DEWAN PANAS! LEBAI TUMPAT KENA KAW KAW & MEMALUKAN DIRI SENDIRI




KERANA KONONYA MAHU JADI HERO BERBAHAS TIADA IKUT BUTIRAN DAN BERMAIN SENTIMEN LEBAI TUMPAT KE KAW-KAW DAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI!! Sumber Video Parlimen

WAHAI ADUN DAP BILUT!! - "HORMATI ANWAR IBRAHIM - PRESIDEN KAMI" |PRN Me...




Kenyataan ADUN daripada DAP, yang menggesa agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan berundur daripada menjadi Ketua Pembangkang, akibat kekalahan dan kegagalan Pakatan Harapan, dalam Pilihan raya Negeri Melaka, telah mendapat respon panas dari pelbagai pihak! Kebanyakan melihat pandangan ADUN Bilut ini, sekadar mencari publisiti populis sahaja. Apa yang dilontarkan oleh Adun DAP Bilut ini, tidak mencerminkan pandangan rakan-rakannya yang lain, dalam DAP! Video ini diadaptasikan daripada Kenyataan Media oleh Ketua Cabang Keadilan Pasir Gudang di akaun Facebook bertarikh 23 November 2021! Terima Kasih! #pkrpasirgudang # #adunbdapbilut #adundapanwarletakjawatan #anwarberundur #adundaplimchinch

VIDEO PENDEK: SENANG JA JADI MENTERI KAT MALAYSIA NI. WALAU PUN TAK CERDIK....


 

NAJIB PM10, PENENTUANNYA 8 DISEMBER INI…..

 

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sudah beberapa kali menyebut Najib Razak akan muncul sebagai PM10 jika UMNO menang lagi dalam PRU15 akan datang.

Walaupun Najib terlihat agar hairan kenapa namanya sering dijaja oleh Lim Kit Siang, tetapi belum pernah sekali pun lagi beliau menafikan dirinya ingin jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Maknanya, secara tidak langsung dalam hati Najib sendiri memang tersemat keinginan untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Kalau betul tidak mahu lagi jadi Perdana Menteri, tentulah tiada masalah untuk beliau berterus-terang mengatakan tidak berhasrat lagi kepada jawatan tersebut.

Di waktu yang sama, dalam UMNO sendiri bukanlah rahsia lagi tentang wujudnya keinginan kelompok tertentu yang mahu beliau jadi Perdana Menteri buat kali kedua setelah dijatuhkan pada PRU 2018 yang lalu.

Soalnya, bolehkah Najib jadi Perdana Menteri lagi?

Seorang bekas menteri memberi reaksi dengan berkata, dulu ramai yang menyebut, kalau Tun Abdullah Badawi boleh jadi Perdana Menteri, bermakna sesiapa juga tidak mustahil jadi Perdana Menteri.

Kini katanya, dengan Ismail Sabri Yaakob yang pengalamannya lagi di bawah daripada Tun Abdullah Badawi pun boleh jadi Perdana Menteri, lagilah tidak mustahil untuk sesiapa saja untuk memegang jawatan itu, termasuk Najib buat kali kedua.

Turut tidak mustahil kata bekas menteri itu lagi, jika sebelum ini Tun Mahathir Mohamad berupaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua melalui parti yang berbeza berbanding keberadaannya sebagai Perdana Menteri pada kali pertama, Najib mungkin mencatat rekod dua kali sebagai Perdana Menteri melalui parti yang sama iaitu UMNO.

Di Malaysia ini macam-macam boleh jadi, tambah beliau.

Namun demikian, sama ada Najib berupaya muncul kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua atau tidak, ia sebenarnya banyak ditentukan pada tarikh 8 Disember depan.

Najib sebelum ini telah dihukum bersalah oleh Mahkamah Tinggi berkaitan kes rasuah SRC International dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Beliau bagaimanapun dibenar merayu ke Mahkamah Rayuan untuk membatalkan hukuman tersebut dan 8 Disember ini telah ditetapkan sebagai tarikh untuk hakim memberikan keputusannya.

Jika pada 8 Disember ini rayuannya diterima oleh Mahkamah Rayuan dan beliau dilepaskan daripada hukuman itu, maka cerahlah harapan Najib untuk menjadi calon PM10 mewakili BN jika PRU15 diadakan pada tahun depan misalnya.

Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO pastinya lebih selesa meletakkan Najib sebagai calon Perdana Menteri, walaupun Ismail Sabri sedang menduduki jawatan itu sekarang ini.

Tetapi, kalau rayuannya ditolak dan hukuman bersalah itu kekal di peringkat Mahkamah Rayuan, hasratnya mengejar jawatan Perdana Menteri buat kali kedua boleh dikata telah terpadam dengan sendirinya.

Meski biasanya Najib akan terus dibenar merayu ke Mahkamah Persekutuan selepas itu, namun pengekalan hukuman bersalah di peringkat Mahkamah Rayuan akan menghalangnya daripada bertanding lagi sebagai Ahli Parlimen di Pekan.

Tanpa dibenar bertanding dalam PRU15, bermakna tiada lagilah peluang Najib untuk menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua.

8 Disember – selain Najib dan penyokongnya yang berdebar menanti tarikh itu, tidak terkecuali Ismail Sabri juga pastinya turut berdebar sama menunggunya. – 


ShahbudinHusin 24/11/2021.




GERAK98 BERSEDIA UNTUK BERTANDING DI DUN BILUT, PAHANG



GERAK98 telah mengikuti kenyataan angkuh, biadab dan sombong budak hingusan dari Dap yang juga Adun Bilut, YB Lee Chin Chen terhadap Ketua Pembangkang, YB Dato Seri Anwar Ibrahim.


Kenyataan beliau untuk menggesa Ketua Pembangkang meletakkan jawatan kerana gagal capai kemenangan di PRN Melaka jelas menunjukkan kebebalan politik beliau.  Ugutan kebudak-budakan beliau untuk meminta Dap keluar dari PH juga amat memalukan.  Amat malang PH Pahang memiliki Adun seperti ini apatah lagi dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dun Pahang.  Prestasi beliau sebagai Ketua Pembangkang di Pahang dan sebagai Adun juga dilihat amat rendah tahapnya.  


GERAK98 sendiri banyak memberikan pandangan, menegur dan mengeluarkan kenyataan tegas terhadap beberapa tindakan yang dibuat oleh Pakatan Harapan dalam banyak isu sebelum ini, namun kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan angkuh dan biadab kerana kami masih hormati institusi Ketua Pembangkang.  Majlis Presiden PH adalah badan yang sewajarnya untuk menilai tahap kebolehan Pengerusi PH serta Ketua Pembangkang.


Adun Bilut ini patut merasa malu kerana kemenangan beliau juga turut dibantu oleh jentera parti Keadilan dan Amanah di Bentong terutamanya di kawasan felda dan penempatan melayu sekitar Dun Bilut. Jentera parti inilah yang bersusah payah menangkis serangan musuh-musuh Dap di kalangan melayu yang masih ramai menganggap Dap anti melayu dan islam.  


Mana rasa hormat kamu kepada para penyokong dan ahli-ahli parti sekutu Dap dalam Pakatan Harapan di Bentong?  Paling kurang ajar, kamu telah diberi peluang untuk menarik balik kenyataan bodoh kamu itu oleh Keadilan Pahang agar ketenteraman boleh dikembalikan, namun kamu tetap sombong dan angkuh.


Sehubungan itu, GERAK98 akan mengkaji dan mempertimbangkan untuk meletakkan calon di Dun Bilut pada PRU15 akan datang. Kami merancang untuk mengadakan program GERAK98 pertama di Dun Bilut, Bentong dalam masa terdekat.  


23/11/2021


KETUA GERAK98 PAHANG



DS ANWAR HENTAM ZAFRUL! TIDAK JAWAB SOALAN! SEMBUNYI APA?



PERKARA APALAH YANG CUBA DISEMBUNYIKAN OLEH MENTERI KEWANGAN TERLALU BANYAK SOALAN YANG TIDA TERJAWAB!!|

VIDEO PENDEK : MAT SAID HENTAM PAS


 

24.11.2021 - FOKUS 4.45 | ANWAR MASIH DIPERLUKAN, USAH LETAKKAN KEGAGALA...


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bertanggungjawab atas kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, dan juga keputusan PH menerima dua bekas ADUN Umno bertanding pada PRN atas tiket PH.


VIDEO PENDEK : ANWAR HENTAM NAJIB


 

Tak jawab soalan berkait LTSAAS, HSR, Anwar ‘belasah’ Tengku Zafru

 

Anwar Ibrahim berkata Tengku Zafrul Abdul Aziz boleh memberi jawapan bertulis kepadanya jika beliau tidak mempunyai masa untuk berucap di Parlimen.

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menjadi perhatian di Dewan Rakyat hari ini berhubung soalan tidak dijawab mengenai projek infrastruktur seperti pengambilalihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata dengan “berbilion” yang diperuntukkann dalam projek lapangan terbang, menteri itu tidak menjawab pertanyaannya.Beliau berkata, satu lagi perkara membimbangkan ialah projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura, sambil menambah bahawa ekuiti 50:50 syarikat yang menjalankan projek itu akan meletakkan negara pada kedudukan tidak menguntungkan.

Anwar mendakwa, kerajaan membayar lebih daripada yang diperlukan untuk penggantian kenderaan bagi pemimpin kanan kerajaan.

Memetik “kontak”, Anwar berkata, beliau diberitahu kerajaan telah membuat tawaran lebih rendah tetapi membuat pilihan lebih mahal. Anwar meminta Tengku Zafrul untuk menjelaskannya.

Anwar juga berkata, soalan dikemukakannya mengenai kerajaan memberikan jaminan RM500 juta kepada AirAsia, di mana Malaysia Airlines telah diketepikan, masih belum terjawab.

Beliau mempersoalkan penggunaan “angka ramalan tertinggi di dunia” oleh menteri berbanding inisiatif fiskal dalam bajet selain peningkatan lesen perjudian.

Anwar bertanya sama ada lesen perjudian itu telah diluluskan oleh Jemaah Menteri, termasuk menteri daripada parti Melayu seperti Umno, PAS dan Bersatu.

Beliau meminta butiran mengenai berapa banyak lesen diluluskan, bila ia diluluskan dan banyak lagi, tetapi “tiada jawapan sehingga kini”.

“Menteri kewangan tidak menjawab banyak soalan yang saya ajukan. Saya harap beliau tidak mengambil mudah perkara ini. Jika tidak cukup masa, beliau wajib menjawab secara bertulis.

“Ini penting kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar,” katanya.

Kearifan, integriti Anwar diyakini, parti komponen perlu pelihara keharmonian

 


Kritikan berlebihan ke atas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kekalahan mengejut PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru baru ini adalah tidak perlu.


Menurut Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, desakan supaya Anwar melepaskan Ketua Pembangkang sangatlah tidak wajar, tambahan ketika tiada calon lain yang lebih layak mengantikan beliau.


"MPN KEADILAN Kedah berdiri teguh bersama Pengerusi PH yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi PH menuju PRU15 demi meletak kembali negara di landasan yang betul. Kearifan, ketelusan serta integriti beliau sebagai pemimpin yang telah teruji didambakan oleh seluruh rakyat yang cintakan tanahair .


"Kami mencermati bingkasan reaksi dari pendokong KEADILAN secara keseluruhannya berikutan kenyataan umum seorang ADUN dari parti rakan komponen yang jelas mencemar semangat kesetiakawanan yang terbentuk sekian lama dalam perjuangan menobatkan aspirasi rakyat, dan kenyataan itu juga menodai penghormatan wajar kepada sosok pemimpin yang telah berkorban diri demi rakyat dan watan," kata mereka dalam satu kenyataan.


Tegas kenyataan itu lagi, seharusnya dalam keadaan akan menghadapi satu lagi PRN di Sarawak, rakan komponen seharusnya mengambil langkah memelihara keharmonian serta keutuhan gabungan.


"Elakkan apa jua kenyataan yang mengguris sensitiviti rakan demi keutuhan satu perjuangan murni untuk peradaban satu bangsa .


"Sebagai satu entiti yang bergerak atas dasar konsensus dalam gerak kerja, adalah sangat tidak wajar meletakan beban kegagalan tanpa mengkaji musabab terperinci hanya ke atas satu sosok sedang kebertanggungjawaban harus dipikul bersama .


"Justeru kami menggesa setiap dari kita cermat dan berhemah serta bertanggungjawab atas setiap kenyataan politik terkait isu samada semasa mahupun umum," kata kenyataan itu lagi.


Kos penanam padi tinggi, adakah kerajaan akan buka sekatan harga?

 


Kos penanaman padi yang tinggi terpaksa ditanggung oleh pesawah dilihat tidak adil ketika kerajaan tidak mampu memberi lebih banyak subsidi.

Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Baharu) bertanya apakah kerajaan akan membuka sekatan kepada harga padi untuk petani mendapat lebih banyak perolehan dari hasil usaha mereka bagi menampung kos.

"Saya semak bajet untuk memberi subsidi bagi industri padi, bajetnya lebih kurang sama. Tetapi kos untuk mengerjakan sawah semakin meningkat. Itu fakta pertama. Di sisi lain harga beras dikawal RM2.60 sen sekilo manakala harga minimum terjamin padi adalah RM1.20 sekilo. Jadi jurang RM1.20 harga padi dan RM2.60 sen, di situlah pesawah padi, pemain, pengilang, pemborong peruncit (mendapatkan untung).

"Jadi berhempas pulas bagaimanapun penanam padi nilai padi, mereka (ada setakat) RM2.60 sahaja.

"Saya ingin bertanya ketika Bernas memegang monopoli import 30%, 60% adalah beras vietnam. Adakah Kementerian bersedia untuk harga beras tempatan tidak dihadkan harganya, yang dihadkan harga beras import," katanya.

Menurut beliau, sekiranya hal itu dilakukan, pengguna beras di dalam negara masih boleh membeli beras import sebagaimana yang berlaku sekarang.

"Kalau ditanya adakah ini memberi kesan kepada golongan pembeli tertentu, jawapnya tidak, mereka masih ada pilihan beli beras import. Jadi industri ini sangat tidak adil untuk penanam padi.

"Apakah kerajaan sedia untuk membuka sekatan harga beras yang diusahakan oleh penanam padi tempatan, pada ketika tanggungan subsidi kerajaan terus membengkak," katanya lagi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menjawab kerajaan sedang mengambil pertimbangan mengimbangi kos pembelian harga beras dan kos pesawah, pertimbangan dibuat berdasarkan pendapatan pesawah dan kos pembelian harga beras.

 

'Kita pernah kalah di Sg Besar, Kuala Kangsar, kemudian menang satu Malaysia'



Presiden KEADIILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak yang mengkritik kekalahan Pakatan Harapan di Melaka supaya menilai kelemahan dan mencari formula kekuatan.

Beliau mengingatkan kekalahan pertempuran tidak semestinya kalah dalam peperangan. Kemenangan akan datang semula kepada pejuang yang istiqamah dalam perjuangan.

"Kita kalah di Ijok mengejutkan, menerima pukulan dari media. Setahun kemudian kita menang di Selangor. Kita kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar (2016) beberapa tahun kemudian kita menang dalam politik nasional 2018.

"Saya percaya, inshaAllah kita kalah di Melaka, dan saya percaya dengan semangat dan kesedaran serta mengambil iktibar kelemahan kita, dan kadang kadang percaturan sis sia serta beberapa suara kelihatan angkuh yang menyebabkan kita tewas. Atau kerana trek rekod kita yang tidak membanggakan sangat dalam pemerintahan (PH) 22 bulan.



Datuk Seri Anwar meluncurkan buku Dr Muhammad Nur Manuty


"Dari segi tatakelola jauh lebih baik dari sebelumnya tetapi ia tidak memberi satu keyakinan. Ini (dianggap) sangat baik dari majoriti rakyat, dari kalangan Melayu, dan Bumiputera Islam," katanya ketika melancarkan buku mantan Presiden ABIM dan rakan seperjuangan dalam KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty bertajuk "Jejak jejak Pencerahan Umat" di Bangi, semalam.

Seterusnya Anwar mengkritik penyampaian yang lemah dalam kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan menyebabkan rakyat tidak yakin jenama PH mampu memberi pentadbiran yang baik jika diundi semula dalam Pilihan Raya Negeri.

"Sebenarnya kelemahan kita, kerana mereka (rakyat) tidak mendapat pencerahan, kerana kita tidak menyampaikan maklumat secukupnya. Sekarang (kerajaan tumbang) tidak boleh tetapi kita mampu masa kita berkuasa selama 22 bulan.



"Mereka tidak melihat ada yang istimewa semasa kita memerintah kerana kita tidak menghulurkan yang sepatutnya kepada golongan mustadafin dan miskin semasa kita memerintah," katanya.



Di samping itu, Anwar juga memuji ketokohan ilmuan seperti Dr Muhammad Nur Manuty yang selalu beliau gelar sebagai al Manuty membicarakan politik dan keintelektualan.



"Dalam pengalaman KEADILAN, terutama pengisian oleh tokoh-tokoh seperti Muhammad Nur, adalah pendambaan idea, keyakinan. Ini adalah pembenturan dua aliran kefahaman.



"Di antara satu yang memegang kepada konsep yang terbiasa dengan pendekatan lama, Ketuanan Melayu atau Islam yang resmi resmian, dan ini tentu tidak mudah (peranan intelektual) dalam keadaan kegalauan pemikiran serta kekeliruan yang dahsyat dalam masyarakat kita," katanya lagi.

 

12 TAHUN DALAM TANGAN MAHU RAYUAN LAGI ? Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan kes dana SRC International

 

Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan kes dana SRC International




Najib Razak yang kini berada di Singapura bersama anaknya yang baru-baru ini bersalin hanya akan pulang pada 5 Dis dan perlu menjalani kuarantin hingga 12 Dis.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan 8 Dis sebagai tarikh keputusan bagi rayuan kes Najib Razak membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron memaklumkan kepada pihak pembelaan menerusi surat hari ini bahawa permohonan untuk menangguhkan keputusan itu ditolak.“Sila hadir ke mahkamah pada tarikh tersebut (8 Dis),” katanya.

Semalam, peguam Najib menulis surat kepada mahkamah memohon untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuan bekas Perdana Menteri itu. Mereka meminta mahkamah menyampaikan keputusan antara 13 dan 17 Dis sebagai ganti.

Mereka berkata, Najib hanya akan pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura pada 5 Dis dan perlu menjalani kuarantin tujuh hari sehingga 12 Dis.

Beliau kini berada di Singapura bersama anaknya yang bersalin baru-baru ini.

Semalam, Pejabat Ketua Pendaftar berkata, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan mengenai kes terbabit pada 8 Dis.

Najib membuat rayuan untuk membatalkan sabitan terhadap tujuh tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta..

Panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh hakim Abdul Karim Abdul Jalil, menangguhkan keputusannya. Hakim lain yang bersidang adalah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Pada Julai tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas beliau didapati bersalah atas semua tuduhan.

Beliau dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Amanah Wang Pencen (KWAP).

Beliau juga didakwa atas tiga tuduhan CBT dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berhubung RM42 juta milik SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

SPR umum PRN12 Sarawak diadakan 18 Disember depan

 


Oleh RAYMOMD LUI / November 24, 2021


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini telah mengumumkan tarikh bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 akan diadakan pada 18 Disember depan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya telah pun menerima notis pengisytiharan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Speaker DUN bertarikh 3 November 2021.

Justeru, katanya SPR telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh PRN12 diadakan bagi mengisi kekosongan 82 DUN di negeri ini.

“Maka dengan ini kita menetapkan tarikh PRN12 Sarawak akan diadakan pada 18 Disember 2021 manakala Hari Penamaan Calon dilangsungkan pada 6 Disember 2021.

“Bagi Hari Pengundian Awal pula, SPR menetapkan diadakan pada 14 Disember 2021,” jelas beliau dalam satu sidang media di Kuching hari ini.

Jelas beliau lagi, bagi menjalankan proses PRN12 Sarawak SPR telah melantik 82 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 249 orang Penolong Pegawai Pengurus untuk memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen

Malah, tambahnya SPR turut menubuhkan 155 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang akan dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.

“Manakala daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN12 kali ini adalah Daftar Pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan (DPT) ST2/2021 yang dikemaskini sehingga 2 November 2021.

“Daftar Pemilih tersebut mengandungi 1,252,014 orang pengundi yang terdiri daripada 1,228,858 orang pengundi biasa, 12,585 orang anggota tentera dan pasangan, 10,458 orang anggota polis PGA dan pasangan serta 113 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara. DPPR tersebut akan mula dijual pada 1 Disember 2021,” ujarnya.

Justeru, beliau berkata SPR menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi sekali gus memohon kerjasama semua pihak termasuk pihak media dan parti-parti politik agar turut mengambil langkah untuk menyeru dan menggalakkan pengundi supaya keluar mengundi pada 18 Disember nanti.

Sebelum ini, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan Proklamasi Darurat (Sarawak) P.U. (A) Seksyen 2 (2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021 (P.U.(A)324.

Berdasarkan Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diiungkaikan.

Di bawah Seksyen 3(4) Ordinan yang sama, berkehendakkan, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan.

Proklamasi Darurat di Sarawak telah dibatalkan pada 3 November lalu yang mana
perkara itu disahkan mengikut Warta Kerajaan Persekutuan Proklamasi Darurat (Sarawak) (Pembatalan 2021) dikeluarkan Jabatan Peguam Negara.

NAJIB TAMAK MINTA GANJARAN- MAHATHIR TAMAK TAK MAHU LEPASKAN JAWATAN KEPADA ANWAR

 


Panas! Mahathir geram Najib tamak, minta ganjaran hartanah bernilai RM100 juta


Pindaan terhadap Akta Saraan Ahli Parlimen 1980 bertujuan untuk memberi sedikit ganjaran kepada bekas perdana, bukan memberikan kemewahan atau kekayaan kepada mereka, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dia mengulas kenyataan Najib Razak berhubung isu permohonan hartanah dikatakan bernilai RM100 juta, bahawa ia pemberian biasa kepada bekas perdana menteri bawah akta berkenaan yang dipinda ketika eranya.

“Kita boleh hargai jasa seseorang perdana menteri tetapi tidaklah sampai menjadinya millionaire (jutawan),” kata Mahathir dalam satu kenyataan di blog dan media sosial, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Langkah kerajaan itu mengundang kritikan hebat pembangkang. Selain Mahathir, Pakatan Harapan (PH) turut mempertimbangkan mengkaji semula memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan.

Najib menarik permohonan itu sehari sebelum pilihan raya negeri Melaka, Sabtu lepas.

Sementara itu, Mahathir berkata, perdana menteri tidak perlukan banyak ganjaran selepas bersara kerana pencen, gratuiti dan elaun sudah lebih daripada mencukupi untuk membina rumah sendiri yang selesa.

Pemuda ini dedah usaha kaitkan Zeti dengan 1MDB, tujuan akhirnya selamatkan ‘ketua penyangak’

 


Panas! Pemuda ini dedah usaha kaitkan Zeti dengan 1MDB, tujuan akhirnya selamatkan ‘ketua penyangak’


Hari ini dalam laporan Malaysiakini, MCA mendesak SPRM membuka siasatan kaitan 1MDB dengan Zeti dan suami.. rupanya jangkaan aku betul.. Aku dah tulis diawal Febuari ketika menegur Ds Anwar yang membangkitkan isu ini seakan mengikut skrip penyangak 1MDB cuba mengaitkan Zeti dengan 1MDB…

Aku sejak awal dapat menduga kemungkinan semua plot ini tujuan akhirnya mengolah persetujuan mengaitkan rencana atau persepsi yang Zeti bersubahat cuba memerangkap Najib Razak.. Najib Razak lah yang kuat bermain dengan naratif ini di media sosial mengaitkan Tan Sri Zeti… Sebab apa..? hanya jauhari juga yang mengenal manikam..

Jadi pemimpin PH, terutama Ds Anwar berhati hatilah mainkan isu ini..Jangan pula kita menjadi sebahagian plot yg direncanakan membebaskan penyangak.. Aku yakin dengan sifat Amanah bekas gabenor Bank Negara.. Jelas Bank Negara sudah berikan amaran mengenai kewangan 1MDB..Harus diingat mereka termasuk Almarhum Engku Aziz menyokong PH pada PRU 14..

Itu sebab aku marah, bila ada kelompok pemimpin PH terperangkap dan minta penjelasan mantan gabenor Zeti Aziz yang cuba dikaitkan Najib Razak melalui facebook.. sedangkan ianya bukan direct dari 1MDB..tetapi aliran hasil rompakan itu pergi ke Syarikat , transaksi perniagaan yg depa sendiri pun tidak tahu menahu.. sebagaimana duit KWAP mengalir ke SRC.. ke Jakel dalam pelbagai bentuk transaksi dan Perniagaan..

Ada Penyangak itu cuma mahu menyucikan diri dia dari Dosa dan kejahatan dia sendiri seolah olah dizalimi dan diperangkap mantan gabenor dan cuma menimbulkan sangkaan buruk kepada Ts Zeti kononnya Zeti bersubahat kerana dilihat pro PH.. hat pelik ada orang PH percaya Najib, persoal Ts Zeti.. Itu sebab dalam tuduhan PAS menerima 90 Juta sukar dibuktikan..

Seperti tuduhan RM 90 juta kepada PAS…Ramai termasuk penyokong PH yang sangka duit 1MDB RM 90 juta itu pergi direct kepada akaun pemimpin dan parti PAS.. Tidak..Itu sebab PAS tarik balik saman Sarawak Report.. Sarawak report tak sebutpun masuk ke akaun PAS.. apa yang disebut dalam laporan Sarawak report ?

“RM 90 million is widely reckoned to have “flowed” into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap). “. duit tu mengalir kepada kepimpinan utama PAS.. itu yg berlaku..

ada duit yg mengalir ke yayasan milik Nasauddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS… mungkin duit tu mengalir dalam bentuk Infaq dan derma dari tokoh2 UMNO dan ahli korperat… termasuk pondok pondok Tok Guru depa..

Nak mudah faham mcm kes duit Macau Scam mengalir kepada Syarikat Shuib Sepahtu dalam rangkaian francais Buble bee.. Faham tak ? itu org panggil proses cuci duit.. Boleh ke dakwa si Shuib tu.. jawapannya sukar untuk dikaitkan dia bersubahat biarpun perniagaan itu berpunca dari wang atas jenayah penipuan dan beberapa kenderaan miliknya disita…

Begitu juga duit yang mengalir kepada MCA, Pemimpin UMNO, hatta Syarikat seperti jakel dan yayasan Tun rahah sendiri.. Itu sebabnya dulu, Tun Mahathir tidak mendakwa mereka atas tuduhan Jenayah dan rasuah, Tetapi SPRM melakukan Tindakan Undang2, sama untuk mereka kembalikan wang diterima.. termasuk lah pertuduhan kepada Ahmad Maslan.. Penyelesaian Ahmad Masalan itulah sebahagian tuntutan awal SPRM..

Jadi faham kan..Kenapa tiba tiba MCA bersuara.. Sama lah seperti kenapa tiba tiba mantan Peguam negara Tommy Thomas cuba dikaitkan membuat pendakwaan Politik..Penubuhan suruhanjaya kehakiman..Jadi orang Politik..Kita perlu bijak membaca gerak kerja musuh agar kita tidak terperangkap.. Jadi jangan sekali lagi kita terperangkap dengan kelicikan ketua Penyangak Negara.. 😉

Ipohmali

JHO LOW TEMAN SETIAKU


 Jho Low akan jadi FILM, agaknya apakah TITLE yang sesuai?

Please Share

More cartoons @ www.zunar.my

#jholow #1mdb #bossku #bosskur #najibrazak #rosmahmansor #rosmah #michelleyeoh



KUTIPAN ZAKAT PUN KIAN TERHARU MELIHATNYA

 

MOHD MUKHLIS


Bab hadis semua nak kena sanad, tapi bab audit hilang ke lautan hindi.

Bak kata lebai edit law "tak audit pun Allah sayang"
Demikianlah negeri serba tahu. Ketelusan semua tak tahu ke mana tapi ada hati mau tegak negara melayu Isley.
http://baitulmal.jawhar.gov.my/zkt_statistik_stat.php...


No photo description available.



ISLAM TIDAK TERANCAM LAGI

 

MOHD MUKHLIS


Yang jadi defendant ialah MCA dan menteri kerajaan Melayu Isle. Mopti serba tahu Dr MAZA apa khabar?

Demikianlah tokpeti, mungkin islam sudah tidak terancam lagi.


May be an image of text that says "PENDENGARAN KES KEABSAHAN SEKOLAH VERNAKULAR DI SISI PERLEMBAGAAN Tarikh: 24/1 1/2021 (Selasa) Tempat: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur PLAINTIE vS .Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 2. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 3.Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) 4.MAPPIM DEFENDAN 1. Menteri Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Parti MCA Parti MIC GERAKAN 6 Dong Zong .Hua Zong 8. Sek.Men. Persendirian Chong Hwa KL 9.Perstun Thamizhar 10. Persatuan Tamilar Thirunal 11.Persatuan Gabungan Kebajikan Guru Bersara Sekolah Tamil Majlis Bahasa Cina Malaysia 跑 #SatuAliran #TolakUEC PEMBELA WWW.PEMBELA.COM.MY"

Persiapan PRU15 - "PENGUNDI TETAP"


Siapakah 37.5% yg mengundi UmnoBN di Melaka (walaupun tahu BN korup). Perhatikanlah, sebahagian besarnya adalah "pengundi tetap" BN. Semua sayap parti bergerak mengenalpasti pengundi tempatan, meletakkan mereka dalam senarai utk disantuni dan bantu mendapatkan bantuan2 kerajaan sehinggalah memastikan mereka dibawa ke pusat2 mengundi pada hari mengundi. Panggillah mereka dgn apa jua panggilan, mereka seakan "terikat" untuk mengundi BN. Dalam kata mudah, sebelum hari mengundi, BN telahpun ada sejumlah (mungkin 20-30%) undi pasti, dari sistem ini. Dan praktis ini sudah berjalan sejak ramai pemimpin PH hari ini masih dlm umno.
Bukanlah sy nk kata umno bagus. Kita dlm PH jauh lebih ramai yg progressif. Tapi selepas personally menyelidiki beberapa pejabat parti, kesimpulannya, kita mendepani hari mengundi hanya dengan HARAPAN pengundi akan keluar dan undi PH, tanpa pengundi "fixed deposit" seperti mereka. Ibarat belum wisel perlawanan ditiup, lawan dah berbekal 2-3 gol sedangkan kita masih kosong.
Ya, benar, ada jawapan,... "kita pun ada bawa pengundi ke pusat mengundi". Tapi bukan well organised dan sistematik. Maaf, banyak pej2 parti komponen PH tidak pun bersedia dengan daftar pemilih terkini. Apalagi senarai pengundi yg dikenalpasti cenderung menyokong dan PH, memang tak ada. Ringkasnya, kita TIDAK BERSEDIA. akuilah, dan sama2lah kita usahakan. Jika mekanisma "pengundi tetap" ini wujud, mungkin kita PH tak kalah seteruk di Melaka. Tak apa, kita ada PRU15 yg jauh lebih besar dan penting, janganlah lagi kita melangkah dgn "tangan kosong"
Sungguh sy terkenang kesungguhan Arwah Nizam Aka yg sentiasa membantu masyarakat sekeliling claim bantuan mysalam dll (semoga ALLAH merahmatinya). Apakah pengundi akan menolak jika dia menyantuni mereka untuk dibawa ke pusat mengundi??? Satu standard yg sangat tinggi dan
terbaik
untuk semua kita usahakan. Perlu sistematik, dan diurus oleh pejabat2 parti.
Akuilah, Pejabat2 DUN, penyelaras DUN dan parlimen kita masih terlalu jauh ketinggalan. Apatah lagi pejabat PAKATAN HARAPAN di peringkat DUN dan Parlimen. Sepertinya, gabungan PH tidak wujud di peringkat bawahan. Dengan PRU15 yg sgt2 menghampiri, sy dengan rendah diri merayu daripada Majlis Presiden PH sehinggalah kepada ahli2 biasa, rakan2 FB malah juga kepada penyokong2 tak berparti, bersamalah kita GET SERIOUS dalam persediaan hadapi PRU15. Banyak lagi issue2 kritikal yg perlu kita tangani sebelum PRU terutama hilangnya minat golongan muda dlm politik dan apa usaha2 yg boleh kita sama2 lakukan. In sya ALLAH.
#KitaMestiMenang kerana negara ini sedang karam tanpa agenda Reform...
Muzammel&Lidya

TAK PAYAH MAKAN BABI DAN MINUM ARAK LA GAMAKNYA YE- SIKALANG APPA MACIAM

 

LAWAK WALAUN PAS HARI INI


Hanya orang Kafir dan kurang didikan agama je yang tidak sokong perjuangan Pas

😚😚

May be an image of 1 person and text that says "KITA MAHU KEMENANGAN UNTUK MENDAULATKAN ISLAM, BUKAN MENANG UNTUK MELETAKKAN ISLAM DI KANDANG ORANG SALAH. TIDAK ADA MAKNA MENANG JIKA ISLAM TIDAK DILETAKKAN DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA 21SYA' BAN 1439/7 ME 2018 ISNIN USTAZ IDRIS AHMAD NAIB PRESIDEN PAS BUKIT GANTANG"

PRN Sarawak: Elak 'menang kopi', rancang awal strategi kempen



Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang mungkin tidak jauh berbeza dengan PRN Sarawak yang bakal diadakan dalam jangka masa 3 minggu lagi memerlukan persediaan awal strategi berkempen.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, kaedah berkempen di Melaka tidak membuahkan hasil, yang mana pemimpin dan calon hanya pergi ke kedai kopi dengan penglibatan pengundi tempatan yang terhad

"Kita buat pesiapan. Kita kena rancang awal. (Di Melaka) betul kita kerja kuat. Pergi kedai kopi, tanya penduduk tempatan berapa? 5 orang, pergi satu lagi kedai kopi. Hasilnya 'menang kopi' saja," katanya kepada wartawan semalam.

Bagaimanapun Presiden KEADILAN itu berpuas hati dengan persiapan jentera KEADILAN Sarawak yang dirasmikannya pada 20 November lalu, dan berharap persiapan seterusnya akan berjalan lancar.

"Kita siap, saya lihat jentera di Kuching dan Miri, alhamdulillah nampak persiapan elok. Walaupun kita bukanlah nak bertanding semua. Kita pakat dengan DAP dan Amanah," katanya lagi.

 

(function() { var d = document, w = window; w

Polis buru pemandu Myvi berlagak samseng di Selayang

  FMT Reporters  - July 6, 2022  Tangkap layar daripada rakaman video menunjukkan sebuah Perodua Myvi memotong dan membrek secara mengejut b...