ASYIK BERPOLITIK.TURUN LAH PADANG....DULU KUTUK KHALED SAMAD ...SEKARANG APA MACAM?? TANAH KAMPUNG BARU MACAMANA?

 

‘Annuar tolonglah turun padang’, Ahli Parlimen tak setuju penutupan pasar pagi di KL





PETALING JAYA: Ahli Parlimen menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, turun padang dan melihat sendiri keadaan perniagaan kecil khususnya pasar pagi terbuka yang diarahkan tutup susulan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, pengudaraan pasar pagi terbuka adalah lebih baik berbanding dengan pasar berbangunan dan pusat penjaja.

“Sebelum ini mereka menjaga SOP dengan ada pasukan RELA yang mengawal..ini memang tidak masuk akal..saya masih tidak puas hati, kesian penjaja yang berada di Kuala Lumpur ini.

“Annuar Musa tolonglah turun padang tengok sendiri keadaan pasar pagi ini, kenapa tutup pasar yang ada pengudaraan yang bagus,” katanya dalam sidang media bersama persatuan penjaja pasar pagi berkenaan isu penutupan pasar pagi terbuka di Kuala Lumpur sejak 1 Jun.

Beliau berkata, penjaja pasar pagi berkenaan turut mengadu mengenai 25 kompaun yang telah dikeluarkan kepada mereka.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, pihaknya juga kesal apabila golongan penjaja tidak mendapat bantuan yang sepatutnya.

Fahmi mendakwa, SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanyalah berpaksi kepada keputusan kerajaan pusat tanpa memantau sendiri keadaan dan masalah dihadapi rakyat.

“MKN buat keputusan hanya di meja mesyuarat mereka tidak turun padang lihat sendiri, saya minta MKN keluar dari bilik mesyuarat dan datang sendiri ke pasar pagi ini..saya pohon mereka teliti perkara ini” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar bantuan RM1,000 sebulan diberikan kepada penjaja yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan mereka.

“Ramai yang datang kepada saya bukan sahaja meminta bakul makanan, meminta bantuan mahu memulakan semula perniagaan.

“Saya cadang beri RM1,000 sebulan diberikan kepada penjaja yang tidak dibenarkan membuka kedai, RM1,000 sebenar tidak banyak pun saya percaya kerajaan Wilayah Persekutuan ada dana untuk membantu para peniaga ini,” ujarnya.

No comments: