Pantau ketirisan perbelanjaan, negara kekurangan dana - Dr Wan Azizah

 

Malaysia DPM Wan Azizah saddened by resignation of King who pardoned her  husband Anwar Ibrahim, SE Asia News & Top Stories - The Straits Times




Kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid 19 perlu diimbangi dengan pemantauan yang berkesan perbelanjaan kerajaan.

Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PH - Pandan) membangkitkan keperluan kewangan dijimatkan pada ketika negara terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk memulihkan kembali ekonomi yang terjejas sepanjang 2 tahun lalu.

Katanya, sistem belanjawan negara perlu direformasikan, yang mana operating expenditures atau opex dilakukan berdasarkan kepada berapa hasil yang boleh dicapai pada setiap tahun.

"Opex dibiayai sepenuhnya dari hasil negara. Prinsip kedua adalah perbelanjaan pembangunan yang mana ia boleh dibiayai sekiranya ada hasil berlebihan tetapi kalau hasil tak cukup bolehlah kita pinjam dari bon dan sukuk.

"Sudah dua dekad negara tidak mempunyai surplus (lebihan). Kali terakhir negara mendapat surplus belanjawan adalah ketika YB Port Dickson menjadi Menteri Kewangan dan mendapat pengiktirafan sebagai Menteri Kewangan terbaik.

"Kini kita melihat negara menghadapi masalah fiskal yang besar akibat Covid, di mana hasil kerajaan memang terdesak. Oleh itu opex juga mengecil dan kerajaan telah meminta Bank Negara dan Khazanah untuk memberi dividen yang berlebihan.

"Pada 2021, kerajaan menggunakan wang KWAN RM5 bilion untuk membeli vaksin. Saya faham hasil negara menguncup tetapi saya tidak faham mengapa kerajaan tidak menunjukkan bahawa mereka mengamalkan disiplin fiskal yang berhemah. Kalau (penjimatan kos kereta rasmi menteri hanya) RM2.80 dibuat sebulan saya tak faham, untuk Vellfire itu," katanya dalam sesi perbahasan Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Penjimatan kata beliau boleh dilakukan sekiranya pemberian kontrak dan projek dipantau dengan betul dan tidak membenarkan ketirisan berlaku.

Penjimatan yang banyak, menurut Dr Wan Azizah boleh digunakan untuk tujuan demi kesejahteraan rakyat.

"Kalau hasil tak cukup kita perlu tingkatkan pemantauan, terutana kontrak-kontrak bekalan dan perkhidmatan dalam belanjawan penguruan.

"Dengan ditubuhkan jawatankuasa pilihan khas yang baharu kita harap akan dapat memantau ketirisan.

"Baru-baru ini telah didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara ketirisan sebanyak RM600,000 juta. Kalau ada projek tebatan banjir (dengan jumlah itu) maka banyak rakyat yang boleh diselamatkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau tidak bersetuju apabila dalam Belanjawan 2022 peruntukan untuk dana Jabatan Audit dipotong yang memberi isyarat salah kepada kempen ketelusan serta akauntabiliti negara.

Selain itu, Dr Wan Azizah juga membangkitkan dana sebanyak RM4 bilion untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan yang tidak dinyatakan dengan jelas dari mana diambil di dalam buku Belanjawan 2022.

"Jika diteliti bajet itu tidak seindah yang dibentangkan. Menteri beri bayangan jumlah RM4 bilion program vaksinasi dan meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam. Dari segi perbelanjaan RM4 bilion adalah perbelanjaan opex.

"Saya minta penjelasan di manakah jumlah ini di dalam dokumen belanjawan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kalau RM4 bilion ini perbelanjaan di mana peruntukan untuk KKM RM28 bilion, kita potong RM4 bilion menjadikannya RM24 bilion.

"Tahun lepas dana KKM adalah RM25 bilion, kali ini peruntukan yang paling rendah dalam 5 tahun ini. Mengapakah peruntukan KKM menurun?

"Kenapa bajet Kementerian Pertahanan pula menunjukkan peningkatan berbanding KKM? Jadi kita harus semak semula peruntukan KKM," katanya.

Bagaimanapun mantan Ketua Pembangkang itu memberi pujian kepada Menteri Kewangan kerana telah menerima cadangan beberapa dasar baru yang membela wanita seperti kasih suri, dana kepada unit T11, pemberian kid asas pembersihan diri kepada wanita kerana ada isu kemiskinan haid.

Cuma beliau sedikit terkilan Menteri Kewangan tidak memberi pengiktirafan kepada Ahli-ahli Parlimen wanita Pakatan Harapan yang menyumbangkan idea berkenaan.

Dr Wan Azizah juga membahaskan mengenai Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) yang mendifinisikan semula kemiskinan mengikut gender di Malaysia, dan dibuat kajian yang julung-julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh untuk mendapatkan data kemiskinan berasaskan gender yang lebih tepat.

"Kita mesti memahami kemiskinan itu bukan sahaja dari gaji atau upah tetapi mempunyai pelbagai dimensi, termasuk pendidikan, taraf hidup dan kesihatan.

"Kita mahu Menteri Kewangan berkerjasama dengan Menteri Ekonomi untuk membuat kajian menyeluruh dan membuat satu bajet berdasarkan MPI.

"YB Kuantan telah mengangkat isu Gender Responsif Budget. Namun kita perlu jaminan bila mahu mula dikaji kerana impak wabak Covid ini, kaum wanita dan ibu tunggal yang paling terkesan," katanya lagi.

 

No comments: