KOMRAD S ARULCELVAM BERSAMA RAKYAT

 Di kutip dari FB Nik Mohd Haqim
 
 Info daripada teman2 aktivis, hanya pemimpin DAP dan PSM sahaja turun mempertahankan tempat tinggal penduduk kg hakka yang mahu diroboh oleh berkuasa. 19 orang ditahan , Arul daripada PSM dibelasah oleh polis kerana mempertahankan hak rakyat. Mana pemimpin PAS? Nik Abduh ? mana Nik Abduh? Pemuda PAS loser nak mampus ! Mana pemimpin PKR ? Sibuk nak cari tempat anwar nak ceramah agaknya.kah..kah
 
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=680837788606765&set=a.167449363278946.37322.121965797827303&type=1&ref=nf
Kelas reaksioner menggunakan jentera negara (tentera, polis, mahkamah, alat sebaran am) untuk menjaga kepentingan mereka. Dalam era penjajahan, alat negara menjaga kepentingan penjajah.
Pihak polis siap sedia utk bantu pemaju dlm robohkan rumah pddk Kg Hakka! Minta kawan2 turun ke kg hakka utk mempertahankan rumah penduduk yg tinggal di sini lebih 100 tahun!
 
Sesiapa saja yang mengaku pemimpin rakyat, pembela rakyat sepatutnya berada bersama rakyat semasa rakyat memerlukan bantuan. Jangan hanya bertemu rakyat ketika mandat sudah tamat

[Kenyataan Media] Lee Chean Chung: Kerajaan Pahang Wajib Memulihkan Pilihan Raya Tempatan

Lee Chean Chung: Kerajaan Pahang Wajib Memulihkan Pilihan Raya Tempatan

Kuantan: ADUN kawasan Semambu YB Lee Chean Chung hari ini membidas Kerajaan Barisan Nasional Pahang kerana Kerajaan Negeri enggan memulihkan pilihan raya tempatan yang telah dimansuhkan semenjak tahun 1965.

“Dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas, salah satu soalan yang ditanya oleh saya adalah berkenaan sama ada Kerajaan Negeri merancang untuk memulihkan pilihan raya tempatan bagi memilih Ahli Majlis secara demokrasi.”

“Namun, dalam jawapan bertulis yang diterima pada bulan ini, pihak kerajaan telah memberi jawapan bahawa mereka tidak akan melaksanakan pilihan raya kecil di Negeri Pahang.”

Chean Chung berkata, jawapan yang diberi menunjukkan ego Kerajaan Negeri yang tidak menghormati suara rakyat.  Kerajaan Pahang seharusnya meneladani Kerajaan Pakatan Negeri Selangor yang sedang membuat persiapan bagi memulihkan pilihan raya tempatan.

 “Tanpa pilihanraya tempatan, semua Ahli Majlis akan dilantik secara terus oleh pihak kerajaan dan saya pasti bahawa kebanyakan Ahli Majlis akan terdiri daripada warga Umno dan Barisan Nasional. Persoalannya, Ahli Majlis berkenaan akan berkhidmat demi kepentingan parti atau berkhidmat demi rakyat?”

“Itulah punca utama projek pertukaran lalu lintas di bandar Kuantan telah diluluskan oleh Ahli Majlis tempatan tetapi mendapat bantahan daripada penduduk Kuantan. Rakyat sebagai pembayar cukai (tax payer) seharusnya diberi kuasa  untuk memilih Ahli Majlis yang akan memperjuangkan kepentingan rakyat.”

“Dalam pelaksanaan GST yang akan membebankan rakyat, Perdana Menteri Dato Seri Najib menegaskan bahawa GST telah dilaksanakan di 160 negara yang lain. Namun, kenapa kerajaan tidak memulihkan pilihan raya tempatan seperti kebanyakan negara demokrasi yang lain?”

Akhir sekali, Chean Chung menegaskan bahawa Kerajaan Negeri harus memulihkan pilihan raya tempatan dengan segera dan beliau akan terus memperjuangkan isu ini di dalam Dewan Undangan Negeri yang akan datang.


--
Lee Chean Chung 李健聪
ADUN Semambu 士满慕州议员
Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota 人民公正党英迪拉马哥打区部代主席

B-9766, First Floor,
Jalan Haji Ahmad,
25300 Kuantan,
Website: www.cheanchung.com
Twitter: @cheanchung