PORT DICKSON BERGEGAR MALAM INI



Malam ini Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan turun berkempen dalam satu program ceramah perdana di Port Dickson bagi membantu kemenangan calon Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim.

Meskipun bukan kebiasaan bagi beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri selama ini untuk turun berkempen dalam mana-mana pilihanraya kecil, tetapi demi melihat bakal penggantinya menang dengan selesa, Tun Mahathir nampaknya sanggup melakukan sesuatu yang tidak biasa baginya.

Malam ini, selain turut dihadiri beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan yang lain, buat pertama kalinya setelah lebih 20 tahun, Tun Mahathir dan Anwar akan kembali sepentas demi rakyat dan negara.

Jika dulu, sebelum 2 September 1998, Tun Mahathir dan Anwar selalu berada sepentas  kerana memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, episod sepentas itu berulang kembali malam ini di mana Anwar telah dinamakan sebagai Perdana Menteri ke-8 yang akan mengambil alih tempat Tun Mahathir sebaik beliau sedia mahu menyerahkan kuasanya.

Sudah tentu detik malam ini bukan saja ditunggu-tunggu oleh pengundi Port Dickson, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagaimana dulu gandingan Tun Mahathir dan Anwar adalah gandingan kecemerlangan untuk memajukan negara, takdir Tuhan telah menentukan ia muncul kembali setelah pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh Najib Razak, juga untuk memaju dan membawa kecemerlangan kepada negara.

Untuk itu, tidak ada sebab bagi pengundi Port Dickson tidak turun beramai-ramai pada malam ini dan seterusnya memberi kemenangan bergaya buat Anwar dan Pakatan Harapan pada 13 Oktober ini.

Tidak mengundi Anwar yang merupakan bakal Perdana Menteri ibarat menolak tuah bagi pengundi-pengundi Port Dickson, sedangkan calon-calon lain tidak mampu menawarkan apa-apa pun selepas tarikh pengundian berakhir nanti.

Lebih daripada itu, memberi kemenangan besar  kepada Anwar juga akan menjamin kestabilan politik Pakatan Harapan dalam mengurus negara dan memberi keselesaan kepada rakyat jelata.

Sebaliknya, memberi ruang kepada calon-calon lain hanya menjerumuskan politik negara ke arah ketidakstabilan dan ketidaktentuan.

Yang penting, kesediaan Tun Mahathir turun berkempen bukan saja menzahirkan keikhlasannya terhadap Anwar, tetapi sekaligus mengesahkan bakal "Yang Berhormat Port Dickson" inilah pengganti untuk mengambil alih tempatnya tidak lama selepas ini.

Bersama dengan kehadiran Tun Mahathir ini, sejak beberapa hari lalu, Bersatu juga sudah mula menggiatkan gerakan kempen di kawasan-kawasan pengundi Melayu untuk memastikan mereka memberi kemenangan yang besar kepada Anwar.

Bergegarnya Port Dickson malam dengan gandingan hebat Tun Mahathir dan Anwar adalah tanda-tanda kesejahteraan serta keceriaan untuk tahun-tahun yang mendatang buat seluruh rakyat dan negara. (ShahbudinHusin 08/10/2018).

(function() { var d = document, w = window; w

Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi

  March 8, 2021  TEBUK ATAP ! BUKAN LANGKAH KANAN HAJI HADI.. Membaca laporan malaysiakini tulisan Haji Hadi,Jelas dalam hatinya penuh kesum...