MAJLIS PELUNCURAN BUKU SYEIKH YUSUF AL-QARADAWI

 







Alhamdulillah petang ini saya telah merasmikan Majlis Peluncuran Buku “Syeikh Yusuf al-Qaradawi Sebuah Autobiografi Sang Pelita Umat” yang diterbitkan oleh Kumpulan Darul Fikir Sdn. Bhd. 


Turut sama dalam majlis ini adalah wakil keluarga almarhum Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr Mohammad al-Qaradawi serta YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).


Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah mengabdikan kehidupannya untuk memberi kefahaman dan pendidikan kepada umat. Mesej kesabaran dan kesederhanaan serta sifat tawaduk beliau amat mengesankan saya sebagai seorang murid dan juga sahabat. 


Saya berpandangan buku autobiografi ini harus dibaca agar mendorong minat kita untuk membaca karya beliau yang lain.  Ketokohan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi melalui penulisan tidak boleh disangkal oleh kerana keluasan ilmunya dan mendalam.


#MalaysiaMADANI



No comments: