Peguam ini dakwa semua Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia ditipu hidup-hidup oleh Muhyiddin

 Panas! Peguam ini dakwa semua Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia ditipu hidup-hidup oleh Muhyiddin

AMPUN TUANKU

Tuanku dengan seluruh Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia telah ditipu hidup-hidup oleh Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Titah Tuanku pada 16 Jun 2021 adalah supaya Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang segera bagi membahaskan Ordinan Darurat, Pelan Pemulihan Negara dan perkara berbangkit lain akibat pandemik yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Perdana Menteri hanya maklumkan untuk buat Mesyuarat Khas sahaja bukan bersidang seperti biasa.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia Merdeka, Parlimen khususnya Dewan Rakyat hanya bermesyuarat khas.

Kalau setakat nak bermesyuarat khas biasa tak perlu Tuanku bertitah, boleh panggil mesyuarat di Dewan Orang Ramai saja.

Tuanku dan seluruh Malaysia ditipu.

Ampun Tuanku.

Sumber: https://www.facebook.com/100007941282524/posts/3003712586570088/?d=n


No comments: