SPM BUKAN ISU..TAPI ADA Phd ..OTAK CAM SELUT...TAK ADA DI ADA ADA KAN..LAGI MENGARUT



HAMDAN TAHA
Profil calon PRK DUN Chini
Calun PRK hanya ada SPM bukan satu isu...yang menjadi isu ialah dia ada spm tapi mengaku kelulusan macam macam....itu baru tak kena pada tempatnya...
Politik ni sesuatu yang sukar untuk di ramalkan ada kelulusan itu baik dan bonus sahaja...tetapi terlalu banyak pengalaman saya orang ada akedemik yang bagus tetapi tidak boleh berjaya sebagai ahli politik...
Berapa ramai dalam dunia hari ni yang ada PHD tapi hanya bekerja di bawah orang yang ada diploma atau ijazah sahaja....contoh menteri pelajaran atau pendidikan hampir mejoriti hanya ada ijazah sahaja...tetapi dia mentadbir semua bijak pandai di bawahnya...
Perdana menteri Malaysia seorang pun tak ada yang ada PHD...tetapi jadi perdana menteri...jadi isu calun PRK DUN Chini yang berterus terang bahawa dia ada SPM sahaja bukan lah satu isu untuk di kutuk dan di hina...jika yang mengutuk dan menghina tu hebat masuk lah bertanding itu hari di DUN Chini...bawa calun yang bijak pandai yang ada 3 PHD atau master atau ada ijazah terpuji sampai 10 pun jika bertanding atas nama ada kelulusan sahaja saya jamin 100 peratus akan kalah di sana...
Jika ada kelulusan bagus masuk politik kepartian itu satu bonus yang bagus untuk dia secara individu....sebenarnya jika ada PHD sekali pun dia perlu berjaya memegang jawatan parti di peringkat bahagian baru boleh ada markah tambahan...
Saya ada pengalaman semasa menubuhkan parti keadilan....kami orang politik hanya ada 20 peratus sahaja,lagi 80 peratus dari NGO...dari orang pandai pandai...semuanya ada Phd...dan bijak bijak belaka....tapi belum tentu tahu bagaimana untuk menarik sokongan rakyat kepada parti....dalam meting sepatutnya habis dua jam boleh berlarutan sampai 8 jam....kerana semua nak bagi ideal...maklum la orang pandai pandai belaka....tapi apa pun tak jadi....itu sebab di zaman awal parti keadilan majlis pimpinan tertinggi parti tidak popular kerana mereka bijak dalam meting sahaja jumpa rakyat hancur....
Pemuda keadilan lah yang menghidupkan parti itu kerana kami semua orang biasa biasa sahaja tetapi ada ilmu politik....tahu bagaimana nak berucap dan tahu bagaimana menarik rakyat untuk bersama....

Suara Rakyat - "Jumlah lesen menjual minuman keras (arak ...Sama juga Pas....setakat ulama dan ustaz ustaz sahaja Pas tak akan kemana....bila ada orang politik dalam Pas baru lah mereka mula bergerak...dan sekarang dalam Pas tu semua orang politik...ustaz ustaz yang ada bukan lagi ustaz tapi ahli politik baru lah mereka boleh jadi kerajaan sekarang....contoh ustaz Hadi semua keputusan yang dia buat adalah keputusan politik bukan keputusan agama...tengok Takiyuddin semasa jadi pembangkang dia desak macam macam pada PH antaranya kes Adip...
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: HAH...DALAM AWANI TADI DIA KATA ...

Tetapi bila dia jadi pemerintah , dia cakap apa...dia kata tak boleh buat apa apa kerana tak ada bukti baru....kes RUU 355 semasa jadi pembangkang dia cakap apa...bila dah memerintah dia cakap apa....semua tak sama lagi...itu lah politik...itu sebab ustaz yang ada dalam pas bukan lagi kita bole ambil kira pandangannya....kerana mereka adalah ahli politik....hari ni lain besok lain...
Dr M dia bukan Dr lagi tetapi ahli politik...itu sebab hari ni dia kata lain....besok dia dah boleh tukar lain...kerana itu lah politik

SEKALI PEMIMPIN VATERAN DAP SUDAH BERSUARA


PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang menyuarakan keyakinan untuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri di bawah perjanjian baru dengan Dr Mahathir Mohamad.
Beliau turut menolak tanggapan DAP dan Amanah mengabaikan Anwar dengan menggesanya menerima perjanjian mencalonkan Mahathir sebagai perdana menteri gabungan itu selama 6 bulan sebelum Anwar mengambil alih jawatan itu.
“DAP dan Amanah tidak pernah mengabaikan Anwar dengan memilih Mahathir, pilihan ini pilihan yang paling berkemungkinan untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataannya menyusul kenyataan bersama DAP dan Amanah semalam yang satu perjanjian berhubung peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar dalam masa 6 bulan akan ditandatangani dalam hitam putih.
Terdahulu, PKR menolak Mahathir sebagai calon perdana menteri PH jika gabungan itu berjaya menawan Putrajaya semula.
Lim berkata, PH membuat kesilapan sepanjang 22 bulan berkuasa dan perlu mengelak mengulangi kesilapan itu jika ia berjaya mengembalikan mandat yang diberikan kepada gabungan itu pada pilihan raya umum ke-14 lalu.
“Selesainya persoalan mengenai calon perdana menteri dan perihal peralihan kuasa di antara Mahathir sebagai perdana menteri ke-9 kepada Anwar sebagai perdana menteri ke-10, satu sistem untuk mencapai persetujuan berkenaan lantikan utama dalam pakatan haruslah dipersetujui.”
Walaupun ia dapat diselesaikan, katanya, tiada jaminan untuk mengembalikan semula mandat rakyat.
Beliau berkata, PH akan terus bersama sebagai satu unit politik yang bersatu untuk membawa perubahan demokratik dan reformasi institusi kepada negara.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, sut dan teks

PH mesti sedia PRU mengejut mungkin Ogos ini

PH mesti sedia PRU mengejut mungkin Ogos ini

SAMPAI MASA MAHATHIR PERLU TUBUH PARTI SENDIRI



Setelah terpecat daripada Bersatu, Tun Mahathir Mohamad ketika ini adalah pemimpin yang tidak mempunyai parti.
Kedudukan beliau di Parlimen ialah sebagai Ahli Parlimen Bebas bersama empat lagi pemimpin Bersatu yang turut terpecat bersamanya.
Salah satu tujuan Tun Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri semula adalah untuk mendapatkan balik Bersatu yang mana parti itu telah diasaskan penubuhan olehnya bersama beberapa yang lain, termasuk Muhyiddin Yassin.
Namun, melihat usahanya untuk kembali berkuasa ketika ini masih tidak menentu, bermakna selagi Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, laluan tetap sukar bagi Tun Mahathir untuk mendapatkan balik Bersatu.
Tambahan lagi, Setiausaha Agung Bersatu lantikan Muhyiddin adalah juga Menteri Dalam Negeri yang mana Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS adalah dibawah pengawasannya.
Ini menjadikan, apa pun usaha Tun Mahathir untuk mengambil balik Bersatu kembali ke dalam pangkuannya, kalau pun tidak mustahil, tetapi laluannya penuh liku dan dipenuhi duri-duri tajam sebagai penghalangnya.
Lalu, apa pilihan Tun Mahathir, terutama kiranya Muhyiddin mungkin mengadakan pilihanraya awal secara mengejut?
Berjuang dalam dunia politik tanpa parti dan tanpa jawatan adalah suatu perjuangan yang tidak nampak ada kejayaan di hadapan.
Parti dan jawatan adalah dua aspek yang tidak boleh diabaikan jika seseorang mahu memburu kuasa, tak kisah sama ada untuk kali yang pertama atau ketiga.
Tun Mahathir sendirinya tentunya sedar hakikat itu, sebab itu selepas keluar UMNO, beliau mengambil langkah menubuhkan Bersatu bersama Muhyiddin sebagai jalan untuk menumbangkan UMMO dan BN.
Untuk itu, demi mengharungi cabaran mendatangnya, amatlah sukar untuk Tun Mahathir bergerak lebih jauh jika beliau kekal seperti sekarang tanpa ada parti menaunginya.
Buat sementara ini, dalam kedudukan dirinya sudah terpecat dan untuk mendapatkan balik Bersatu bukan suatu perkara yang mudah, kecuali jika dirinya dapat jadi Perdana Menteri semula, adalah lebih baik beliau lupakan Bersatu dahulu.
Tun Mahathir perlu segera menubuhkan sebuah parti baru untuk beliau meneruskan perjuangan sama ada untuk menjatuhkan Muhyiddin atau mengejar impian menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga dan dalam waktu yang sama bagi tujuan menghimpunkan para penyokongnya.
Sekarang ini para penyokong beliau masih berada dalam Bersatu dan sebahagian mereka juga mungkin jenis yang bermuka-muka – siang menyokongnya tapi sebelah malam menyokong Muhyiddin pula.
Tanpa parti, bukan saja menyulitkan Tun Mahathir untuk meneruskan langkah perjuangannya, malah juga menimbulkan kesulitan untuknya bertanding semula dalam pilihanraya jika Muhyiddin mengambil keputusan membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat ini.
Oleh kerana beliau bukan lagi ahli Bersatu, Tun Mahathir tidak berhak lagi bertanding atas nama parti itu atau menggunakan logo Bersatu.
Kuasa menandatangani watikah calon untuk bertanding dalam pilihanraya berada di tangan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu.
Muhyiddin bukan saja mustahil akan menandatangani watikah calon untuk Tun Mahathir dan mereka yang sudah terpecat daripada Bersatu, tetapi juga pasti tidak memilih mereka yang dikenali sebagai penyokongnya sebagai calon pilihanraya.
Di waktu yang sama, untuk Tun Mahathir bertanding atas tiket PH turut tidak nampak jalan jika perbalahannya dengan Anwar dalam soal menentukan calon Perdana Menteri bagi gabungan itu terus menemui jalan buntu dan gagal diselesaikan.
Sifirnya mudah, kalau Anwar tetap enggan bersetuju memberi laluan kepada Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sudah tentu beliau selaku Pengerusi PH juga keberatan untuk menandatangani watikah calon buat Ahli Parlimen Langkawi untuk bertanding dalam pilihanraya.
Maka, Tun Mahathir mahu bertanding atas tiket dan logo apa dalam pilihanraya secara mengejut nanti?
Hanya dengan menubuhkan sebuah parti baru saja merupakan jalan penyelesaiannya, lagi pun dengan rekod selama hampir 24 tahun sebagai Perdana Menteri dan anak-anaknya kaya raya belaka, menubuh, membiayai dan menggerakkan sebuah parti baru tentulah bukan masalah besar untuk Tun Mahathir.
Kalau ingin meniru Azmin Ali yang disebut-sebut telah mendaftar Parti Keadilan Negara, Tun Mahathir mungkin boleh memilih nama Parti Bersatu Negara sebagai parti barunya atau susah-susah daftar saja atas nama Parti Berdua sebagai tanda ia serpihan kepada Bersatu.
Kadang-kadang kesian juga melihat penyokong Tun Mahathir bersepah-sepah dan berterabur di sana sini tanpa sebarang naungan parti memayungi perjuangan mereka.
Kalau parti pun tiada, nak berjuang apa? ( Shahbudindotcom 23/06/2020)

Dr M prepared to cut ties with Anwar, PKR

Dr M prepared to cut ties with Anwar, PKR


SEKILAS FAKTA VIDEO : Dr M sedia tamat kerjasama, Hutang negara mungkin cecah 55%, Singapura bubar parlimen






Antara paparan Sekilas Fakta 23 Jun 2020: 1) Dr M sedia tamatkan kerjasama dengan PKR jika tak dicalon sebagai PM 2) Menteri: Tahap hutang negara mungkin cecah 55 peratus 3) Hannah Yeoh: 'Itu kenyataan fitnah dan palsu' 4) Kit Siang: Andaian DAP dan Amanah ketepikan Anwar tidak benar 5) Covid-19: Hanya 3 kes baru, kluster Sidang Gereja Kuching tamat 6) Lee Hsien Loong umum kabinet dibubarkan, Singapura bakal adakan pilihan raya

PEMINDAHAN ‘ASET SAKIT’ SELAMATKAN TH KETIKA PANDEMIK COVID 19

6 fakta tentang DAP yang disorok cybertrooper UMNO-PAS


DAP merupakan parti politik sah yang telah diluluskan pendaftarannya pada 18 Mac 1966. Ia adalah sebuah parti yang terbuka keahliannya kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, gender dan wilayah.

Dengan ideologi sosial demokrasi, DAP tegar berjuang demi keadilan, demokrasi, hak asasi, peluang saksama dan hak-hak sama yang sah. Parti ini juga komited untuk membawa rakyat bersama negara ke arah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, DAP telah menjadi mangsa serangan tanpa asas dengan label-label serta tanggapan-tanggapan tertentu. Ini termasuk menuduh DAP kononnya cauvinis, rasis, komunis, anti-Melayu dan anti-Islam.

Sehubungan itu, Roketkini menyenaraikan enam fakta tentang DAP yang disorok oleh cybertrooper UMNO-PAS.

1. DAP amal sosial demokrasi
DAP menolak komunisme. Fahaman komunis adalah satu ideologi yang ditolak sepenuhnya oleh DAP dan pimpinannya sejak ia ditubuhkan.
Ideologi DAP adalah sosial demokrasi yang mengambil jalan tengah dalam aspek-aspek ekonomi, politik dan sosial. DAP mahu semua rakyat makmur, maju dan aman dalam sebuah masyarakat yang bersatu hati walau berbeza budaya, agama, gender dan wilayah.

2. Junjung kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

DAP menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi, dan pada masa yang sama melindungi hak agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas.
Malah, perlembagaan DAP menerima Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai undang-undang tertinggi di negara kita.

3. Menerima kedudukan istimewa Melayu

DAP menerima Perlembagaan Persekutuan 1957 yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu. Dalam konteks asal, ia bertujuan membantu orang Melayu yang ketinggalan dalam pelbagai bidang sewaktu Malaya mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun lalu.
Yang dikritik bukan kedudukan tersebut tetapi amalan rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO atas nama Melayu.

4. DAP untuk semua kaum

DAP tidak berjuang kerana kaum atau agama tertentu. Ia terbuka kepada semua kaum. Malah, DAP kini mempunyai wakil rakyat berketurunan India yang terbanyak dalam kalangan semua parti di Malaysia. DAP juga mempunyai ramai ahli dan pemimpin Melayu, serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Sungguhpun begitu, memang kebanyakan ahli DAP berketurunan Cina.
DAP berjuang demi keadilan sosial, kebebasan dan peluang saksama tanpa mengira kaum atau agama. Ia terus gigih berusaha mendekati semua rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu, India, Cina Kadazandusun, Iban, Bidayuh, Bajau, Melanau, dan kaum-kaum Bumiputera lain.

5. Menerima Perdana Menteri beragama Islam

Walaupun Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Perdana Menteri dilantik daripada mana-mana kaum dan agama, DAP menyokong seorang pemimpin Melayu Islam yang layak, berwibawa, beramanah dan berprinsip, sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ini berasaskan realiti masyarakat di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia.

6. DAP sebagai salah satu rakan kongsi dalam Pakatan Harapan

Dakwaan DAP memperalatkan rakan-rakan komponen Pakatan Harapan adalag tidak benar dan bohong semata-mata. Tuduhan ini yang sering dilemparkan oleh UMNO dan PAS untuk menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin Melayu yang menentang UMNO dan PAS sebagai tidak bijak, tidak mampu berfikir sendiri dan tidak faham politik. Niat tuduhan ini ialah untuk menimbulkan was-was dalam kalangan orang Melayu terhadap DAP.
Setelah Kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan terbukti bahawa DAP bukan parti dominan, dan merupakan rakan kongsi dalam sebuah kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan. 



FAHAMAILAH DERITA DAN SENGSARA ANWAR



Dalam deretan musuh politik Tun Mahathir Mohamad, yang paling derita dan sengsara ialah Anwar Ibrahim.
Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin adalah antara mereka yang pernah dimusuhi dan bermusuh dengan Tun Mahathir.
Ada yang diaibkan melalui serangan media, diseret ke mahkamah, dipenjara di bawah ISA dan pelbagai tekanan lain lagi.
Tetapi, dalam semua itu, Anwarlah yang paling sengsara dan derita – dipecat, diaibkan melalui media, ditangkap dibawah ISA, diseret ke mahkamah, dipenjara dan dipukul hampir setengah mati dengan tangan digari dan matanya ditutup.
Setelah melalui derita yang panjang – atas nama perjuangan – Anwar sedia memaafkan dan berdamai dengan Tun Mahathir untuk tujuan yang lebih besar iaitu sama-sama menumbangkan UMNO dan BN pada PRU 2018.
Keceriaan berjaya menumbangkan BN dan menjadikan PH sebagai kerajaan tidak membawa ceria yang panjang, asasnya ialah janji peralihan kuasa kepada Anwar telah dipermain dan dilengah-lengahkan sehingga kumpulan pengkhianat berjaya mengambil kesempatan untuk menumbangkan kerajaan.
Tun Mahathir kemudian kembali “gila kuasa” untuk menjadi Perdana Menteri semula, walaupun perletakan jawatannya sebelum ini dilakukan tanpa berunding dengan PH dan menolak juga nasihat Yang Dipertuan Agong agar tidak jangan berbuat demikian.
Berikutan kedudukannya makin mengecil dan terpencil sekarang ini serta sudah terpecat daripada Bersatu yang ditubuhkannya sendiri, sama seperti untuk menumbangkan UMNO dan BN pada 2018 dahulu, kali ini untuk menjatuhkan Muhyiddin, sekali lagi sokongan dan bantuan Anwar juga yang ditagihnya.
Anwar bagaimanapun sehingga ini tetap berkeras untuk tidak bekerjasama dengan Tun Mahathir serta enggan menyetujui Ahli Parlimen Langkawi jtu diangkat sekali lagi buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri.
Anwar berkata, pengalaman yang panjang menyebabkan beliau dan partinya curiga untuk memberikan ruang sekali lagi kepada Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, meskipun dengan janji hanya selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepadanya.
Apatah lagi dalam percaturan terbaharu ini, kata Anwar, beliau dikehendaki menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Mahathir yang disifatkan sebagai kesukaran maha besar untuk ditanggung.
“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,” ujar bellau ketika bersiaran langsung di laman Facebooknya malam Ahad lalu.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau dan PKR telah memberi kepercayaan dan peluang kepada Tun Mahathir sebelum ini selain merundingkan pelbagai perkara dengan bekas Perdana Menteri itu.
Pengalaman tersebut, katanya, menyebabkan beliau curiga apabila diminta sekali lagi untuk memberi peluang dan ruang kepada Tun Mahathir yang dikatakan boleh mendapat jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.
Beliau turut mendedahkan, perasaan curiga itu turut menghantui rakan-rakan dalam PH apabila mereka mengusulkan pelantikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 perlu melalui proses dokumentasi lengkap termasuk menurunkan tandatangan serta terikat dengan beberapa syarat yang jika tidak dipatuhi, maka Ahli-Ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka.
Katanya, dalam mesyuarat yang beliau sendiri pengerusikan, kesemua pemimpin bersetuju namanya dicalonkan sebagai Perdana Menteri, malah menurut Anwar, persetujuan itu dilafazkan dan didengar sendiri oleh beliau.
“Ini keputusan dan kami minta Tun Mahathir bersetuju, tetapi beliau tidak bersetuju dan perkara ini kita hujahkan.
“Saya kata hampir 24 tahun sudah menjadi Perdana Menteri, bagilah orang lain ikut giliran.
“Mula-mula dia minta enam bulan dan dalam mesyuarat berikutnya minta tambah jadi setahun dan apabila perkara ini ditekankan oleh Shafie Apdal, Tun Mahathir akhirnya setuju dengan tempoh enam bulan.
“Dan dia tak nak tolak ansur langsung dalam hal itu,” kata Anwar.
Menurut Anwar lagi, beliau percaya jika Tun Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri untuk tempoh enam bulan, keadaan tidak akan berubah dan berbalik semula kepada soal “ini dasar Mahathir dan itu dasar Anwar” sehingga boleh menggagalkan hasratnya untuk memperjuangkan ekonomi rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Kawan-kawan kata, “kami mahu saudara jadi Perdana Menteri tetapi laluan tak mudah kerana kita perlu jumlah, ada yang percaya Tun Mahathir boleh dapat tetapi  sampai kini belum dapat. Jadi kita beri dokongan kepada Tun Mahathir, selepas itu baru saudara diangkat,” katanya
Anwar juga menepis tuduhan bahwa beliau dan PKR merupakan pengkhianat apabila menolak pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9 jika mandat rakyat berjaya dikembalikan semula kepada PH kelak.
Katanya, apa yang berlaku adalah perbezaan pendapat di mana beliau hanya mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menuntut supaya mandat rakyat dikembalikan.
Beliau juga percaya jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi, biar pun untuk tempoh enam bulan, perkara-perkara seperti rasuah, kronisme dan mengkayakan golongan tertentu tidak akan dapat dihapuskan.
“Khianat ini tidak timbul, orang yang bagi kipas kepada pengkhianat itulah pengkhianat,” katanya mengungkit semula Langkah Sheraton yang bukan bermula seminggu dua, tetapi diatur lama sebelum itu lagi.
Kesimpulannya, di mana salahnya jika Anwar terus menolak untuk bekerjasama dan menyetujui Tun Mahathir dicalonkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri?
Fahamilah derita dan sengsara yang pernah ditanggung Anwar sebelum ini!! (Shahbudindotcom 23/06/2020)

HENTIKAN GANGGUAN, TINDAS KEBEBASAN BERSUARA MP PEMBANGKANG – PH

AMBIL IKHTIBAR PERPECAHAN PARTI AGAMA PERKUKUH PERJUANGAN REFORMASI

(function() { var d = document, w = window; w

Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi

  March 8, 2021  TEBUK ATAP ! BUKAN LANGKAH KANAN HAJI HADI.. Membaca laporan malaysiakini tulisan Haji Hadi,Jelas dalam hatinya penuh kesum...