KERANA MINYAK DAPAT UNDI, KERANA MINYAK JUGA BERKURANG UNDI




10 April 2026
Hari demi hari, isu kenaikan harga minyak terus memanaskan suhu politik dalam negara.
Jika minggu-minggu berikutnya kenaikan harga minyak terus berlaku dan tidak ditahan, darjah celcius suhu politik negara pasti terus bertambah panas lagi.
Terlalu banyak isu berkaitan minyak ini yang dibangkitkan sehingga dengan serangan pelbagai arah, kerajaan seperti hampir lemas untuk mempertahankan diri.
Paling terkesan dan terpaling dijadikan sasaran dalam isu minyak ini tentunya ialah Anwar Ibrahim.
Ia bukan saja disebabkan Presiden PKR itu ketika ini merupakan Perdana Menteri, tetapi lebih kerana beliau sebelum ini banyak menjadikan isu minyak sebagai modal politiknya.
Apabila muncul isu minyak sekarang ini, maka bertimbun-timbunlah serangan ditujukan kepadanya serta dimunculkan balik kenyataan dan petikan video ucapan lamanya berkaitan isu bahan api itu.
Daripada janji menurunkan harga minyak, kita ada formula, menghapuskan subsidi afalah khianat kepada rakyat, kita negara pengeluar minyak, pemimpin dahulu tak pandai mentadbir negara dan macam-macam lagi.
Pendek kata, semua platform media sosial kebelakangan ini sesak dengan putaran kembali video-video lama Anwar berkaitan isu minyak ketika beliau bergelar Ketua Pembangkang dahulu.
Apabila kenyataan dan video lama itu dikaitkan dengan kenaikan harga minyak semasa yang sedang berlaku, yang ternampak di gambaran umum tidak lain ialah kontras yang nyata antara dahulu dan sekarang.
Dalam hal ini, barangkali inilah ujian yang didatangkan Tuhan kepada Anwar.
Jika dulu beliau berjanji pelbagai perkara dengan bermodalkan isu minyak, kini dengan kenaikan harga minyak berlaku ketika dirinya sudah bergelar Perdana Menteri, sebenarnya inilah masanya untuk melihat beliau menunjukkan kemampuan menunaikan segala kata-katanya sebelum ini.
Inilah juga ketikanya Anwar harus membuktikan beliau benar-benar ada formula untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara sebagaimana kerap dilaungkan dahulu.
Meskipun berlaku perang di Iran yang dianggap sebagai penyebab kenaikan harga minyak, tetapi tiada pemimpin lain di dunia yang dihentam oleh rakyatnya sendiri sebagaimana Anwar kena hentam.
Jawapannya mudah - ia kerana pemimpin negara lain tidak naik ke puncak kuasa dan berkempen untuk mendapat undi dengan menunggang isu minyak.
Memang diakui Anwar berjaya memperolehi undi dan sokongan untuk akhirnya diangkat menjadi Perdana Menteri dengan bermodalkan isu minyak, namun kini, isu minyak jugalah mula menghantuinya.
Kalau minyak terus naik minggu demi minggu, Anwar dan PH pasti berdepan laluan sukar mengekalkan kerajaan ini.
Rakyat tidak peduli pasal konflik perang, kos pengeluaran, kos insuran, ditambah lagi kononnya kerana penyeludupan, tetapi yang ditagih ialah janji dan kata-kata manis mejanjikan harga minyak rendah yang pernah diucapkan sebelum ini.
Bagi rakyat, jika benar ada formula, apa halangan sekali pun, ia mesti mampu dihadapi dan dihadirkan penyelesaian, bukan semata-mata memindahkan kenaikan itu kepada rakyat.
Sebab itu, dengan PRN beberapa negeri bakal dilangsungkan tidak lama lagi, seterusnya diikuti PRU16 - Anwar, PKR dan PH dirasakan bakal berdepan cabaran paling getir sekali.
Kesimpulannya, kerana minyak dapat undi, kerana minyak juga menyebabkan hilang banyak undi. - ShahbudinHusin 10April2026.

AKHIRNYA PMX KENA JAWAB.



Norman Daud





 Saya malas dah nak tulis pasal ni sebenarnya, tapi bila tengok video DS Anwar Ibrahim berucap di Terengganu mengenai isu ini dengan muka yang nampak yang dia sangat letih.. saya rasa sedih.

Semua benda beliau terpaksa jawab sendiri. Yang saya perasan hanya Menteri komunikasi Fahmi Fadzil yang menjelaskan mengenai isu ini. Yang lain mana?? Mana JKOM yang dibayar gaji?
Baiklah..
Tadi setiausaha tenaga Filipina telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan diesel yang mereka terima adalah dibeli dari syarikat Vitol bukan petronas atau bukan seludup dari negara kita.
Syarikat Vitol mempunyai terminal gergasi di tanjung bin Usaha sama antara VTTI (anak syarikat Vitol) dan MISC Berhad (anak syarikat Petronas) yang boleh menyimpan Lebih 1.1 juta meter padu minyak. Terminal ini juga berada di ​Zon Perdagangan Bebas (FTZ). Minyak yang disimpan didalam zon ini dari segi perundangan belum dikira masuk ke Malaysia. Ia bebas cukai.
Ramai juga yang akan terkeliru apabila Sharon menyebut "sourced from Malaysia" berdasarkan Certificate of Origin (COO). COO from Malaysia’ tidak bermaksud minyak itu dari Malaysia. Ia hanya menunjukkan peranan Malaysia sebagai hab logistik Vitol di Tanjung Bin, bukan negara asal minyak tersebut.
Oleh kerana kapal MT Maritime Guardian memulakan pelayarannya dari pelabuhan di Johor, maka secara teknikal dokumen kastam akan mencatatkan Malaysia sebagai punca logistik. Ia sama sekali tidak bermaksud minyak tersebut digali dari pelantar kita.
Minyak itu bukan milik atau pengeluaran Malaysia, Malaysia hanya terlibat sebagai lokasi logistik dalam rantaian bekalan antarabangsa.
Sebenarnya, pada 7 April , The star dah pernah publish berita mengenai pembelian diesel oleh Filipina yang jelas tulis dibeli dari syarikat Vitol.
Patutnya perkara ni tak jadi isu pun.
Tapi tulah...





RAFIZI SENDIRI MINTA DIPECAT, MALU BESAR JIKA PKR TAK BERANI MEMECATNYA


10 APRIL 2026
Selepas diberi surat tunjuk sebab kali pertama pada 23 Februari lalu, bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi menerima surat seumpama itu.
Surat tunjuk sebab kali kedua kepada Rafizi bertarikh 9 April 2026 (semalam) mengandungi empat pertuduhan melanggar disiplin parti terhadapnya.
Rafizi tidak menunggu lama untuk menjawab surat tunjuk sebab itu, hanya setelah dua jam menerimanya, beliau terus menjawab keempat-empat pertuduhan yang dikenakan kepadanya itu.
Bekas Menteri Ekonomi itu turut mengongsikan surat jawapannya di semula platfom media sosialnya hari ini (10 April).
Pun begitu, apa kandungan jawapan atau penjelasan Rafizi kepada empat pertuduhan dalam surat tunjuk sebab PKR itu tidaklah penting sebenarnya.
Yang lebih, bahkan teramat penting ialah ayat terakhir dalam surat jawapannya itu.
Ayat akhir itu berbunyi - Saya berharap Lembaga Disiplin membuat keputusan yang tegas, cepat dan tidak lagi melengah-lengahkan perkara ini kerana rakyat sudah mual. Jika penjelasan saya itu dikira telah melanggar Perlembagaan parti, jadilah seperti sebuah parti yang normal (dan tidak songsang) dengan mengambil tindakan memecat, seperti yang telah dibuat kepada anggota-anggota parti lain yang dikenakan pertuduhan disiplin sebelum ini.
Meskipun Lembaga Disiplin menyebut ada tiga bentuk hukuman boleh dikenakan - amaran, penggantungan atau pemecatan - tetapi Rafizi secara tegas dan mencabar agar tindakan pecat diambil terhadapnya.
Melainkan jika PKR memilih untuk menjadi parti yang tidak normal atau songsang, maka bolehlah tindakan pecat itu tidak diambil terhadap Rafizi.
Amat berbisa dan penuh makna ayat terakhir yang ditulis Rafizi kepada Lembaga Disiplin PKR.
Berikutan itu, setelah menerima surat jawapan Rafizi, walaupun Lembaga Disiplin PKR ada banyak masa lagi untuk memberi responnya lantaran Ahli Parlimen Pandan itu terlebih pantas memberikan jawapan, sebagai tindak balas, Lembaga Disiplin juga seharusnya dengan sesegera mungkin bertindak mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat atau Anwar Ibrahim supaya bekas Timbalan Presiden PKR itu dipecat serta-merta.
Tiada hukuman lain patut dikenakan kepada Rafizi selain dipecat dan hukuman itu tidak wajar dilengah-lengahkan lagi.
Hukuman pecat kepada Rafizi tidak boleh dielakkan kerana selain ia merupakan permintaan Rafizi sendiri, berani memecatnya juga untuk memperlihatkan PKR sentiasa dilihat sebagai sebuah parti yang normal dan tidak songsang.
Akan malu besar PKR jika tiada keberanian menunaikan kemahuan sebagaimana diminta dan dicabar Rafizi itu. - ShahbudinHusin 10April2026.





PMX BAGI BANTUAN UNTUK TAHFIZ...ADA JUGA YANG EMOJI TERTAWA..



 Wawa Ghazali


Ade juga eaa orang Islam yang mentertawakan usaha PMX untuk tahfiz dan pondok….
Bencinya seolah setiap kebaikan orang takda nilai.




LAGI KEKELIRUAN.





 Masih lagi ramai yang nak spin. Ini jawapan dari Filipina. Entahlah, Isham Jalil masih lagi tak puas hati.

Mereka beli diesel melalui syarikat antarabangsa, Vitol Asia Pte Ltd yg berpusat di Singapura untuk region Asia. Vitol mempunyai logi simpanannya di Tanjung Bin yakni bertentangan dgn Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Apabila minyak telah disimpan di sini bermakna ia dalam negara Malaysia. Dlm apa jua dokumen penghantaran @ Delivery Order (DO) akan dituliskan "origin" yakni negara asal minyak itu "dipindahkan" ke kapal sebelum dihantar ke Filipina. Dalam hal ini tentulah ditulis dari Malaysia.
Sebelum minyak ini ditransit ke logi Tanjung Bin tentu ada "origin" negara asal di mana minyak itu ditapis. Dari sumber lain menyebut ia ditapis di utara India
Ini memandangkan Petronas telah menafikan ia bukan ditapis sama ada di logi Tangga Batu di Melaka, Pengerang di Johor atau Kerteh di Terengganu.



TAK PERLU PINDA PERLEMBAGAAN UNTUK LAKSANA HUDUD. 48\


Che Ibrahim.




Ambo tengok hudud tidak perlu sokongan 2/3 ahli Parlimen untuk dilaksanakan, tidak perlu pindaan Perlembagaan.
Ianya boleh dilaksanakan melalui 2 cara:
1. Meminda Kanun Kesiksaan dengan menjadikan hukuman hukuman dalam Kanun Kesiksaan berasaskan hukuman mengikut syariah Islam iaitu hudud, qisas dan takzir.
Pas ada peluang semasa jadi Kerajaan untuk pinda Kanun Kesiksaan, tapi takdak sapa terlintas nak buat.
2. Parlimen membuat satu Akta Jenayah Islam (Hudud, Qisas dan Takzir) dan diterimapakai oleh mana mana negeri yang nak laksanakan.
Wat ni paling mudah, cuma kena up grade mahkamah syariah sebagai mahkamah jenayah setaraf dengan Mahkamah Sivil atau Akta tersebut dikuatkuasa melalui mahkamah sivil.
Lain lain ambo malas Komen sebab semuanya alasan yang diada adakan. Sebenarnya Pas masih jauh dari keupayaan melaksanakan hukum syariah Islam .. orang panggil takdak kederat, takdak kemampuan dan kesungguhan yang sebenar.