'Kita pernah kalah di Sg Besar, Kuala Kangsar, kemudian menang satu Malaysia'



Presiden KEADIILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak yang mengkritik kekalahan Pakatan Harapan di Melaka supaya menilai kelemahan dan mencari formula kekuatan.

Beliau mengingatkan kekalahan pertempuran tidak semestinya kalah dalam peperangan. Kemenangan akan datang semula kepada pejuang yang istiqamah dalam perjuangan.

"Kita kalah di Ijok mengejutkan, menerima pukulan dari media. Setahun kemudian kita menang di Selangor. Kita kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar (2016) beberapa tahun kemudian kita menang dalam politik nasional 2018.

"Saya percaya, inshaAllah kita kalah di Melaka, dan saya percaya dengan semangat dan kesedaran serta mengambil iktibar kelemahan kita, dan kadang kadang percaturan sis sia serta beberapa suara kelihatan angkuh yang menyebabkan kita tewas. Atau kerana trek rekod kita yang tidak membanggakan sangat dalam pemerintahan (PH) 22 bulan.



Datuk Seri Anwar meluncurkan buku Dr Muhammad Nur Manuty


"Dari segi tatakelola jauh lebih baik dari sebelumnya tetapi ia tidak memberi satu keyakinan. Ini (dianggap) sangat baik dari majoriti rakyat, dari kalangan Melayu, dan Bumiputera Islam," katanya ketika melancarkan buku mantan Presiden ABIM dan rakan seperjuangan dalam KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty bertajuk "Jejak jejak Pencerahan Umat" di Bangi, semalam.

Seterusnya Anwar mengkritik penyampaian yang lemah dalam kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan menyebabkan rakyat tidak yakin jenama PH mampu memberi pentadbiran yang baik jika diundi semula dalam Pilihan Raya Negeri.

"Sebenarnya kelemahan kita, kerana mereka (rakyat) tidak mendapat pencerahan, kerana kita tidak menyampaikan maklumat secukupnya. Sekarang (kerajaan tumbang) tidak boleh tetapi kita mampu masa kita berkuasa selama 22 bulan.



"Mereka tidak melihat ada yang istimewa semasa kita memerintah kerana kita tidak menghulurkan yang sepatutnya kepada golongan mustadafin dan miskin semasa kita memerintah," katanya.



Di samping itu, Anwar juga memuji ketokohan ilmuan seperti Dr Muhammad Nur Manuty yang selalu beliau gelar sebagai al Manuty membicarakan politik dan keintelektualan.



"Dalam pengalaman KEADILAN, terutama pengisian oleh tokoh-tokoh seperti Muhammad Nur, adalah pendambaan idea, keyakinan. Ini adalah pembenturan dua aliran kefahaman.



"Di antara satu yang memegang kepada konsep yang terbiasa dengan pendekatan lama, Ketuanan Melayu atau Islam yang resmi resmian, dan ini tentu tidak mudah (peranan intelektual) dalam keadaan kegalauan pemikiran serta kekeliruan yang dahsyat dalam masyarakat kita," katanya lagi.

 

No comments: