BUAT DS KAMAL AMIR
KAMAL HIJAZ, LOCKMAN ADAM DAN AHLI-AHLI UMNO TERIMALAH KENYATAAN YANG UMNO TIDAK AKAN
PERNAH SUNYI DARI PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN MP-MP YANG PELAHAP DAN AKAN KHIANATI PARTI DEMI
JAWATAN, KEDUDUKAN, HARTA, DUIT DAN BUR*T. BERHENTILAH DOK MENGEJI DSAI, PH DAN
PKR. SEKURANG-KURANG NYA PKR BERANI MENYINGKIRKAN MP-MP YANG KHIANAT. UMNO BERANI??
******************
ZUS DIN
SANGGUP DIPERGUNA
MAHIADDIN, KLUSTER MENTERI SUDAH JADI MUSUH PARTI SENDIRI
Semalam terdedah satu
lagi rakaman audio mesyuarat MT UMNO yang diadakan pada 7 Julai lalu, dengan
kali ini melibatkan suara Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri.
Dalam audio itu,
beliau antaranya bercakap mengenai perlantikannya sebagai Timbalan Perdana
Menteri, tentang masa yang sesuai untuk UMNO keluar daripada kerajaan dan
kedudukan kerajaan PN yang menurutnya tidak akan jatuh kiranya UMNO menarik
diri pada waktu ini.
Selain membangkitkan
tentang darurat yang masih berkuatkuasa sebagai hujah kerajaan tidak jatuh,
beliau juga menyebut berkenaan CSA atau perjanjian kepercayaan dan belanjawan
yang didakwanya berlaku antara Mahiaddin Md Yasin dengan PH sekiranya UMNO
mengambil tindakan menarik diri.
Kata beliau, dengan
adanya perjanjian itu, meskipun setelah UMNO menarik diri, kedudukan kerajaan
PN dan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri tidak mungkin jatuh berikutan sokongan
gantian telah diperolehi daripada PH.
Dalam audio seorang
lagi ahli MT, Tajuddin Abdul Rahman yang viral sebelum ini, beliau juga
menggunakan hujah yang sama sebagai sandaran ketidakperluan untuk UMNO menarik
diri daripada kerajaan pada waktu sekarang.
Katanya, dengan
sokongan baru daripada DAP kepada Mahiaddin di dalam Parlimen melalui CSA,
penarikan sokongan oleh UMNO tidak memberi kesan apa-apa kepada kerajaan PN.
Berdasarkan dua audio
yang terdedah setakat ini, tidak mustahil lebih ramai sebenarnya ahli MT yang
menggunakan hujah CSA sebagai alasan dan kebimbangan UMNO tidak perlu menarik
diri daripada kerajaan.
Soalnya, benarkah ada
CSA antara kerajaan PN dengan PH?
Sebelum penafian
Saifuddin Nasution Ismail semalam, sebetulnya telah beberapa kali pemimpin PH
mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa mereka sama sekali tidak akan
bekerjasama dengan Mahiaddin, walau dalam ada keadaan sekali pun.
Blok pembangkang lain
seperti Pejuang dan Warisan juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama.
Jadi, kenapa pemimpin
UMNO, termasuk yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri, masih suka menggunakan
hujah CSA itu?
Adakah mereka tiada
pengetahuan mengenainya dan tidak mengikuti perkembangan semasa, walaupun
dengan kedudukan sebagai anggota kabinet dan pemimpin parti di hireaki
tertinggi, mereka sepatutnya sentiasa ke depan dengan maklumat di hujung jari?
CSA sebenarnya
hanyalah helah semata-mata kerana alasan dan faktor sebenar ialah keinginan
untuk pemimpin UMNO terbabit terus kekal menikmati habuan dan kedudukan,
termasuk dengan jawatan baru sebagai orang nombor dua dalam kerajaan.
Nikmat jawatan itu
terlalu sukar untuk mereka lepaskan, tambahan lagi setelah memperolehinya walau
dalam keadaan UMNO tidak menang pilihanraya dan beberapa pemimpinnya sendiri
sedang menuju ke penjara.
Dalam keadaan ini,
mereka merasakan inilah peluang merembat habuan, sambil menyimpan impian
kalau-kalau ada peluang menjadi pemimpin masa depan bagi menggantikan
kepimpinan sedia.
Realitinya, dengan
terus berada di dalam kerajaan yang paling dibenci rakyat ini, meski nikmat
diperolehi, pemimpin UMNO yang takut kehilangan jawatan serta kedudukan itu
secara automatik sudah masuk dalam perangkap “scheme of things” yang menjadi
amalan Mahiaddin untuk mengekalkan jawatannya.
Lantaran keseronokan
dengan habuan dan jawatan itu, mereka kini sudah tidak kisah menjadi musuh
kepada parti sendiri.
Dan setiap kali
Mahiaddin terasa kedudukannya terancam, ada saja “scheme of things” baru
ditawarkan.
Sebab itu, di sebalik
UMNO sudah menetapkan penarikan sokongan secara serta-merta terhadap Mahiaddin,
kluster menteri dalam parti itu tiada perasaan malu sama sekali mempertahankan
lagi Presiden Bersatu itu untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Perlakuan mereka itu
bukan saja menimbulkan kehairanan kepada rakyat, malah barangkali isteri dan
anak-anak di rumah yang sudah dewasa pun turut sama terasa peliknya.
Entahlah Labu,
langsung tak berjenis mereka ini, ayam dan itik pun tahu memilih mana makanan
yang perlu.
Keadaan ini sekaligus
menjadikan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Mahiaddin hanya sia-sia dan
tidak bermakna kerana umpan “scheme of things” lebih mudah untuk mengena
sasaran berhanding jerit pekik tentang perjuangan.
Berkaitan CSA, PH dan
blok pembangkang lain yang telah dikhianati oleh Mahiadin melalui Langkah
Sheraton, ikut logik apa sekali pun, mustahil sanggup bekerjasama dengan PN
untuk mengekalkan kerajaan sedia ada ini.
Jika itu yang sanggup
PH lakukan, bermakna mereka juga tiada bezanya dalam konteks khianat kepada
pengundi dan rakyat seluruhnya.
Akhirnya, tindakan
itu akan membangkitkan kebencian rakyat dan memungkinkan tidak lagi menjadi
pilihan pengundi bila pilihanraya diadakan.
Apakah itu yang mahu PH terima dengan percuma dalam perjuangan mereka?
(ShahbudinHusin 17/07/2021)