OLEH PENULIS AMENO WORLD
Hilman kata rakyat sekarang susah. Sebab itulah mereka berbuka di masjid dan surau.
Hilman kata tempat dia satu hari orang berbuka sehingga 800 orang.
Aku ini manusia yang sangat suka berbuka di masjid dan surau. Merata-rata aku pergi.
Sejak berbelas-belas tahun yang dulu. Tabiat yang bermula di Jalan Tar (masa part time sana).
Dulunya bermula dengan warga asing yang suka berbuka di masjid / surau (bukan Masjid India, sana pelbagai, ini refer kawasan kejiranan).
Aku tak marah. Cuma aku terkilan. Manalah ahli kariah. Janganlah rasa macam tak syok berbuka di masjid / surau. Dah orang nak belanja. Rezeki tu.
Selepas itu kebanyakan yang datang warga emas. Susah nak jumpa baya-baya aku.
Mana pun aku pergi, semua warga emas menyambut dengan tangan terbuka. Sebab?
Kebanyakan warga emas mereka rasa syok ada yang bukan warga emas.
Paling seronok aku pergi, aku tak ingat Tapah, Bidor atau Sungkai, mereka berbuka guna dulang. Ya Allah seronoknya. Makan sama-sama, suap menyuap satu dulang. Gila punya mesra.
Jadi berbalik kepada cerita Hilman, betul ke berbuka di masjid / surau kerana rakyat susah?
Dia tanya orang, orang pun bagi jawapan. Nak balik masak tak sempat. Nak pergi Bazaar mahal.
Ada tak orang tu jawab tak ada duit nak beli makanan? Bukan. Tak ada duit nak beli barang basah? Bukan. Dia jawab nak masak tak sempat, nak beli bazar mahal. Ini bermakna, orang tu rasa tak berbaloi keluarkan duit yang dia ada untuk membeli sedangkan dia boleh berbuka di masjid.
Untuk makluman, aku dah tinggalkan bazar bertahun-tahun sebabnya aku beranggapan bazar buat aku makan banyak sehingga aku tersasar dari landasan kenapa aku berpuasa.
Betul lah tu bila umat Islam buat pilihan yang tepat dalam mengurus kewangan dia.
Jika ada pilihan lebih berbaloi padanya, kenapa tidak dia berbuka di masjid sahaja. Lepas berbuka kita berjemaah. Yang rasa nak beli bazar lantak dia lah.
Pasal apa aku tak suka Hilman cakap merapu begini kerana dia beri bayangan / persepsi / tanggapan owhh orang yang betul-betul.susah je ke boleh berbuka di masjid / surau?
Bila berbuka di masjid / surau, kawasan kejiranan kau, kau kenal jiran-jiran kau yang pelbagai. Apa nak malu.
Bila berbuka di masjid / surau luar kawasan kejiranan kau, kau rasa suasana, pengalaman baru. Jumpa orang baru.
Dulu jarang, sekarang ramai anak muda berbuka di masjid / surau. Mak-mak bawa baby. Ok sahaja. Jauh beza dengan vibes dulu. Semakin ramai anak-anak muda pergi ke masjid dan aku seronok.
Jangan sesekali rasa rendah diri berbuka di masjid / surau. Memang ada yang belanja kita makan untuk imarahkan masjid / surau.
Dan berbuka di sana adalah salah satu cara kita mendekati masjid. Jangan percaya pada sentimen bahawa hanya orang yang betul-betul tiada duit je boleh makan kat masjid, tidak.
Bawa orang macam tu jika kau kenal, dan bawa diri kau sekali. Makanan sentiasa cukup untuk semua dan begitulah nikmat berpuasa dirasai bila kau bukan sahaja solat berjemaah, malah juga berbuka puasa berjemaah.
Pergi sertai kalau tak pernah.
Sementara hidup, ambil pengalaman ini.
Sememangnya seronok.
Sekian.