SETIAKAWAN DALAM PAKATAN



Setiakawan dalam Pakatan Harapan tetap kekal dan utuh. Yang jadi masalah, balaci di bawah yang ala-ala walaun terlampau taksub dengan pemimpin sampai lupa strategi, lupa muafakat, lupa janji dan lupa agenda apa yang PH bawa semasa meraih mandat rakyat.

Ada orang Cina boleh benci dengan DAP kerana cakap-cakap bahawa pemimpin parti itu keterlaluan meraikan Mahathir.

Memang betul mereka berikan sokongan padu semasa PRU lepas kerana mereka percaya Mahathir telah bertaubat dan telah menjadi orang baik untuk memimpin Malaysia Baharu.

Tapi, hati perut tiada siapa boleh membaca kerana niat seseorang hanya Tuhan yang tahu. Bukan menuduh atau curiga, tapi kelakuan menggambarkan niat yang ada dalam hati.

Janjinya mahu serahkan kepimpinan negara dari dua tahun ke dua tahun setengah, dari begitu jadi begini sehingga ada kalam si tua menyebut dekat PRU15 baharulah nak serahkan seperti yang dijanjikan!

Lidah tak bertulang! Wajah normal tidak menggambarkan hati mulus. Kadangkala lebih kaudu dan menyakitkan hati.

Biarlah kuasa pemerintahan yang terlepas, jangan sampai PH berantakan seperti retak menanti belah.

Lupakan mandat lalu. Ia hanya kuasa sementara yang boleh didapati dan dicuri oleh orang lain dengan jalan khianat.

Raih semula keterujaan hati rakyat untuk memberikan sokongan. Sedang balaci di bawah gila-gila kemaruk jawatan yang terlucut, seteru PH sedang bersiap sedia untuk persediaan pilihanraya seterusnya.

Kekal teguh bersama PH, jangan keterlaluan mencari pengaruh kerana kebijaksanaan dalam mengepung PH supaya tidak berkocak adalah sangat diperlukan sekarang.

Aku janji, aku tak mau lagi kecam pemimpin PH kerana aku sedang belajar apa yang Sdr Anwar tunjukkan. Teguh berprinsip dalam senyuman, bukan berang dan gopoh dalam kebodohan.

Sekian.

Abg Aim 😎