PRESIDEN AMANAH DAN SETIAUSAHA AGONG DAP SILA BERLAKU ADIL KEPADA PENYOKONG PH!






Saya harap TIADA lagi cakap-cakap pasal Tok Nyang95 tuh. Saya faham dia tak berparti dan tak relevan. Sy cuma nak tahu status  AMANAH dan DAP samada masih dlm PH atau sudah berpecah.

Pendapat saya elok PH jika masih ada, buat persiapan untuk PRU15. Jika PH ikhlas untuk bela rakyat, PH TIDAK akan lagi bekerjasama dengan Tok Nyang 95 yang hanya ada dendam dalam hatinya.

Ekonomi dan perjalanan politik Malaysia bukan semakin baik. Rakyat sekarang jika masih buta biarlah pemimpin jahat memimpin mereka. Rakyat yang baik akan terus berusaha sehingga pemimpin yang ada rakyat dalam hati mereka berjaya menjadi kerajaan Malaysia. Sehingga perkara itu terjadi kita akan tetap berusaha.

Kita tak kan sekali-kali berputus asa. Cuma permulaan sudah ada dengan memutuskan rantaian Mahathirism, in shaa Allah peluang kepada pentadbiran lebih baik, bersih, telus dan adil TIDAK mustahil.

Saya berharap dan berdoa saya akan bersama berjuang dengan mereka yang ikhlas sayangkan negara. Rezeki setiap rakyat dijamin Allah selama mana kita yakin dengan Nya. Kerajaan yang akan mentadbir dan membimbing kita adalah pilihan dan usaha kita yang akan menentukan.