HARGA BARANG




Mana Kerajaan naik pun, isu harga barang akan jadi modal Pembangkang. Kerana ia isu yang paling dekat dengan pengundi atas pagar. 


Fence sitter tak ambil kisah sangat isu politik. Siapa berebut jadi PM atau MB, kadang mereka pun malas nak dengar. Tapi kalau Kerajaan yang ada usik periuk nasi mereka, itu boleh bikin amarah. 


Saya tengok banyak media play up harga barang naik dan Kerajaan seperti gagal mengawal. 


Jadi bagi nak tahu betul ke tidak, saya tengok data DOSM. Ini yang saya jumpa: 


Inflasi:

Jan 2023- 3.7%

Feb 2023- 3.7%

Mac 2023- 3.4%

April 2023- 3.3%

May 2023- 2.8% 


Menunjukkan inflasi makin mereda. Harga barang makin turun berbanding awal tahun dulu. 


Itu sebabnya, Kerajaan buat keputusan kekalkan OPR sedia ada. 


Ini adalah kutu yang cakap, DOSM ni tak betul la. Geng Kerajaan la. Susah set2 ni nak terima fakta. 


Hello… DOSM ni bukan baru tubuh zaman Kerajaan sekarang. Dah tubuh punya lama. Segala Kerajaan dia bagi data. 


Zaman 33 bulan pun sama. Mereka bagi data juga. Masa tu asyik menaik dan orang marah juga. 


Tapi masa tu, kalau naik inflasi, Timb Menteri Pas kata ia bukan masalah besar. Presiden PAS siap kata jangan salahkan Kerajaan. 


Sekarang diaorg terpaling champion bab menyalahkan Kerajaan ini 🤦🏻‍♀️ 


So far pada saya, Kerajaan buat langkah baik mengenai harga barang. Tapi jangan leka. Kalau makin teruk, kita balun pula. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



INFLASI NEGARA KINI

 


Beza inflasi zaman PN & PH. Zaman PH turun ke paras 2.8%, jauh lebih rendah dari zaman PN. Ini data & angka tepat. Walaun nak nafikan apa lagi? 


#MalaysiaMadani



SEBELUM NAK LENA



 Posting larut malam..

Citttt.. kasi susah anney tido yini worang!




MAJLIS PELUNCURAN BUKU SYEIKH YUSUF AL-QARADAWI

 







Alhamdulillah petang ini saya telah merasmikan Majlis Peluncuran Buku “Syeikh Yusuf al-Qaradawi Sebuah Autobiografi Sang Pelita Umat” yang diterbitkan oleh Kumpulan Darul Fikir Sdn. Bhd. 


Turut sama dalam majlis ini adalah wakil keluarga almarhum Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr Mohammad al-Qaradawi serta YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).


Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah mengabdikan kehidupannya untuk memberi kefahaman dan pendidikan kepada umat. Mesej kesabaran dan kesederhanaan serta sifat tawaduk beliau amat mengesankan saya sebagai seorang murid dan juga sahabat. 


Saya berpandangan buku autobiografi ini harus dibaca agar mendorong minat kita untuk membaca karya beliau yang lain.  Ketokohan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi melalui penulisan tidak boleh disangkal oleh kerana keluasan ilmunya dan mendalam.


#MalaysiaMADANI



PEMIMPIN DAN PENYOKONG KONGSI IQ YANG SAMA. TAHAP RENDAH BELAKA.

 

Bila penyokong dan pemimpin berkongsi IQ yang sama berkumpul.



PENDUDUK LEGA LIFT DAH OK




YB SYEERLENA RASHID


Penduduk Pangsapuri Pinang Emas, Batu Feringghi boleh menarik nafas lega apabila lif kediaman mereka bakal dinaik taraf bagi menangani permasalahan berkaitan lif usang. 


Dalam sidang media bersama YB Zairil Khir Johari yang merupakan mantan Adun Tanjung Bungah hari ini, saya telah mengumumkan penambahbaikan berkenaan. 


YB Zairil sebelum ini telah memanjangkan permohonan Perbadanan Pengurusan Pinang Emas berkaitan permohonan Tabung Penyelenggeraan Maksima 80-20 kerajaan negeri yang berjumlah RM412,000 iaitu jumlah keseluruhan. 


Sementara itu, pihak saya telah bersetuju menampung 20 peratus kos - yang sepatutnya dijelaskan oleh Perbadanan Pengurusan Pinang Emas - dengan menggunakan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) sebanyak RM82,400. 


Inisiatif ini merupakan satu lagi inisiatif sebuah kerajaan yang prihatin dengan permasalah rakyat. 


#ybsar #MalaysiaMadani #DemokratikAdilPeduli #Penang



DULU LAGI MURAH

 


Ahmad Shahril


Mana ada dulu belanja dapur 200 hinggit sbln,10 hinggit jea sebulan taw itu pun dah mewah giler...


WALAUN SUKA REGA ZAMAN MAHIADDIN DULU..

 

Nurul Asyikin.



Kebetulan saja, semalam aku & suami aku pergi pasar pagi & market.









Jadi kami biasa beli barang untuk stock seminggu sekali.


Kat Pasar Teluk Intan, harga ikan ada menunjukkan trend penurunan.


Ikan kayu & Cencaru saiz besar RM11 sekilo. Biasa RM13. Tapi kadang² jika nasib baik boleh dapat dalam RM9 & RM8 ja. Macam bulan Mei haritu. Segar² ye. 


Ikan pari yang nampak beza. Biasa RM20 ke atas tapi semalam RM18.


Ikan kembung pula RM15. Segar². Aku biasa beli ikan ini untuk kucing. Dulu kembung yang lama² sikit dapatlah dalam RM5,6 paling mahal RM10 tapi sekarang susah dapat. Bila tanya je, dah ada orang cop. Yang segar² RM15 kira rare juga kat tempat aku, tapi bila ada, aku sambar je la. Sebab harga dia boleh cecah RM22 sekilo woo.


Suami aku kata sayang bagi kucing, dia pi beli ikan lain pula macam ikan Sardin tapi RM8 sekilo. Lupa aku nama ikan tu apa.


Peniaga kat sini selalu gak aku sembang² dengan depa. Faktor utama naik & turun harga sebab kuantiti stok yang bergantung pada keadaan cuaca.


Nak beli lagi murah & lagi fresh? Boleh. Kat Jeti Hutan Melintang. 2 kali aku pergi sejak bercuti neh, dua kali gak hampa. Kena datang pukul 5,6 pagi. Lambat sikit, kirim salam la. Kat sana cuma ada satu jeti untuk orang luar macam aku beli. Yang lain², khas untuk peniaga² kedai makan, seafood, peraih, pemborong, industri perkilangan etc. Sebab tu bila lambat sikit, kirim salam je la jawabnya 😭. 


Sayur² pula aku suka beli kat mall dari pasar. Sayur² kat pasar mahal sedikit dari mall. Memang begitulah sejak dulu & aku pun tak tahu kenapa. Sebab tu jarang aku beli kat pasar. Kadang² je aku beli tanda support tu pun sebab rasa kaya sekejap dapat gaji. Kalau tengah bulan jangan harap le.


Bezanya, kat pasar kau boleh pilih kuantiti, kat mall tak boleh. Ini sayur² kat mall. Selalu aku beli kat TF, dekat nakmampuih dengan rumah aku, tapi nak betul² murah di Billion Hutan Melintang. Memang murah. Tapi kau kena beli sekali banyak². Sini pagi² dah ada orang beli sayur sebab buka kedai makan, catering etc. Lambat, tak merasa la kau. Dan ya, harganya lebih murah berbanding dulu.


Harga sayur², bawang etc neh sama ja macam ikan. Ada kalanya naik, ada kalanya turun kerana bergantung pada stok & cuaca.


Tapi yang paling betul² ada perubahan ialah belah mana pun aku pergi, telur sudah ada. Bukan macam dulu, harga lebih mahal, stok pun tak ada. 🙂



JOM LIHAT HARGA BARANG NAIK ATAU TURUN. PANDAI KA KO BACA DATA NI ?

 PN kata harga barang naik! PM Anwar, Kerajaan PERPADUAN, Malaysia MADANI zalim?


Salah❗


Inflasi makin reda.


Sejak Mac 2022 hingga Mac 2023 inflasi bagi makanan terpilih ada naik +8.6%, ada turun -0.9%.


Pasca Nov 2022 inflasi kebanyakan makanan terpilih, stabil & turun📉


Ok❓


Sumber: twitter Yasir





MESYUARAT MTEN

 




Mesyuarat MTEN pada 10 Julai 2023 membincangkan dua perkara utama yakni merangka perundangan berhubung budaya Ali Baba (rent-seeking) , dan inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR). Mesyuarat bersetuju:


1. Secara prinsip bahawa budaya Ali Baba memberi dampak negatif kepada ekonomi dan Kerajaan serius untuk menangani dan membasmi aktiviti ini. Anggaran kerugian mencecah sekitar 1% daripada KDNK dan melibatkan aspek perolehan, perlesenan, pemberian permit dan kuota, serta pemberian subsidi dan geran. Oleh yang demikian, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara, dengan penglibatan Kementerian dan Agensi Kerajaan, akan mengkaji dan merangka dasar dan strategi perundangan yang bersesuaian untuk membanteras aktiviti rent-seeking dan membentangkan cadangan kepada Jemaah Menteri.


2. Mempercepat inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) sebagai pemangkin kepada strategi mengangkat negara sebagai peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu. Projek-projek Flagship Rintis dan inisiatif NETR bagi meningkatkan penyertaan industri mengenai hala tuju baharu Kerajaan dalam meneroka sumber tenaga baharu dan membentuk permintaan pasaran, serta mengenal pasti sumber kewangan untuk menangani jurang pembiayaan bagi projek tersebut.


Fasa Pertama NETR akan mengetengahkan sepuluh projek rintis perdana yang strategik dan bernilai tinggi sebagai langkah pelaksanaan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dengan jangkaan pelaburan bernilai RM25 bilion, mewujudkan 23,000 pekerjaan berkualiti tinggi, dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram secara bertimbunan (cumulative). Peluncuran NETR Fasa Pertama akan diadakan pada 27 Julai 2023 dan disusuli oleh peluncuran NETR Fasa Kedua pada Ogos 2023.


Melangkah ke hadapan, MTEN akan terus merumuskan langkah dan inisiatif baharu untuk menangani pelbagai tantangan melibatkan perekonomian negara, bagi memastikan penambahbaikan tatakelola serta perubahan struktur secara teratur demi meningkatkan potensi ekonomi negara. Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara mencapai Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 dan sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan memenuhi keperluan sosioekonomi rakyat bagi menjamin kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.


ANWAR IBRAHIM

11 Julai 2023


#MalaysiaMADANI



WALAUN NI ...KALAU HANGPA KATA APA PUN MEREKA IKUT SAJA. MAHATHIR HINA PAS..GELAKAN HINA PAS. WALAUN TETAP SOKONG. APA PUNYA LEKEH


 

FELDA NI KENA URUS DENGAN BAIK. TAPI WARGA FELDA PULA TAK TAHU BERSYUKUR DAN TAK PANDAI PULA BERTERIMA KASIH. MUHYIDDIN BOHONG TERANG TERANG PUN MEREKA PERCAYA.


 

MERCU TANDA KOTA BHARU


 

MENTERI KDN TERBAIK


 

SAYA CAKAP SINAR NI PENIPU


 

AYUH ANAK MUDA YANG BIJAK DAN ANAK PERTIWI.


 

SALAH FAKTA....PAS SAMA PPBM DAN GELAKAN.....PAS AKAN ARAH WALAUN SOKONG GELAKAN


 

AZMIN KO CAKAP KAT SAPA TU ? AZMIN....


 

MACAMAN KITA NI KATA KITA NI PARTI ISLAM. APA CITA CITA SUPAYA MUSUH KITA BUAT JAHAT.


 

ORANG KEDAH- CARILAH PEMIMPIN YANG BIJAK FAN PANDAI. BUKAN YANG MAKAN GAJI BUTA TAPI TAK BUAT APA UNTUK RAKYAT KEDAH.


 

Anwar: Malaysia tolak sekularisme, Ras Adiba 'bisik' sambung jawatan, Ki...




















🔥PANAS❗ LOKMAN DEDAH LAGI 💥 HABIS LA ABAHKAW❗

RENTASAN 1403 | GEMPAR!! MAHIADDIN YASIN WAJAR DENGAN SEGERA FAILKAN SAM...




MENARIK DALAM RENTASAN 1403

1. SIAPA HADI UNTUK DIKECUALIKAN?? 2. HUTANG FELDA - SIAPA BOHONG? 3. KECOH DI KLIA - SPRM BELUM TARIK ‘HANDBRAKE’ 4. PENCIPTA LANGKAH YANG DIPANGKAH





KENYATAAN KETUA PENEROKA FELDA KEBANGSAAN















 

Zackdin Zainol


KENYATAAN KETUA PENEROKA FELDA KEBANGSAA

Sebagai ketua Peneroka Kebangsaan Felda,saya tampil untuk menceritakan perkara yg sebenar..

1.Penghapusan hutang2 Peneroka adalah PERJUANGAN wakil2 Peneroka di bawah Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP ),yang mana saya sebagai Ketua Peneroka Kebangsaan..

2.Kami melihat,15 tahun Felda tidak mengeluarkan Penyata hutang kepada Peneroka,byk rungutan dari Peneroka,ada hutang yang tak wajar,saya bagi salah satu contoh..

Sepatutnya membaja setahun 5 kali,tapi Felda buat 2 kali,cas hutang pada Peneroka 5 kali,ini salah satu sebab Peneroka ragu dan tak puas hati..banyak sebab lagi..

Selaku Ketua Peneroka Kebangsaan Felda,saya telah berbincang perkara ini bersama Pengerusi Felda YB Tan Sri Idris Jusoh dimasa itu..

Jalan Penyelesaiannya,Felda kena hapuskan hutang-hutang Peneroka sehingga 2019..

Perkara ini dipersetujui bersama oleh Felda dan Peneroka,Felda telah merangka kaedah pemotongan ini.

3.Apabila Pemansuhan ini berlaku,Felda telah berjumpa Kerajaan dimasa itu,yang mana Ts Mahyuddin selaku Perdana Menteri.

Apabila Pemansuhan ini berlaku,Felda sudah hilang punca pendapatan,bagaimana nak bayar hutang-hutang Bank dan Kwsp serta lain-lain..

Kerajaan dimasa itu telah bersetuju untuk mengeluarkan SUKUK RM 9.9 bilion dgn JAMINAN Kerajaan..

4.Dengan dapat Jaminan Kerajaan itu,Bank-bank  telah mengeluarkan kewangan untuk disalurkan kepada Felda.

5.Saya sendiri bersama Tan Sri Idris Jusoh,Presiden MBFM,Presiden KAF dan Wakil dari Pengurusan Felda berjumpa Tan Sri Mahyuddin di Pjbt PM di Parlimen.

Setelah diberi Penerangan mengenai SUKUK ini,kami berpuas hati dan mengucapkan Jutaan T.kasih kepada YAB PM.

6.Semasa dalam penerangan,YAB PM berkali2 bercakap,Ingat..ini bukan Percuma,kena bayar balik,sehingga lah semasa bersalam hendak pulang dgn PM,PM masih mengulangi ayat..ingat,ini kena bayar balik.

7.Setelah Kewangan dapat dari Bank-bank ,Felda telah membayar segala hutang-hutang nya,termasuk untuk Felda membeli saham-saham FGV yang mana sekarang Felda menguasai sebanyak 82%.

8.Samaada Kerajaan sudah mementerai Perjanjian dgn Felda bagaimana SUKUK ini harus dibayar itu kita tidak dimaklumkan dan sehingga habis tahun 2022,masih ibarat menunggu buah yang tak gugur.

9.Apabila Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan Negara,yang diketuai oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri beliau telah menyemak perkara ini bersama Kementerian Kewangan..

10.Pada hujung bulan Jun 2023,Perdana Menteri,Dato Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani satu Jaminan dari Kerajaan,untuk merealisasikan dari perjanjian terdahulu yg mana Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk membantu Felda sebanyak RM 1B setahun untuk membayar pokok pinjaman Felda melalui SUKUK RM 9.9 B..

11.Apabila ini berlaku,Felda menarik nafas lega,Felda hanya perlu mendapatkan lain-lain sumber pendapatan yang salah satunya dari FGV LLA,Kilang dan sebagainya yang akan mendapat pendapatan RM 1 B lebih..

12.Dengan Pendapatan ini,Felda boleh membayar gaji kakitangan,Faedah bank,Pendahuluan tanam semula Peneroka,Pendahuluan baja,sara hidup dan lain aktivit yang membabitkan kebajikan Peneroka.

13.Mungkin dalam masa 8 tahun,FELDA sudah boleh berjalan seperti biasa dan kembali kelandasan asal penubuhannya.

14.Semasa majlis sambutan hari Peneroka pada 7hb julai yang lepas (jumaat),Perdana Menteri telah meluluskan beberapa Peruntukan untuk kesejahtetaan Peneroka dan Felda.

i.Bantuan Kerajaan Rm 1b setahun untuk membayar hutang Sukuk kepada bank-ban..( pokok sahaja)

Ini meringankan beban Felda,dan Felda akan menggunakan pendapatan-pendapatan  lain untuk kos operasi Felda termasuk kebajikan Peneroka.

ii.Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan tambahan untuk menyediakan pemasangan lampu-lampu  jalan dikesemua kawasan rancangan Felda yang membabitkan 37,012 lampu jalan dgn bayaran 2 bil bulananya ditanggung oleh Kerajaan,melalui kementerian terbabit.

iii.Perdana Menteri juga mengumumkan 12 pusat hemodialisis didalam kawasan rancangan Felda.

iv.Perdana Menteri juga mengumumkan subsidi Diesel sebanyak Rm 36 juta setahun untuk penjanaan tenaga,dan rawatan air bersih di Sabah.

Ia akan memberi manfaat kepada lebih kurang 40,000 isi rumah.

v.Bagi warga Peneroka yang berumur 65 tahun keatas,Perdana Menteri juga mengumumkan menfaat kesihatan bernilai Rm 300,ia boleh digunakan jika mereka mahu menerima rawatan diklinik swasta.

vi.YAB Perdana Menteri turut mengumumkan Digital Madani,yg mana Digital Madani ini ialah satu program baharu yg akan diperkenalkan diseluruh rancangan Felda,untuk memastikan anak2 dan cucu2 peneroka Felda tidak ketinggalan dalam ekomomi GIG.

vii.Perdana Menteri juga mengumumkan akan membantu Peneroka tanaman Getah beralih kepada tanaman sawit.

viii.Dalam isu Perumahan Genarasi baru Felda,Perdana Menteri memberikan JAMINAN 283 unit rumah yg terbengkalai akan disiapkan,manakala peruntukan untuk membina rumah Generasi baru yg akan dtg,kajian kearah itu akan dilaksanakan,Perdana Menteri meminta tempuh masa supaya Kerajaan mencari jalan 

terbaik

 bagi semua pihak.

Akhir sekali Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kementerian Wilayah dan Desa,dibawah YAB Timbalan Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,yg juga Menteri Pembangunan Wilayah dan Desa diberikan akses untuk menyelenggara dan membaiki kemudahan2 yg rosak didalam kawasan rancangan Felda yg sebelum ini tidak dibenarkan,kerenah biokrasi ini telah dilonggarkan oleh Kementerian Kewangan supaya FELDA tidak hanya menunggu dari satu sumber sahaja.

Saya melihat, ini adalah satu KESUNGGUHAN KERAJAAN PERPADUAN,@MADANI untuk membantu Felda dan Peneroka,saya menyambut baik atas usaha ini,dan mendoakan semoga Allah swt permudahkan segalanya..aamiin.

15. Petikan kata2 Pengerusi Felda yg baru,Ybhg Dato Seri Ahmad Shabery Cheek,kita ini ibarat 3 tiang tunku,yg berdiri gagah untuk menerima kawah besar yg berada diatas kita,tiga tiang itu ialah Peneroka,Felda dan Kerajaan,salah satu tiang ini patah,rebah lah kawah kebumi.

Peneroka..Felda

dan Kerajaan berpisah tiada.

Kalau Felda tidak bernyawa,Peneroka tidak bernafas,tak kiralah Kerajaan mana pun,Felda adalah lubuk Tamaddun Melayu,sewajibnya dibantu,bila berlaku kesusahan..

Saya menyeru kepada semua Peneroka dan warganya terus memandang kehadapan,untuk kita terus maju dan berjaya dalam keberkatan..

Wallahhuaklam.

T.kasih..

Sulong Jamil Hj Mohamed Shariff.

Ketua Peneroka Kebangsaan FELDA.

 

Mahiaddin bankrap idea, bukan semua rakyat boleh ternak ayam sendiri





 Idea Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Yassin menyarankan rakyat menternak ayam penelur sebagai jawapan kepada bekalan telur yang berterusan untuk keluarga dikritik banyak pihak.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, hujah Mahiaddin itu seperti 'melepas batuk di tangga' kerana bukan semua rakyat boleh menternak ayam, apatah lagi yang tinggal di kawasan perumahan.


Katanya, selepas bekalan telur pulih di pasaran Mahiaddin sepatutnya mencari isu lain sebagai modal berceramah bukan mengulang isu telur ayam.


"Bekas Perdana Menteri Mahiaddin perlu faham bukan semua rakyat mempunyai kebun ataupun halaman rumah sebesar rumah beliau yang boleh menternak 30 hingga 40 ekor ayam. Tambahan bukan semua orang boleh menternak ayam sesuka hati seperti Mahiaddin dan tidak disaman oleh pihak berkuasa tempatan.


"Hakikat bahawa Mahiaddin masih melayan isu telur menunjukkan PN sudah bankrap idea untuk membantu rakyat dan tidak ada isu lain yang boleh dimainkan," kata Chean Chung dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, polisi subsidi bersasar Kerajaan Perpaduan sewajarnya menolak untuk terus memberi subsidi harga telur ayau ayam kepada orang kaya seperti Mahiaddin yang mampu menternak sendiri bekalan daging dan telur.


Selain itu, Chean Chung juga melahirkan kebimbangannya ke atas kualiti idea pemimpin PN yang hanya mampu mencadangkan rakyat menternak ayam di kebun dalam menyelesaikan masalah harga bahan makanan.


"Lebih menyedihkan, sebagai blok pembangkang yang mempunyai ramai bekas menteri-menteri dan perdana menteri, apa yang dicadangkan adalah menternak ayam sendiri di kebun.


"Sememangnya ini satu sindiran yang cuba dibuat oleh Mahiaddin kepada Kerajaan hari ini. Namun ‘telur’ yang dilontarkan oleh beliau umpama 'meludah ke langit, terkena ke muka sendiri'," katanya.


Menurut Chean Chung, krisis kekurangan telur berlaku pada waktu kerajaan PN berkuasa dan kemudian diselesaikan oleh Kerajaan Perpaduan selepas Disember 2022.


Katanya, pada awal pemerintahan Kerajaan Perpaduan, Menteri yang menangani isu telur telah mendapati kekurangan bekalan sehingga 157 juta biji telur ayam di pasaran tempatan.


"Siapa kerajaan pada masa itu (sebelum Pilihan Raya Umum November 2022)? Tidak lain tidak bukan Perikatan Nasional.


"Jika waktu itu Mahiaddin prihatin dengan rakyat, sudah tentu kerajaan boleh buat sesuatu untuk berhadapan dengan isu tersebut, dan bukan mengumpul dana bagi akaun parti beliau sahaja.


"Mahiaddin juga kena sedar bahawa keadaan cepat bertambah baik sejurus selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih, dan sekarang pasaran memang jarang sekali menghadapi kekurangan telur," kata Cheang Chung lagi.


Semalam ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan, Mahiaddin menyarankan rakyat menternak ayam sendiri di kebun bagi menyediakan bekalan protein kepada keluarga.