ANWAR JAWAB HAMZAH. SAYA NAK BANTU MELAYU BANDAR SEBAGAIMANA YANG SAYA LAKUKAN DI KERINCHI DULU. KETIKA SAYA JADI TPM.

PN tak pernah maki hamun, hanya minta tangguh URA - Hamzah beritahu PM

PM Anwar Ibrahim jawab isu RUU PSB dan rumah mampu milik siap bawah RMK-12

NAK TOLONG MELAYU - INILAH CARANYA | PMX - Jangan sesekali give-up | Law...

Wee Ka Seong cakap MCA tak akan sokong RUU URA, Akmal saleh pun tumpang ...

PANAS! YB SANY TEMPELAK KAW KAW MP PEMBANGKANG DI DEWAN RAKYAT!

RUU URA: Pembangkang tidak jujur, putarbelit jahat (Tonton sampai habis)

TAKAT 30 HARI....TAOI SEMPAT LA MAKAN NASI ITIK.


 

PAKDOLLAH BUAT HAL LAGI. SELALU KELIRU SEBAB MALAS MEMBACA


 

EHH NI BAPA APA LAK NI..


 

FITNAH DARI PARTI JAHILLIAH



 Satu lagi Fitnah jahat ke atas Pemimpin kita. Disebutnya nama YBrs. Azan Ismail juga. Dan Rozi Mamat telah nafikan sekeras-kerasnya Fitnah ini. Nampak Fitnah itu halal untuk mereka.




PAS CUMA MENUNGVANG PENYOKONGNYA.


Perantau Cari Rezeki


 Kenapa PAS tak tolong bantu pensyarah bayar saman fitnah RM400,00 terhadap Hannah Yeoh.Itu lah dengan cara fitnah, bila kena saman PAS tidak tolong.





PENAKUT.. SEMBANG DI LUAR ESOK ANWAR NAK TUMBANG KONONNYA

 


Pembangkang nak tumbangkan Anwar turun di jalan raya.. Di Parlimen bawa undi tidak percaya terhadap Anwar pembangkang tidak berani.Berkali-kali Anwar cabar pembangkang bawa usul undi tidak percaya terhadap beliau, tapi pembangkang tidak berani.Melaung di jalan raya "Turun Anwar" demo ini itu dan bantah ini itu ambil simpati pada rakyat supaya menyokong pembangkang. Ada segelintir rakyat bengang terikut-ikut percaya dengar hasutan pembangkang. 



Kalau PAS jadi kerajaan semula, hancur negara dan rakyat semakin susah. 33 bulan PAS jadi kerajaan, rakyat di kurong akibat covid-19 tidak dapat keluar cari rezeki, tidak ada makan. PAS minta gaji dan elaun naik RM5,000 sebulan masa rakyat susah. 


Kalau PAS pandai dan betul membela rakyat.. Negeri PAS Kelantan dan Terengganu sudah maju seperti negeri2 yang di perintah oleh kerajaan Perpaduan.Sedangkan Kelantan dan Terengganu ada hasil bumi seperti minyak, Kelantan dan Terengganu pula yang mundur rakyat paling tinggi kemiskinan.



HAHH.. SETANG.... SIAPA SETANG SEBENARNYA?


 

KENA TANYA TAR SENIK BETOI KA TIDAK

 


NI LA SEWAKTU PN NAK BENTANG URA


 



SIAPA PEMBULI SEBENARNYA?


Norman Radzuan


Jangan Bina Mahligai Atas Pusara

AJAK BOIKOT SAMBUTAN MERDEKA






Iklan di bawah ini saya tidak pasti kebenarannya sb ia dilihat agak fake… masanya tiada. Tapi ia sebahagian dari provokasi pihak anti kerajaan.


Jangan Bina Mahligai Atas Pusara… pesan PMX. Samalah maksudnya jgn menunggang isu Zara ini begitu teruk sekali. Bermula dari netizen yg kononnya Arwah Zara dimasukkan dlm mesin basuh.


Kemudian ada seorang lagi saya terbaca di penulisan Liyana Marzuki…”Ada seorang penulis buku mencari makan di FB. Kerap kali war2kan dia perlu dibantu.

Bukan saja tiada kerja dan tiada sales.


Dia juga sakit. Mental terganggu. Ke wad psikiatri saban bulan dan kadang saban minggu. Sambil letak nombor Akaun dan QR code di situ. Bila kes Zara meletup. Dia tetiba jadi sumber utama. Katanya dia dapat pelbagai berita.


- Kononnya ketika post mortem, Zara banyak lebam dan luka

- dia tahu siapa VIP yang dilindungi sekolah dan polis

dia tahu pembuli namanya Kak Dedeng, yang bunuh mangsa.

- Cerita dia ni dikongsi beribu kali. Dah jadi seperti berita utama.

- Sampai la ustazah wakil keluarga menegur sendiri di ruang komen, jangan tabur fitnah merata. Anda tak tahu cerita.


Kenapa influencer senang2 Pajak Otak pada dia?

Kita pernah due-d ke dia siapa? Apa kaitan dengan mangsa?” - Liyana Marzuki. 


Nampak… betapa teruk perangai manusia. Saya hairan bagaimana netizen boleh percaya kpd cerita karut marut. Lebih dasyat mereka menjadi penyebar fitnah. 


Akhir2 ini saya lihat ramai kenalan saya senyap bercerita tentang Zara…mungkin malu. Tapi ada yg degil terus menghentam… itu bukan kerana tidak mahu insaf tetapi level pemikiran tipikal Malay yg mudah diperbodohkan.


Sekarang mereka hasut rakyat jgn sambut Hari Kemerdekaan. Ini sudah peringkat yg melampau antara hasutan mereka. 


Tidak suka kerajaan ini tidak mengapa kerana itu hak masing2. Tetapi kesetian pada negara jgn sesekali diperjudikan. 


Pembangkang tahu Hari Kemerdekaan memperlihatkan perpaduan kaum di negara kita. Pembangkang takut dan tidak mahu negara ini makmur hidup berbilang kaum.


Tanya saya penghasut penghasut inilah PEMBULI sebenarnya. Mereka menjadi egen penyebar fitnah. Islam tapi tidak nampak keIslaman mereka. Kesannya bukan pada satu individu tetapi ratusan ribu atau jutaan rakyat.


Kes Zara kini parti politik telah mengambil kesempatan tanpa disedari. Jika sebelum ini ramai sudah termakan hasutan perkauman tanpa disedari… isu Zara juga pada awalnya luahan hati rakyat kini khabarnya parti politik sudah hijack utk memanaskan suasana.


Akhirnya rakyat yg tertipu…




RAMAI MINTA RR SUPAYA MEMBUAT PENERANGAN TERKAIT ISU URA, TABUNG HAJI DAN LAIN LAGI...WEYYYY....FAHMI BUAT KERJA APA..JKOM TAK TAU KAH ?,

 





IANYA ADALAH BERASAKAN SENTIMEN POLITIK. BUKAN SETUJU ATAU TIDAK



MSO


 Ketidak setujuan sesetengah pihak terhadap akta Ura bukan berasaskan fakta sebenanrnya, tetapi lebih kepada sentimen politik dan kebencian.


Dua orang ahli parlimen dari MCA dan seorang Adun BN juga menolak akta itu adalah kerana ia dibawa oleh Nga Ko Meng ahli DAP. 


Demikian juga dengan wakil rakyat puak puak Tok Dor mereka tolak kerana DAP bukan kerana lain. 


Akta Ura bukan baru, sudah lama tetapi ia jadi hebuh apabila DAP pegang kementerian itu. Setiap apa dilakukan DAP akan dikaitkqn dengan rancangan nak jual negara.


Cuba akta itu dibawa oleh Najib atau Hishammuddin Hussein berkebut disokong walaupun akta yang hendak dibentang kini benda sama. 


Pelik bin ajaib semasa jadi PM menggadaikan banyak tanah orang Melayu semua diam membisu termasuk Tok Dor dan kuncu kuncunya. Anwar ambil semua tanah di Sungai Besi digesetkan tezab Melayu semua senyap tipas. Trims.



RUU URBAN RENEWAL ACT 2025


 RUU URBAN RENEWAL ACT 2025

(Rang Undang² Akta Pembaharuan Semula Bandar)





Sekarang ni sedang hangat diperkatakan tentang cadangan RUU URA. Ada yang menyokong, ada yang membangkang. Tapi ramai juga yang atas pagar buat donno pasal tak faham apa isu yang digaduhkan. Rata² yang aku nampak, pihak Kerajaan Madani menyokong RUU ini, sementara pihak PN membangkang. 


Aku malas nak ulas sentimen politik ni, kerana banyak yang memandai² dan terikut² dengan permainan ayat gula² mahupun tohmahan² yang tak berasas. Pandangan aku adalah dari sudut akademik, kerana RUU ini amat berkait dengan bidang aku sebagai seorang akademik senibina. Jadi aku ulas dari awal dengan bahasa yg mudah, supaya korang semua faham. Lepas tu silalah buat keputusan sendiri.


1. Apakebendanya URA ni?


URA ni adalah satu RUU yang membolehkan kerajaan memperbaharui kawasan² bandar lama atau yang semakin merudum. Ini supaya bangunan² yang lama, rosak atau tak selamat boleh dirobohkan dan dibangunkan secara KOLEKTIF.


Istilah kolektif ni penting, kerana kita tahu sesebuah bangunan  memang boleh diroboh dan dibangunkan semula secara persendirian. Tapi kalau kawasan bangunan kita tu memang dah jadi tempat jin bertendang, kau bangunkan balik macamana pun memang nilai tetap akan jatuh. 


Jadi penyelesaiannya? Bangunkan secara kolektif - ini termasuklah semua bangunan² dalam zon yang ditetapkan, jalan raya, rekreasi, fasiliti dan sbgnya. 


2. Sebelum ni tak boleh buat ke?


Boleh. Tapi ia memerlukan persetujuan 100% pemilik yang terlibat dalam kawasan tu. Mungkin kita berfikir, "eh baguslah kalau perlu persetujuan 100%, kan?". Betul, tapi ini ada satu kekangan utama:


Kawasan yang nak diperbaharui tu biasanya dah lebih 30 tahun. Maksudnya, kalau kau berumur sekitar 40 tahun sekarang, rumah tempat kau membesar dulu dah masuk dalam kategori ni. Andailah mak ayah dah takde, maknanya rumah tu adalah rumah pusaka yang dikongsi dengan korang adik beradik. 


Untuk mendapatkan persetujuan pembangunan, SEMUA adik beradik kau kena bersetuju. Tengok², sorang kerja kat Penang, sorang kat Singapore, sorang belajar kat UK dan sebagainya. Walaupun kau yang duduk di rumah tu bersetuju untuk pembangunan, salah seorang dari mereka (yang mempunyai hak tuntutan ke atas rumah tu) boleh menghalang bukan setakat pembangunan rumah pusaka tu, tapi keseluruhan pembangunan tersebut! 


Itu belum cerita kalau diorang meninggal, dan kemudian rumah tu diwarisi bahagiannya oleh anak² dia. Memang tak akan selesai, dan inilah yang menjadi masalah kepada hampir semua pembaharuan bandar di Malaysia ni.


3. Jadi apa yang RUU ini cadangkan?


RUU URA 2025 mencadangkan agar had persetujuan diturunkan:


80% untuk bangunan bawah 30 tahun.

75% untuk bangunan lebih 30 tahun.

51% jika bangunan dianggap usang, bahaya atau terbengkalai.


Maknanya, kalau kawasan perumahan kau tadi nak diperbaharui, maka ia akan masuk kategori >30 tahun, jadi mereka perlu memperolehi 75% persetujuan sahaja. Kalau sorang adik kau yang tak duduk rumah tu tak setuju pun, 75% masih bersetuju. Maka boleh lah buat projek ni.


4. Apa yang orang ramai bangkang sebenarnya?


Kegusaran awam memang ada asasnya. Aku dah kutip beberapa isu utama, dan aku faham pendirian mereka. Pertama, mereka takut dipaksa jual hartanah. Yelah, dah beli susah² (atau penat tunggu makbapak meninggal), tetiba kerajaan nak ambik alih pulak? Apehaal beb?


Lepas hartanah diambil, dah tentu kena usir. Dan bila kena berpindah, pemilik tak mahu pindah ke lokasi jauh (sub-urban), terpaksa tukar kerja, tukar sekolah anak, serta kos sara hidup tersembunyi akan bertambah. 


Dan semestinya, orang² Melayu risau status Tanah Rizab Melayu, wakaf, kawasan warisan (heritage) dan sebagainya akan terjejas. 


5. Takkan kerajaan ambik macam tu aje?


Inilah sentimen yang ramai terpengaruh dengan tohmahan pihak tertentu. Sebenarnya kita ada Akta Pengambilan Tanah 1960 yang membolehkan kerajaan atau pihak berkuasa negeri mengambil alih tanah persendirian atas tujuan kepentingan awam, pembangunan ekonomi, prasarana dan macam² lagi. Jadi ini bukanlah sesuatu yang baharu. RUU ini menambah satu lagi tujuan ke dalam aspek di atas: iaitu Pembaharuan Bandar.


Tapi pengambilan tanah ni bukan selamba bodo. Pemilik hartanah akan diberi pampasan atas persetujuan mereka. 


6. Kalau projek jalan jugak apakah pampasan yang pemilik akan dapat (samada bersetuju atau tak)?


Haaa ini persoalan utama, kan? Berapakah pampasan yang pemilik/waris patut dapat? Kalau ada yang tak bersetuju, dapat jugak tak?


Antara benda yang dibincangkan dalam RUU URA ini adalah mekanisme menentukan berapakah nilai pampasan untuk hartanah yang diambil alih ini. Aku tak dapat baca dokumen RUU ini, tapi aku difahamkan "mengikut nilai hartanah semasa". 


Maknanya, kalau korang duduk flat bernilai RM120k, maka korang akan dapat pampasan bernilai RM120k. Kalau ada 4 orang adik beradik, bolehlah bahagi 4 = RM30k seorang. Ya, termasuklah adik kau seorang yang tak setuju tadi. Dia pun dapat tau! (Ini bukan cerita 3 Abdul!)


7. Tapi developer nak jual apartmen baharu dengan harga RM700k seunit!


Betul, dan kau tak ada hak nak tuntut pampasan bernilai RM700k tu. Harta yang kau ada bernilai RM150k. RM700k tu bukan harta kau. 


Tapi sebagai pemilik, memang kau boleh blok dan main tarik tali dengan kerajaan atau pemaju, selagi belum tercapai threshold 75% persetujuan tu. Di sini, pemilik/penduduk masih ada hak untuk menuntut apa² yang korang nak tuntut. Masa ni laa kau mintak benda² macam:


a. Boleh beli unit RM700k dengan harga diskaun;

b. Mintak dipelihara kawasan/bangunan warisan;

c. Mohon bina sekolah, masjid, dewan serbaguna;

d. Sediakan unit² untuk B40 yang korang boleh beli;

dan sebagainya. 


8. Tapi ini masih akan menyebabkan gentrifikasi, kan?


Haa ini adalah istilah yang banyak dijinjing di bibir ahli politik. Apa benda sebenarnya gentrifikasi ni?


Ia adalah satu keadaan di mana para penduduk asal sesuatu kawasan akan tersisih atau ditolak keluar dari kawasan tersebut akibat pembangunan. Mereka ini biasanya generasi tua, terpinggir atau miskin/kurang berkemampuan.


Pernah tak nampak lot kedai runcit kat rumah korang yang makin uzur akhirnya tutup kedai kerana pemiliknya dah tua? Kemudian pemilik baru ambil alih lalu bukak francais kelas atas? 


Mungkin kita akan terdetik: "Eh cool dah ada Starbucks dah kat tepi rumah kita ni!". Tapi kita tak fikir tentang pakcik tua yang kedai runcitnya dah ditutup tu. Apalah kisah pakcik tu? Entah² dia dah pindah balik kampung. Ini adalah gentrifikasi skala kecil.


URA memang sedikit sebanyak akan memberi kesan gentrifikasi pada skala yang lebih besar. Bukan setakat satu lot kedai akan berubah, tapi seluruh kawasan perumahan di sekeliling kedai tu juga mungkin akan diperbaharui. Nilai hartanah, sewaan dan gaya hidup akan meningkat. Pemain ekonomi besar akan masuk, dan kemungkinan besar pemilik/penduduk asal akan perlahan² terinjak ke luar.


9. Biasa laa tu kan?


Itulah isu dia. Gentrifikasi ni memang antara hujah utama menentang RUU URA ini. Tapi gentrifikasi adalah masalah dunia, bukan di Malaysia sahaja. New York, London, Tokyo, Seoul, Singapore, semua dah alami isu ini. Cuma skala dan implementasi sahaja yang berbeza.


10. Jadi apa kita boleh buat bagi memastikan RUU URA ini lebih baik?


Ada beberapa bandar yang berjaya mengatasi isu gentrifikasi ini dengan baik, antaranya jiran kita di selatan sana (aku cakap pasal Singapore, bukan JDT lel). Banyak yang kita boleh belajar, seperti pengurusan HDB yang menyediakan safety net kepada pemilik yang terpaksa berpindah. Maksudnya, bila kau jual flat kat Cheras, takdelah kau kena pindah sampai ke Semenyih. Dia akan sediakan rumah dekat² kawasan asal juga. Aku tekankan aspek ini kerana ia bukan sahaja akan membaiki fabrik urban di kawasan itu, tetapi ia jugak akan membawa bersama² penduduk asal untuk maju sekali.


Singapore juga perkenalkan badan penilai hartanah bebas, yang akan memastikan pemilik akan dapat pampasan yang setimpal. Yelah, kalau hartanah tu sekarang bernilai RM120k, pemaju boleh je turunkan nilai tu kepada RM100k aje (pasal dia nak untung lebih). 


Jadi ketelusan dalam urusan² ini amatlah penting, dan aku sendiri akan membantah RUU yang memberi terlalu banyak kuasa atau mewujudkan terlalu banyak prosedur legap (opaque procedures) yang sukar difahami/ditembusi oleh orang awam. Aku nak semua yang terlibat dalam membuat keputusan diumumkan identitinya serta kepentingan masing². Kalau kerajaan Madani serius dalam menangani isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa, benda ni kena buat dulu.


Aku juga nak perlindungan khusus kepada tanah² rizab Melayu, tanah² adat, wakaf, warisan (tangible and intangible heritage) dan sebagainya. Pastu semua cadangan patut dibuka kepada umum terutamanya para akademik supaya kami boleh menilai dan memaklumkan kepada awam kelebihan dan kekurangan proposal tersebut.


Kesimpulan


URA ini adalah satu proposal yang penting. Ini bukan kerja kerajaan Madani sahaja. URA ni dah dicadangkan dari 2012, sejak zaman Najib (UMNO/BN) lagi. Draf undang² dibuat pada 2013, pastu dasar pembahruan bandar dibuat pada 2020 masa zaman Annuar Musa (BN, sekarang PN), disambung oleh Zuraida Kamaruddin (PKR) pada tahun 2021, lepas tu Shahidan Kassim (UMNO) pulak 2022, hinggalah sekarang Nga Kor Ming (DAP) ambik alih.


Semua dah terlibat dalam RUU URA ini. Jadi aku rasa agak kelakar bila mereka tuding-menuding antara satu sama lain, padahal masing² dah pernah celup jari dalam benda ni. 


Penulisan aku ni bersifat memberi pengenalan kepada sesiapa yang tak faham isu ni tapi tak tahu kat mana nak mula. Aku harap sebelum korang terus berpihak kepada kerajaan atau pembangkang, sila baca dahulu lebih lanjut tentang benefit URA ini. Kalau ada apa² isu yang mungkin akan memijak atau mengenepikan hak² tertentu, elok diketengahkan kepada pihak berwajib melalui wakil rakyat masing². 


Mereka tu WAKIL rakyat for a reason.


#azamengarutlagi



BACA DAN FAHAM.MASAALAH PENDUDUK FLAT


Marina Ibrahim 


Tadi ada baca orang tagged aku “betina bodoh Marina tak nak komen ke berkenaan Rang Undang-Undang  (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).”



Bro.. janganlah maki hamun. kita dah komen isu ni lama dah.


Boleh rujuk https://www.facebook.com/share/19g4gAWGsc/?mibextid=wwXIfr


Tak pun dekat tiktok ada banyak isu aku dengan flat.


Tapi tak pe.. sekali lagi aku akan komen isu ni dari kaca mata aku. Sila baca dengan tenang, buka mata buka hati. 


Tak da masalah untuk tak bersetuju.. 


Pertama sekali, kalau korang follow aku.. korang akan tengok aku bangkitkan isu flat, kesejahteraan hidup, tempat tinggal bermaruah.. kesihatan mental. 


Sebab apa?? Semua berkait. Dalam meeting, paip air lama bermasalah pun aku kaitkan dengan kesihatan mental rakyat. 


Terpulang nak cakap aku nak aniaya rakyat ke apa. 


Dekat Skudai , kawasan Tun Aminah sahaja.. kita ada 88 blok flat. Tun Aminah sahaja ya. Tak masuk Impian Emas, Selesa Jaya dan yang berhampiran. 


Pertama sekali .. yang mempertikaikan berkenaan RUU URA , salah ke? 


Jawapan aku, tak salah. Dari pertikaian , dari suara rakyat.. aku percaya di situ akan ada check and balance bagi menghasilkan akta yang memanfaatkan rakyat.


Rakyat tak faham, ada kerisauan.. itu perkara biasa. Tugasan kita menerangkan. 


Tapi pertikaian tu mesti bukan setakat mengikut orang tanpa fahami isu. 


Kedua.. aku bersetuju ke dengan RUU URA ?


Bersetuju. Kenapa? Sebab di Skudai ada flat yang tak selamat di duduki, banyak flat tak ada badan pengurusan. Keadaan teruk. 


Orang tak tahu dia hentam “YB malas buat kerja” , “kerajaan negeri teruk tak bantu”. Sedangkan isu strata mereka tak faham, asal komen.


Nak bantu , nak tamatkan strata dia perlukan persetujuan 100% penduduk. 


Flat dah hampir 40tahun melambak..macam mana nak cari? Ada yang tak ambil peduli langsung. 


Korang rasa adil ke? 


70% penduduk merana dengan keadaan rumah sedia ada, tapi 30% yang kisah tak kisah ni menyebabkan nasib 70% ni tergantung?


Ketiga, ada yang cakap.. JKR kata flat di Malaysia mampu bertahan 100 tahun. Kalau gitu, ambil sekurangnya 70 tahun 80 tahun masih mampu bertahan. 


Tapi ni bukan hakikat yang terjadi di lapangan. Hakikatnya, banyak flat tak sampai 40 tahun dah hadapi masalah. Ni kena rujuk balik dan kaji semula Akta Pengurusan Strata yang  mana kalau kau tanya aku, perlukan penambahbaikan.


Aku bagi contoh kereta, kalau tak da penyelenggaraan.. korang rasa berapa lama je mampu bertahan? Begitu juga rumah seperti flat. Tak bayar yuran penyelenggaraan lepastu bermasalah tiada penyelenggaraan.. sebab tu dari boleh tahan 70 tahun ke 80 tahun tapi tak sampai 30 tahun banyak masalah.


Korang tengok isu flat TUTA yang aku tulis berapa hari lepas. 


Kang hujung-hujung bila tak faham, mula datang orang yang bagi komen “kesiannyaaa.. teruk flat TUTA ni, teruk Flat Taman Jaya ni.. kerajaan tak buat apa-apa ke?. Kenapa tak baiki?ada biarkan rakyat hidup dekat tempat macamni”.  Kat sini je dah menunjukan orang seperti ni tak faham.


Bagi aku, 


URA - untuk atasi masalah sedia ada yang melambak sekarang ni. rumah atau kediaman yang bermasalah. Yang dah bertahun tak mampu selesai. Yang ada depan mata korang macam Flat Taman Jaya, Flat Tuta. Datang sini, aku tunjukan aku terangkan.


Memperketatkan, memperkemaskan dan mengkaji semula akta pengurusan strata - untuk menjamin milikan strata baru tidak akan mengalami nasib sama seperti yang lain.


Dalam RUU URA juga ada menyentuh bahawa pemilik asal dibenarkan untuk kekal di kawasan tersebut bila di bina semula. Hak pemilik asal tidak akan terkorban.


Tanah rizab atau wakaf tidak akan disentuh pun.


Ada yang cakap “tak semua orang nak jual rumah tu. Bersetuju untuk pindah. Ada sentimental value.. mungkin dapat dari mak ayah. Mungkin dapat dari harta pusaka”.


Bagi aku memang betul, tapi adil ke kalau dia tak duduk situ, tak ambil kebajikan kawasan.. tapi 70% orang yang lain terkesan sebab segelintir macamni.


Lagi pun ada nilai ambang persetujuan. Bukan main bangunkan semula sesuatu kawasan. 


Macamnilahh.. contoh satu flat, majoriti melayu. Ada 80% orang melayu di kawasan tersebut. Takkan 80% melayu tu tak tahu buat pertimbangan untuk keselesaan, untuk kebajikan mereka sendiri?? Jadi kenapa kita takut hak melayu tertindas?


Adakah kau nak cakap orang melayu tak bijak? Tak tahu buat keputusan untuk kebajikan diri mereka? Masa depan generasi mereka?



Ini berita yang kami baru terima


Norshidah Mohd Daud





Bastard Mokhtar Bin Senik dah buat akaun baru


Kompem akaun dia, sebab akaun baru buat pun dia block hakak walau hakak x penah attack lg akaun baru ni


Pakat2 add beramai2 ye


Sekian melaporkan dari bilik berita


Selamat malam & assalamualaikum


https://www.facebook.com/share/177WKJJNDt/



23 Ogos 2025, Dataran Malleh Pekan Tenom.



Sejarah tercipta di bumi Tenom apabila berlangsungnya Program Pelancaran Jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN N.42 Melalap yang mendapat sambutan luar biasa rakyat!









Lebih 2,000 rakyat Tenom hadir memberi sokongan padu — membuktikan bahawa arus perubahan semakin kuat di bumi Tenom ini. Perjuangan ini bukan sekadar Pilihanraya, tetapi tentang impian dan masa depan rakyat Tenom khususnya Melalap yang lebih adil dan bermaruah. 


Majlis penuh bersejarah ini dirasmikan oleh YBhg. Puan Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden PKR, yang meniupkan semangat juang buat seluruh jentera dan penyokong. Dalam ucapannya, beliau menitipkan harapan agar seluruh Jentera Pilihanraya DUN Melalap bersatu hati, bekerja sebagai satu pasukan, dan bergerak dengan penuh keyakinan demi sebuah kemenangan rakyat.


Dari sorakan rakyat, kibaran bendera, hingga laungan semangat — inilah tanda jelas bahawa jentera Melalap sedia bangkit bersama KEADILAN!


Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.

Kini masa untuk kita melangkah ke medan perjuangan dengan satu tekad:


Melalap milik rakyat, Melalap pasti kita menangi!


#KeadilanTenom #DemiRakyat #TenomOnsoi



HA HA... UMNO NAK JAGA LAGI KA DIA NI?


Mohd Asri



 Agen PN?...Itu bukan tuduhan lah beghok oiiiii, tetapi bak kata Dato' Lokman Adam la.. itu adalah suatu yg REALITI dan tidak boleh lagi di SANGGAH ataupun DI BANTAH!. 







Perangai & mentaliti pun dah hampir2 sama dgn Ketua pemuda Pembangang!!. Tu pun masih taknak mengaku? Beghok betui la hang ni!!. 


P/s: Gambar2 di bawah sekadar hiasan 🤭🤣🤣🤣



ORANG TAK SIMPATI XENGAN HANG.. PARTI PUN BUAT TAAK TAHU... NAK KATA APA LAGI SELAIN PADAN LA DENGAN SIKAP HANG


 

KENA MUHONG DENGAN DIA NI


 

BAGI WALAUN DOK JA

 


ABANG ROY KA CEROI


 

WALAUN YANG BOLEH PIKIAQ.. DIA RASA AKU TAK SEKOLAH TINGGI PUN. TAPI DIA LEBIH BIJAK DARI WALAUN


 

GILA BANYAK JENIS

 


AMANAT BISIKAN SYAITON. BERDOSA BESAR BEELAKUNYA BERBAGAI KEKECOHAN DALAM MASYARAKT.TANGGUNG LAH

 


Pada tarikh 7 April 1981, 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴 menyampaikan satu ucapan yang cukup popular dan sehingga kini ia dikenali sebagai 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴.







Dalam 𝘴𝘰 𝘤𝘢𝘭𝘭𝘦𝘥 amanat tu, Hadi berkata bahawa kita 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻 untuk menjadi kafir tapi cukup dengan mengatakan 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝘀𝘂𝗸𝘂, 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝘀𝘂𝗸𝘂 (politik lain, agama lain - berasingan).


Tapi itu lebih 40 tahun dahulu. Politik ini dinamik. Ia 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶. Sebab tu politik ni ijtihad. Tak boleh dijadikan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗿 𝗶𝗺𝗮𝗻.


Tapi begitulah. Mudah sangat nak mengatakan orang lain kafir. Agaknya kalau orang lain yang kata dakwah dan politik 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻, mungkin dah jatuh dah hukum kafir. Tapi kalau dia, ok je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



JANGAN DENGAR BISIKAN SYAITON.

 

Alif Jamil


Saya rasa terpanggil untuk jelaskan supaya anak² muda tidak terpengaruh dan tertipu dgn sibodo kaki cetak duit ni. 





Pertama , Rang Undang-Undang Pekerja Gig.

RUU ini secara khusus memberi pengiktirafan undang²  kepada pekerja Gig yg menjadi salah satu sektor yg majoritinya diisi oleh anak muda.


Fasal² yg disenaraikan dlm RUU ini memberi perlindungan asas yg selama ini dinafikan. 


1. Hak kontrak bertulis Fasal 8, 9.

Fasal ini memastikan pekerja tidak lagi dipermainkan syarikat dgn syarat yg berat sebelah. 


2. Fasal 9–12.

Larangan diskriminasi dan pemecatan sewenang-wenangnya oleh majikan. 


3. Fasal 11–13.

Hak caruman sosial, perlindungan kesihatan dan potongan gaji yang teratur. 


Jadi secara keseluruhannya, RUU Pekerja Gig ini adalah untuk melindung dan menjaga jutaan anak muda bekerja dlm industri gig yg hidup tanpa jaminan. 


Bila sakit, accident, takde safety net yg boleh menjamin mereka. 


Dengan adanya RUU ini, ia buat pertama kalinya meletakkan rider Foodpanda, Grab, Lalamove dan freelancer digital dibawah perlindungan undang² dgn hak yg jelas.


Kontrak kerja diwajibkan bertulis supaya majikan tak boleh tipu syarat sesuka hati, larangan diskriminasi dan penindasan.


Hak caruman sosial dan perlindungan kesihatan jika berlaku kemalangan, hak cuti dan pendapatan terjamin serta potongan gaji yg telus dan teratur.


Apa berlaku selama ini, pekerja Gig terbiar tanpa jaminan.


RUU ini menjadi payung undang² yg sah untuk lindungi generasi muda dari terus diperah tanpa perlindungan.


Now yg keduanya adalah RUU Urban Renewal Authority (URA). 


Fokus utama RUU ini ialah struktur pentadbiran bagi pembangunan semula bandar melalui Jawatankuasa 

Eksekutif Persekutuan dan Negeri (Fasal 5–15). 


Apa maksudnya?

1. Kawasan bandar lama, projek terbengkalai dan penempatan usang akan diurus secara sistematik.


2. Pembaharuan bandar akan membuka ruang kepada pekerjaan baru dalam sektor pembinaan moden, teknologi hijau, dan perkhidmatan awam.


2. Anak muda di bandar bakal menikmati persekitaran yang lebih selesa, selamat dan teratur.


Ini realiti pentadbiran moden yg diamalkan di negara maju untuk pastikan bandar tidak terbengkalai dan rakyat khususnya generasi muda mendapat ruang hidup yg lebih berkualiti.


Siapa yang untung ? 

1. Rakyat terutama anak muda yg hidup dibandar & komuniti setinggan dapat rumah dan penempatan dibandar yg jauh lebih baik. 


2. Pekerja sektor pembinaan moden & teknologi hijau dapat peluang pekerjaan baru. 


3. Pelabur & ekonomi tempatan dgn projek terbengkalai dihidupkan semula. 


4. Kerajaan negeri & PBT dgn kuasa jelas urus pembangunan semula. 


Yang rugi adalah pemaju rakus & spekulator tanah yg selama ini biar projek terbengkalai demi untung cepat.


Dan yang akan hancur nanti adalah pembangkang khususnya sibodo Mat Jargon nih kerana apabila kehidupan rakyat khususnya anak muda lebih baik dibawah kerajaan Madani , PN akan kekal pembangkang sehingga Isa Al-Masih turun dimenara putih di kota Damsyik nanti 🤲





KENYATAAN DT FATAH HARUN DIPERCAYAI BERKAITAN DENGAN RUU URA.






Mantan ADUN PAS, Tn Hj Fatah Harun, Ketua PAS kawasan Rantau Panjang berseloroh dalam di akaun FB miliknya, dipercayai berkaitan dengan RUU URA.


Nampaknya Tn Hj Fatah Harun sangat rasional apabila meminta ahli atau pemimpin PAS (yang kita panggil walaun) supaya pilih-pilih isu dahulu jika mahu bangkang dan jangan sembarono.


Sindiran Tn Hj Fatah Harun ini jelas menunjukkan beliau lebih matang membaca suasana politik semasa. Beliau sedar, jika PAS terlalu ghairah menentang semua perkara tanpa tapisan, akhirnya mereka akan dilihat sebagai parti yang hanya tahu membangkang, bukan parti yang benar-benar mahu membela rakyat.


Inilah yang membezakan antara pemimpin yang berfikir panjang dengan kelompok walaun yang hanya mengikut skrip ahli Parlimen mereka iaitu ‘asal kerajaan buat, kita bangkang’.


U/p: Tn Hj Fatah Harun,  Beliau merupakan mantan ADUN Bukit Tuku (2008-2013) dan mantan Ahli Parlimen Rantau Panjang (1999-2008). Beliau juga Besan kepada Tg Nik Abdul Aziz, bapa mertua Nik Abduh.


-Jogho Malaya