Dakwaan guna sijil palsu: Ini penjelasan calon Pas- Oooo...tunggu masa sesuai la ye....kan ke mudah kalau cepat cepat jelaskan...elakkan fitnah...sijil pelesu la bagai...

 

Dakwaan guna sijil palsu: Ini penjelasan calon Pas


Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Kamarudin Sidek sudah menjangka sekali lagi dikaitkan dengan dakwaan menipu kelulusan akademik pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Pesuruhjaya Pas Melaka itu bagaimanapun enggan melayan tohmahan tersebut yang dianggap sebagai mainan pihak lawan setiap kali beliau bertanding dalam pilihan raya termasuk ketika menjadi calon di DUN Serkam pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2004, 2008 dan 2013.

“Tak mengapa, saya sudah biasa dan tidak mahu layan. Dekat hari mengundi nanti saya akan jawab (dakwaan itu),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Kamarudin yang pernah memegang jawatan sebagai penasihat agama kepada Ketua Menteri berkata, apa yang lebih penting ketika ini ialah memberi tumpuan kepada isu rakyat di kawasan berkenaan berbanding isu peribadi.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mendakwa kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah daripada Universiti Al-Azhar yang dimiliki Kamarudin adalah tidak benar.

Pada PRU14, Kamarudin yang juga Naib Pengerusi PN Melaka turut bertanding di kerusi DUN Duyong, bagaimanapun tewas di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Damian Yeo Shen Li.

Dalam saingan tiga penjuru itu, Kamarudin memperoleh sebanyak 2,930 undi, manakala Damian memperolehi 7,642 undi dan turut menewaskan calon MCA, Lee Kiat Lee yang mendapat 4,747 undi.

[[LIVE]] Calon Termuda PH Farzana Mentah?

AKIBAT PEMIMPIN TAMAK HALOBA [2022 HUTANG NEGARA RM43.1 BIL- 1HARI RN120...

(LIVE) Ceramah PRN Melaka Bersama Adly Zahari, Liew Chin Tong, Kelvin Yi...

KIRA TAK JADI SEBAB BEREBUT KERUSI LA

 


Panas! Pemimpin Umno dedah punca kegagalan rundingan kerjasama politik Umno-Pas-Bersatu di Melaka



Panas! Pemimpin Umno dedah punca kegagalan rundingan kerjasama politik Umno-Pas-Bersatu di Melaka



Beberapa pemimpin UMNO mendedahkan punca kegagalan rundingan kerjasama politik dengan PAS dan BERSATU bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah kerana kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu menuntut agihan kerusi secara sama rata.

Mereka mengakui memang ada rundingan berhubung pengagihan kerusi sebelum ini, namun hanya membabitkan 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi buruan tiga parti terbabit.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim, berkata parti itu secara dasarnya bersetuju berunding dengan PAS dan BERSATU dalam menentukan agihan secara adil dan penuh keikhlasan, dengan pendirian untuk mengelak pertembungan.

“Namun, apa yang kita bincang itu hanya 23 kerusi, bukan 28 kerusi. Sebab kerusi lain, (UMNO) tak mahu pun sebab kita tak bertanding di kerusi itu dari segi sejarahnya di Melaka. Untuk elak tiga penjuru bukan bermakna kerjasama, tetapi tak mahu bagi bertembung sebab akhirnya kita kalah kerana ketiga-ketiga parti ini berebut kerusi yang sama.

“Tidak adil bagi kita, jangan kata kita sombong tidak mahu berunding, kita sudah usaha akhirnya tidak berjaya,” katanya ketika menjadi panel dalam satu program temu bual disiarkan di Facebook BN malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, UMNO menguasai 13 DUN di Melaka, manakala dua DUN disandang BERSATU dan tiada kerusi dimenangi PAS.

Seorang lagi Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula mendedahkan, UMNO melihat PRN Sabah pada tahun lalu sebagai pengajaran dan rujukan dengan pendirian dibuat ketika rundingan, mengambil kira sentimen akar umbi.

Katanya, dalam rundingan itu, BERSATU juga menetapkan syarat UMNO tidak boleh bertanding melebihi 14 kerusi DUN bagi mengelak parti itu menjadi terlalu dominan dalam kerajaan jika menang pada PRN Melaka.

“Mereka mahukan penyatuan ummah, tetapi realitinya dalam kiraan kita sebelum ini, PAS tidak menang kerusi dan BERSATU pun hanya menang dua kerusi. Kalau mahu penyatuan ummah, kita sepatutnya pertaruhkan masa depan ummah kepada parti yang boleh menang iaitu UMNO.

“Bukan bermakna penyatuan ummah kena bagi sama rata, barulah masalah penyatuan ummah ini selesai, tidak begitu. Dalam konteks Melaka, sepatutnya kita cari jalan bagaimana ummah ini untuk menang. Formulanya adalah UMNO. Kalau kita yakin, ikhlas dengan penyatuan ummah apa salahnya kali ini kita bagi kepada UMNO,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata, rundingan kerjasama itu juga membabitkan peranan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengetengahkan sendiri formula itu untuk dibincangkan.

“Kita kata kekuatan kita jauh daripada 14 kerusi itu, iaitu 18 yang kita mahu, tetapi kalau mahu keikhlasan dan satu perjanjian dibuat baiklah, maka kita buat perjanjian. EXCO dapat berapa (selepas menang), ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) dapat berapa. Semua itu boleh ditulis dalam perjanjian.

“Waktu itu (ketika rundingan), peguam pun sudah ada di luar bilik, kita sudah sediakan (draf perjanjian) kalau mereka setuju,” katanya.

PRN Melaka menyaksikan pertembungan di semua 28 DUN antara calon BN dan PN, sekali gus bayangan kerjasama yang mahu dilihat antara UMNO, PAS serta BERSATU sebelum ini sudah gagal.

PAS yang sebelum ini mengajak UMNO berunding, malah sedia menarik diri jika berlaku pertembungan di kerusi UMNO, mengambil keputusan meletakkan calonnya di tujuh kerusi yang turut ditandingi calon rakan politiknya dalam Muafakat Nasional (MN) itu.

APA LA RAUF...ORANG TAHU LA...PASIR ITU PENTING UNTUK BUAYA BERTELUR

 Terkini! Rauf kata dia bukan buaya


Terkini! Rauf kata dia bukan buaya

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyangkal pandangan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai ‘naga, buaya, singa atau harimau’ di Melaka; sebaliknya beliau melihat dirinya sekadar seorang yang ‘humble’ kepada parti.

Beliau yang diajukan soalan panas berhubung persepsi yang dimainkan pihak tertentu terhadap dirinya, yang didakwa menjadi ‘Abang Besar’ melebihi Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, dirinya dilabelkan sedemikian rupa berikutan tanggungjawab dan amanah yang digalasnya di Melaka selain menganggap ia permainan politik pihak tertentu

“Saya dilihat begitu kerana saya memandu dan memayungi pimpinan saya bagi memenangi PRN Melaka, jadi saya menyanggah semua persepsi ini dengan hati terbuka. Bagaimanapun sebagai pemimpin pastinya kritikan selalu ada, dan saya melihat ‘anggapan’ sebegini semuanya adalah permainan politik pihak tertentu,” kata Pengerusi Perhubungan Umno Melaka itu kepada Bernama TV dalam satu temu bual eksklusif di Melaka hari ini.

Beliau yang bertanding sebagai calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyifatkan pihak yang memainkan isu berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab bukan sahaja pada diri sendiri, malah kepada negeri dan masyarakat Melaka.

Ab Rauf juga tidak menolak kemungkinan serangan ke atasnya dibuat berikutan terdapat pihak yang mengidam jawatan Ketua Menteri, dan cuba mencipta persepsi negatif ini dalam kalangan rakyat terhadapnya.

“Isu ini dimainkan oleh mereka yang kecewa, tidak dapat meletakkan diri dia sebagai Ketua Menteri sekali lagi kerana perancangan awalnya dia boleh mengambil alih kerajaan negeri, tetapi dia dipermainkan dan dipergunakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri, akhirnya tidak diizinkan menjadi Ketua Menteri. Jadi dia mengalihkan isu ini,” katanya.

Sebagai individu yang mengepalai Umno di Melaka, Ab Rauf berkata dirinya dilihat rapat dengan Sulaiman, namun menurutnya beliau masih menghormati sempadan dan tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Ab Rauf yang disifatkan sebagai calon ‘heavyweight’ bagi merebut kerusi panas di DUN Tanjung Bidara, akan berhadapan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH). Penyandang kerusi itu ialah Datuk Md Rawi Mahmud dari BN.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov ini sebagai tarikh mengundi.

Pantau ketirisan perbelanjaan, negara kekurangan dana - Dr Wan Azizah

 

Malaysia DPM Wan Azizah saddened by resignation of King who pardoned her  husband Anwar Ibrahim, SE Asia News & Top Stories - The Straits Times




Kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid 19 perlu diimbangi dengan pemantauan yang berkesan perbelanjaan kerajaan.

Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PH - Pandan) membangkitkan keperluan kewangan dijimatkan pada ketika negara terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk memulihkan kembali ekonomi yang terjejas sepanjang 2 tahun lalu.

Katanya, sistem belanjawan negara perlu direformasikan, yang mana operating expenditures atau opex dilakukan berdasarkan kepada berapa hasil yang boleh dicapai pada setiap tahun.

"Opex dibiayai sepenuhnya dari hasil negara. Prinsip kedua adalah perbelanjaan pembangunan yang mana ia boleh dibiayai sekiranya ada hasil berlebihan tetapi kalau hasil tak cukup bolehlah kita pinjam dari bon dan sukuk.

"Sudah dua dekad negara tidak mempunyai surplus (lebihan). Kali terakhir negara mendapat surplus belanjawan adalah ketika YB Port Dickson menjadi Menteri Kewangan dan mendapat pengiktirafan sebagai Menteri Kewangan terbaik.

"Kini kita melihat negara menghadapi masalah fiskal yang besar akibat Covid, di mana hasil kerajaan memang terdesak. Oleh itu opex juga mengecil dan kerajaan telah meminta Bank Negara dan Khazanah untuk memberi dividen yang berlebihan.

"Pada 2021, kerajaan menggunakan wang KWAN RM5 bilion untuk membeli vaksin. Saya faham hasil negara menguncup tetapi saya tidak faham mengapa kerajaan tidak menunjukkan bahawa mereka mengamalkan disiplin fiskal yang berhemah. Kalau (penjimatan kos kereta rasmi menteri hanya) RM2.80 dibuat sebulan saya tak faham, untuk Vellfire itu," katanya dalam sesi perbahasan Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Penjimatan kata beliau boleh dilakukan sekiranya pemberian kontrak dan projek dipantau dengan betul dan tidak membenarkan ketirisan berlaku.

Penjimatan yang banyak, menurut Dr Wan Azizah boleh digunakan untuk tujuan demi kesejahteraan rakyat.

"Kalau hasil tak cukup kita perlu tingkatkan pemantauan, terutana kontrak-kontrak bekalan dan perkhidmatan dalam belanjawan penguruan.

"Dengan ditubuhkan jawatankuasa pilihan khas yang baharu kita harap akan dapat memantau ketirisan.

"Baru-baru ini telah didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara ketirisan sebanyak RM600,000 juta. Kalau ada projek tebatan banjir (dengan jumlah itu) maka banyak rakyat yang boleh diselamatkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau tidak bersetuju apabila dalam Belanjawan 2022 peruntukan untuk dana Jabatan Audit dipotong yang memberi isyarat salah kepada kempen ketelusan serta akauntabiliti negara.

Selain itu, Dr Wan Azizah juga membangkitkan dana sebanyak RM4 bilion untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan yang tidak dinyatakan dengan jelas dari mana diambil di dalam buku Belanjawan 2022.

"Jika diteliti bajet itu tidak seindah yang dibentangkan. Menteri beri bayangan jumlah RM4 bilion program vaksinasi dan meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam. Dari segi perbelanjaan RM4 bilion adalah perbelanjaan opex.

"Saya minta penjelasan di manakah jumlah ini di dalam dokumen belanjawan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kalau RM4 bilion ini perbelanjaan di mana peruntukan untuk KKM RM28 bilion, kita potong RM4 bilion menjadikannya RM24 bilion.

"Tahun lepas dana KKM adalah RM25 bilion, kali ini peruntukan yang paling rendah dalam 5 tahun ini. Mengapakah peruntukan KKM menurun?

"Kenapa bajet Kementerian Pertahanan pula menunjukkan peningkatan berbanding KKM? Jadi kita harus semak semula peruntukan KKM," katanya.

Bagaimanapun mantan Ketua Pembangkang itu memberi pujian kepada Menteri Kewangan kerana telah menerima cadangan beberapa dasar baru yang membela wanita seperti kasih suri, dana kepada unit T11, pemberian kid asas pembersihan diri kepada wanita kerana ada isu kemiskinan haid.

Cuma beliau sedikit terkilan Menteri Kewangan tidak memberi pengiktirafan kepada Ahli-ahli Parlimen wanita Pakatan Harapan yang menyumbangkan idea berkenaan.

Dr Wan Azizah juga membahaskan mengenai Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) yang mendifinisikan semula kemiskinan mengikut gender di Malaysia, dan dibuat kajian yang julung-julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh untuk mendapatkan data kemiskinan berasaskan gender yang lebih tepat.

"Kita mesti memahami kemiskinan itu bukan sahaja dari gaji atau upah tetapi mempunyai pelbagai dimensi, termasuk pendidikan, taraf hidup dan kesihatan.

"Kita mahu Menteri Kewangan berkerjasama dengan Menteri Ekonomi untuk membuat kajian menyeluruh dan membuat satu bajet berdasarkan MPI.

"YB Kuantan telah mengangkat isu Gender Responsif Budget. Namun kita perlu jaminan bila mahu mula dikaji kerana impak wabak Covid ini, kaum wanita dan ibu tunggal yang paling terkesan," katanya lagi.

 

Saya tak jual rupa, nilai saya pada tekad – Nana

MGF11112021_CALON-PH-FARZANA-HAYANI-NASIR_05-1


MGF11112021_CALON-PH-FARZANA-HAYANI-NASIR_01


Calon PH N.28 Sungai Rambai, Farzana Hayani Mohd Nasir (kanan) bermesra dengan penduduk setempat ketika hadir makan tengahari di Warung Pak Ali, Sungai Rambai, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 11 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Calon Pakatan Harapan (PH), Farzana Hayani Mohd Nasir daripada PKR yang bertanding kerusi DUN Sungai Rambai tidak mahu rakyat menilainya pada rupa semata-mata sebagai faktor untuk meraih undi.

Malah, calon termuda daripada 112 calon yang bertanding di 28 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November ini mahu pengundi Sungai Rambai menilainya pada tekad, kesungguhan dan keikhlasannya yang mahu menjaga kebajikan rakyat.

“Terima kasih…(dikatakan cantik) tapi saya harap pengundi nilailah Nana daripada tekad, kesungguhan dan keikhasana untuk sentiasa menjaga kebajikan rakyat Sungai Rambai.

“Tidaklah sekadar rupa untuk bertanding,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas meninjau kemudahan di Jeti Nelayan Anjung Batu di sini hari ini.

MGF11112021_CALON-PH-FARZANA-HAYANI-NASIR_04

Calon PH N.28 Sungai Rambai, Farzana Hayani Mohd Nasir (tengah) bermesra dengan peniaga, Rosyati Badrun (kiri) ketika hadir makan tengahari di Warung Pak Ali, Sungai Rambai, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 11 NOVEMBER 2021.


Mengulas lanjut, anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, tanggapan mengaitkannya bertanding untuk meraih undi berdasarkan personaliti semata-mata juga perlu diubah masyarakat.

Katanya, biarpun belum dapat membuktikan apa-apa pencapaian kerana merupakan calon baharu yang bertanding, itu bukanlah alasan untuk menidakkan peranannya dalam masyarakat.

“Sebenarnya, Nana memang dah terlibat dalam politik sejak sekolah menengah lagi kerana membesar dalam keluarga politik.

“Ayah Nana sendiri adalah Naib Ketua Cabang Keadilan Tangga Batu dan ayah juga mengusahakan kedai makan jadi sejak remaja Nana sudah banyak bergaul dengan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun bakatnya dalam bidang politik hanya menyerlah sejak setahun yang lalu apabila dilantik sebagai Ketua Srikandi Keadilan Melaka.

Pada PRN 20 November ini, mahasiswa universiti tempatan itu akan berdepan saingan empat penjuru dengan beberapa muka lama di DUN Sungai Rambai yang sebelum ini disandang Datuk Hasan Abd Rahman mewakili Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti 1,669 undi.

Selain Farzana, calon lain adalah Muhammad Jefri Safry (PN-Bersatu), Nazatul Asyraf Md Dom(Putra) dan Siti Faizah Abdul Azis (BN-UMNO) – MG

Kempen di media rasmi: PH alu-alu jika kerajaan benarkan - Liew Chin Tong

 



Cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, tan Sri Annuar Musa untuk membenarkan calon-calon yang menyertai Pilihan Raya Negeri Melaka berkempen di media rasmi milik kerajaan dialu-alukan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong, cadangan menteri berkenaan diharap memberi sedikit kelegaan dalam menghadapi situasi larangan berkempen menemui pengundi yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Lebih baik lewat daripada tiada. Saya mengalu-alukan tawaran Tan Sri Annuar Musa. Larangan kempen oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob telah menyukarkan semua orang berkempen, justeru adalah adil kerajaan membenarkan akses kepada media rasmi," katanya.

Menurut Liew, kempen boleh dirancakkan di media rasmi jika dianjurkan debat antara calon-calon Ketua Menteri dari PH, PN dan BN.

"Sama seperti debat langsung TV, Lim Guan Eng - Wee Ka Siong baru-baru ini, menteri boleh membantu memudahkan perbahasan untuk calon Ketua Menteri Melaka.

"Sdr Adly Zahari boleh mewakili Pakatan Harapan untuk membahaskan calon Ketua Menteri lain daripada gabungan lain.

"Perbahasan di kalangan calon daripada kawasan utama (DUN) juga perlu dianjurkan," katanya lagi.

 

Fahmi Fadzil: Majlis Presiden PH Mensyuarat Di Hotel, Pegawai KKM & PDRM...

MGNews: Saksi Mendakwa Low Taek Jho Adalah Orang Kanan Datuk Seri Najib ...


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi sambung perbicaraan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

ANWAR SEKOLAHKAN MENTERI! JANGAN PERTAHANKAN SYARIKAT BALAK,UNTUNG BERBI...

KEH..KEH..HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG

 

UMNO tak perlukan Pas untuk jadi pendamai dengan Bersatu – Khaled



UMNO tak perlukan Pas untuk jadi pendamai dengan Bersatu – Khaled

UMNO tidak memerlukan PAS untuk menjadi pendamai dengan Bersatu kerana parti itu sendiri ditubuhkan untuk menggantikan Umno.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keadaan itu jelas bahawa Bersatu adalah seteru Umno, dan PAS wajar mengerti situasi berkenaan.

“Umno tegas untuk tidak bekerjsama dengan PPBM (Bersatu) bukan kerana ia membelakangkan kepentingan ummah dan bangsa Melayu.

“Tetapi kerana PPBM (bersatu) itu dibidani kelahirannya untuk mengganti Umno. Ia secara terang dan jelas, seteru Umno. PAS wajar mengerti kedudukan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, keadaan itu sama seperti mana Umno tidak pernah mengusahakan damai antara PAS dan Amanah kerana tahu sejarah kedua-duanya.

Justeru, katanya, PAS tidak boleh mengikat Umno dengan Mufakat Nasional (MN) dan pada masa yang sama mendambakan Perikatan Nasional (PN).

“PAS wajar terus dengan PN kerana ia tidak boleh terus keliru dengan apa yang ia kehendaki.

“Dalam politik, tiada parti yang patut mencari keuntungan dari pelbagai pihak, dalam pelbagai keadaan dan pada setiap masa,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, keputusan PAS sebenarnya memberikan Umno ruang dan peluang untuk kembali kepada BN yang sederhana, ‘multicultural’ dan progresif.

“Ia tidak lagi terbelenggu dengan sesiapa, bebas mencorakkan jalan kehadapanya. Kerana Umno sedar, jalan kemenangan ialah sokongan semua kaum dan bukan hanya Melayu.

“Kerjasama parti Melayu bukan satu-satunya jalan untuk menguasai kerajaan,” katanya.

Jelasnya, dalam politik yang sangat ‘disruptive’, kemenangan banyak bergantung kepada tawaran dasar yang lebih baik, kepimpinan lebih dinamik, rencana ekonomi yang lestari dan rencam generasi muda yang mesti difahami.

“Jika hanya mencongak jumlah undi Umno, PAS dan PPBM (Bersatu) itu sebagai tanda aras kemenangan, maka sangat lah simplistik. Politik Malaysia bukan sebegitu simplistik.

“Kerana rumitnya politik itu lah, maka BN adalah taruhan terbaik Umno untuk Malaysia. Yang lain hanya sampingan,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, keputusan PAS memilih PN jelas menunjuk MN tidak mudah dioperasikan.

“Keputusan PAS bermakna MN itu hanya wujud pada nama, tidak pada semangatnya.

“Laungan MN demi perpaduan ummah hanyalah halwa telinga. Hakikatnya, dalam politik, pelbagai kepentingan lain adalah keutamaan,” katanya.

ADLY PILIHAN TERBAIK BERBANDING CALON BN DAN PN, BERILAH UNDI IKUT SIAPA CALON KETUA MENTERINYA

 

PH akhirnya menamatkan spekulasi dengan menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri jika gabungan itu memenangi PRN Melaka, 20 November ini.

Adly adalah Pengerusi PH Melaka serta merupakan Ketua Menteri selepas kemenangan gabungan itu dalam PRU14 sebelum beliau kemudian dijatuhkan melalui pengkhianatan dan lompat parti susulan berlakunya Langkah Sheraton.

Melalui PRN Melaka ini serta kedudukan jawatannya dalam PH, selain rekod baiknya mentadbir Melaka dengan pelbagai kejayaan sebelum ini, meletakkan semula Adly sebagai calon Ketua Menteri tentu saja adalah pilihan yang tepat.

Realitinya, Adly bukan dijatuhkan kerana dikaitkan sesuatu dakwaan buruk terhadapnya seperti pecah amanah, salah guna kuasa, bolot pasir, tidak menjaga rakyat atau kedudukannya sebagai Ketua Menteri dikuasai oleh orang lain.

Beliau dan PH dijatuhkan semata-mata kerana berlaku pengkhianatan dan dengki ingin merebut kuasa, walaupun mereka itu hakikatnya tidak menang di hati rakyat melalui undi.

Kini, dengan pencalonannya semula beserta barisan calon PH yang diketengahkan dalam PRN Melaka ini, pengundi Melaka mempunyai peluang terbaik untuk memilih sebuah kerajaan dan ketua pentadbir negeri yang terbaik serta mampu berkhidmat sepenuh hati untuk mereka.

Selain PH yang sudah menamakan calon Ketua Menterinya, BN juga turut telah menamakan Sulaiman Md Ali sebagai pertaruhan mereka.

Dengan pengumuman Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN sebelum ini dan ia kini disahkan oleh Pengarah PRN BN, Mohamad Hasan, bermakna Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh yang pertama kali bertanding di DUN Tanjung Bidara, automatik akan diketepikan untuk dijadikan Ketua Menteri.

Tetapi, jangan kita lupa, isu yang berlengar hangat di Melaka sejak sekian lama, malah menjadi punca empat Adun menarik sokongan terhadap Sulaiman ialah kerana dakwaan beliau dikuasai dan dibonekakan oleh Ab Rauf dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Dengan Sulaiman dicalonkan semula, jika pengundi Melaka memberi kemenangan kepada BN pada 20 November ini, ia samalah seperti mereka membenarkan berlakunya lagi penguasaan dan pembonekaan Ab Rauf terhadap Ketua Menteri.

Tidak meletakkan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri tidak bererti ia menghalang beliau daripada terus mengusai Sulaiman atas kapasitinya yang berada lebih tinggi berbanding Sulaiman dalam hieraki parti.

Dalam erti kata lain, mengundi BN adalah kerja buang masa, tidak akan membantu rakyat, sebaliknya hanya membantu pemimpin di atas kekal mengaut kekayaan hasil Melaka.

Hanya PN yang belum mengumumkan calon Ketua Menteri, namun dua nama disebut-sebut sebagai pertaruhan iaitu Pengerusi PN negeri itu, Mohd Rafiq Naizamohiddeen yang bertanding di Dun Telok Mas dan Mas Ermieyati Shamsuddin yang bertembung dengan Ab Rauf di Tanjung Bidara.

Mohd Rafiq sebelum ini adalah Adun Paya Rumput, tapi kini berpindah ke Telok Mas.

Selain beliau masih dianggap terlalu muda dan mentah untuk mengetuai pentadbiran Melaka, tindakannya melarikan diri daripada Paya Rumput ke Telok Mas turut menggambarkan ketidakyakinannya mampu bertahan di kawasan lamanya itu.

Adakah pemimpin sebegini layak diberi tanggungjawab sebagai Ketua Menteri?

Berkaitan dengan Mas Ermieyati pula, meskipun jika terpilih sebagai Ketua Menteri Melaka bermakna beliau akan menjadi wanita pertama memegang jawatan itu, tetapi rekodnya sebagai pemimpin adalah sangat buruk.

Mas Ermisyati sebelum ini adalah Ketua Pureri UMNO dan menang sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah atas tiket BN, tetapi berikutan kemenangan PH dalam PRU14, beliau telah melompat menyertai Bersatu dan meninggalkan wadah perjuangan lamanya.

Berikutan sokongan kepada Langkah Sheratan, beliau seterusnya dihadiahkan jawatan timbalan menteri dan kini memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Seorang lari kawasan dan masih budak mentah, manakala seorang lagi mempunyai sejarah buruk lompat parti, makna kata kedua-dua calon yang disebut-sebut sebagai bakal Ketua Menteri PN ini tidak memberi jaminan mereka lebih mengutamakan rakyat berbanding diri sendiri dalam perjuangan mereka.

Kesimpulan paling mudah di sini, baik mengenai calon Ketua Menteri BN iaitu Sulaiman atau daripada PN iaitu sama ada Mohd Rafiq atau Mas Ermieyati, kedua-dua parti tidak menjanjikan cahaya harapan buat rakyat Melaka.

Selain melalui calon BN, ia hanya memastikan ulangan sejarah pembonekaan lama berulang kembali, melalui calon PN pula, langsung tiada harapan boleh disandarkan.

Berbeza dengan Adly, calon Ketua Menteri yang dinamakan PH, rekod pentadbirannya selama 22 bulan sebelum ini adalah bukti keutamaannya menjaga rakyat Melaka.

Oleh itu, pada 20 November nanti, salah satu faktor yang tidak harus diabaikan oleh pengundi Melaka dalam memberi undi mereka, berilah undi berdasarkan siapa calon Ketua Menteri yang telah ditonjolkan.

Mengundi parti berdasarkan calon Ketua Menteri yang telah terbukti ini pasti tidak akan membuatkan rakyat menyesal di kemudian hari. –


ShahbudinHusin 11/11/2021.


SELAIN TAK SIHAT ..RASUAH PUN KUAT JUGA

 



Malaysia tersenarai dalam kategori negara paling tidak sihat



Kesedaran mengenai aspek kesihatan yang masih rendah dalam kalangan rakyat menjadikan Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara yang tidak sihat.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berdasarkan statistik yang menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi dalam beberapa masalah kesihatan termasuk penyakit jantung.

“Kadar kematian yang tinggi di negara ini akibat Covid-19 banyak berkait rapat dengan mereka yang merupakan penghidap penyakit kronik. Bayangkan di Malaysia, satu daripada dua rakyat obesiti termasuk saya manakala satu daripada empat rakyat Malaysia tidak mengamalkan kecergasan.

“Selain itu, satu daripada 20 rakyat tidak makan mengikut nutrisi yang betul di samping setengah juta orang dewasa mengalami kemurungan. Saya percaya angka ini sebenarnya masih rendah daripada realitinya,” katanya ketika menjadi tetamu dalam sebuah rancangan televisyen hari ini.

Beliau turut memberitahu, perubahan tingkah laku sangat penting dalam melahirkan negara dan rakyat yang sihat tanpa mengharapkan kerajaan semata-mata.

“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan rakyat negara ini sudah cukup mengambarkan tahap kesedaran yang masih rendah.

“Berdasarkan tinjauan, 95 peratus rakyat memberitahu akan mengikut SOP yang ditetapkan namun masih ada yang meletakkan pelitup muka di bawah dagu. Sebab itu saya katakan untuk kita beralih, perkara ini sangat penting.

“Justeru, kita perlu laksanakan apa yang disebut sebagai perubahan tingkah laku. Jika hendak mengharapkan Kementerian Kesihatan di lapangan dan bertindak, kita tidak cukup tangan. Kita boleh lihat negara maju seperti Jepun yang berjaya menguruskan pandemik menerusi tingkah laku tanpa perlu mengeluarkan kompaun,” jelasnya.

Anwar cadang debat terbuka calon KM semua parti

 


Anwar Ibrahim mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara semua calon ketua menteri daripada PH, BN dan PN.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara semua calon ketua menteri daripada parti bertanding di pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

“Saya yakin cadangan ini adalah wahana terbaik dalam melonjak nama Malaysia sebagai contoh negara demokrasi yang sihat dan matang,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di Facebook.

Daripada tiga gabungan kerjasama politik yang bertanding, hanya PH dan Barisan Nasional (BN) sudah menamakan calon ketua menteri mereka, di mana PH memutuskan pengerusi pakatan itu di Melaka iaitu Adly Zahari dan BN menamakan Sulaiman Md Ali.

Perikatan Nasional (PN) masih belum menamakan calon ketua menteri mereka dengan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan hari ini menyatakan fokus utama PN ialah memenangi seberapa banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dahulu sebelum memutuskan siapakah calon ketua menterinya.

Anwar juga menyambut baik dan mengalu-alukan hasrat kerajaan yang menyatakan kesediaan untuk memberi ruang berkempen sama rata kepada semua calon-calon PRN Melaka termasuk yang ditonjolkan PH di saluran media rasmi kerajaan.

Berikutan kekangan Covid-19, program ceramah, ziarah rumah ke rumah dan perhimpunan awam tidak dibenarkan dengan semua parti dikehendaki beralih kepada cara berkempen yang lain seperti menggunakan media sosial.

KAH..KAH...BAIK BAHAGI PASIR BARU STABIL...PEMBOHONG KUAT....

 

Kegagalan dan ketidakstabilan kerajaan PH, PN harus jadi pengajaran, kata Rauf



ALOR GAJAH: Umno Melaka percaya pengundi akan menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya negeri (PRN) ini kerana dakwaan kegagalan tadbir urus kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, Ab Rauf Yusof, mendakwa PH tidak membawa sebarang perubahan kepada Melaka sepanjang 22 bulan memerintah, sementara pentadbiran PN menyaksikan rakyat menderita ekoran sekatan Covid-19.

Calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu percaya BN berpeluang menang sekiranya pengundi bijak menilai.

“Ketika kita mengambil alih kerajaan negeri Melaka selepas 22 bulan ditadbir PH dan diuruskan oleh kami yang majoritinya daripada Umno, pentadbiran ini telah diterima oleh rakyat,” katanya.

“Melihat kepada sebuah kerajaan yang berlandaskan konsep toleransi kaum, BN telah berjaya meyakinkan rakyat bahawa ia kerajaan yang begitu baik.”

Katanya, ketidakstabilan politik yang menyusuli kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) harus menjadi pengajaran kepada rakyat Melaka agar memilih pentadbiran yang kukuh dan stabil.

Menurutnya, PAS juga harus bersama Umno menerusi kerjasama Muafakat Nasional (MN) sekiranya matlamatnya adalah untuk mengukuhkan perpaduan orang Islam menandangkan Umno mempunyai organisasi yang tersusun hingga ke peringkat akar umbi.

“Parti-parti yang ingin bekerjasama dengan Umno perlu melihat kepada kelebihan Umno itu sendiri. Jika kelebihan ini boleh digabungkan dalam memainkan peranan untuk memperkukuhkan ummah, jadi PAS seharusnya memilih Umno sebagai rakan kongsi yang terbaik.”

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada PAS untuk memilih rakan kongsi selepas PRN Melaka nanti.

PAS bertanding bawah lambang PN dan akan bertembung dengan Umno di tujuh kerusi.

Adly pemimpin humble disukai rakyat, pentadbirannya dirindui



Adly tidak mahu dipayung,
enggan dilayan sebagai Vvip.
 

BARANGKALI bukan saja saya yang merasai, tatkala Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengumumkan nama Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka pada suatu majlis petang tadi, tetapi orang lain juga seperti pengumuman itu akan menjelma menjadi kenyataan selepas 20 November nanti.

Pengumuman calon PH Dun Bukit Katil itu sebagai bakal Ketua Menteri disambut dengan tepukan bergemuruh yang hadir pada majlis pengumuman itu.

Tepukan berderai itu menunjukkan pemilihan dan pengumuman PH itu sebagai tepat.

Pemilihan Adly Zahari, 50 menurut Anwar dibuat secara konsensus di kalangan parti-parti PH, ertinya tidak ada dakwa dakwi lagi, dan pemilihan itu sepakat. Ada bersama dalam majlis peluncuran Manifesto PH bertemakan "Maju Bersama Harapan" itu ialah pimpinan tertinggi DAP, Lim Guan Eng dan juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu. Beberapa pemimpin lain juga turut hadir. 

Dengan pengumuman itu menjadi PH parti yang pertama mengumumkan calon ketua menteri mereka. Walaupun BN telah membayangkan Sulaiman Md Ali sebagai calon ketua menteri, tetapi ia tidak dibuat secara rasmi seperti mana PH. Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan menyebut, Sulaiman hanya dijadikan sebagai poster boy sahaja. Itu bermakna BN masih belum memutuskan calon bakal Ketua Menteri mereka.  

Dalam pada itu belum ada kedengaran mana-mana individu bakal dilantik sebagai ketua menteri daripada PN. Apakah parti itu telah menyedari harapan mereka untuk menang sangat tipis? Walaupun Pas bersama mereka, tetapi parti itu tidak dapat dijadikan tempat menyandar harapan.

Pemilihan Adly yang juga naib presiden Amanah sebagai bakal ketua menteri adalah tepat. Sekaligus penamaan Adly itu menjadikan pengundi Melaka sudah tidak berkeluh kesah lagi untuk memastikan PH menang besar Pirane Melaka itu. Tentunya pemilihan bekas Ketua Menteri itu berpandukan kepada rekod perkhidmatan cemerlangnya selama 22 bulan menjawat jawatan itu. 

Description: https://1.bp.blogspot.com/-QFFMAUDDfVw/YYu8fgESJ_I/AAAAAAABIxQ/IhiQ4nUo3oM8shoN2GmJ7GuLqp613DYLgCNcBGAsYHQ/s320/IMG_20190119_111512.JPG

Adly seorang yang 
simple berpakaian.

Seperti diketahui umum dan dirasai oleh rakyat Melaka, Adly telah berjaya menunjukkan prestasi sebagai ketua menteri memuaskan dan sekaligus membuktikan bahawa PH mempunyai pemimpin dan seorang ketua menteri terbaik. Walaupun pertama kali memegang jawatan itu tetapi Adly dapat melaksanakan dengan sempurna sehingga menjadi sebutan rakyat.

Keterkenalan dan rasa senang terhadap beliau bukan sahaja dari kalangan rakyat Melaka, tetapi turut juga terhimbau ke negeri-negeri lain. Semasa PH memerintah kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri, Adly disebut-sebut antara sebagai Ketua Menteri berjaya membawa aspirasi PH untuk rakyat.   

Beberapa polisi dan dasar serta pendekatan diperkenalkan olehnya, cukup disenangi rakyat justeru apabila kerajaan PH dikhianati sehingga tumbang ia dikesali. Rakyat Melaka khasnya terkilan dengan apa yang berlaku.

Ada rakyat yang menangis dan menyifatkan tindakan BN itu sebagai kejam dan menafikan hak dan suara rakyat. Rakyat Melaka belum puas menikmati pentadbiran Adly. Situasi itu menjadi rakyat berdendam dengan anasir yang mengkhianati dan mengganggu kerajaan Adly.  

Apabila nama Adly dicadangkan untuk menjadi ketua menteri, rakyat tentu berharap semoga calon Bukit Katil itu akan dapat menyambung tugas dan amanahnya yang ternafi kerana khianat BN sebelum ini. Semoga dan harapan rakyat untuk memastikan PH menang menjadi lebih berkobar-kobar lagi. 

Adly adalah pendatang baru dalam kepimpinan kerajaan. Beliau juga digolong dalam pemimpin muda, usianya 50 tahun. Tetapi dengan ilmu dan iltizam beliau sebagai pemimpin, beliau berjaya meletakkan dirinya dikenali dan setanding dengan pemimpin lain yang lebih senior.

Pendekatan sederhana, hidup penuh kehambaan antara sebab beliau disenangi.

Semasa menjadi KM beliau tidak tinggal di kediaman rasmi ketua menteri di Seri Bendahara sebaliknya kekal tinggal dirumahnya. Beliau juga tidak bersusah payah untuk menukar perabot baru atau membuat ubah suai kediaman itu, tetapi kekal dengan peralatan lama. Malahan kediaman rasmi ketua menteri itu dibuka untuk menjadi lokasi kunjungan rakyat. Langkah itu diambil adalah untuk tidak membazir dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan. 

Selain itu pendekatan atau polisinya berjumpa rakyat pada setiap minggu sangat disukai rakyat. Beliau juga memperkenalkan minggu berjumpa rakyat. Menerusi program ini beliau berjumpa dan bermesra dengan rakyat pada setiap minggu melibatkan seluruh Melaka. 

Menerusi program ini beliau bersama pegawai kerajaan berintraksi dengan rakyat untuk mengetahui apakah permasalahan rakyat dan cuba mengatasinya. 

Dalam hidupnya tidak ada istilah protokol rakyat boleh berjumpa bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Pintu rumahnya terbuka 24 jam. 

Saya merasai dan melihat sendiri akan kerendahan diri dan ketinggian budi Adly ini. Kebetulan suatu hari saya hadir ke majlis lawatan beliau ke bendang padi yang diubah sesuai menjadi ladang kenaf.

Semasa turun melawat ladang kenaf itu beliau selamba sahaja. Kedatangannya tidak disambut sedemikian biasa vvip hadir sehingga yang tidak pernah mengenalinya tidak sangka kalau dia adalah ketua menteri. Beliau tidak berkehendak begitu. Kebetulan ketika itu hujan turun renyai-renyai. Pihak penganjur telah menyediakan sekaki payung untuk melindunginya daripada ditimpa hujan tetapi ditolaknya. Beliau tidak dipayungi. Beliau melangkah turun ke bendang dan membiarkan kepalanya dititis hujan bersama rombongan lain.

Description: https://1.bp.blogspot.com/-_rr3CBcaJ28/YYu88PwkOBI/AAAAAAABIxg/eyOL3mhVruIz7_38zw1ZZmrIS5WkYaXFwCNcBGAsYHQ/s320/IMG_20190710_170940.jpg

Keselambaan Adly menyebabkan 
beliau disenangi rakyat.

Ikut sama dalam lawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin yang ketika itu Timbalan Menteri Komoditi. Lagak dan wataknya ketika di majlis itu sedikit pun tidak menggambarkan beliau vvip yang memerlukan layanan istimewa seperti pembesar lain. Walaupun pihak majlis cuba memberi sambutan tetapi ditolaknya. 

Sementara itu di kesempatan lain saya berjumpa dengan beliau di Pulau Pinang. Kebetulan kami menginap di hotel yang sama. Apa yang hendak saya sebut, baju yang dipakainya (Oren) adalah baju sama yang pernah saya lihat sebelum ini, semasa beliau belum menjadi ketua menteri lagi. 

Gambaran itu sudah menjelaskan akan kehambaan dirinya. Kalau kedudukan itu ditempat orang lain sudah pasti mereka tidak mengenakan baju yang sama, sesudah bergelar ketua menteri. Apa lagi ketua menteri ada peruntukan elaun khas untuk pakaian seperti menteri lain. Namun itu tidak berlaku kepada Adly. 

Kehambaan Adly inilah kita tidak berasa hairan kenapa rakyat Melaka sayang dan masih merindui kepimpinan dan pentadbirannya. Kerana Adly dapat memenuhi citarasa rakyat menjelmakan seorang pemimpin khas seperti ketua menteri. Yang hidup bergelumang dengan rakyat dan bukannya menjadikan jawatan dan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya rakyat Melaka bertuah diberi kesempatan untuk memiliki Adly sebagai pemimpin. [wm.kl.9:19 pm 10/11/2021]

 

(function() { var d = document, w = window; w

BANTUAN PESAWAH: SYED MOKHTAR SETUJU, PEMBANGKANG PERSOAL, PETANI MERASA LEGA DAPAT PERHATIAN PM

Bantuan pesawah: Syed Mokhtar setuju, pembangkang persoal Posted By:  Redzuan RF8 Media on:  December 09, 2022 Share Sikap pemimpin pembangk...