GERAK98 BERSEDIA UNTUK BERTANDING DI DUN BILUT, PAHANG



GERAK98 telah mengikuti kenyataan angkuh, biadab dan sombong budak hingusan dari Dap yang juga Adun Bilut, YB Lee Chin Chen terhadap Ketua Pembangkang, YB Dato Seri Anwar Ibrahim.


Kenyataan beliau untuk menggesa Ketua Pembangkang meletakkan jawatan kerana gagal capai kemenangan di PRN Melaka jelas menunjukkan kebebalan politik beliau.  Ugutan kebudak-budakan beliau untuk meminta Dap keluar dari PH juga amat memalukan.  Amat malang PH Pahang memiliki Adun seperti ini apatah lagi dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dun Pahang.  Prestasi beliau sebagai Ketua Pembangkang di Pahang dan sebagai Adun juga dilihat amat rendah tahapnya.  


GERAK98 sendiri banyak memberikan pandangan, menegur dan mengeluarkan kenyataan tegas terhadap beberapa tindakan yang dibuat oleh Pakatan Harapan dalam banyak isu sebelum ini, namun kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan angkuh dan biadab kerana kami masih hormati institusi Ketua Pembangkang.  Majlis Presiden PH adalah badan yang sewajarnya untuk menilai tahap kebolehan Pengerusi PH serta Ketua Pembangkang.


Adun Bilut ini patut merasa malu kerana kemenangan beliau juga turut dibantu oleh jentera parti Keadilan dan Amanah di Bentong terutamanya di kawasan felda dan penempatan melayu sekitar Dun Bilut. Jentera parti inilah yang bersusah payah menangkis serangan musuh-musuh Dap di kalangan melayu yang masih ramai menganggap Dap anti melayu dan islam.  


Mana rasa hormat kamu kepada para penyokong dan ahli-ahli parti sekutu Dap dalam Pakatan Harapan di Bentong?  Paling kurang ajar, kamu telah diberi peluang untuk menarik balik kenyataan bodoh kamu itu oleh Keadilan Pahang agar ketenteraman boleh dikembalikan, namun kamu tetap sombong dan angkuh.


Sehubungan itu, GERAK98 akan mengkaji dan mempertimbangkan untuk meletakkan calon di Dun Bilut pada PRU15 akan datang. Kami merancang untuk mengadakan program GERAK98 pertama di Dun Bilut, Bentong dalam masa terdekat.  


23/11/2021


KETUA GERAK98 PAHANG



No comments: