SETIAKAWAN DALAM PAKATAN



Setiakawan dalam Pakatan Harapan tetap kekal dan utuh. Yang jadi masalah, balaci di bawah yang ala-ala walaun terlampau taksub dengan pemimpin sampai lupa strategi, lupa muafakat, lupa janji dan lupa agenda apa yang PH bawa semasa meraih mandat rakyat.

Ada orang Cina boleh benci dengan DAP kerana cakap-cakap bahawa pemimpin parti itu keterlaluan meraikan Mahathir.

Memang betul mereka berikan sokongan padu semasa PRU lepas kerana mereka percaya Mahathir telah bertaubat dan telah menjadi orang baik untuk memimpin Malaysia Baharu.

Tapi, hati perut tiada siapa boleh membaca kerana niat seseorang hanya Tuhan yang tahu. Bukan menuduh atau curiga, tapi kelakuan menggambarkan niat yang ada dalam hati.

Janjinya mahu serahkan kepimpinan negara dari dua tahun ke dua tahun setengah, dari begitu jadi begini sehingga ada kalam si tua menyebut dekat PRU15 baharulah nak serahkan seperti yang dijanjikan!

Lidah tak bertulang! Wajah normal tidak menggambarkan hati mulus. Kadangkala lebih kaudu dan menyakitkan hati.

Biarlah kuasa pemerintahan yang terlepas, jangan sampai PH berantakan seperti retak menanti belah.

Lupakan mandat lalu. Ia hanya kuasa sementara yang boleh didapati dan dicuri oleh orang lain dengan jalan khianat.

Raih semula keterujaan hati rakyat untuk memberikan sokongan. Sedang balaci di bawah gila-gila kemaruk jawatan yang terlucut, seteru PH sedang bersiap sedia untuk persediaan pilihanraya seterusnya.

Kekal teguh bersama PH, jangan keterlaluan mencari pengaruh kerana kebijaksanaan dalam mengepung PH supaya tidak berkocak adalah sangat diperlukan sekarang.

Aku janji, aku tak mau lagi kecam pemimpin PH kerana aku sedang belajar apa yang Sdr Anwar tunjukkan. Teguh berprinsip dalam senyuman, bukan berang dan gopoh dalam kebodohan.

Sekian.

Abg Aim 😎

NIK AMAR KUTUK ANWAR, ANWAR TAK KUTUK DIA PUN RASANYA...JAGA LAH KELANTAN TU BAGI AIR SEJERNIH AIR DI PENANG SANA.



Nak selesaikan masalah air di Kelantan pun, PAS tak mampu nak sibuk urusan PKR. Pasal tu PAS ni lebih bahaya dari
COVID19.Air macam tu , bukan untuk orang minum masak, kerbau nak berkubang pun belum tentu. Sembang ngata orang terbaik, sendiri mentadbir negeri Islam , air macam air acar...weiii lebai..Penang cina perintah tahun 60an air paip dah weiiii....cermin diri.Zaman dah maju.KEH..KEH..KEH....Tak sedar diri punya orang
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks


SETIAKAWAN TIDAK BOLEH DI JUAL BELI



Bersama Mohamad Sabu
Di pejabat hari ini ...

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri

NAK BELA RAKYAT ATAU NAK BELA DIRI SENDIRI NIH...?...

Keputusan keluar Umno pada 2018 satu kesilapan, kata Salleh

Salleh Said Keruak membuat permohonan menyertai Umno semula pada 26 Mei lalu. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Bekas bendahari Umno, Salleh Said Keruak mengesahkan beliau memohon untuk menyertai parti itu semula.
Beliau berkata, permohonan itu dibuat pada 26 Mei lalu melalui Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin.
Salleh yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata, beliau membuat keputusan itu selepas merenung kembali tindakannya sebelum ini, termasuk meninggalkan Umno secara “en-bloc” pada 12 Dis 2018 yang kini dianggapnya satu kekhilafan.
“Kini saya menyerahkan kepada Umno, khususnya Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), Majlis Tertinggi dan Umno Sabah yang diketuai Bung Moktar untuk menimbang permohonan tersebut.

KISAH RM300 JUTA



Ketar lutut saya apabila menerima salinan surat ini. Ini adalah surat pengesahan daripada Tabung Haji bahawa Menteri Agama (PH) telah meluluskan penjualan 50% pegangan TH di dalam Abraj Sdn Bhd kepada pihak lain hanya dengan harga RM100 ribu.

Tuan- tuan tahu siapa Abraj Sdn Bhd?

1. Abraj adalah sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan secara bersama oleh TH dan Amanah Raya Berhad (ARB) pada tahun 2010 dengan matlamat penerokaan pelaburan baru secara bersama.

2. Kedua dua TH dan ARB memiliki 40,225,000 unit saham menjadikan pegangan masing2 adalah 50:50. TH telah melabur sekitar RM45 juta sepanjang penubuhan Abraj Sdn Bhd.

3. Abraj kini adalah pemilik kepada 3 buah bangunan bernilai di Cyberjaya. 3 bangunan ini adalah MKN Embassy Techzone Blok A, MKN Embassy Techzone Blok B dan Bangunan Mustapha Kamal

4. Bangunan MKN Embassy tersebut didirikan di atas tanah seluas 4.1341 hektar dengan pegangan SELAMA-LAMANYA

5. Kesemua bangunan ini telah pun dinilai pada Disember 2016 dengan harga sekitar RM300 juta

6. Macammana Menteri boleh bersetuju dengan harga RM100 ribu bagi penjualan 50% pegangan syarikat ini adalah diluar kefahaman saya. Rumah kos rendah dekat Selayang pun lagi mahal.

7. Jika sekiranya berlaku masalah aliran tunai, atau sewaan tidak menggalakkan atau masalah kewangan, langkah paling wajar adalah penstrukturan korporat seperti pembiayaan semula dan rundingan kadar faedah dengan pemberi pinjaman baru. Kemudian diikuti penjenamaan korporat dan perubahan sistem yang sesuai dengan industri semasa.

Bukan jual jual jual

Ini ke cara berhemah dan berintegriti dalam menjaga aset umat Islam?

Satu lagi. Status ini adalah permulaan yang panjang untuk anda semua. Banyak lagi akan menyusul

---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

MAKIN TUA MAKIN TAK KETAHUAN


Shahbudin Hussein

Bersungguh betul nampaknya Mahathir nak menolak Anwar jadi PM.Ingatkan makin tua makin jadi negarawan, rupanya makin tak ketahuan....



ALAMAK !!!...15 KERUSI SAHAJA BUAT BERSATU ?



Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed menggesa UMNO berkeras dengan PPBM dalam rundingan kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada pilihanraya umum akan datang.
“Beri mereka 15 kerusi sahaja,” katanya mengulas laporan bahawa PPBM mensasarkan 50 kerusi dalam pembahagian kerusi dengan UMNO dan Pas.
Alamak….15 kerusi saja?
Kesiannya….
Kalau hanya15 kerusi saja diperuntukkan, bolehkah menang semua?
Bagaimana jika mampu menang hanya tiga atau empat kerusi saja?
Dengan itu, bagaimana Muhyiddin mahu mengekalkan kerusi Perdana Menterinya?
PPBM atau Bersatu, UMNO dan Pas adalah tiga parti Melayu dalam PN yang bakal berebut kerusi di kawasan yang sama jika mereka kekal sepakat untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Pembahagian kerusi dijangka menjadi halangan besar antara ketiga-tiga parti tersebut.
Bercakap kepada portal berita FMT, Nur Jazlan mendakwa, PPBM tiada sokongan akar umbi untuk membolehkan ia memperolehi lebih banyak kerusi.
Katanya, PPBM tidak mampu membentuk kerajaan jika tanpa sokongan UMNO.
Beliau berkata, kerana sokongan UMNO adalah antara sebab kumpulan Muhyiddin dalam PPBM dapat menggantikan kerajaan PH pada Februari lalu.
“Muhyiddin dapat menjadi Perdana Menteri kerana sokongan UMNO, oleh itu UMNO harus berkeras dalam rundingan agihan kerusi pilihanraya,” katanya dengan tegas.
 (Shahbudindotcom 01/07/2020)


MASALAH AIR CHINI SALAH PH, NAJIB JD PM BUAT APA?

AHLI PARLIMEN TERAJU GLC: NEGARA MENGUNDUR KE BELAKANG

HENTIKAN PERTELAGAHAN SESAMA SENDIRI



Salam sejahtera semua.

Hentikan pertelagahan sesama kita didalam PH bukan ( Plus).

Didalam PH mana datangnya Plus, yang mengujudkan nama Plus tu TM yang bersedia mengunakan apa saja nama yang penting TM berjaya memecahbelahkan perpaduan,apa saja jenis perpaduan, asalkan nama perpaduan akan dihancurkan oleh TM.

Sebabnya TM ini terlalu payah untuk menerima perpaduan terutama sekali perpaduan didalam sebuah politik,baca saja sejarah TM,tidak ada sebuah parti politik pun dalam Malaysia disenangi oleh TM

Makanya lantaran daripada itu,saya fikir lebih berfaedah untuk kita melupakan saja egoan TM, dan lebih baik kita didalam PH persiapkan urusan dan jentera kita dalam PH bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti kita dalam PH, kalau kita masih dengan menuding jari antara satu sama lain,sampai bilapun tidak akan terjumpa nohtah kebenaran,sebab yang menulis skrip perpecahan PH ada ditangan TM,dan TM lah yang merekacipta perpecahan antara perpaduan dalam PH.

Sehubungan itu tak perlu kita melayani kerenah TM ini lagi, kerana semua yang dicoret TM hanya sanya untuk perpecahan.

Perkukuhkan gabungan kita dalam PH bagi menghadapi PRU15,sebab kalau kita leka dengan telatah TM maka musuh akan masuk didalam perpaduan kita,dan dengan kelonggaran perpaduan dalam PH tidak mustahil kita akan menerima padahnya pada PRU akan datang, yang tepok tangan TM dan orang orang yang seangkatan dengan TM, kerana melihat kelonggaran perpaduan kita dan satu demi satu kerusi yang kita tandingi dirampas oleh parti lawan.

Saya mohon hentikan menuding jari sesama kita PH,walaupun ada satu dua yang masih bersetia bersama TM daripada pihak PH,tetapi percayalah TM tidak akan datang kemana mana mungkin Tahun 2020 merupakan tarikh penamat keriar politik TM.



SHAFIE APDAL PM: RUJUK MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN PH

Imbas Kembali... *Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu*



*Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu*

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Terserlah ketakutan Mahathir
Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.

Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.

Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.

Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.
Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb

(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)  2014

Di mana cadangan penyelesaian Pas-PN bagi polisi BMF, bantu B40?

Di mana cadangan penyelesaian Pas-PN bagi polisi BMF, bantu B40?

Kempen Beli Barangan Muslim Dahulu atau Buy Muslim First (BMF) walaupun bertujuan baik untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu dan mempromosikan produk berkonsepkan Islam, namun ianya sebelum ini telah dipolitikkan Pas.
Kini nampaknya sudah hilang bisanya hanya dalam tempoh tidak sampai setahun. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Pas seharusnya sudah mampu membentangkan BMF sebagai dasar ekonomi negara.
Namun, sekarang ia dilihat tidak lagi diendahkan oleh PN dan Pas. Malah, dalam ucapan Perdana Menteri pada 5 Jun lalu, nampaknya kempen BMF sudah diketepi dan digantikan dengan kempen “Buy Malaysia”.
Kempen itu serupa dengan kempen “Beli Barangan Buatan Malaysia” yang digerakkan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mengembangkan ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.
Jika dahulu Pas menyifatkan kempen BMF ini adalah untuk mengukuhkan ekonomi Melayu-Islam di Malaysia, mengapakah tidak diteruskan agenda BMF dalam ketiga-tiga pakej rangsangan ekonomi (PRE) yang telah diumumkan di bawah PN?
Daripada RM275 bilion nilai PRE yang diumumkan bawah PN, tidak dibentangkan nilai yang telah diperuntukkan untuk kempen BMF bagi mengukuhkan daya saing perniagaan Muslim-Bumiputera.
Apakah Pas dan PN hanya memanipulasi sentimen Melayu-Islam untuk kepentingan politik (political mileage), tetapi mengabaikannya setelah menjadi kerajaan?
Jika diteliti ketiga-tiga PRE yang diumumkan oleh PN, tidak ada sebarang peruntukan atau geran khusus untuk membantu industri halal Malaysia mengukuhkan operasi yang terjejas akibat wabak Covid-19.
Bukan itu sahaja, kempen “Buy Malaysia” juga tidak mempunyai inisiatif khas untuk perniagaan Melayu-Islam. Misalnya, jika Pas dan PN benar-benar prihatin dengan kempen BMF, sepatutnya dilaksanakan langkah-langkah seperti penandaan produk BMF, mengarahkan pasar raya menyediakan sebahagian peratusan ruang rak untuk barangan BMF dan mewajibkan produk BMF dipromosi di platform e-dagang.
Jelas, slogan kerajaan Melayu-Islam PN hanyalah polemik politik semata-mata bagi mengaburi mata rakyat dalam usaha menghalalkan tindakan politik mereka sebelum ini termasuk menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton.
Cara berpolitik sebegini yang tidak berpegang kepada politik nilai tidak akan menguntungkan orang Melayu secara khusus dan negara Malaysia secara amnya.
Kerajaan PH sebelum ini memberikan penekanan kepada perkembangan industri produk halal yang cukup penting untuk sosio-ekonomi orang Melayu-Islam. Menerusi kempen “Buy Malaysian Product First”, fokus kepada produk halal telah diintegrasikan.
Mantan Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini pernah menyatakan tentang keperluan menjadikan halal sebagai penanda aras sesuatu produk.
Semasa pentadbiran kerajaan PH, satu program strategik “be-Halal” diwujudkan bagi memacu perkembangan industri halal Malaysia di mana perniagaan halal tempatan dilatih oleh pakar dan dibangunkan untuk berdaya saing di luar negara.
PH turut memberi tumpuan dalam meningkatkan penyertaan Bumiputera Islam dalam pensijilan halal di Malaysia, yang ketika ini 60 peratus pemegang sijil halal adalah syarikat korporat antarabangsa (MNC) dan peniaga bukan Islam.
Walaupun telah berlalu 100 hari berada di kerusi empuk kerajaan, namun masih tiada dasar atau pelan yang telah diperkenalkan oleh Pas dan PN untuk meningkatkan sosio-ekonomi orang Melayu.
Dengan keadaan pasaran buruh yang semakin membimbangkan di mana lebih dua juta rakyat Malaysia dijangka hilang pekerjaan akibat kesan Covid-19 dan setakat suku pertama tahun ini (Q1 2020), kehilangan pekerjaan meningkat 42 peratus, apakah penyelesaian yang mahu dicadangkan kerajaan PN dan Pas bagi menyelamatkan orang Melayu yang turut terjejas teruk?
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan, pada 2016, hampir 39 peratus isi rumah Bumiputera berpendapatan RM4,000 ke bawah dan golongan ini yang tergolong dalam kelompok isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) lebih terdedah kepada kehilangan pekerjaan khususnya mereka yang berkemahiran rendah.
Dalam sektor perniagaan pula, impak wabak Covid-19 telah melemahkan perniagaan ramai orang Melayu. Kajian Dewan Perniagaan Melayu Malaysia menunjukkan 52 peratus responden usahawan Melayu hanya mampu bertahan dalam tempoh sebulan walaupun dengan adanya bantuan Skim Bantuan Upah yang diperkenalkan bawah PRE.
Justeru, persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat adalah di manakah cadangan Pas dan PN untuk membela kelompok ini dan juga rakyat Malaysia yang lain?
Sejauh manakah inisiatif yang telah diperkenalkan bawah PRE ini benar-benar berkesan? Sedangkan laporan berita mengenai pemberhentian pekerja di syarikat-syarikat tempatan, termasuk yang bersaiz besar, semakin meningkat.
Ini secara tidak langsung menunjukkan inisiatif PRE kerajaan PN yang turut dianggotai oleh Pas, tidak memberikan impak positif seperti yang telah dijanjikan.
Pas dan PN harus tampil memberikan jawapan. Jangan terus berdiam diri berselindung di sebalik kelubung kuasa pemerintah.

* FAIZ FADZIL ialah Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang. 

MOKHTAR LAPOR POLIS , ALEX DEDAHKAN PERBUALAN MOKHTAR DAN LEENA


ALEXANDER PITTSUWAN THOMPRASON



Malaysiakini







KUKUHKAN PERANAN PH DAN BIAR MAHATHIR MEROYAN



Nama shafie, pemimpin parti berbagai kaum di Sabah yang ada 9 Ahli Parlimen dan bukan parti dari PH, akan dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH sebagai calon PM. InsyaAllah, di dalam PH akan ada parti dan pemimpin yang bermaruah serta masih waras fikirannya akan menolak cadangan bodoh ini. Kita akan pastikan Mahathir terus menggila dan meroyan...

Orang tua tu, peliknya dalam meeting parti dia, macam budak-budak, sergah sikit kat Zahid Md Arip, terus menangis. Tapi meeting dengan PH, bukan main keras kepala, degil nak mampus. Sebab apa? Sebab kita tak tegas berdepan dengan dia. Tak payah jerkah macam Zahid Md Arip, cuma tegas je sikit. Jenis dia ni bukan boleh bagi muka. Zahid Md Arip tau sangat perangai dia, maklumlah dulu jadi SU politik orang tua tu kan...


NAK NAMPAK BERSIH KENA KELUAR DARI MULUT PAK LEBAI


W.FAUDZIN


Bukan susah nak bersihkan rasuah dalam parti atau kerajaan. Pelawa je lebai ni join, kasi sikit dedak paling tidak duta khas atau menteri jaga sampah, maka bersih suci lagi menyucikan kerajaan atau parti berkenaan. Sebab tu sekor-sekor lepas dari dakwaan. Takbirrr!!!

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, cermin mata, jambang dan teks




NAH...DSAI JAWAP HELAH "KELOMPOK YANG KEMARUK KUASA"..!!


Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Anwar Ibrahim 32 mins KENYATAAN MEDIA 30 Jun 2020 MENJAWAB TOHMAHAN Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat. Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak. Saya tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain. la tidak pernah dibincang dalam KEADILAN atau di peringkat Pakatan Harapan, dan dibangkitkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin. Maka saya membantah sekerasnya dakwaan tersebut. ANWAR IBRAHIM'

Puak DinKula dan PANTUK ni nak isytihar "perang" dgn penyokong-penyokong PH yg pro DSAI ke? Tolonglah, janganlah melampau.
Saya tengok ada yg tulis di FB wall siap ugut-ugut konon pihak Amanah dan DAP belum menggerakan "whatever unit" Cybertrompah ke Cyberuk utk bertindak balas?
Kami nasihatkan kamu "STAND DOWN", kembali lah ke landasan Perjuangan dan REFORM. Berhentilah mencabar DSAI. Kita sepatutnya berMUAFAKAT. Selesaikan rasa tidak puashati di meja rundingan bukan membuat Kenyataan Media yg mentohmah Pengerusi Pakatan Harapan. Dalam video yg pernah saya siarkan, DSAI pun ada sebut beliau bersedia berbincang jika diperlukan.
Kamu ni kenal atau tidak yg mana satu kawan yg mana satu lawan? Meskipun DSAI ini dikatakan "sabar tahap dewa", tapi tetap ada hadnya. Kelompok yang Kemaruk Kuasa tu tolonglah BERHENTI drpd jadi alat, perkakas dan lidah "Orang Luar".
Di mana "kemaluan" kamu, rakyat memerhati yg kamu memang rakus, kemaruk dan mabuk kuasa. Jgn lah berselindung dan terus MENUNGGANG RETORIK kononnya mahu "mendapatkan semula mandat rakyat".
Enough Bullshit..!!!
- Zus Din
30 Jun 2020



Melayu dalam DAP


Sejak penubuhannya pada 1966, DAP memiliki banyak pemimpin dan calon daripada pelbagai kaum termasuk Melayu.
Sebagai contoh, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969 iaitu pilihan raya pertama disertai DAP menyaksikan parti ini meletakkan 10 calon Melayu iaitu sembilan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu Parlimen.
Dua daripada mereka berjaya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Selepas itu, ramai calon Melayu DAP telah memenangi kerusi DUN dan Parlimen termasuk Ibrahim Singgeh dan Ahmad Nor.
Bekas pemimpin kesatuan sekerja, Ahmad Nor menjadi ahli Parlimen DAP berbangsa Melayu yang pertama selepas memenangi kerusi Bayan Baru, pada 1990.
Dalam PRU 2013, DAP meletakkan empat calon Melayu di tiga kerusi Parlimen iaitu Zairil Khir Johari di Bukit Bendera, Ariff Sabri Abdul Aziz di Raub, Mahdzir Ibrahim di Tanjung Piai dan satu kerusi DUN Pahang melibatkan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Mentakab.
Selepas itu, DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014.
Bagi PRU 2018, calon-calon Melayu DAP untuk kerusi DUN bertambah kepada sembilan.
Mereka ialah Zairil Khir Johari (Tanjung Bungah), Syerleena Abdul Rashid (Seri Delima), Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Edry Faizal (Dusun Tua), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) tetapi kini telah meninggalkan parti, Sheikh Omar Ali (Paloh), Young Syefura Othman atau Rara (Ketari), dan Abu Bakar Lebai Sudin (Pulau Manis).
Untuk Parlimen, Tengku Zulpuri bertanding di Raub.
Kesemua kerusi kecuali Pulau Manis telah dimenangi.
Malah, Zairil, Dr Abdul Aziz, Norhizam, dan Sheikh Omar telah dilantik oleh kerajaan negeri masing-masing sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri.
Tengku Zulpuri pula dilantik menjadi Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
Selain Zairil yang bersama dengan kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang, kesemua penjawat kerajaan ini gugur jawatan mereka selepas perubahan kerajaan melalui pengkhianatan pada Februari dan Mac 2020. 

Fadzlan Yahya: Sang Pemidato DAP



Antara tokoh DAP yang dikenali sebagai seorang pemidato yang hebat pada zamannya ialah Allahyarham Fadzlan Yahya (1950-2016).
Beliau merupakan Adun Pasir Berdamar untuk dua penggal berturut-turut setelah memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum ke-6 pada tahun 1982.
Kerusi tersebut dimenangi sekali lagi dengan 10,845 undi pada tahun 1986. Fadzlan kemudiannya memenangi kerusi DUN Lahat, juga di Perak pada tahun 1990.
Beliau turut memegang jawatan Naib Pengerusi DAP dan Ketua DAPSY.
Sebagai wakil rakyat, Fadzlan dikenali dengan kemahiran berpidato yang mana baginya banyak dipengaruhi oleh gaya ucapan Sukarno.
Dalam satu pertemuan Roketkini bersama beliau pada 2016, Fadzlan telah ditanya jika beliau menyesal dengan keputusan menyertai DAP.
Jawapan beliau: “Saya tak menyesal. Itu pilihan saya yang saya fikir habis-habis. Kebetulan pada masa itu mak mertua saya sokong.
“Dia kata buatlah apa yang nak buat, jangan dengar orang lain. Isteri saya turut beri kepercayaan dan banyak menyokong.
“Saya bersyukur dapat isteri yang dapat faham saya dan sentiasa menyokong tindak tanduk saya walaupun dicemuh orang. Apa lagi bila kita bertanding kalah, jadi bahan ‘depalah’.”
Dalam pertemuan sama, beliau diminta berkongsi pandangan tentang DAP kini (2016). Jelasnya, DAP telah banyak berubah.
Jika dahulu tambahnya, ia banyak bercakap isu kaum Cina sehingga terbina satu tembok dan tidak dapat keluar daripadanya.
“Sekarang sudah berlainan. DAP lebih banyak berpaut kepada isu-isu nasional yang semua kaum boleh terima,” ujarnya.
Walau bagaimanapun Fadzlan menambah, DAP telah menjadi mangsa momokan. Dari dahulu tajuk utama berita memburukkan DAP dengan mengaitkannya sebagai komunis.
Kebanyakan kaum Melayu percaya kepada momokan itu tambahnya, dan dalam diri mereka sudah ditanam tanggapan yang begitu kental sekali.
Namun begitu beliau memberitahu, apa yang boleh dilakukan adalah untuk mendamping mereka secara ‘personal touch’ dan daripada situ tanggapan negatif itu dapat dikendurkan.
“Sudah banyak tokoh Melayu diketengahkan. Ini perkembangan yang sihat dan dapat menzahirkan cita-cita Malaysian Malaysia. Ini penting untuk menghapuskan imej DAP yang digambarkan lawan sebagai cauvinis Cina.
“Kini sudah ada penerimaan terbuka dari kalangan masyarakat Melayu. Usaha ini hendaklah dilanjutkan agar jumlah ahli DAP lebih seimbang. Barulah kita dapat menampilkan satu konsep berasaskan Malaysian Malaysia,” katanya.
Allahyarham Fadzlan menghembuskan nafas terakhir di Ipoh, Perak pada 12 September 2016. Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. 




(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Ucapan Di Dataran Merdeka "Parlimen" 02/08/2021