Peluncuran aplikasi ADIL: Pendigitalan pertama 1 juta rakyat di seluruh negara






Pelancaran aplikasi ADIL bagi pemilihan jawatan jawatan dalam KEADILAN tahun ini secara atas talian mencipta sejarah sebagai proses pendigitalan pertama di Malaysia melibatkan 1 juta rakyat di seluruh negara.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam majlis peluncuran aplikasi ADIL di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya, petang ini.

Menurut beliau, mengkesampingkan faktor ketersambungan internet yang masih kurang stabil di luar bandar, aplikasi ADIL akan mendidik kesemua rakyat dari pelbagai tingkat kehidupan untuk mengundi jawatan berkaitan politik secara atas talian buat pertama kalinya.

"Kita sedar hadapi masalah kerana ketersambungan internet biar pun diuar uar (kemampuan internet negara sejak) bertahun tahun tetapi sebenarnya tidak menjadi kenyataan.

"(Bagaimanapun aplikasi ini) ....guna perkembangan digital dan bagi saya merupakan proses pendidikan digital yang pertama yang pernah dilaksanakan secara menyeluruh kepada 1 juta rakyat. Juga kepada pelbagai kategori dari usia tua, muda, bandar, desa, semua dilatih gunakan aplikasi ADIL. Ini saya anggap satu kemajuan

"Proses parti ini (dianggap) bukan sahaja persaingan kuasa tetapi kematangan, pendewasaan juga pendidikan dalam bidang teknologi baharu seperti digitalisasi sebagaimana yang disebut sekarang," katanya.

Bagaimanapun, menurut Anwar, menyedari masalah ketersambungan internet yang bermasalah di sesetengah kawasan maka KEADILAN juga mengadakan cara pengundian hibrid, yang mana sesetengah kalangan sukar untuk melakukan secara atas talian akan dibenar menggunakan cara undian fizikal

Namun, katanya, kepada barisan pimpinan di semua peringkat, mereka sewajarnya menggunakan aplikasi ADIL agar hanya anggota rentan sahaja yang mengundi secara fizikal.

"Saya dukung strategi yang punya kemudahan, iaitu barisan pimpinan mesti memilih aplikasi ADIL kerana memudahkan pelaksanaan bagi kalangan yang tidak punya kemudahan.

"Yang lain (golongan rentan) diberi kemudahan mengundi atas kertas.

"Kalau yang ada kemudahan, memilih cara mudah (undi kertas) maka kos melambung, masalah keselamatan, dalam pengundian itu mungkin berlaku pergaduhan (sebagaimana yang lepas)

"Untuk aplikasi ADIL arahan jelas, semua barisan pimpinan, puluhan ribu diwajibkan guna aplikasi," katanya.

Selain itu, Anwar turut menjelaskan mengapakah beliau berkeras mahu mengadakan pemilihan dalam kucar kacir pilihan raya negeri dan kemungkinan berlakunya pilihan raya umum.

Katanya, KEADILAN tidak wajar menunda proses demokrasi sebagaimana parti parti politik besar yang lain melakukannya.

Di samping itu, kata Anwar, beliau juga mahu memberi peluang kepada 1.1 juta ahli parti menentukan jawatan jawatan utama yang lompong setelah ditinggalkan oleh pengkhianat parti.

"Peruntukan perlembagaan, kuasa ROS (pendaftar pertubuhan) membolehkan kita tangguh kalau ada alasan darurat atau pilihan raya umum.

"Sebaliknya saya mempertahankan kalau parti ini mempunyai prinsip demokrasi dan menghormati mandat ahli maka kita harus bergegas melaksanakan pemilihan.

"Dengan pengkhianatan Langkah Sheraton dan peninggalan kepimpinan parti, ada lompongan dalam kepimpinan selain presiden, tentunya ada naib tetapi ada beberapa jawatan penting tidak diisi. Saya memilih utuk tidak mengisi kerana berfikir elok ahli yang memilih.

"Saya beri hujah yang sangat kuat. Pertama, parti demokratik mesti menghormati prinsip ini, bukan tangguh pemilihan. Kedua, ada kekosongan lompongan ini wajib diisi untuk proses regenerasi dan peluang generasi lebih muda menyertai pimpinan utama," katanya lagi.

 

 

ISTIQOMAH

 

Setianya walaun kepada perjuangan...beza pemimpin atau ulamak dengan walaun..


w.faudzin



ASET MALAYSIA SELURUH DUNIA BOLEH DIRAMPAS ?




PakYob Kayuh

0f626h08Son224o0elhd85  · 

Tanpa UMNO melayu merempat.

Bala...bala...bala

KeHKeHKeHKeH

Aset kerajaan Malaysia di seluruh dunia berdepan kemungkinan dirampas secara global menurut Konvensyen New York yang membenarkan penguatkuasaan anugerah timbang tara selepas didapati melanggar perjanjian dengan kerajaan Sulu lama, dedah satu sumber.

“Ini boleh membawa kepada kempen rampasan meluas yang dibenarkan mahkamah di seluruh dunia.

 

AMALAN PUAK BODO






Ray Yakuza

t4146hgnhms81h09572dm6ti  · 

Puak2 Bodoh Yang Takda Ubat..

Lawat Orang Sakit Memang Wajib Kena Bawa Bendera Parti Kah..???

#TolakPN

#TolakBN

#TolakPUJAWANG

#TolakMudahLompatPagar

 

Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam

 

Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam





Siasatan SPRM terhadap bekas Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman atas dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA). 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini disiasat atas dakwaan salah guna kuasa, “belum terselamat” walaupun kes dihadapinya diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA), kata peguam.

Salam Bashir berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuka semula siasatan terhadap bekas pengerusi Prasarana itu, sekiranya menemui bukti baharu.

“Bagaimanapun, terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan sama ada akan merangka pertuduhan di mahkamah walaupun ada bukti ydalam kes berkenaan,” katanya kepada FMT.

Respons Salim itu dibuat susulan jawapan balas kepada Teo Nie Ching (PH-Kulai) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengatakan SPRM tidak menemui elemen salah guna kuasa terhadap Tajuddin.

Salim berkata, tiada garis masa ditetapkan dalam memfailkan pertuduhan terhadap tertuduh atau suspek, justeru Tajuddin masih boleh berdepan tuduhan.

Beliau juga memberikan contoh kes melibatkan bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali, yang pada Januari 2016 telah membersihkan Perdana Menteri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung SRC International dan kes rasuah membabitkan dana berjumlah RM2.6 bilion.

Apandi ketika itu berkata, beliau sudah mengkaji kertas siasatan SPRM dan berpuas hati tiada asas bagi tindakan diambil.

Bagaimanapun, pada 2018, Najib didakwa atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan menyelewengkan RM42 juta dana SRC sebelum disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2020.

Pada Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib, yang kini sedang merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.

Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang 1MDB dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion yang bermula pada 2019 masih berjalan di Mahkamah Tinggi.

Pada 2 Mac, Wan Junaidi berkata, dalam jawapan balas kepada Teo, bahawa siasatan terhadap Muhyiddin Yassin atas dakwaan menawarkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pertukaran kepada sokongan politik juga diklasifikasikan sebagai NFA.

Beliau berkata, siasatan terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar bagi tuduhan rasuah masih berjalan.

Dalam pada itu, peguam Rafique Rashid Ali berkata, kes dadah membabitkan anak seorang taikun tidak boleh dibuka semula sekiranya benar tertuduh sudah mengaku bersalah bagi mengurangkan tuduhan selepas pihak pendakwa menerima representasi.

“Seseorang tidak boleh dibicarakan semula bagi kesalahan lain seperti pengedaran kerana fakta mungkin serupa dalam kesnya selepas mengaku bersalah memiliki dadah,” katanya.

Rafique berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang mahu fail kes membabitkan anak taikun itu dibuka semula.

Anwar berkata, sepatutnya tiada pendakwaan terpilih berhubung dakwaan rasuah.

Bulan lalu, portal pemberi maklumat, Edisi Siasat, dalam hantaran di Twitter mendakwa anak Vincent Tan ditahan kerana mengedar dadah “dalam kuantiti besar” pada awal 2020, selain mendakwa wujud perbuatan rasuah.

Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas, menafikan dakwaan rasuah berlaku dan mengatakan seingatnya, tuduhan dikurangkan selepas representasi dan kertas siasatan dikaji oleh pegawainya.

Tidak diketahui secara jelas keputusan di mahkamah.

Rafique berkata, pendakwa hanya boleh mendakwa tertuduh dengan tuduhan sama atau berbeza sekiranya memperoleh keputusan dilepas tanpa dibebaskan daripada mahkamah.

“Dalam senario berkenaan, mereka boleh juga menuduh tertuduh sekali lagi selepas memperoleh bukti kukuh atau menjejak saksi,” katanya.


Sindiket tipu pelaburan RM3.32 juta, ‘Datuk Seri’ palsu antara 9 ditahan

 

Polis menahan sembilan suspek, termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun, di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan individu, termasuk seorang lelaki yang menggunakan gelaran “Datuk Seri” palsu kerana disyaki terbabit sindiket penipuan pelaburan tidak wujud, Planetrade, dalam beberapa serbuan pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata semua suspek, termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, polis menerima 21 laporan berhubung penipuan itu, yang terdiri daripada 12 laporan di Kuala Lumpur, lima di Selangor, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Melaka dan Terengganu, melibatkan kerugian sebanyak RM3.32 juta.

“Siasatan mendapati lelaki yang menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ palsu berusia 46 tahun itu merupakan dalang utama kes ini yang memiliki empat syarikat bagi menjalankan kegiatan pelaburan tidak wujud.

“Suspek lain merupakan ejen atau aktif mengendalikan syarikat serta kesemua mereka direman dua hingga empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Menara KPJ di sini.

Beliau berkata, 27 akaun disyaki berkaitan kes itu yang berjumlah RM755,0000 serta pemilikan saham dalang utama itu di empat syarikat terbabit dibekukan bagi membantu siasatan.

Katanya, turut dirampas dalam serbuan ialah enam kereta mewah, antaranya sebuah Bentley, dua Toyota Vellfire, sebuah Mercedes Benz GLC 200 dan pelbagai dokumen pendaftaran syarikat serta berkaitan pelaburan.

“Siasatan mendapati sindiket ini mula beroperasi sejak Januari 2021 dan menawarkan pembelian saham keutamaan atau ‘preference share’ yang menjanjikan kadar keuntungan tetap sekitar 4% hingga 5% sebulan daripada modal yang dilaburkan.

“Pelabur turut diyakinkan wang pelaburan dilabur dalam pelbagai medium pelaburan patuh syariah dalam dan luar negara bagi menjamin keuntungan besar dan stabil.”

Beliau berkata, siasatan itu turut mendapati ada seorang pelabur mengalami kerugian mencecah RM4.6 juta, tetapi mangsa belum tampil membuat laporan polis.

Pada peringkat awal, katanya, pelabur akan menerima keuntungan bulanan dijanjikan, namun sindiket itu tidak lagi berkomunikasi dengan mangsa selepas beberapa bulan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 serta Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

FAHMI REZA LAKARKAN TENTANG RAMALAN LEBAI PAS



FAHMI REZA





ADA BEKAS KETUA KAMPUNG PUN SAPU JUGA DUIT KEMUDIAN PESAN PADA ORANG KAMPUNG SURUH BAYAR.

 1) Ada bekas ketua kampung, dulu buat pinjaman bank atas nama pengurusan masjid, sebab dia cadang kononnya nak bina masjid.

2) Tapi bila bank dah bagi duit, dia boleh songlap duit tu pula buat berjoli bersama rakan-rakan.
3) Kantoi, dia kena tangkap.
4) Sebelum masuk lokap, dia ada pesan kat orang kampung. Hutang bank yang dia buat pergi berjoli tu jangan lupa tolong bayarkan.
5) Orang kampung bersorak gembira mendengar ada hutang perlu dibayar.
6) Sebagai tanda gembira dan bersyukur atas tinggalan hutang, apabila jumpa bekas ketua kampung, mereka akan cium tangan.
7) Kemudian sebelum berpisah, orang kampung bangga sambil menjerit,
"Bosskurrrr..."
😎 Terjadi di sebuah kampung di Wakanda.
0:01 / 1:04
2uht6 poMarcacmhn as0tc6o r1m1a:381m "Maka pencuri itu berkata 'Alhamdulillah, saya curipun tapi tuan rumah pun ada untung, tak rugi 1MDB'. Pencuri yang tak tahu malu. Apa pandangan YB Kota Raja?," tanya YB Shah Alam, Khalid Samad. #AWANInews #SisiTVParlimen

Anwar kata BN terlalu sombong dan pentingkan diri sendiri, ghairah nak buat PRN Johor

 


Anwar kata BN terlalu sombong dan pentingkan diri sendiri, ghairah nak buat PRN Johor

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu sombong dan mementingkan diri sendiri kerana ghairah untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, UMNO terlalu yakin boleh menang dan tidak memikirkan bahawa kos yang dibelanjakan untuk PRN itu sepatutnya boleh dibelanjakan untuk pembangunan rakyat.

“Dia (UMNO-BN) fikir dia menang pada PRN Melaka, mereka ingat boleh menang besar di Johor… tunggulah Pilihan Raya… sekarang jadi Menteri Besar jalankan dulu projek untuk rakyat.

“Kos PRN Johor ini bagilah pada orang susah yang menganggur, subsidi minyak… tapi mereka ini tak pakai otak… ini masalahnya sombong sangat.

“Pengundi di Tenggaroh dan Endau ini masanya untuk ajar mereka supaya jangan sombong sangat,” katanya ketika berucap semasa lawatan di Bilik Gerakan Utama PKR di bandar Mersing pada Khamis.

Turut hadir, calon PKR bagi DUN Tenggaroh, Zulinah A. Johari dan juga calon PH, Mohamad Fakrulradzi Mahmud yang akan bertanding merebut kerusi DUN Endau.

Tambah Anwar, beliau menganggap Mersing yang sebelum ini terkenal sebagai kubu kuat BN kini hanya ‘sejarah’ kerana gabungan itu didakwa tidak lagi mendapat sokongan masyarakat di kawasan ini

“Endau dan Tenggaroh kubu kuat BN… betul… tapi itu semua dulu.

“Sekarang kita bertanding dan usaha untuk bagi pencerahan kepada rakyat kerana mereka tidak bodoh,” katanya lagi.

Langkah ke Putrajaya bermula dengan PRN Johor - Dr Maszlee





Langkah gagah Pakatan Harapan (PH) untuk menakluki Putrajaya buat kali kedua bermula dengan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik yang berkempen malam tadi berkata, banyak kemajuan yang telah dirancang untuk di bawa ke Parlimen Simpang Renggam yang terletak DUN Layang Layang, namun terbantut apabila kerajaan PH dijatuhkan pada Februari 2020.

"Saya masih ingat saya berjanji kalau saya menang (Simpang Renggam) kita pastikan masalah air diselesaikan. Tak sampai 22 bulan masalah air kita selesaikan dengan tutup pusat perlupusan sampah dan sungai kita lebih bersih daripada sebelum ini.

"Saya juga janji bawa McDonalds ke Simpang Renggam, saya bawa McD. Orang Renggam tak perlu pergi jauh (untuk beli makanan segera). Kita bawa kolej komuniti tetapi tidak dipromosikan. Juga Open Universiti kita bawa.

"Sepatutnya ada bandar pendidikan di Renggam. Sewaktu saya jadi menteri kita luluskan sekolah vokasional, politeknik dan cawangan UiTM tetapi bila kerajaan bertukar projek itu dibatalkan. Kalau tidak 2020 kita lihat Renggam yang berbeza.

"Tetapi jika kita kembali berkuasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) depan saya pastikan projek diteruskan. Namun untuk sampai ke sana kita perlu lepas (PRN) DUN Johor, dan dimulakan dengan menang DUN Layang Layang," katanya bersemangat menyambut kunjungan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tapak ceramah, malam tadi.

Menurut Dr Maszlee lagi, beliau tidak pernah mengkhianati pengundi yang memilih PH pada PRU 14.

Biar pun partinya Bersatu membentuk kerajaan bersama Umno dan Pas namun beliau memilih untuk dipecat demi mengekalkan mandat rakyat

"Bersatu tinggalkan PH dan bersama Najib, Umno, Pas dan lain lain tubuh kerajaan pintu belakang.

"Undi yang tuan tuan beri tidak saya khianat, saya tetap bersama PH. Kesannya saya dibuang dari Bersatu kerana saya kekal menjaga mandat tuan tuan

"Saya bukan sempurna, begitu juga dengan PH. Ada kejayaan kita buat tetapi ada kesilapan. Tetapi kita lakukan reformasi sedaya mungkin

"Tekad kami, walaupun dijatuhkan secara khianat tetapi kita tetap lawan demi rakyat Malaysia," katanya lagi.

Justeru, dengan rekod kecemerlangan perkhidmatan sebagai Ahli parlimen beliau merayu agar pengundi di Layang Layang mengundinya pada PRN 12 Mac ini.