KES DSAI

Liwat II: Karpal tiba untuk soalsiasat doktor HKL
Okt 27, 10 10:35am
Kongsi 6
Peguam Karpal Singh - yang disahkan negatif denggi tetapi masih lemah kerana cirit-birit - tiba di di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari ini untuk menyoal siasat doktor Hospital Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal tiba kira-kira jam 1.30 tengahari ketika wartawan menunggu untuk mendapatkan pas masuk dari polis.

Kira-kira setengah jam kemudian, para wartawan kemudiannya dibenarkan masuk ke dewan mahkamah.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan timbalan pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria CK Wong kemudian masuk ke mahkamah.

Manakala peguambela CV Prabhakaran juga masuk ke mahkamah bersama pakar forensik Australia Dr David Wells.

Anwar pula tiba sekitar jam 2 petang bersama bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat.

Mereka diikuti dengan pasukan peguam ketua pembangkang itu - Sankara Nair, Param Cumaraswamy Ram Karpal and Karpal Singh.


Karpal tiba kira-kira jam 1.30 tengahari ketika wartawan menunggu untuk mendapatkan pas masuk dari polis.

Kira-kira setengah jam kemudian,. para wartawan kemudiannya dibenarkan masuk ke dewan mahkamah.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan timbalan pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria CK Wong masuk masuk ke mahkamah.

Manakala peguambela CV Prabhakaran juga masuk ke mahkamah bersama pakar forensik Australia Dr David Wells.

Anwar pula tiba sekitar jam 2 petang bersama bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat, diikuti dengan pasukan peguam ketua pembangkang itu - Sankara Nair, Param Cumaraswamy, Ram Karpal and Karpal Singh - are in court.

2.10pm: Doktor HKL Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan.

2.13pm: Karpal mula menyoalsiasat Dr Razali.

Dr Razali memberitahu mahkamah bahawa laporan perubatan awal Saiful disediakan pada 29 Jun - sehari selepas mangsa diperiksa.

Bagaimanapun, ia dikeluarkan hampir dua minggu kemudiannya pada 10 Julai.

2.24pm: Dr Razali says he cannot remember signing every page of the July 10 preliminary report, but he did sign all pages on the final medical report, which was issued on July 13.

2.27pm: Karpal memohon untuk mendapatkan nota perubatan oleh doktor-doktor HKL sewaktu memeriksa Saiful selama tiga jam.

Mohd Yusof membantah permohonan tersebut kerana ini tidak dirujuk kepada saksi.

Karpal berkata isu boleh dibangkitkan sewaktu soal-siasat.

"Kita tidak mahu berulangnya insiden mata lebam di mana doktornya, Dr Abdul Rahman Yusof, diminta melakukan sesuatu yang beliau tidak mahu buat."

Karpal menjelaskan bahawa Dr Abdul diminta memberi keterangan bahawa kecederaan mata lebam itu dilakukan oleh Anwar sendiri.

"Tentunya, kita mahu ini dalam kes ini," katanya.

Pagi tadi, perbicaraan kes ituditangguhkan sehingga jam 2 petang ini.

Sebelum perbicaraan bermula kedua-dua pihak - pembelaan dan pendakwaan - berbincang di kamar hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Ketika perbicaraan , seorang lagi peguam yang mewakili ketua pembangkang itu - Sankara Nair memaklumkan kepada mahkamah bahawa ujian denggi ke atas peguam utama Karpal Singh menunjukkan keputusan negatif.

Katanya, meskipun Karpal masih lemah dan dilanda cirit-birit pula, beliau akan datang ke mahkamah pada jam dua petang ini.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak ada bantahan berhubung penangguhan itu tetapi berharap ia diteruskan pada waktu yang dijanjikan itu.

Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2 petang ini.

Sankara memberi jaminan jika Karpal tidak hadir, peguam lain akan menjalankan soal-balas ke atas saksi.

Selain Sankara, peguam lain yang berada di mahkamah hari ini adalah Param Cumaraswamy.

Anwar hari ini ditemani anaknya Nurul Nuha.

Pada perbicaraan dua hari lalu, peguambela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim yang membuat pendedahan bahawa wujud sebuah laporan pemeriksaan awal terhadap pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi laporan itu tidak dibentangkan di mahkamah.

Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantunya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.