Kita tetap sokong Anwar – Ismail Sabri
Bekas perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa beliau dan 13 MP Umno telah menarik sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebenarnya cerita ini sudah lama dan pada peringkat awal saya tidak mahu layan kerana perkara tersebut tidak benar, tapi ia berterusan melalui tulisan dan video.
“Jadi akhirnya hari ini saya terpanggil untuk menjawab.
“Perkara ini tidak benar, kononnya sudah pun keluar, tapi sebenarnya tiada siapa keluar Umno atau BN sebaliknya kita kekal dalam kerajaan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Ahli Parlimen Bera itu yang kini disiasat oleh SPRM tidak menolak kemungkinan pihak tertentu yang berniat jahat menyebarkan fitnah terhadap 13 ahli parlimen lain khususnya dirinya.
Dakwaan berkenaan bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan antara pemimpin parti serta menimbulkan kesangsian sesama ahli parlimen BN, tambahnya lagi.
Sokongan penuh ahli parlimen BN terhadap kerajaan terbukti melalui tindakan di parlimen termasuk undi percaya kepada perdana menteri.
“Apabila dibentangkan pada peringkat awal dulu, seluruh 30 ahli parlimen BN menyokong penuh usul yang dibawa dan setiap kali rang-rang undang dibawa, kita sokong sepenuhnya.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Kadir turut menafikan dakwaan bahawa ada usaha sedemikian.
No comments:
Post a Comment