Anwar kata BN terlalu sombong dan pentingkan diri sendiri, ghairah nak buat PRN Johor

 


Anwar kata BN terlalu sombong dan pentingkan diri sendiri, ghairah nak buat PRN Johor

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu sombong dan mementingkan diri sendiri kerana ghairah untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, UMNO terlalu yakin boleh menang dan tidak memikirkan bahawa kos yang dibelanjakan untuk PRN itu sepatutnya boleh dibelanjakan untuk pembangunan rakyat.

“Dia (UMNO-BN) fikir dia menang pada PRN Melaka, mereka ingat boleh menang besar di Johor… tunggulah Pilihan Raya… sekarang jadi Menteri Besar jalankan dulu projek untuk rakyat.

“Kos PRN Johor ini bagilah pada orang susah yang menganggur, subsidi minyak… tapi mereka ini tak pakai otak… ini masalahnya sombong sangat.

“Pengundi di Tenggaroh dan Endau ini masanya untuk ajar mereka supaya jangan sombong sangat,” katanya ketika berucap semasa lawatan di Bilik Gerakan Utama PKR di bandar Mersing pada Khamis.

Turut hadir, calon PKR bagi DUN Tenggaroh, Zulinah A. Johari dan juga calon PH, Mohamad Fakrulradzi Mahmud yang akan bertanding merebut kerusi DUN Endau.

Tambah Anwar, beliau menganggap Mersing yang sebelum ini terkenal sebagai kubu kuat BN kini hanya ‘sejarah’ kerana gabungan itu didakwa tidak lagi mendapat sokongan masyarakat di kawasan ini

“Endau dan Tenggaroh kubu kuat BN… betul… tapi itu semua dulu.

“Sekarang kita bertanding dan usaha untuk bagi pencerahan kepada rakyat kerana mereka tidak bodoh,” katanya lagi.

No comments: