HARGA BARANG




Mana Kerajaan naik pun, isu harga barang akan jadi modal Pembangkang. Kerana ia isu yang paling dekat dengan pengundi atas pagar. 


Fence sitter tak ambil kisah sangat isu politik. Siapa berebut jadi PM atau MB, kadang mereka pun malas nak dengar. Tapi kalau Kerajaan yang ada usik periuk nasi mereka, itu boleh bikin amarah. 


Saya tengok banyak media play up harga barang naik dan Kerajaan seperti gagal mengawal. 


Jadi bagi nak tahu betul ke tidak, saya tengok data DOSM. Ini yang saya jumpa: 


Inflasi:

Jan 2023- 3.7%

Feb 2023- 3.7%

Mac 2023- 3.4%

April 2023- 3.3%

May 2023- 2.8% 


Menunjukkan inflasi makin mereda. Harga barang makin turun berbanding awal tahun dulu. 


Itu sebabnya, Kerajaan buat keputusan kekalkan OPR sedia ada. 


Ini adalah kutu yang cakap, DOSM ni tak betul la. Geng Kerajaan la. Susah set2 ni nak terima fakta. 


Hello… DOSM ni bukan baru tubuh zaman Kerajaan sekarang. Dah tubuh punya lama. Segala Kerajaan dia bagi data. 


Zaman 33 bulan pun sama. Mereka bagi data juga. Masa tu asyik menaik dan orang marah juga. 


Tapi masa tu, kalau naik inflasi, Timb Menteri Pas kata ia bukan masalah besar. Presiden PAS siap kata jangan salahkan Kerajaan. 


Sekarang diaorg terpaling champion bab menyalahkan Kerajaan ini 🤦🏻‍♀️ 


So far pada saya, Kerajaan buat langkah baik mengenai harga barang. Tapi jangan leka. Kalau makin teruk, kita balun pula. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



No comments: