CERITA DI MELAKA BAB KELULUSAN


 HAMDAN TAHA


Di kabarkan ada calun prn melaka mengaku ada kelulusan ini dan itu tapi sebenarnya tak ada pun

Zaman 2021 ni bab kelulusan jangan lah tipu tipu....macam baru baru ni ada lantikan ahli dewan negara tengok di media kelulusan huhhh dua master...

Kali ini di melaka pula....katanya begitu lah ikut sumber

Bab kelulusan ni berlaku sebenarnya pru ke 14 lagi

hebat

calun calun bagitahu rakyat kelulusan mereka...tapi bila di siasat baru jadi kelam kabut....

Sebenarnya ada di kalangan mereka betul pi belajar tu...ke autralia la...uk la...universiti macam macam ada....tapi tak habis belajar sahaja...masuk politik berjaya...bukan maknanya kelulusan tak ada mereka tak bijak...mereka bijak...cuma dalam sistem negara kita ni nak tentukan skim gaji jadi payah bila kelulusan tak ada sijil...itu sahaja,tapi nak jadi YB tak perlu kelulusan janji menang....gaji YB ni ada PHD pun sama je dengan orang kelulusan darjah 6 jika mereka menang ....

Zaman sekarang ni kelulusan ni ada macam macam....beli pun boleh...jadi ada sijil dan nama universiti tapi pastikan kos yang di sebut tu ada di universiti yang di sebut tu.....ini dia umum dia ada PHD dan sains politik contohnya tapi dari universiti yang tak ada kos itu...ini yang kacau...

Jangan lepas ni akta baru di buat dah lah...nak jadi YB dan bertanding wajib ada Ijazah....kacau...setakat ini yb yb yang ada kelulusan lah paling kuat rasuahnya.....

 

INI PULA DARI ALI MANSOR-  TAK AKU KENALI..BACA BOLEH LAH…

 

PRN Melaka dan strategi kempen Barisan Nasional.

Penampilan calon Barisan Nasional dan Perikatan Nasional memperlihatkan perubahan. Bagi Pakatan Harapan khususnya Dap mereka masih mengekalkan majoriti muka lama selain calon propaganda yg biasanya dipilih dikalangan anak muda Melayu yg bersedia untuk menyerang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Calon 'kosmetik Dap' ini biasanya seorang anak muda profesional dan menjadi proksi Lim Guan Eng mahupun ayahanda beliau.

Bagi BN dan PN mereka memiliki DNA yg hampir sama. Jadi tidak mustahil strategi dan pendekatan yg dibuat tidak jauh berbeza. Di dalam sejarah pilihanraya di Malaysia khususnya selepas PRU 1990 pendekatan yg berkesan dibuat oleh BN adalah ketika mereka menghadapi pilihanraya kecil (PRK). Strategi BN semasa Pilihanraya Umum agak lemah, tidak bersasar, kurang teliti dan sambil lewa. Biasanya ketika menghadapi PRK, BN akan menapis sehabis baik calon yg diketengahkan. Seluruh jentera digerakkan dgn teliti dan semua isu diuruskan dengan baik.

Enam bulan sebelum PRU tahun 2008, di dalam PRK Dun Ijok di Selangor, calon kerdil BN dari Mic iaitu Parthiban Kuruppiah masih mampu mengalahkan tokoh besar PKR iaitu TS Khalid Ibrahim dgn majoriti 1850. Namun begitu ketika menghadapi PRU 2008 di dlm tempoh 6 bulan kemudian, Negeri Selangor tumbang kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga di dlm PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar perkara yg sama juga berlaku malah Kerajaan pusat pula tumbang. PRK selepas PRU 14 juga byk dimenangi oleh BN kecuali di kawasan kubu kuat Dap. Pencapaian BN di dlm PRK tidak menjamin kemenangan di dlm PRU.

BN hanya melakukan kesilapan di dlm PRK Parlimen Arau pada tahun 1998 apabila kawasan tradisi BN ditawan oleh Pas ketika kedudukan BN sangat kuat. Kesilapan ini dibuat oleh Menteri Besar Perlis ketika itu yg mencalonkan adiknya yg akhirnya tewas kepada Ust Hashim Jasin dari Pas. Kekalahan ini berpunca dari isu nepotisme yg dimainkan sepanjang kempen PRK tersebut. Secara keseluruhan pencapaian BN sangat baik semasa PRK. Mereka akan memilih calon boleh menang dan diterima oleh rakyat. Namun begitu apabila tiba masa PRU pemimpin2 BN seperti hilang akal di dlm pemilihan calon dan bagaikan berpesta utk merebut harta rampasan perang.

Saya melihat perkembangan yg agak positif di Melaka kerana BN kembali kepada strategi menghadapi PRK. Mungkin ada seorang dua calon yg 'membebankan' parti namun secara keseluruhannya pendekatan yg dibuat agak baik dan mampu meyakinkan pengundi. Sebagai negeri yg menjadi kubu kuat BN, PRN Melaka akan menjadi ujian genting buat BN bagi menghadapi PRU 15. Namun begitu kejayaan BN di Melaka bukan jaminan bahawa BN akan kembali menguasai politik negara jika tradisi politik BN menghadapi PRU terus dikekal dan kesilapan yg sama terus diulang.

Bersambung...