Siapakah 37.5% yg mengundi UmnoBN di Melaka (walaupun tahu BN korup). Perhatikanlah, sebahagian besarnya adalah "pengundi tetap" BN. Semua sayap parti bergerak mengenalpasti pengundi tempatan, meletakkan mereka dalam senarai utk disantuni dan bantu mendapatkan bantuan2 kerajaan sehinggalah memastikan mereka dibawa ke pusat2 mengundi pada hari mengundi. Panggillah mereka dgn apa jua panggilan, mereka seakan "terikat" untuk mengundi BN. Dalam kata mudah, sebelum hari mengundi, BN telahpun ada sejumlah (mungkin 20-30%) undi pasti, dari sistem ini. Dan praktis ini sudah berjalan sejak ramai pemimpin PH hari ini masih dlm umno.
Bukanlah sy nk kata umno bagus. Kita dlm PH jauh lebih ramai yg progressif. Tapi selepas personally menyelidiki beberapa pejabat parti, kesimpulannya, kita mendepani hari mengundi hanya dengan HARAPAN pengundi akan keluar dan undi PH, tanpa pengundi "fixed deposit" seperti mereka. Ibarat belum wisel perlawanan ditiup, lawan dah berbekal 2-3 gol sedangkan kita masih kosong.
Ya, benar, ada jawapan,... "kita pun ada bawa pengundi ke pusat mengundi". Tapi bukan well organised dan sistematik. Maaf, banyak pej2 parti komponen PH tidak pun bersedia dengan daftar pemilih terkini. Apalagi senarai pengundi yg dikenalpasti cenderung menyokong dan PH, memang tak ada. Ringkasnya, kita TIDAK BERSEDIA. akuilah, dan sama2lah kita usahakan. Jika mekanisma "pengundi tetap" ini wujud, mungkin kita PH tak kalah seteruk di Melaka. Tak apa, kita ada PRU15 yg jauh lebih besar dan penting, janganlah lagi kita melangkah dgn "tangan kosong"
Sungguh sy terkenang kesungguhan Arwah Nizam Aka yg sentiasa membantu masyarakat sekeliling claim bantuan mysalam dll (semoga ALLAH merahmatinya). Apakah pengundi akan menolak jika dia menyantuni mereka untuk dibawa ke pusat mengundi??? Satu standard yg sangat tinggi dan
terbaik
untuk semua kita usahakan. Perlu sistematik, dan diurus oleh pejabat2 parti.Akuilah, Pejabat2 DUN, penyelaras DUN dan parlimen kita masih terlalu jauh ketinggalan. Apatah lagi pejabat PAKATAN HARAPAN di peringkat DUN dan Parlimen. Sepertinya, gabungan PH tidak wujud di peringkat bawahan. Dengan PRU15 yg sgt2 menghampiri, sy dengan rendah diri merayu daripada Majlis Presiden PH sehinggalah kepada ahli2 biasa, rakan2 FB malah juga kepada penyokong2 tak berparti, bersamalah kita GET SERIOUS dalam persediaan hadapi PRU15. Banyak lagi issue2 kritikal yg perlu kita tangani sebelum PRU terutama hilangnya minat golongan muda dlm politik dan apa usaha2 yg boleh kita sama2 lakukan. In sya ALLAH.
#KitaMestiMenang kerana negara ini sedang karam tanpa agenda Reform...
Muzammel&Lidya