Norman Daud
Saya malas dah nak tulis pasal ni sebenarnya, tapi bila tengok video DS Anwar Ibrahim berucap di Terengganu mengenai isu ini dengan muka yang nampak yang dia sangat letih.. saya rasa sedih.
Semua benda beliau terpaksa jawab sendiri. Yang saya perasan hanya Menteri komunikasi Fahmi Fadzil yang menjelaskan mengenai isu ini. Yang lain mana?? Mana JKOM yang dibayar gaji?
Baiklah..
Tadi setiausaha tenaga Filipina telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan diesel yang mereka terima adalah dibeli dari syarikat Vitol bukan petronas atau bukan seludup dari negara kita.
Syarikat Vitol mempunyai terminal gergasi di tanjung bin Usaha sama antara VTTI (anak syarikat Vitol) dan MISC Berhad (anak syarikat Petronas) yang boleh menyimpan Lebih 1.1 juta meter padu minyak. Terminal ini juga berada di Zon Perdagangan Bebas (FTZ). Minyak yang disimpan didalam zon ini dari segi perundangan belum dikira masuk ke Malaysia. Ia bebas cukai.
Ramai juga yang akan terkeliru apabila Sharon menyebut "sourced from Malaysia" berdasarkan Certificate of Origin (COO). COO from Malaysia’ tidak bermaksud minyak itu dari Malaysia. Ia hanya menunjukkan peranan Malaysia sebagai hab logistik Vitol di Tanjung Bin, bukan negara asal minyak tersebut.
Oleh kerana kapal MT Maritime Guardian memulakan pelayarannya dari pelabuhan di Johor, maka secara teknikal dokumen kastam akan mencatatkan Malaysia sebagai punca logistik. Ia sama sekali tidak bermaksud minyak tersebut digali dari pelantar kita.
Minyak itu bukan milik atau pengeluaran Malaysia, Malaysia hanya terlibat sebagai lokasi logistik dalam rantaian bekalan antarabangsa.
Sebenarnya, pada 7 April , The star dah pernah publish berita mengenai pembelian diesel oleh Filipina yang jelas tulis dibeli dari syarikat Vitol.
Patutnya perkara ni tak jadi isu pun.
Tapi tulah...
No comments:
Post a Comment