KAH..KAH...BAIK BAHAGI PASIR BARU STABIL...PEMBOHONG KUAT....

 

Kegagalan dan ketidakstabilan kerajaan PH, PN harus jadi pengajaran, kata Rauf



ALOR GAJAH: Umno Melaka percaya pengundi akan menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya negeri (PRN) ini kerana dakwaan kegagalan tadbir urus kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, Ab Rauf Yusof, mendakwa PH tidak membawa sebarang perubahan kepada Melaka sepanjang 22 bulan memerintah, sementara pentadbiran PN menyaksikan rakyat menderita ekoran sekatan Covid-19.

Calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu percaya BN berpeluang menang sekiranya pengundi bijak menilai.

“Ketika kita mengambil alih kerajaan negeri Melaka selepas 22 bulan ditadbir PH dan diuruskan oleh kami yang majoritinya daripada Umno, pentadbiran ini telah diterima oleh rakyat,” katanya.

“Melihat kepada sebuah kerajaan yang berlandaskan konsep toleransi kaum, BN telah berjaya meyakinkan rakyat bahawa ia kerajaan yang begitu baik.”

Katanya, ketidakstabilan politik yang menyusuli kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) harus menjadi pengajaran kepada rakyat Melaka agar memilih pentadbiran yang kukuh dan stabil.

Menurutnya, PAS juga harus bersama Umno menerusi kerjasama Muafakat Nasional (MN) sekiranya matlamatnya adalah untuk mengukuhkan perpaduan orang Islam menandangkan Umno mempunyai organisasi yang tersusun hingga ke peringkat akar umbi.

“Parti-parti yang ingin bekerjasama dengan Umno perlu melihat kepada kelebihan Umno itu sendiri. Jika kelebihan ini boleh digabungkan dalam memainkan peranan untuk memperkukuhkan ummah, jadi PAS seharusnya memilih Umno sebagai rakan kongsi yang terbaik.”

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada PAS untuk memilih rakan kongsi selepas PRN Melaka nanti.

PAS bertanding bawah lambang PN dan akan bertembung dengan Umno di tujuh kerusi.

No comments: