KALAU BUKAN KERAJAAN GAGAL, APA LAGI NAMANYA?

 

Kata Mahiaddin Md Yasin, jangan peduli dan terpedaya dengan kempen kerajaan gagal.

Menurut beliau, kerajaan tidak gagal dan terus berfungsi dengan baik, malah data bantuan untuk rakyat sentiasa ada di setiap kementerian.

Untuk itu, tambahnya lagi, tidak perlu adanya kempen mengibar bendera putih atau bendera hitam.

Kibar bendera biru tak apa, katanya sebagai merujuk warna biru kusam yang merupakan warna bagi logo PN.

Ada menteri UMNO berkata, kerajaan PN tidak gagal, ia cuma belum berjaya saja.

Entahlah, rasanya antara gagal dan belum berjaya lebih kurang sama saja maksudnya.

Seorang lagi pemimpin UMNO yang turut menjadi penyokong kuat Mahiaddin berkata, yang kata gagal itu celah mana?

Menurut beliau, tidak ada yang gagal kerana kerajaan sentiasa berfungsi dengan baik sebagai satu pasukan.

Ada juga pemimpin tertentu, barangkali kerana terlampau ingin mengampu, memberitahu bukan kerajaan yang gagal, sebaliknya rakyat yang gagal.

Ehhh…sebelum nak salahkan rakyat, sedarlah siapa yang mengurus negara dengan gaji lumayan setiap bulan?

Adakah rakyat atau pemimpin?

Beberapa pemimpin lain dalam PN turut mempertahankan kerajaan PN tidak gagal dengan pelbagai hujah serta alasan.

Pokoknya masing-masing cuba tampil dengan hujah tersendiri mempertahankan kerajaan tidak gagal, manakala rakyat terus mengasak bahawa kerajaan sememangnya gagal.

Gagalnya kerajaan pada asasnya meliputi banyak aspek, daripada menangani Covid19, memulih ekonomi, memberi kesejahteraan kepada rakyat dan macam-macam lagi.

Bagaimana rakyat tertekan nak cari makan, dikurung berbulan-bulan sehingga ramai gantung diri dan terjun bangunan adalah lumrah yang berlaku setiap hari.

Ia diburukkan lagi, sementara kematian terus meningkat, ada hospital sampai merayu bantuan pihak swasta untuk menderma kontena bagi menyimpan mayat.

Bukankah hospital kerajaan merupakan tanggungan kerajaan, ke mana peruntukan yang kononnya berbilion-bilion disediakan sewaktu pandemik ini?

Tidakkah semua ini menandakan sebuah kerajaan yang gagal sedang memerintah negara ini?

Kalau tidak gagal, takkanlah perkara kecil seperti membeli kontena mayat pun tidak mampu?

Dalam pada itu, selain timbunan kegagalan lain yang dirasai rakyat, kegagalan paling asas PN dan Mahiaddin ialah kerana ia gagal mengabsahkan kedudukannya sebagai kerajaan sejak dulu, kini dan selamanya.

Mahiaddin sentiasa saja mengelak atau berdalih untuk kedudukan sokongan yang ada padanya diibuktikan secara terbuka.

Kalau kahwin secara sah, kenapa takut menunjukkan sijil nikah?

Selagi kegagalan asas itu tidak berani dibuktikan atau diatasi, selagi itulah kegagalan akan datang bertimpa-timpa menimpa bahu Mahiaddin tanpa ada kesudahannya. 

(ShahbudinHusin 17/07/2021)


HANYA INI CERITA KISAH SAMAN CIVIL.. SILA BACA KES INI

 May be an image of 2 people and text


MOHD MUKHLIS


Saya sempat baca pertanyaan tuntutan router rosak terhadap Anwar. Secara keseluruhan, ianya adalah kelakar dan seperti apa yang saya tulis dulu, tiada bukti fisikal hanya ada:

1) Bukti WhatApps ( mengikut plaintif)

2) Verbal

3) Dari security guard ( yang jaga rumah kediaman tersebut)

Berdasarkan "bukti-bukti" ini, padanlah tuduhan kes jenayah itu sendiri tak lekat, sampai kena resort pada tuntutan sivil/malu.

Yang lagi menarik saman malu/sivil banyak guna duit dan masa tapi dalam tuntutan dia, dia jobless, pastu router kata di tawar bekerja sebagai pembantu pendidikan yang mana tugas-tugas dia menyelia perkara dasar ucapan dan surat menyurat.

Bagi saya ini adalah red flag yang pertama. Orang macam router ini ada capabilities untuk buat semua ini? Jadi tukang bancuh teh pun silap-silap incompetant.

Lagi satu, loya dia itu buat kerja pro bono ke? Asal kes yang nampak mala-fide mesti ada muka dia, mungkin nak lawan Pie Dolah kut; atau mastermind sudah pump-in dana besar hanya untuk bawa kes ini masuk mahkamah?

Red Flag ke dua; dia kata dia bekerja sebagai pembantu pendidikan tak ada surat tawaran. Like seriously? Maybe he is not even that bright. Kerja rider part time dominos pizza pun ada offer letter, siap ada socso dan kwsp lagi. This was 2018, even saya kerja part time promoter I-Setan KLCC 20 tahun lepas untuk 2 minggu kerja kontrak pun ada surat tawaran tau.

Red flag ke tiga. Dia kata dia tak tahu skop pekerjaannya. Ini sendiri dah bercanggah dengan point sebelumnya yang dia kata tugas-tugas dia menyelia perkara dasar ucapan dan surat menyurat. Dah takde surat tawaran, memanglah tak tau skop kerja, betul tak? Lepas tu macam mana boleh claim kerja jadi pembantu kalau takde surat tawaran? Delusional juga si router rosak ini.

Red flag ke empat; dia tak di bayar gaji. Kira bizarre juga tuntutan ini. Gaji tak dapat, offer letter tak ada tapi boleh claim bekerja. Ke sebenarnya dia nak kata jadi hamba abdi?

Red flag ke lima. Pastu dia kata dia dapat tempat tidur percuma di rumah defenden etc which not making any sense at all; you are not orang gaji atau tukang kebun.

Dalam tuntutan itu, dia petik nama Shukri, Dekdi yang mana saya saspek akan jadi "saksi"

Paling bizzare bila benda itu terjadi tiada saksi lain , macam saya pernah tulis dulu akan jadi macam (she said/he said).

Pastu dia siap bagi details dengan wording lucah lagi, siap boleh ingat dengan terperinci sepatah-sepatah perkataan; ini lebih kurang macam dog and pony show aje; ini tujuan utama dia. Hendak discredit defendent. Kita benda apa yang kita sebut semalampun tak ingat, interestingly ada orang boleh ingat kes yang berlaku berbulan-bulan lepas itu.

Selepas router kata dia membenarkan aksi tersebut atas dirinya, barulah si router itu melawan. Like seriously 27 years old cant even beat 73 years old grandpa dari awal?

Ingat hari kejadian adalah pada 2/10/2018, tapi lepas 8 bulan baru dia masukkan cerita Setpol defendent pukul dia pada 16/05/2019.

MASTER Red Flag; Laporan hospital yang kata kena cabul mana? Kena bagi doktor Psychiatrist evaluate mental state, baru boleh tahu ada trauma ke tak. Benda basic macam ini pun fail, I would not surprise kalau hakim tolak kes ini untuk di buka di bawah saman sivil.

Lepas itu dia point outkan yang router sudah lepas polygraph test, padahal polygraph is not admissible in Malaysian court. Kalau polygraph admissible, Najib si penyamun itu sudah convicted lebih awal lagi.

My take on this, ianya adalah pertunjukkan sarkis. Sepatutnya mereka carilah pelakon yang lebih convincing sedikit. Router rosak ini, kalau berlakon hanya layak dalam filem Ajak Maidin aje, itu pun sebagai extra tukang bancuh simen, bukan main cast.

Cuma saya nak remind, pengakhiran yang jadi pada aktor-aktor liwat 1. Ada yang mati sakit barah, ada yang kemalangan kereta dan mati isteri lepas itu di tangkap khalwat dan di penjara 6 bulan. Ada bekas ketua polis yang kena penjara. Ada juga yang mati kemalangan jalan raya. Ada yang koma setahun lepas jatuh kena angin ahmar. Ada doktor yang mati sebab angin ahmar. Penulis buku fitnah juga koma sebelum mati. Choose your poison. Ini baru balasan dunia, di akhirat sudah pasti ada bahagianya. Cuma mastermind dia sahaja yang belum kena kifarah secara langsung. Jika di izinkan Allah, mastermind dan aktornya akan di bangkitkan bersama-sama; saling jamin menjamin di hadapan Hakim yang Maha Agung.

Sebagai penutup, tak payah cari tuntutan asal si router ini, memang tujuan dia hendak timbulkan sentimen negatif dan hanya ingin memalukan. Saya pasti kebenaran lambat laun akan muncul juga. Inilah dia contoh-contoh hasil dari kesan politik lendir yang merosakkan negara selama 24 tahun.

 

Sekolah dibuka 1 Sept, bagaimana keselamatan pelajar belum divaksin? soal pakar

 

KPM seharusnya membenarkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) diteruskan sehingga hujung tahun sesi persekolahan 2021 berbanding terhad sehingga 31 Ogos, kata penganalisis pendidikan Anuar Ahmad.

PETALING JAYA: Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan sesi persekolahan dibuka secara berperingkat mulai 1 September ini dipertikai, kerana tidak mengambil berat keselamatan pelajar yang majoritinya berumur 18 tahun ke bawah yang belum divaksin.

Penganalisis pendidikan, Anuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, pembukaan sekolah sepatutnya tidak dilakukan secara tergesa-gesa sehingga KPM mempunyai SOP jelas dan berkesan untuk melindungi kumpulan yang belum divaksin.

“Jumlah murid yang terlibat keseluruhan berjumlah hampir 5 juta di seluruh negara. Setiap murid mempunyai keluarga.

“Bagaimana KPM boleh memberi jaminan bahawa murid yang akan ke sekolah tidak berisiko menjadi pembawa ‘carrier’ virus Covid-19 ke dalam keluarga mereka? Bolehkah tanpa jaminan keselamatan, sekolah-sekolah dibuka semula?,” soalnya dalam kenyataan.

Pada 21 Jun lalu, kerajaan mengumumkan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun ke atas kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada tindakan susulan mengenai pengumuman berkenaan.

Sebelum ini MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Ini susulan kelulusan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi golongan berkenaan.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, demi kebaikan semua pihak khususnya ibubapa dan murid-murid, KPM seharusnya membenarkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) diteruskan sehingga hujung tahun sesi persekolahan 2021 berbanding terhad sehingga 31 Ogos.

“Meneruskan PdPR sehingga hujung tahun 2021 dilihat lebih praktikal, teratur dan sesuai,” katanya.

Beliau berkata, persoalan juga timbul jika terdapat ibubapa yang masih tidak bersedia membenarkan anak-anak mereka ke sekolah pada September nanti atas faktor keselamatan.

“Justeru, adakah PdPR akan diteruskan serentak semasa sesi persekolahan berjalan? Adakah guru-guru perlu melakukan dua beban pengajaran (di dalam kelas dan juga PdPR).

“Adakah adil pada murid-murid yang tidak hadir ke sekolah jika PdPR tidak lagi dilaksanakan selepas sekolah dibuka semula?,” katanya.

Terdahulu, KPM mengumumkan sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September.

Dalam satu kenyataan, KPM berkata keputusan itu dicapai selepas melihat kepada kadar vaksinasi dalam kalangan warga sektor pendidikan membabitkan guru dan pentadbir yang sudah mencapai 61.3% atau 253,366 orang bagi dos pertama sehingga semalam.

Sekolah dibuka berperingkat mulai 1 Sept


Sekolah dijangka akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September.

PETALING JAYA: Sekolah akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September, kata Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan, KPM berkata keputusan itu dicapai selepas melihat kadar vaksinasi dalam kalangan warga sektor pendidikan membabitkan guru dan pentadbir yang sudah mencapai 61.3% atau 253,366 orang bagi dos pertama sehingga semalam.

Selain itu, seramai 46.33% atau 10,876 orang kakitangan sokongan juga sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

“KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal. KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM,” katanya.

KEH..KEH...Nak sorok kegagalan PN, Pas minta dedah kelemahan PH. PH BUKAN MENTADBIR LA BADIGOL...3 BUAH NEGERI TAK SETERUK KEDAH KELANTAN TERENGGANU..

 

Nak sorok kegagalan PN, Pas minta dedah kelemahan PH


Semua ahli dan penyokong PAS hendaklah bertindak sebagai agen penerangan bagi membolehkan isu yang diketengah di peringkat PAS Pusat dan negeri dapat disebar secara meluas di segenap lapisan masyarakat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, isu yang diketengahkan terutamanya melalui Harakahdaily, Harakah dan medium lain milik PAS perlu disebarluas kepada masyarakat.

Kata beliau jangan pula ada dalam kalangan ahli atau penyokong tidak memanfaatkan isu dan kenyataan yang disebarkan melalui Harakah atau Harakahdaily bagi membolehkan rakyat menjuarai isu yang berlaku.

Katanya, sebagai agen penerangan maklumat yang dikongsi di laman berita tersebut dan hendaklah disebarkan seluas mungkin bagi membentuk gelombang dalam masyarakat. “Sekarang ada pelbagai group WhatsApp dalam kalangan kita termasuk surau, kelab memancing, kelab basikal, kedai kopi atau apa saja untuk disebarkan maklumat tersebut supaya semua pihak mengetahui mengenainya.

“Kita kena cetus gelombang supaya rakyat tahu dan mereka bercakap mengenainya,” katanya ketika merasmikan Konvesyen Penerangan dan Media Baru PAS Kelantan secara atas talian hari ini.

Konvensyen tersebut turut diikuti Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Dato’ Dr Johari Mat, Ketua Penerangan PAS Negeri Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Zulkifli Mamat.

Kamaruzaman juga berkata, peranan menyebar maklumat dan infomasi begitu penting bagi memberi kefahaman kepada rakyat bagi mengelakkan berulang apa yang berlaku pada Pilhan Raya Umum (PRU) lepas.

Menurutnya rakyat perlu diberi penerangan secara berterusan mengenai pelbagai keburukan dan kelemahan yang berlaku sepanjang 22 bulan kerajaan Persekutuan ditadbir Pakatan Harapan (PH).

“Tentunya ramai masih ingat sepanjang tempoh PH menguasai pentadbiran negara pelbagai isu berlaku termasuk ideologi komunis melalui lakaran kartun cuba disebar luas sehingga ke sekolah.

“Berdasar tinjauan secara umum terdapat kira-kira 40 kerosakan yang berlaku sepanjang pentadbiran kerajaan PH yang perlu menjadi ingatan kepada rakyat bagi mengelakkan PH berulang untuk mentadbir negara pada PRU ke-15,” katanya.

Beliau juga berkata, ahli dan penyokong PAS merebut peluang memfaatkan media sosial kerana kadar penebusan internet di Malaysia sekarang sebanyak 84.2 peratus pada Januari 2021.

Malah kata beliau jumlah pengguna internet di Malaysia sekarang kira-kira 27.43 juta dan negara ini dan menduduki tempat kelima pengguna media sosial teramai di peringkat dunia, di mana jumlah pengguna sosial sebanyak 27.8 juta.

Konvensyen itu turut menampilkan pembentangan kertas kerja disampaikan Dr Johari, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Ahmad Zul Fadzli Ramli dan taklimat isu semasa di Kelantan oleh Zulkifli Mamat.

Sihat je Tok Guru Haji Hadi terus membinatangkan orang. Ni ulama ke penj...

KERAJAAN BANGSAT | Rakyat Malaysia Berang

KEC0H GlLA! LEBAl PAS MENGGELÜPÜR MAHU VIDEO INI DlHÁRÁMKAN!

Sekretariat Solidariti Rakyat desak PM undur, kes Covid-19 meningkat bukti PN hilang kredibiliti

 

Sekretariat Solidariti Rakyat bawa dua simbol iaitu ‘mayat’ dan ’14 bendera hitam’ sebagai isyarat dan bukti kegagalan kerajaan.

PETALING JAYA: Sekretariat Solidariti Rakyat, penganjur bersama Himpunan #Undi18Now, mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur segera berikutan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional membendung pandemik Covid-19.

Kes positif harian yang direkodkan pada 15 Julai, iaitu 13,215 kes membuktikan angka kematian dan kes harian semakin meruncing.

Dalam satu himpunan aman di Dataran Merdeka hari ini, badan bukan kerajaan (NGO) itu berkata mereka membawa dua simbol utama sebagai bukti kredibiliti kerajaan PN telah gagal.

Katanya, dua simbol berkenaan adalah “mayat” yang melambangkan jumlah kematian yang semakin tinggi dan kes bunuh diri yang berleluasa serta kibaran “14 bendera hitam” sebagai isyarat kemarahan rakyat di setiap negeri dan wilayah.

“Ini tidak dapat dinafikan apabila ciapan #Lawan, #KerajaanGagal, #KerajaanPembunuh, #KerajaanBodoh tular di semua platform media sosial.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat sudah penat dan marah dengan sikap ego kerajaan PPN yang enggan meletakkan jawatan,” menurut kenyataan itu.

NGO itu berkata, ketidakcekapan dan kecuaian kerajaan secara berterusan dalam mengendalikan penularan wabak Covid-19 dan sikap mengubah keputusan selepas membuat sesuatu pengumuman tanpa merujuk pada yang lebih arif mengakibatkan kekeliruan yang berterusan kepada rakyat.

“Sikap Perdana Menteri dan Menteri yang terus menyindir kempen solidariti bendera putih rakyat adalah sangat tidak peka dan prihatin keluh kesah rakyat yang sedang terhimpit dan tertekan akibat kehilangan sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan.

“Rakyat akan mati kelaparan akibat tiada pendapatan atau mati akibat terkena jangkitan Covid-19 dan Perdana Menteri masih boleh buat lawak bodoh untuk menaikkan bendera biru,” katanya.

Sesi PdPR diteruskan sehingga 31 Ogos


Sekolah dijangka akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September.

PETALING JAYA: Sesi persekolahan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, mengambil kira kadar vaksinasi dalam kalangan sector pendidikan, sekolah dijangka akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September.

Ketetapan bagi pelaksanaan PdPR itu terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

KATA PH NAK KERJASAMA DENGAN KLUSTER MAHKAMAH...TAPI LIHAT....BANYAK PENYAMUN YANG DAH BEBAS

 

HAMZAH RIE NA



Tuduh PH nak kerjasama dengan kluster mahkamah.

Tengok-tengok sorang-sorang kluster mahkamah bebas dibawah kerajaan PN.

Kerajaan melayu isley... yang haram dah jadi halal.

SR

 May be an image of 9 people and text that says "Kejayaan dan pencapaian PERIKATAN NASIONAL setakat ini 4 VIP dah berjaya dibebaskan ANAK TIRI NAJIB Kes Ubah Wang Haram RM1.25 bilion MUSA AMAN 46 Kes Rasuah & Ubah Wang Haram RM432.5juta RM432. ISA SAMAD Kes Pecah Amanah RM160juta TENGKU ADNAN MANSOR Kes Terima Rasuah RM2 juta Kami Ni Bila Lagi?.. Dalam proses"

DAHSAT CARA SINGAPURA TANGANI EKONOMI PANDEMIK DAN BERHASIL

 


May be an image of textMay be an image of textMay be an image of textMay be an image of text



MALAYSIA hado?? Pemimpin kerajaan Singapura tidak sibuk nak kayakan MP2, kroni, keluarga dan anak beranak sbbtu mereka berjaya uruskan ekonomi Rakyat dan Negara.

Malaysia berjiran dgn mereka jadi apa? Dah hampir hancur dikerjakan #PNkhianat #CiritBirit pun masih di yang di kayangan bg peluang??

Dah takde Majoriti STEP DOWN la #PMGagal dan #KERAjaanPNGagal... Takkan takde KEMALUAN sampai tahap ni? Rakyat ramai mati kerana COVID-19 dan bunuh diri. Di mana hati nurani?

DUNIA sdg memerhati.

- Zus Din

17 July 2021

 

OWH..... RUPANYA INI ANTARA SEBAB PARLIMEN TAK MAHU DIBUKA......

 May be an image of one or more people and text that says "Moza Rella Mza 1h・ Patutlah parlimen takut nak bukak... Antara simptom utama yang dialami oleh responden adalah kegagalan fungsi seksual serta saiz zakar yang semakin mengecil.- Shutterstock Kemaluan mengecil antara simptom Covid-19 Oleh KOSMO! 16 Julai 2021, 6:17 pm LONDON- Satu kajian mendapati sebilangan individu di seluruh dunia mengakui mengalami lebih 200"

Larangan Mengkultuskan Manusia.


Dari Abu Hurairah dari Nabi , baginda bersabda, "Ketika ada seorang wanita sebelum kalian sedang menyusui anaknya, lewatlah seorang penunggang kuda yang sombong dengan mengenakan pakaian yang indah, maka wanita tersebut berkata;

'Ya Allah, janganlah Engkau matikan anakku sebelum aku dapat melihat ia seperti penunggang kuda ini, '

Baginda bersabda, 'Lalu anak kecil itu melepaskan susuannya seraya berkata; 'Ya Allah, janganlah engkau jadikan aku seperti penunggang kuda ini.'

Baginda bersabda, 'Lalu anak kecil itu kembali menyusu ke ibunya, lalu mereka melewati bangkai mayat seorang perempuan habasyi atau Zinji yang diseret, " maka wanita itu berkata;

'Aku berlindung kepada Allah untuk anakku agar jika ia mati tidak seperti bangkai mayat perempuan habasyi atau zinji ini, " lalu anak kecil itu meninggalkan susuannya seraya berkata;

'Ya Allah, matikan aku seperti kematian perempuan habasyi atau zinji ini."

Maka ibu anak itu berkata; 'Wahai anakku, aku meminta kepada Rabb-mu agar menjadikanmu seperti penunggang itu, namun engkau justru berkata;

'Ya Allah, jangan Engkau jadikan aku seperti dia, ' dan aku meminta kepada Rabb-mu agar tidak mematikanmu sebagaimana kematian perempuan habasyi atau zinji, namun engkau meminta kepada Rabb-mu agar kamu dimatikan sebagaimana kematiannya.'"

Baginda melanjutkan, "Maka bayi itu menjawab, "Sesungguhnya engkau berdoa kepada Tuhanmu agar menjadikan aku seperti seorang laki-laki dari penghuni neraka, dan sesungguhnya perempuan habasyah atau zinjiyah itu, telah dicela dan dipukuli serta dizalimi oleh masyarakatnya, namun ia berkata; 'Cukuplah Allah sebagai pelindung, cukuplah Allah sebagai pelindung.'"

(HR. Ahmad: 8772)

Larangan Mengkultuskan Manusia.

Dari Abu Hurairah dari Nabi , baginda bersabda, "Ketika ada seorang wanita sebelum kalian sedang menyusui anaknya, lewatlah seorang penunggang kuda yang sombong dengan mengenakan pakaian yang indah, maka wanita tersebut berkata;

'Ya Allah, janganlah Engkau matikan anakku sebelum aku dapat melihat ia seperti penunggang kuda ini, '

Baginda bersabda, 'Lalu anak kecil itu melepaskan susuannya seraya berkata; 'Ya Allah, janganlah engkau jadikan aku seperti penunggang kuda ini.'

Baginda bersabda, 'Lalu anak kecil itu kembali menyusu ke ibunya, lalu mereka melewati bangkai mayat seorang perempuan habasyi atau Zinji yang diseret, " maka wanita itu berkata;

'Aku berlindung kepada Allah untuk anakku agar jika ia mati tidak seperti bangkai mayat perempuan habasyi atau zinji ini, " lalu anak kecil itu meninggalkan susuannya seraya berkata;

'Ya Allah, matikan aku seperti kematian perempuan habasyi atau zinji ini."

Maka ibu anak itu berkata; 'Wahai anakku, aku meminta kepada Rabb-mu agar menjadikanmu seperti penunggang itu, namun engkau justru berkata;

'Ya Allah, jangan Engkau jadikan aku seperti dia, ' dan aku meminta kepada Rabb-mu agar tidak mematikanmu sebagaimana kematian perempuan habasyi atau zinji, namun engkau meminta kepada Rabb-mu agar kamu dimatikan sebagaimana kematiannya.'"

Baginda melanjutkan, "Maka bayi itu menjawab, "Sesungguhnya engkau berdoa kepada Tuhanmu agar menjadikan aku seperti seorang laki-laki dari penghuni neraka, dan sesungguhnya perempuan habasyah atau zinjiyah itu, telah dicela dan dipukuli serta dizalimi oleh masyarakatnya, namun ia berkata; 'Cukuplah Allah sebagai pelindung, cukuplah Allah sebagai pelindung.'"

(HR. Ahmad: 8772)

 

JANGAN PULA ADA YANG JUAL PRODUK AGAMA

 

MOHD MUKHLIS


Jadi, jika Perlis sudah mula ada kes baharu Covid , adakah bermakna ada sesorang individu telah mula mengambil kesempatan menjual produk agama?

Kira Mutfi ukur guna radas dan tolok jangka apa? Adakah guna IST @ Indeks Serba Tahu?

Sangat misteri permasalahan ini.

 No photo description available.

Peguam ini dakwa semua Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia ditipu hidup-hidup oleh Muhyiddin

 Panas! Peguam ini dakwa semua Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia ditipu hidup-hidup oleh Muhyiddin

AMPUN TUANKU

Tuanku dengan seluruh Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia telah ditipu hidup-hidup oleh Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Titah Tuanku pada 16 Jun 2021 adalah supaya Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang segera bagi membahaskan Ordinan Darurat, Pelan Pemulihan Negara dan perkara berbangkit lain akibat pandemik yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Perdana Menteri hanya maklumkan untuk buat Mesyuarat Khas sahaja bukan bersidang seperti biasa.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia Merdeka, Parlimen khususnya Dewan Rakyat hanya bermesyuarat khas.

Kalau setakat nak bermesyuarat khas biasa tak perlu Tuanku bertitah, boleh panggil mesyuarat di Dewan Orang Ramai saja.

Tuanku dan seluruh Malaysia ditipu.

Ampun Tuanku.

Sumber: https://www.facebook.com/100007941282524/posts/3003712586570088/?d=n


ASYIK BERPOLITIK.TURUN LAH PADANG....DULU KUTUK KHALED SAMAD ...SEKARANG APA MACAM?? TANAH KAMPUNG BARU MACAMANA?

 

‘Annuar tolonglah turun padang’, Ahli Parlimen tak setuju penutupan pasar pagi di KL





PETALING JAYA: Ahli Parlimen menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, turun padang dan melihat sendiri keadaan perniagaan kecil khususnya pasar pagi terbuka yang diarahkan tutup susulan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, pengudaraan pasar pagi terbuka adalah lebih baik berbanding dengan pasar berbangunan dan pusat penjaja.

“Sebelum ini mereka menjaga SOP dengan ada pasukan RELA yang mengawal..ini memang tidak masuk akal..saya masih tidak puas hati, kesian penjaja yang berada di Kuala Lumpur ini.

“Annuar Musa tolonglah turun padang tengok sendiri keadaan pasar pagi ini, kenapa tutup pasar yang ada pengudaraan yang bagus,” katanya dalam sidang media bersama persatuan penjaja pasar pagi berkenaan isu penutupan pasar pagi terbuka di Kuala Lumpur sejak 1 Jun.

Beliau berkata, penjaja pasar pagi berkenaan turut mengadu mengenai 25 kompaun yang telah dikeluarkan kepada mereka.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, pihaknya juga kesal apabila golongan penjaja tidak mendapat bantuan yang sepatutnya.

Fahmi mendakwa, SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanyalah berpaksi kepada keputusan kerajaan pusat tanpa memantau sendiri keadaan dan masalah dihadapi rakyat.

“MKN buat keputusan hanya di meja mesyuarat mereka tidak turun padang lihat sendiri, saya minta MKN keluar dari bilik mesyuarat dan datang sendiri ke pasar pagi ini..saya pohon mereka teliti perkara ini” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar bantuan RM1,000 sebulan diberikan kepada penjaja yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan mereka.

“Ramai yang datang kepada saya bukan sahaja meminta bakul makanan, meminta bantuan mahu memulakan semula perniagaan.

“Saya cadang beri RM1,000 sebulan diberikan kepada penjaja yang tidak dibenarkan membuka kedai, RM1,000 sebenar tidak banyak pun saya percaya kerajaan Wilayah Persekutuan ada dana untuk membantu para peniaga ini,” ujarnya.

MB CEROI : Punyalah kata rakyat fitnah, akhirnya polis bongkar MB Kedah langgar SOP

 


Punyalah kata rakyat fitnah, akhirnya polis bongkar MB Kedah langgar SOP


Polis Dapat Arahan Kompaun MB Kedah Uji Pandu (Ford Raptor) yang viral haritu.

Tempohari Ustaz Afnan Hamimi, Setpol MB Kedah merangkap Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia macam buat posting menafikan di wall Fb dia ni; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4214747645214742&id=100000386434949

Bila #PDRM dapat arahan kompaun, maka jelas lah ia bersalah buat pandu uji waktu PKP kan?

Dalam hal ini saya kesian pada akak Nini Siron, di asak oleh cybertrooper PAS hingga tertekan dan delete posting tu.

Akhirnya Akak tu juga betul.

Pesan saya pada MB Kedah dan shbt saya Afnan, elok berterus terang lah, kan dah kantoi.

Apapun biar #PDRM jalankan tugas lah.

Geng Kayangan banyak alasan, kesian Marhain asyik kena denda ja.

Detail berita pasal berita tu; https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/327771

PERLU TELUS AUDIT DERMA ORANG RAMAI- USTAZ EBIT LIEW

 MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF

Ini sahabat saya echo benda yang sama 30 Jun lepas, tentang audit dan ketelusan perbelanjaan ke Gaza. Sebelum Ebit bawang rangers nak mulakan operasi, apa kata suruh dia bentang dulu laporan kewangan audit tabung derma kerana ia adalah wang awam.

"antara perkara utama harus beliau jelaskan secara tuntas adalah melaporkan secara terperinci berapakah kos dan perbelanjaan beliau dan pasukan untuk sampai ke Gaza. Antaranya yang sedia maklum (bagi yang maklum), sudah tentulah pihak berkuasa dan pemerintah Mesir tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana pasukan bantuan melepasi sempadannya yang dikawal rapi dengan diiringi kenderaan tentera tanpa ‘kos dan mahar yang bersesuaian.’ Atau dengan kata lain, ingat free2 ke boleh lalu sempadan Rafah?

Memanglah secara zahir kita lihat campur tangan kerajaan Malaysia terutama menteri luar negeri, kedutaan dan seumpamanya, namun mereka yang faham politik dan tabiat pemerintah Arab (lebih-lebih lagi yang memperoleh kuasa melalui kudeta), pasti ada rundingan yang perlu dipenuhi atau syarat ketat yang perlu dipatuhi untuk melepasi sempadan negara mereka.

Begitu juga, apa nasib lori yang sarat dengan barang bantuan yang dah dibeli di Mesir yang tidak lepas pun masuk? Justeru, hal ini perlu dilapor dengan tuntas dan jelas kerana ia melibatkan wang derma dan sumbangan orang ramai."

 FURQAN ABDULLAH

Alhamdulillah syukur melihat saudara Ebit dan pasukan beliau sudah berjaya masuk ke Gaza.

Berdasarkan reaksi dan ruangan komen fb beliau, rata-rata rakyat Malaysia amat gembira melihat ‘kejayaan’ beliau melepasi rintangan dan halangan untuk menyampaikan bantuan ke sana.

Namun, izinkan saya untuk memberi sisi pandang berbeza dan ini mungkinlah sebagai muhasabah agar beliau dan pasukan meneliti soal ini bagi mengelakkan ia berulang dan dikhuatiri membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Saya kira setelah berakhir misi beliau ke sana, eloklah beliau lupakan hasrat untuk ke sana semula hatta mana-mana negara luar sekalipun, biarlah pihak yang biasa berurusan menghulur bantuan ke luar negara yang menguruskan. Sebaliknya, beliau hanya perlu kekal mengambil hati rakyat Malaysia dengan kerja kebajikan beliau di samping menambah baik strategi kerja dan kaedah agar tidak berlaku pertembungan atau sebarang konflik dengan komuniti atau agensi setempat.

Justeru, sejurus pulang ke tanah air nanti, antara perkara utama harus beliau jelaskan secara tuntas adalah melaporkan secara terperinci berapakah kos dan perbelanjaan beliau dan pasukan untuk sampai ke Gaza. Antaranya yang sedia maklum (bagi yang maklum), sudah tentulah pihak berkuasa dan pemerintah Mesir tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana pasukan bantuan melepasi sempadannya yang dikawal rapi dengan diiringi kenderaan tentera tanpa ‘kos dan mahar yang bersesuaian.’ Atau dengan kata lain, ingat free2 ke boleh lalu sempadan Rafah? Memanglah secara zahir kita lihat campur tangan kerajaan Malaysia terutama menteri luar negeri, kedutaan dan seumpamanya, namun mereka yang faham politik dan tabiat pemerintah Arab (lebih-lebih lagi yang memperoleh kuasa melalui kudeta), pasti ada rundingan yang perlu dipenuhi atau syarat ketat yang perlu dipatuhi untuk melepasi sempadan negara mereka.

Begitu juga, apa nasib lori yang sarat dengan barang bantuan yang dah dibeli di Mesir yang tidak lepas pun masuk? Justeru, hal ini perlu dilapor dengan tuntas dan jelas kerana ia melibatkan wang derma dan sumbangan orang ramai.

Oleh yang demikian, saya berpandangan isu sebegini perlulah diteliti dan diambil perhatian oleh mana-mana pihak dan badan yang ingin melakukan kerja kebajikan, seperti yang telah saya suarakan sebelum ini kerja kebajikan perlu kepada ITQAN, bukan secara semberono dan membuta tuli. Lebih-lebih lagi jika melibatkan figura awam yang kemungkinan ada kepentingan politik, bisnes dan seumpamanya.

Sekali lagi ditegaskan, saya langsung tidak ada apa-apa masalah atau kepentingan berkenaan saudara Ebit atau mana-mana pihak yang ikhlas melakukan kerja kebajikan, malahan saya sendiri tak mampu untuk berbuat seperti mereka. Namun, hantaran ini saya lontarkan agar kerja kebajikan perlu dihias dengan akhlak ketelusan dan kebertanggung jawaban (transparency & accountability) yang tinggi kerana ia melibatkan amanah dan akad wakalah bil ujrah (yang diharuskan mengambil upah) yang amat berat neracanya di sisi agama.

 




 

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021