji minima RM1,200 di bandar-bandar besar. Kerajaan PH juga telah memperkenalkan 2 skim kesihatan yang sangat penting untuk golongan B40 iaitu Skim Perlindungan Kesihatan (PeKa) dan MySalam, iaitu skim insurans yang menyediakan perlindungan untuk 45 penyakit kritikal.
4. Pelaburan langsung asing diluluskan (approved FDI) juga mencapai tahap paling tinggi dalam sejarah ketika pemerintahan PH. Pada tahun 2019, approved FDI adalah RM82.4 bilion, manakala pelaburan domestik mencecah RM125.5 bilion. Bukan itu sahaja, pelaburan ke dalam tiga subsektor pemangkin iaitu elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan serta kimia dan dua bidang pertumbuhan tinggi iaitu industri aeroangkasa dan alat perubatan, menyaksikan pertumbuhan 90.2% ke RM40.9 bilion pada tahun 2019. Usaha PH mewujudkan persekitaran “business friendly” telah diiktiraf oleh Bank Dunia, di mana ranking Malaysia dalam indeks Doing Business 2020 telah meningkat kepada kedudukan ke-12, iaitu lebih tinggi berbanding negara-negara lain seperti Jerman, Kanada dan Finland.
5. Dari aspek memastikan pengurusan fiskal yang lebih telus supaya kesilapan ketika pemerintahan BN tidak diulangi, kerajaan PH telah mengemukakan maklumat mengenai hutang yang dijamin kerajaan dan liabiliti kontinjen dalam Laporan Tinjauan Fiskal negara. Selain itu, kerajaan PH juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang turut dianggotai wakil pembangkang untuk menilai belanjawan dan pengurusan kewangan kerajaan. Penilaian belanjawan pertengahan tahun turut dibentangkan ke jawatankuasa ini.
6. Selain TH, PH telah mengambil beberapa keputusan strategik untuk memulihkan dan memantapkan institusi-institusi lain seperti Khazanah Nasional, Felcra dan FGV Holdings. Hasilnya, Khazanah Nasional telah mencatatkan untung daripada operasi terbesar dalam sejarah pada tahun 2019 iaitu RM7.4 bilion. Selain itu, usaha telah diambil untuk merombak strategi pelaburan Khazanah Nasional yang sebelum itu berisiko tinggi kerana hampir 80%-85% nilai pelaburan tertumpu pada 9-10 syarikat sahaja.
7. Bagi Felcra pula, program transformasi perniagaan telah diperkenalkan untuk mengurangkan beban hutang dan kerugian yang dialami oleh institusi tersebut, dan ini dijangka membuahkan hasil bermula 2021. Di peringkat Felda dan FGV pula, program transformasi yang bermula pada suku ke-3 2018 telah membantu memantapkan operasi, menamatkan ketirisan dalam pembelian dan memulihkan pendapatan syarikat. Saham FGV turut meningkat setelah PH mengambil alih pentadbiran negara iaitu RM1.31 pada November 2019 berbanding RM0.64 pada Disember 2018.
8. Saya yakin dasar-dasar urus tadbir baik, telus, bersih dan cekap yang diperkenalkan oleh PH akan terus membuahkan hasil positif jika inisiatif-inisiatif berkenaan tidak diganggu oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN). Institusi-institusi penting negara perlu dipertahankan daripada kembali dibelenggu oleh pengurusan yang lemah dan korup sewaktu di bawah BN. Namun, ketidakstabilan politik kerajaan PN yang tidak mempunyai mandat yang sah daripada rakyat dan hanya memiliki majoriti tipis di Parlimen tidak mampu menarik keyakinan pelabur yang boleh menjejaskan sektor perniagaan dan pekerjaan dalam negara.
FAIZ FADZIL
23 JULAI 2020

PENGISTIHARAN HARTA ADALAH KEPURA PURAAN.ADAKAH HISHAMUDDIN HUSSEIN ADALAH MENTERI PALING MISKIN?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat perisytiharan harta anggota-anggota pentadbiran kerajaan.
Ia boleh diperolehi menerusi laman khas berikut – https://mydeclaration.sprm.gov.my
Menurut SPRM, pihaknya sehingga kini menerima dan memaparkan maklumat harta melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan termasuk perdana menteri, menteri kanan, menteri, dan timbalan menteri.
Sebelum ini, di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, 97% ahli Kabinet sudah mengisytiharkan harta masing-masing dan 5 lagi belum berbuat demikian.
Beliau meminta ahli yang belum berbuat demikian supaya segera sempurnakan pengisyiharan harta dalam tempoh masa 3 bulan.
Bagaimanapun, berdasarkan nilai aset perisytiharan yang dibuat, ternampak sebahagiannya tidak dilakukan dengan telus, malah hanya secara tangkap muat dan sekadar memenuhi syarat saja.
Contoh 1 – nilai aset Muhyiddin yang diisytiharkan adalah lebih RM10 juta, manakala pendapatan bulanannya sebanyak RM93,841.65.
Kenapa Muhyiddin hanya menyebut nilai hartanya lebih RM10 juta?
Kenapa tidak ditulis angka yang tepat?
Berapa sebenarnya maksud lebih RM10 juta itu?
Bukankah RM200 juta, RM300 juta dan RM1 bilion juga bererti lebih daripada RM10 juta?
Jadi, berapa sebenarnya nilai harta sebenar yang dimiliki oleh Muhyiddin?
Contoh 2 – Menteri Luar, Hishammuddin Hussein mengisytiharkan nilai asetnya adalah antara RM1 juta hingga RM2.5 juta dengan pendapatan bulanan sebanyak RM51,111.00.
Sebagai makluman, Hishammuddin sudah beberapa penggal menjadi menteri di era BN serta merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn.
Beliau juga diketahui memiliki kediaman di Taman TAR, Ampang dan ramai orang UMNO yang biasa berkunjung ke rumahnya, terutama ketika diadakan jamuan rumah terbuka.
Jika begitu, berapakah nilai rumah banglonya di Taman TAR itu?
Dengan nilai aset hanya RM1 juta hingga RM2.5 juta, adakah ini bermakna Hishammuddin merupakan menteri dan anak bekas Perdana Menteri yang paling miskin sekali?
Ini baru dua contohnya dan jika diperhalusi satu persatu, tidak dinafikan banyak lagi keraguan dalam perisytiharan harta yang dibuat oleh anggota pentadbiran kerajaan di laman itu.
Kepada yang rajin, silalah teliti satu demi satu perisytiharan harta di laman SPRM yang disertakan di atas dan tanyalah dengan mereka yang rapat, biasa bergaul atau berkunjung ke rumah-rumah menteri tertentu untuk mengetahui kebenarannya.
Kenapa mereka berpura-pura dengan memberi angka yang tidak tepat dan kepada siapa sebetulnya mereka ini mahu berpura-pura? (Shahbudindotcom 23/07/2020)

(function() { var d = document, w = window; w

Ordinan Darurat | Jangkaan pasca titah YDP Agong - Penganalisis Politik