KAU TONGGANG MATOSIKAL MACAM PELESIT, KELENGKPAN MOTORSIKAL KAU UBAHSUAI, RACING DAN MEMBAHAYAKAN ORANG AWAM, KALAU KAU NAK MAMPUS LANTAK KAU LAH..KALAU KENA ORANG LAIN MACAMANA ? AKAI TAKDAK.




 Kena saman polis tapi kerajaan yang dipersalah



Kecoh di media sosial kononnya pihak polis kini sedang pergiat operasi trafik yang bertujuan memeras duit rakyat.

Satu akaun Telegram memuat naik aduan seorang pengguna jalan raya kerana tidak berpuas hati pihak polis menjalankan sekatan jalan raya pada waktu puncak ketika orang ramai keluar bekerja.


Akaun Telegram berkenaan mendakwa kerajaan sedang mencari dana sebanyak mungkin untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.


Pengendali turut menuduh jika Perdana Menteri menang dalam pilihan raya akan datang, penindasan lebih teruk bakal diterima rakyat.


Menurut laman Biar Betul, pasukan itu mendapati dakwaan terbabit berniat jahat kerana operasi polis cuba dipolitikkan.

“Persoalannya sejak bila wang saman disalur kepada Perdana Menteri dan kaedah apa digunakan untuk membenarkan wang saman dijadikan dana politik.

“Tidakkah tukang sebar tahu bahawa semua wang orang awam perlu diaudit,” kata laman itu.




No comments: