Sesi PdPR diteruskan sehingga 31 Ogos


Sekolah dijangka akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September.

PETALING JAYA: Sesi persekolahan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, mengambil kira kadar vaksinasi dalam kalangan sector pendidikan, sekolah dijangka akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September.

Ketetapan bagi pelaksanaan PdPR itu terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

No comments: