Tun M terus persoal pembebasan anak tiri Najib
Pembebasan anak tiri Najib Razak secara mengembalikan wang 1MDB terus dipersoalkan Tun Mahathir
Terbaharu beliau membalas kenyataan Najib membela anak tirinya Riza Shahriz Abdul Aziz.
Di bawah perjanjian, kerajaan melepaskan Riza tanpa dibebaskan (DNAA) pada 14 Mei lalu atas lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Panggil dengan nama apa pun tetapi penyelesaiannya unik.
“Seorang pencuri mencuri wang dan ketika ditangkap dituduh mencuri atau menyalahgunakan kuasa atau menyimpan wang yang diperoleh secara haram dan diminta untuk mengembalikan sejumlah wang tersebut. Dia kemudian akan dilepaskan walaupun tidak dibebaskan.
“Tidak dibebaskan bermaksud dia masih bersalah seperti yang didakwa. Tak mengapa. Yang harus dia lakukan hanyalah mengembalikan kurang dari separuh wang yang telah dicurinya. Ini bermakna dia akan menikmati lebih dari separuh wang yang dicurinya dan menjadi orang bebas,” tulis Tun M di blognya semalam.
Beliau berkata ini sebagai maklum balas terhadap pernyataan Najib baru-baru ini bahawa keputusan berkenaan dengan tuduhan pengubahan wang haram terhadap Riza adalah wajar kerana pengubahan wang haram bukanlah suatu jenayah dan penyelesaian itu bukan “tawar menawar”.
“Jika itu bukan jenayah, maka apakah dilepaskan tanpa dibebaskan – pembebasan untuk apa jika pengubahan wang bukan jenayah?” membantah Dr Mahathir.