Wartawan Suara Keadilan diusir Timbalan Pengarah PTG

Wartawan Suara Keadilan diusir Timbalan Pengarah PTG

KUALA LUMPUR 29 OKT: Seorang wartawan akhbar Suara Keadilan pagi ini diusir dari membuat liputan perbincangan antara penduduk dengan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan berhubung perobohan rumah mereka di Kampung Chubadak, Sentul, 23 Oktober lalu.
Seorang lagi wartawan dari Harakah turut dikenakan tindakan serupa.


Abdul Aziz tidak mahu memulakan perbincangan selagi wartawan tidak keluar dari bilik mesyuarat tersebut.
Abdul Aziz tidak mahu memulakan perbincangan selagi wartawan tidak keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

Kedua-dua mereka pada awalnya dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat di bangunan Rumah Persekutuan itu di Jalan Sultan Hishammudin, kira-kira 9.15 pagi bersama sekumpulan penduduk tetapi dihalang dan diusir oleh Timbalan Pengarah PTG, Abdul Aziz Ismail.

Insiden itu berlaku sebaik Abdul Aziz mengetahui terdapat media di kalangan kumpulan penduduk terlibat.
“Pertama sekali saya tak nak bincang dengan surat khabar. Tak boleh. Kita mahu bincang dengan penduduk sahaja. Kita tak nak bincang dengan surat khabar. Tak selesai isu. Dengan penduduk lebih selesa,” katanya.
Ditanya adakah perbincangan tidak akan diteruskan selagi media bersama kumpulan berkenaan, Abdul Aziz bertegas enggan memberi kerjasama.

“Tak boleh. Tak boleh langsung pegawai kerajaan buat statement (kenyataan) dengan surat khabar. Terus dikenakan tindakan tatatertib.

“Memang saya tutup (perbincangan). Saya tak nak diri saya kena tatatertib. Saya nak pencen dah. Saya tak nak bincang dengan surat khabar.

“Kalau saya jadi YB tak apa. Tapi saya tak cenderung jadi YB,” kata Abdul Aziz sekali lagi mengarahkan wartawan beredar dari mengikuti perbualan mereka.

Dalam pertemuan itu, penduduk diwakili Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Abdul Aziz pula ditemani dua pegawai lain.

Perbincangan yang diteruskan tanpa liputan media itu selesai selepas lebih sejam.
robohRabu lalu, beberapa rumah keluarga di Kampung Chubadak musnah dirobohkan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan bantuan polis.

Perobohan dijalankan tanpa sebarang notis atau arahan daripada mahkamah.
Lebih malang, perobohan atas arahan PTG itu diteruskan walaupun penduduk tidak sempat memindahkan barang mereka mengakibatkan kebanyakannya rosak.

Dianggarkan 80 anggota penguatkuasa dan polis bersama tiga jentolak menjalankan operasi meroboh dua rumah serta merosakkan sebuah rumah penduduk di kawasan itu.


Suara Keadilan edisi hari ini memaparkan dua muka penuh liputan kezaliman kerajaan meranapkan rumah penduduk terlibat dan kesengsaraan ditanggung mereka. Dapatkan di pasaran sekarang.


(function() { var d = document, w = window; w

[LANGSUNG] #AWANI745 3 Ogos 2021 | #KauBoleh