Dakwaan guna sijil palsu: Ini penjelasan calon Pas- Oooo...tunggu masa sesuai la ye....kan ke mudah kalau cepat cepat jelaskan...elakkan fitnah...sijil pelesu la bagai...

 

Dakwaan guna sijil palsu: Ini penjelasan calon Pas


Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Kamarudin Sidek sudah menjangka sekali lagi dikaitkan dengan dakwaan menipu kelulusan akademik pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Pesuruhjaya Pas Melaka itu bagaimanapun enggan melayan tohmahan tersebut yang dianggap sebagai mainan pihak lawan setiap kali beliau bertanding dalam pilihan raya termasuk ketika menjadi calon di DUN Serkam pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2004, 2008 dan 2013.

“Tak mengapa, saya sudah biasa dan tidak mahu layan. Dekat hari mengundi nanti saya akan jawab (dakwaan itu),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Kamarudin yang pernah memegang jawatan sebagai penasihat agama kepada Ketua Menteri berkata, apa yang lebih penting ketika ini ialah memberi tumpuan kepada isu rakyat di kawasan berkenaan berbanding isu peribadi.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mendakwa kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah daripada Universiti Al-Azhar yang dimiliki Kamarudin adalah tidak benar.

Pada PRU14, Kamarudin yang juga Naib Pengerusi PN Melaka turut bertanding di kerusi DUN Duyong, bagaimanapun tewas di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Damian Yeo Shen Li.

Dalam saingan tiga penjuru itu, Kamarudin memperoleh sebanyak 2,930 undi, manakala Damian memperolehi 7,642 undi dan turut menewaskan calon MCA, Lee Kiat Lee yang mendapat 4,747 undi.

No comments: