Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengannya hari ini.
Kenderaan membawa perdana menteri kesembilan itu tiba pada jam 9.54 pagi.
Ia merupakan kehadiran untuk kali keenam Ismail Sabri di Ibu Pejabat SPRM berkenaan.
Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan dia dari Ogos 2021 hingga Nov 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
No comments:
Post a Comment