ECRL: PAKATAN HARAPAN PEGANG, TERUS KOS JADI NAIK?

DARI FAIL MERAH


2014 - Kerajaan umum cadangan projek ECRL pada kos RM30 billion

21 Okt 2016 - Kabinet BN lulus projek ECRL dengan kos RM46 billion yang melibatkan fasiliti dan landasan tunggal (single track) dari ITT Gombak ke Wakaf Bahru.

1 November 2016 - Perjanjian ‘pembinaan dan kejuruteraan’ dengan China Communication & Construction Company (CCCC) dimeterai oleh Kerajaan BN.

3 Mei 2017 - Kabinet BN luluskan tambahan projek Wakaf Bahru - Pengkalan Kubor pada kos RM1.28 billion. Kos menjadi RM47.28 billion.

13 Mei 2017 - Kerajaan BN tandatangan perjanjian tambahan dengan CCCC untuk pembinaan dan kejuruteraan Fasa 2 melibatkan sektor ITT Gombak ke Pelabuhan Klang melibatkan kos RM9 billion. Jumlah kos pembinaan dan kejuruteraan naik kepada RM56.28 billion.

23 Ogos 2017 - Kabinet BN lagi sekali meluluskan pembinaan tambahan dari landasan tunggal kepada landasan berkembar (double track) pada kos RM10.5 billion. Kos semasa pembinaan & kejuruteraan meningkat kepada RM66.78 billion.

Itu baru pembinaan dan kejuruteraan, bagai mana dengan kos pengambilalihan tanah dan lain-lain kos faedah, yuran dan kos operasi?

Semua kos pengambilan tanah dan lain-lain melibatkan kos RM14.14 billion menjadikan jumlah kos keseluruhan menjadi RM80.92 billion.

Membina negara, Memenuhi harapan.
Hasta la victoria, Siempre!

Mohammad Zaimi Saad
Shah Alam
21 Julai 2018

No comments: