AKAL PENDEK

 

Sebenarnya kenyataan dari ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜†๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ป ni tak salah. Memang pemimpin utama bulan guna kudrat pun. Selagi akal berfungsi, maka masih layak memimpin.



Yang jadi masalahnya bila akal pemimpin tu dah tak berapa boleh pakai. ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ, ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ๐—ป๐˜†๐—ฎ. Nyanyuk maksimum. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak. Dalil pun habis ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ฟ-๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป.


Kadang-kadang tengok Hadi tu dan macam ๐—ฏ๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ je. Ada ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป yang gerakkan dia. Jadi hari ni dah tak macam Hadi yang aku nampak masa aku jadi ahli PAS dulu (tapi aku bukan walaun).


Kalau rajin baca tulisan Hadi, tentu perasan ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข Hadi dah ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐˜‡๐—ฎ. Dah macam bukan dia yang tulis. ๐˜Ž๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ต ๐˜ธ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ? Entah. Tapi tulisannya sekarang penuh ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ dan banyak merapu.


Ada orang yang nak gunakan PAS untuk kepentingan diri. Orang tu tak ada sokongan akar umbi, tapi dapat kepercayaan Hadi. Orang itulah yang nak Hadi jadi presiden sampai mati. Kalau kalau tukar orang lain, dia yang mati. Mungkin bergitulah senarionya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MASA MAHATHIR TAK PULAK KERIAU

 

Norman Radzuan


Isu yang saya bangkitkan, ketika 2019 ke mana mereka semua ini? Semua cadangan JAC ditolak Mahathir. Lebih pelik di mana pelanggaran Perlembagaan yang dlakukan PMX ketika ini?


 Itu sahaja kenapa ketika Mahathir lakukan tidak turun ke jalan raya???




Jangan beri jawapan itu Mahathir kita jangan ikut dia… jawapan yang kita mahu dengar ke mana Bar Council ketika itu??? 


Isunya sekarang kenapa salah guna kuasa Mahathir Bar Council tidak turun serah memo???


TUNGGU KEJUTAN UNTUK RAKYAT


 

ESOK WALAUN HARAP BERTENANG


 

DASAR KERAJAAN MEMBANTU RAKYAT DALAM NEGARA


RMS



 Kerajaan tidak buat dasar yang rugikan rakyat tapi untuk  menjaga kebajikan rakyat tak kira kerajaan mana yang akan menerajui negara selepas PRU 16.


Dasar dasar yang diumumkan kerajaan hari ni, akan kekal walaupun PN atau BN jadi kerajaan, pendapatan negara perlu dipertingkatkan untuk mengekalkan pelbagai insentif dan bantuan. Ini realiti sebenar.


Model ekonomi yang kita amalkan selama ini tidak dapat bertahan untuk tempoh 10 tahun akan datang kerana jumlah tanggungan yang begitu besar,  sebagai contoh  subsidi Kesihatan yang berjumlah RM36 billion pada 2023. Kos ubatan termasuk generik semakin meningkat tapi warga tempatan hanya membayar RM1.00 saja. Kos RM1.00 dikuatkuasakan pada  1 Jan 1982, sudah 43 tahun dikekalkan pada harga RM1.00.


Samada anda setuju atau tidak, kerajaan perlu menambah hasil pendapatan untuk dikembalikan semua dalam bentuk perkhidmatan kepada rakyat.



KEH KEH KEH...PUNYA LEKEH OTAK LEBAI...ITU YANG DI FIKIRKANNYA.

 




Kesian betul tok lobai PAS..mengharap buah yang tak gugur!


Untuk rekod,


Mahathir lepas berpuluh puluh tahun barulah 2 kali resign..


Najib sampai ke sudah, tersungkur tak juga juga letak jawatan..


Muhyiddin sampai isytihar Darurat punca taknak letak jawatan..


Paling latest, Hadi dah declare harap mati dalam tugas! Perkara ini disahkan pula oleh Takiyuddin yang kata,  semua Presiden PAS biasanya bertugas sampai akhir hayat!


Itu baru jawatan Presiden PAS! Cuba bayangkan kalau jadi PM?? CUKUP JUMLAH?? 


Kesimpulannya takkan laa Anwar yang tunggu berpuluh tahun untuk jadi PERDANA MENTERI, akan isytihar untuk letak jawatan?? 


Mana logik kau pakai ni tok lobai oiiii!๐Ÿคญ



RAKYAT TERTUNGGU TUNGGU APA YANG BAKAL DIUMUMKAN OLEH PM ANWAR


 

NOHHH HASUT LAPOR.. NAK BERHIMPUN BIARKAN


 

Misteri “Akan Datang” akhirnya terbongkar๐Ÿ˜…

Sham Ghaz


 Misteri “Akan Datang” akhirnya terbongkar๐Ÿ˜…




YA Tan Sri Ahmad Terrirudin, Hakim Mahkamah Persekutuan yang dimomokkan oleh pemimpin Perikatan Nasional; PAS dan BERSATU sebagai Ketua Hakim Negara yang baru, rupanya takda pun dalam list calon.


Semua itu FITNAH kepada Tan Sri Ahmad Terrirudin dan kepada Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.


Baca lanjut tulisan saya disini;




Harini Mesyuarat Raja Raja.

Sham Ghaz


 Harini Mesyuarat Raja Raja. 


Pembangkang kata Anwar lambat lantik Ketua Hakim

Negara.


Mereka tidak tahu bahawa flow lantikannya Macamana atau sengaja buat tak tahu.


Jika ikut Perlembagaan Persekutuan perkara 122;


JAC - sebagai badan untuk mencadangkan nama nama Hakim Besar


Perdana Menteri terima 


Bawa ke Majlis Raja Raja 


YDP Agong keluar watikah lantikan.


Mereka kata lambat? 


PN nak tuju dan nak tegur YDP Agong ke?













HARI INI


YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT PRA-MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-269


KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara, hari ini (15 Julai).


MRR ke-269 akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.


Berangkat sama, YAM Tunku Idris Iskandar sebagai wakil rasmi DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor. 


#YDPAgong

#AllahPeliharakanSultan

#IstanaNegara



๐‘ด๐’‚๐’‹๐’๐’Š๐’” ๐‘จ๐’๐’–๐’ˆ๐’†๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’–๐’“๐’Š๐’… ๐‘ช๐’†๐’Ž๐’†๐’“๐’๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘จ ๐‘บ๐’Š๐’‹๐’Š๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’‹๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ (๐‘บ๐‘ท๐‘ด) ๐’…๐’‚๐’ ๐‘บ๐’Š๐’‹๐’Š๐’ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š ๐‘ท๐’†๐’“๐’”๐’†๐’Œ๐’๐’๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ (๐‘บ๐‘ป๐‘ท๐‘ด) ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’–๐’ 2024



 ๐‘ด๐’‚๐’‹๐’๐’Š๐’” ๐‘จ๐’๐’–๐’ˆ๐’†๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’–๐’“๐’Š๐’… ๐‘ช๐’†๐’Ž๐’†๐’“๐’๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘จ ๐‘บ๐’Š๐’‹๐’Š๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’‹๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ (๐‘บ๐‘ท๐‘ด) ๐’…๐’‚๐’ ๐‘บ๐’Š๐’‹๐’Š๐’ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š ๐‘ท๐’†๐’“๐’”๐’†๐’Œ๐’๐’๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ (๐‘บ๐‘ป๐‘ท๐‘ด) ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’–๐’ 2024








Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menganjurkan Majlis Anugerah Murid Cemerlang JAKOA Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Pahang menyaksikan seramai 149 orang penerima telah menerima sijil dan anugerah sebagai pengiktirafan atas kejayaan dalam peperiksaan SPM dan STPM 2024.


Empat (4) orang pelajar yang mencatatkan kecemerlangan terbaik telah diberi Anugerah Khas:


• Cik Roziana a/p Tan Beng Hai (STPM CGPA 4.00) – SMK Tanjung Gemok, Rompin, Pahang;

• Cik Nurul Ain Syuhada binti Afizan (SPM 9A) – SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak;

• Cik Grace Emily A/P Julija (SPM 9A) – MRSM Mersing, Johor;

• Cik Siti Nur Hawani Binti Muhammad Almi (SPM 9A) – SMA Al-Hasanah, Pahang


Terdahulu, para penerima telah dihimpunkan selama dua (2) hari dengan pelbagai pengisian seperti taklimat mengenai kemasukan dan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta penerangan mengenai Skim Bantuan Galakan Pendidikan (SBGP) oleh pihak JAKOA.


Majlis disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA. Turut hadir, YB Senator Tuan Manolan bin Mohamad, Ahli Dewan Negara, Pegawai-pegawai JAKOA, wakil agensi serta ibu bapa penerima.


#tugasmulia

#JAKOAMalaysia

#luarbandarsejahtera

#KKDW

#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




KABINET


Shafiq Fadly






Pelantikan Dato Joe untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Amir Hamzah pula sebagai Menteri Ekonomi adalah bukti apa yang saya katakan dahulu; DILEMMA TERBESAR PMX ADALAH TIDAK ADA CALON YANG LAYAK DALAM KALANGAN PIMPINAN PH UNTUK MENJADI MENTERI.


Punyalah ramai Menteri PH, tapi PMX terpaksa melantik Naib Presiden UMNO untuk menjalankan tugas jawatan yang disandang bekas Naib Presiden PKR. Kenapa tak lantik Saifuddin, Fahmi, Fadhlina atau Zaliha? Kalau yang paling dekat dengan Sumber Asli pun, kenapa tak lantik Chang Lih Kang?


2 portfolio ini, Ekonomi dan Sumber Asli adalah 2 portfolio yang amat besar. Ditambah 1 lagi nanti MITI juga akan dikosongkan, menjadikan 3 portfolio yang amat besar. JUJUR. Siapa dalam kalangan pimpinan PKR yang baru menang ini layak mengisi jawatan-jawatan ini? Naib Presiden Ramanan? Ketua AMK Kamil, Naib Izuan? Naib Ketua Wanita Juwairiya? MPP Maszlee? Tak ada.


Sebab itu, PMX kini perlu berjiwa besar. Seperti mana beliau yakin dengan kepimpinan Dato Joe untuk memangku, begitu jugalah beliau kena yakin dengan bakat-bakat dalam UMNO untuk isi jawatan-jawatan itu. 


Menteri Ekonomi boleh serah pada Dato' Dr. Noraini Ahmad, Ketua Wanita UMNO. Beliau ada pengalaman luas pembuat dasar sejak 2008 sebagai Timbalan Menteri selepas itu Menteri Penuh, Pengerusi PAC dan Pengerusi RISDA. Pernah dilantik Pengerusi MATRADE dan turut terajui beberapa agensi kerajaan lain seperti MyNIC dan ATSB. 


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam serahkan kepada Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, MKT No. 1 UMNO yang juga bekas Menteri Tenaga, Sumber Asli dan Alam Sekitar. Memang elok sangat dah tu. Beliau bekas Menteri dan dasar-dasar sekarang pun adalah hasil cetusan idea zaman beliau. Kesinambungan ini akan bawa banyak manfaat untuk negara.


Menteri MITI boleh serah pada Datuk Seri Ahmad Maslan, MKT No. 3 UMNO selepas DS Zambry Kadir. Pengalaman luas dalam MITI sebagai bekas Timbalan Menteri MITI dan Timbalan Menteri Kewangan.


Pemimpin-pemimpin PKR boleh dilantik sebagai Timbalan dahulu untuk mereka belajar selok-belok, dan penggal depan bolehlah lantik sebagai Menteri penuh jika masih jadi kerajaan.


PMX Anwar Ibrahim perlu berjiwa besar untuk negara. Juga untuk dirinya kekal sebagai PM penggal kedua. 


Malaysia sedang menuju ke tempoh yang amat mencabar. Pilihanraya pula sudah tak lama. Kalau banyak isu tak diselesaikan, ia bukan sahaja mengheret kerajaan ini, tetapi mengheret beliau sendiri selaku Perdana Menteri. Buat masa ini, keutamaan PMX sepatutnya bukanlah hanya pada partinya sahaja, tapi keutamaannya mestilah dalam membina pasukan kabinet yang hebat dan kuat untuk mendepani cabaran dan survival kepimpinannya untuk PRU akan datang.



SEBENARNYA KEKECOHAN ISU NI KELEMAHAN PENERANGAN DARI KERAJAAN. KENA HENTAM DULU, BARU NAK JELASKAN. PATUT BERHENTI SAJA JABATAN PENERANGAN NI.


Che Ibrahim.


 Tq Mr PM... Siapa pun yang jadi Ketua Hakim Negara، tentunya ianya telah dibuat secara teliti melalui mekanisma yang sedia ada.






PULAK DAH...


 

NOHHH ..NASIB SANUSI SEPERTI DIHUJUNG TANDUK



SELESAI DULU MASAALAH RAKYAT


 

MUDAH KATA KALAU KIAMAT AWAL SAMPAI KIAMAT LA.



BILA PM ANWAR CAKAP NAK BAGI SESUATU PADA RAKYAT MALAYSIA.... KEPALA HOTAK YANG TAK BERGUNA MAKI HAMUN.





 Bila PMX hint nak bagi penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia, macam-macam komen yang keluar. Paling banyak  suruh dia resign. No. 2, maki hamun. Lepas tu ada yang nak harga minyak turun, nak hapus PTPTN, nak tanah sorang 1 ekar, nak rumah sebijik sorang. Macam-macam.





Tapi kita ni selalunya fikir kita nak something secara senang. Kita nak negara memberi pada kita. Kita nak kerajaan bagi itu, bagi ini. Tapi kita pernah fikir tak... apa sumbangan kita untuk negara?


Sebenarnya, kalau kita asyik menuntut tanpa pernah memulakan perubahan pada diri sendiri, sampai bila-bila pun kita akan kekal di tempat yang sama. Negara bukan tong sampah yang boleh kita buang segala masalah dan kemudian harap orang lain baiki. Ini rumah kita. Dan rumah hanya akan jadi selesa kalau semua penghuni main peranan.


Jangan hanya pandai mengkritik, mengeluh, dan menuntut, tapi lupa bahawa setiap perubahan besar bermula dari langkah kecil yang kita ambil sendiri.  kalau kita mahu pendidikan lebih baik, kita kena hargai ilmu dan guru, kalau kita mahu lebih banyak peluang pekerjaan, kita perlu tingkatkan skill dan kerja keras.


Rakyat dan pemimpin ibarat dua roda basikal , kalau salah satu tak berfungsi, basikal takkan bergerak lancar. Jadi sebelum kita sibuk menuntut dari PMX atau mana-mana kerajaan pun, tanya diri sendiri:

“Apa aku dah sumbangkan untuk negara ?”


Mentaliti macam ni yang asyik salahkan kerajaan bila hidup susah ,korang tukarlah mana-mana kerajaan pun, memang takkan ada yang korang puas hati. Hidup korang akan tetap penuh dengan rasa marah, kecewa, dan putus asa. Bila hadap kesusahan sikit, terus cari scapegoat. Biasanya kerajaan la jadi punching bag.


Tapi realitinya, hidup ni bukan pasal siapa memerintah je. Hidup ni pasal macam mana kita hadap cabaran, adaptasi, dan terus bergerak walaupun sistem belum sempurna. Orang yang sentiasa menyalahkan takkan pernah belajar. Dan orang yang tak belajar, akan ulang kesilapan yang sama, dan terus rasa tertindas walau apa pun perubahan berlaku.


Ramai je rakyat yang senyap-senyap berjaya, bukan sebab kerajaan bagi segala-galanya, tapi sebab dorang tak tunggu. Dorang usaha. Dorang tak biarkan naratif "aku ni mangsa keadaan" jadi alasan untuk tak ubah nasib sendiri.


Nak perubahan besar? Mula dengan ubah diri dulu.

Sebab kalau tak, kerajaan  tukar 10 kali pun  hidup kau tetap macam tu.


Sebab yang kau tak pernah ubah…


ialah diri sendiri.



AKAN DATANG: NANTIKAN - TERRIRUDDIN TIADA DALAM LIST KETUA HAKIM NEGARA SEJAK DARI AWAL!


Sham Ghaz






MINIT JAC VIRAL TU UNTUK LANTIK HAKIM BESAR MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA.


BUKTI JELAS ANWAR TIDAK CAMPURANGAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA!!  


1. Viral di media sosial kononnya PMX Anwar Ibrahim campurtangan dalam perlantikan Ketua Hakim Negara. 


2. Harini semua terjawab, nama YA Tan Sri Ahmad Terriruddin Mohd Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan tiada dalam senarai pun.


3. Sia-sialah semua plan ‘havoc’ pemimpin parti pembangkang PN; PAS - BERSATU untuk mendesak “Turun Anwar” 26 Julai 2025 nanti.


4. Majlis Peguam juga turut mengadakan perarakan bagi memastikan kebebasan sistem kehakiman di Istana Kehakiman semalam. 


5. Harini jelas Kerajaan Madani berpegang kepada prinsip Pengasingan kuasa (separation of powers) dalam sistem demokrasi berperlembagaan. Dan ini yang diperjuangkan oleh PAKATAN HARAPAN, terutamanya KEADILAN. 


Akhirnya semalam para Peguam gembira dapat makan aiskrim di perkarangan pejabat PMO. Terbaik PMX!


6. Prinsip itu merujuk kepada pemisahan kuasa antara tiga cabang utama kerajaan: Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman, bagi memastikan semak dan imbang (check and balance) serta mencegah salah guna Kuasa berlaku.


7. Sebelum ini viral minit mesyuarat Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) pada 16 Mei 2025 yang dipengerusikan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat untuk perlantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya (bukan nak bincang Clcalon Ketua Hakim Negara).


8. Ada 2 nama yang dicadangkan iaitu YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan.


9. Keputusan akhir seri 4 - 4. Dan keputusan itu bukan untuk jawatan Ketua Hakim Negara pun, mesyuarat itu untuk lantik Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya! Skali lagi rakyat dikelirukan oleh Pembangkang. 


10. Lagipun tiada siapa mengesahkan, adakah minit mesyuarat itu benar ataupun tidak, dan jika benar kenapa hanya berberapa muka surat sahaja, mana muka surat lain? 


Yang menyebarkannya berniat jahat! Ingin memburukan nama baik PMX!


11. Mengikut Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa: 


Pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan:


 • Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan

 • Presiden Mahkamah Rayuan

 • Hakim Besar Mahkamah Tinggi

 • Hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi


DILANTIK OLEH: Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Bertindak atas nasihat: Perdana Menteri

Selepas berunding dengan: Majlis Raja-Raja


12. Apa yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 2018 apabila melantik Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Maarop (Presiden Mahkamah Rayuan), Tan Sri Zaharah Ibrahim (Hakim Besar Malaya) dan Datuk David Wong Dak Wah (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) bukan nama yang disyorkan JAC dalam mesyuarat mereka pada 24 Mei 2018.


13. Malah pada tahun 2019 sekali lagi Tun M melanggar keputusan mesyuarat JAC yang mencadangkan Ahmad Maarop sebagai Ketua Hakim Negara, David Wong sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Hakim Besar Malaya. 


14. Pada akhirnya, yang dipilih ialah Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara, Rohana sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Azahar sebagai Hakim Besar Malaya. Yang sumbat 


15. Ketika itu Tengku Maimun lebih junior daripada nama nama yang dicadangkan oleh JAC ketika itu untuk menjawat jawatan Ketua Hakim Negara.


16. Yang sumbat Najib Razak ke Penjara adalah era Tun Maimun jadi Ketua Hakim Negara.


Bersambung….


Syam Ghaz



TERIMA KASIH NURUL IZZAH, RAFIZI TERNYATA TIDAK SALAH



14 July 2025


Pertama sekali, sebagaimana ramai yang lain yang telah bersuara, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana turut sama berarak bersama Majlis Peguam untuk menuntut kebebasan kehakiman.


Perarakan ‘Walk of Justice’ anjuran Majlis Peguam bermula di Istana Kehakiman hingga Pejabat Perdana Menteri petang tadi bertujuan menuntut beberapa perkara, antaranya – pengisian segera kekosongan jawatan kehakiman tertinggi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja  (RCI) untuk menyiasat dakwaan campur tangan kehakiman dan menangani kekosongan hakim-hakim secara menyeluruh.  


Apa yang diperjuangkan oleh Majlis Peguam itu adalah hampir sama dengan apa yang digerakkan oleh Rafizi Ramli bersama lapan Ahli Parlimen PKR, baru-baru ini.


Malangnya, tindakan Kumpulan 9 Ahli Parlimen PKR itu tidak begitu disenangi oleh sebahagian ahli-ahli PKR sehingga ada desakan agar diambil tindakan disiplin serta digantung keahlian mereka.


Kehadiran Nurul Izzah dalam perarakan menuntut perkara yang sama yang diperjuangkan oleh Rafizi dan rakan-rakannya membuktikan Puteri Reformasi itu tidak pernah lari daripada asas perjuangan reformasi yang telah sebati dalam jiwanya sejak sekian lama.


Meskipun perarakan Majlis Peguam yang disertai para peguam, NGO, pimpinan blok pembangkang dan orang awam itu bertujuan menghantar memorandum kepada bapanya sendiri, tetapi Nurul Izzah tetap tidak terganggu jiwanya untuk turut serta.


Sekurang-kurangnya dalam jiwanya ada dua perkara – menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan beliau merupakan sebahagian rakyat Malaysia yang mahu sama-sama berjuang mempertahankan kebebasan kehakiman.


Dalam maksud yang lebih luas, penyertaan Nurul Izzah dalam perarakan bersama Majlis Peguam itu dengan sendirinya menunjukkan apa yang dilakukan Rafizi dan lapan Ahli Parlimen PKR yang lain sebelum ini bukan merupakan suatu kesalahan.


Yang salah ialah ketua-ketua cabang yang mencadangkan agar Rafizi dan rakan-rakannya itu diambil tindakan di mana ia memperlihatkan mereka itu telah hilang jiwa perjuangan reformasi, sebaliknya  telah diganti dengan jiwa mahu mengampu dan menjilat semata-mata.


Kehadiran Nurul Izzah yang sama-sama berarak juga membuktikan kesimpulan Ketua AMK yang mengatakan institusi kehakiman tiada kemelut, yang ada hanya orang-orang yang kalut, turut tertolak dengan sendirinya.


Apakah dalam pemikiran Ketua AMK, dengan hadirnya Nurul Izzah sama-sama berarak itu memperlihatkan Timbalan Presiden PKR itu juga seorang yang kalut?


Semua orang mahu sistem kehakiman yang bebas dan kini, dengan apa yang ditunjukkan oleh Nurul Izzah, semua ahli PKR tidak harus segan-segan lagi untuk turut sama-sama bersuara bersama-sama mereka yang lebih dulu berbuat demikian.


Terima kasih Nurul Izzah kerana akhirnya mengajar ahli-ahli PKR  jangan asyik tahu mengampu dan menjilat saja bila sudah jadi kerajaan sekarang ini. – ShahbudinHusin 14July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/terima-kasih-nurul-izzah/




Nov 2024 Najib dapat DNAA kes IPIC


Dec 2024 Kak Mah dapat DAA kes money laundering 


Feb 2025- IMDb tarik balik Saman pada Riza Aziz 


Mac 2025- Mahkamah arah 1MDB bayar rm225,000 pada Riza Aziz sebab tarik balik Saman 


Jun 2025- Najib dapat DNAA kes Src international 2


Next......


Kes 1mdb ?

Kes Saman Src international pada najib? 

Kes Saman 1mdb pada Rosmah?


Hanya Rafizi je yg diharap untuk terus  bersuara tentang isu ni



_*riz khusaรฏni*_



HIPOKRIT INI LAH D.N.A. U.M.N.O. DULU KINI DAN SELAMANYA. REFORMASI DAH KELAUT.!!



_*a karim*_




Kumpulan Rafizi lebih bahaya dari langkah Sheraton? Eloklah berDAMAI....

MULA DIKAITKAN !! Peluang Besar Tudm Bakal Masuk Senarai Gen-5 Su 57 Rus...



Insya-allah TUDM bakal Dikaitkan Dengan Jet pejuang Generasi Ke-5 Su-57 milik Russian. Kini negara kita Malaysia Boleh Disebut Berada Dalam Radar negara Beruang Merah ia itu Russian. Harap menjadi kenyataan, Jet pejuang Su-57 bakal letakkan TUDM sebaris dengan kuasa besar, Serantau Asia Tenggara bakal berubah Sekelip mata. Adakah ini langkah besar bagi negara kita Malaysia dalam dunia pertahanan udara masa depan. Nama: Su-57 Felon, Pengeluar: Sukhoi (Rusia), Generasi: Kelima, ๐ŸŒ Negara Sasaran Eksport Negara Status Minat Catatan ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ India Pernah terlibat Keluar dari projek FGFA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia Spekulatif Belum rasmi, namun berpotensi. ๐Ÿš€ Strategi Rusia Promosi agresif melalui Rosoboronexport.







SERONOK !! Malaysia Perolehan Besar 33 Buah F/a-18c/d Kuwait Berjaya Mas...



Langkah ini bakal menggandakan kuasa skuadron Hornet negara kita Malaysia, yang kini hanya mengoperasikan 8 buah F/A-18D TUDM. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini berada di ambang era baharu setelah Amerika Syarikat Sahkan Lampu Hijau, secara rasmi meluluskan pemindahan 33 buah Jet pejuang F/A-18C/D Hornet bekas milik Tentera Udara Kuwait Telah Dikabulkan. ๐ŸŽฏ FAKTA RINGKAS: F/A-18C/D KUWAIT (Kini bakal milik TUDM!) ✈️ Asal: McDonnell Douglas F/A-18C/D Hornet ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ Buatan Amerika ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ผ Digunakan oleh Kuwait sejak 1991 ๐Ÿ”ข Jumlah: ๐Ÿ‘‰ Sekitar 40 unit ๐Ÿ‘‰ Malaysia bakal terima 33 unit ✨ ๐Ÿ‘ฅ Varian: F/A-18C: 1 tempat duduk F/A-18D: 2 tempat duduk (serangan malam/latihan).






PATUT BUKAN LOKMAN ADAM JAWAB- KETUA PEMUDA PKR PATUT CEPAT JAWAB-ATAU NURUL JAWAB-.LIVE : MINIT JAC BOCOR? SKANDAL KEHAKIMAN? ZAMAN MAHATHIR ATAU ANWAR YAN...

EP19 | Penganggur Kabinet: Nak bersara atau ada projek lain ni?

SAMA CAM RR BUAT... SALAH KA?

 

Hamdan Taha. 


Tahniah timbalan presiden maknanya dia turun ni dia sokong apa yang sedang di perkatakan oleh majlis peguam dan rakyat, ada campur tangan ghaib kes perlantikan hakim hakim...





Tapi dia tak lah ajak ahli damai bersama dia turun dengan suami je... Agak agak ni KC negeri negeri ok ke dia buat macam ni... Apa yang dia buat ni sama je apa yang RR n The Geng buat... Moralnya sama



SPEKULASI DAH KELAUT. BACA.

 

Norman Daud.


Tadi Utusan Malaysia lapor, nama Terriruddin langsung tak ada dalam senarai pelantikan hakim. Senang cerita.. semua teori konspirasi yang dah bertebaran seminggu dua ni, bungkus terus.






Tapi biasalah, geng yang buat bising tu bukan reti nak minta maaf pun. Lepas laungkan “Anwar campur tangan! Sistem kehakiman hancur!” "Turun Anwar!" sekarang diam macam cicak tertelan kapor. Diaorang spin pulak cakap PMX U TURN.  Bila diajak sokong RCI untuk siasat betul-betul, terus senyap. Sebab apa? Sebab depa sendiri tahu PMX tak goyang, tak arah sesiapa, tak layan politik kotor.


Yang peliknya, bila benda tak jadi pun, tetap salahkan Anwar. Kalau langit mendung pun, depa kata ni sebab Anwar kawal cuaca. Kucing beranak pun salahkan Anwar.. Lawak punya logik.


PMX steady je. Siap sempat lambai keluar Seri Perdana. Senyum. Tenang. Macam orang yang tahu dia tak perlu jawab fitnah murahan. Negara dia urus, ekonomi dia pacu, fitnah dia biar rakyat nilai.


Realitinya, semua ni bukan soal prinsip. Ini semua sebab dendam, tak puas hati kalah PRU dulu, tak chukop jumhlohhhhh. Sebab kalau prinsip, depa akan berdiri atas kebenaran , tak kira siapa yang buat. Tapi sekarang, bila kebenaran tak berpihak kat depa, terus ‘tukar channel’. Spin cerita pulak, betul tak betul tolak tepi janji nak burukkan PMX.


Takpelah. Teruskan main persepsi. Tapi satu je nak pesan , rakyat makin celik. Kau boleh tipu sehari dua. Tapi bukan selamanya. Lama lama rakyat yang buka mata dan hati akan nampak kebenaran.



MANA SATU PILIHAN RAKYAT MALAYSIA. SEMUANYA MENGUNTUNGKAN RAKYAT.


 Ayuh Malaysia, Bersama Malaysiaku, …mana satu pilihan kita?



PM ANWAR DAN BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT MALAYSIA.




RR DAN SOCIAL ENTERPRISE.




PMX RAIKAN BAR COUNCIL KE PMO DGN PEMBERIAN AIR DAN AIS KRIM

 Kehadiran Nurul Izzah curi perhatian media.










Hari ini Bar Council bersama 500 peguam hadir untuk penyerahan Memo kepada Perdana Menteri. Pada awalnya Bar Council mensasarkan 3000 peguam tetapi kehadiran di luar sasaran.


Penyerahan Memo mengenai isu perlantikan Ketua Hakim negara menimbulkan pelbagai spekulasi. Walaupun Menteri telah memaklumkan tiada isu perlanggaran perlembagaan tetapi ia telah dipolemikkan.


Hakikatnya kerajaan bersetuju utk pertahankan kebebasan kehakiman. Sebab itulah juga Nurul Izzah hadir sebagai sokongan kpd Majlis Peguam. 


Kena faham ia isu berbeza sokongan kebebasan kehakiman dgn mahu membawa isu ini ke RCI. Kebebasan sudah lama kita perjuangkan.


Sepertimana hak berhimpun/demontrasi ia adalah perjuangan Pakatan Harapan dan alhamdulillah skg ia telah diizinkan.


Malah PMX sendiri meraikan kehadiran Majlis Peguam pada hari ini dgn meminta kakitangan PMO memberikan minuman dan ais krim kepada para peguam yg hadir.


Inilah reformasi zaman Anwar. Di Sabah karikaturnya dibakar, Anwar minta jgn diambil tindakan. Himpunan pembangkang sudah beberapa kali diadakan, kerjaaan tidak diambil tindakan. Begitulah juga kehadiran Majlis Peguam ini juga diraikan.


Zaman rejim Mahathir berdemontrasi dikejar, dipijak, dipukul, ditangkap, dimasukkan ISA, dibuang kerja dan bermacam mcm lagi. Zaman Anwar berhimpun lah hari hari… itu hak rakyat. Berbezakan zaman Anwar dan Rejim Mahathir.


Seorang peguam beritahu…” Terima kasih kepada Anwar” kerana pemberian air minuman dan ais krim. Berbezakan zaman Perdana Menteri2 sebelum ini perjalanan Peguam menghantar memo disekat tetapi zaman Anwar diraikan dgn pemberian minuman dan ais krim.




NAK PENENDANG....


Che Ibrahim.



 Lantik KP SPRM bantah,

Lantik KSN bantah, 

Lantik Panglima ATM bantah, 

Lantik Ketua Polis Negara bantah,

Lantik pemangku/menjalankan tugas tugas menteri yg resign bantah. 


Takdang lantik lagi Ketua Hakim Negara dan hakim Hakim atasan yang lain....bantah dah!!


Nak gapa sebenarnya?



Kalah Tapi Menang


Mukhlis Eddie.






Kalah di kertas undi,

tapi menang di kerusi,

katanya suara rakyat suci,

tapi kuasa tetap dicari.


Dulu melaung reformasi,

janji telus, anti-nepotisme,

kini senyap berlapis jawatan,

sambil senyum dalam sistem.


Senator dilantik, bukan dipilih,

Timbalan Menteri pun terus dilabuh,

walau rakyat tolak habis-habisan,

kuasa tetap jatuh ikut tabuh.


SUA parti, muka depan,

tapi prinsip? Entah ke mana,

bila kuasa jadi rebutan,

yang tinggal hanya drama dan nama.


p/s puisi khayalan sahaja & tidak ada kaitan dgn yg dah mati ...





BUDAK BOHONG

 

Bob Kelanang


Yusoff Rawther ni sejenis manusia lidah bercabang. Dia mengaku ada ljazah dalam bidang kewangan & perakaunan dari Kozminski University, Warsaw. Padahal pakcik dia Mohideen Abd Kadir sendiri bagitau yang anak sedara dia ni adalah seorang yang 'ego melampau' dan tak pernah habiskan kursus di universiti tu.






Penyokong Yusoff mesti kecewa kalau ampa tau yang dia ni sebenarnya pro-Israel dan mengidolakan Golda Meir iaitu bekas PM Israel yang pertama. Pada 2017 dia pernah tulis artikel di platform Israel yang berjudul "One Malaysian, standing with lsrael". 


Dalam artikel tu, katanya rakyat Malaysia menyuarakan sokongan terhadap Israel dan menggesa perbincangan lebih terbuka tentang isu Israel-Palestin. Tu terang-terang fitnah rakyat Malaysia dok sokong Israel.


Sebelum ni dia pernah kena tangkap pasal isu dadah. Polis jumpa 305 gram ganja dan dua

pistol tiruan dalam kereta dia berhampiran IPK KL dan Bukit Kiara. Salah satu rekod buruk dia ni pernah dituduh curi kad kredit dan menggunakannya untuk transaksi bernilai

RM10,000.


Banyak yang tak elok dia ni!



Susana di SEMINAR PEMANTAPAN ORGANISASI DAN PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT DUNGUN.



 Susana di SEMINAR PEMANTAPAN ORGANISASI DAN PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT  DUNGUN.


Anwar Ibrahim








RAKYAT AKAN SYAK BUKAN BUKAN. JADI TU JA YANG JADI KECOHNYA. APA PENYELESAIAN.?

 


Zamzuri Ardani


Bagi saya terdapat kejanggalan di dalam isu perlantikan Ketua Hakim Negara ini. Kalaupun ianya mungkin bukan `kemelut` atau `krisis`, tetap terdapat kejanggalan. 


Sepatutnya, nama calon pengganti Ketua Hakim Negara dimuktamadkan sebelum tempoh khidmat Tengku Maimon tamat. Jadi, proses penggantian boleh berlaku dengan lancar. Jika nama calon Ketua Hakim Negara tidak dapat dimuktamadkan atas apa-apa sebab sebelum tempoh Tengku Maimon tamat, maka sepatutnya kontrak Tengku Maimon disambung sehinggalah nama penggantinya dimuktamadkan. Ini adalah cara dan proses yang tepat, wajar, dan lancar.


Tetapi ini tidak berlaku. Calon pengganti Ketua Hakim Negara masih tidak dimuktamadkan tetapi kontrak Tengku Maimon tidak pula disambung. Bagi saya ini satu kejangggalan. Malah ia juga boleh dikatakan sebagai satu kecuaian. Ia membuka ruang spekulasi buruk kepada khalayak.


Bagi sebahagian rakyat, kejanggalan yang berlaku ini mesti ada sebabnya. Jika kerajaan tidak menyediakan penjelasan yang telus dan tuntas kenapa kejanggalan ini berlaku, maka khalayak akan mengandaikan bahawa pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan proses perlantikan Ketua Hakim Negara. Mereka akan mengandaikan bahawa ada gangguan, atau campurtangan, atau seumpamanya.


Khalayak tidak perlu diletakkan beban untuk membuktikan benar atau tidak andaian tersebut. Kerajaanlah yang sepatutnya memberikan penjelasan yang telus dan tuntas terhadap kejanggalan yang berlaku itu.



INI PENYELESAIANNYA SUPAYA KERAJAAN TIDAK DISALAHKAN


Khairul Anwar Ahmad Zainuddin



Bagi saya terdapat kejanggalan di dalam isu perlantikan Ketua Hakim Negara ini. Kalaupun ianya mungkin bukan `kemelut` atau `krisis`, tetap terdapat kejanggalan. 


Sepatutnya, nama calon pengganti Ketua Hakim Negara dimuktamadkan sebelum tempoh khidmat Tengku Maimon tamat. Jadi, proses penggantian boleh berlaku dengan lancar. Jika nama calon Ketua Hakim Negara tidak dapat dimuktamadkan atas apa-apa sebab sebelum tempoh Tengku Maimon tamat, maka sepatutnya kontrak Tengku Maimon disambung sehinggalah nama penggantinya dimuktamadkan. Ini adalah cara dan proses yang tepat, wajar, dan lancar.


Tetapi ini tidak berlaku. Calon pengganti Ketua Hakim Negara masih tidak dimuktamadkan tetapi kontrak Tengku Maimon tidak pula disambung. Bagi saya ini satu kejangggalan. Malah ia juga boleh dikatakan sebagai satu kecuaian. Ia membuka ruang spekulasi buruk kepada khalayak.


Bagi sebahagian rakyat, kejanggalan yang berlaku ini mesti ada sebabnya. Jika kerajaan tidak menyediakan penjelasan yang telus dan tuntas kenapa kejanggalan ini berlaku, maka khalayak akan mengandaikan bahawa pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan proses perlantikan Ketua Hakim Negara. Mereka akan mengandaikan bahawa ada gangguan, atau campurtangan, atau seumpamanya.


Khalayak tidak perlu diletakkan beban untuk membuktikan benar atau tidak andaian tersebut. Kerajaanlah yang sepatutnya memberikan penjelasan yang telus dan tuntas terhadap kejanggalan yang berlaku itu.






NASI JADI BUBUR. HARAP TIMBALAN PRESIDEN, DIA PULAK PI JOIN DENGAN OARA HAKIM. DIA BUKAN LAGI DALAM NGIS.. DIA BAKAL MEMIMOIN SEBUAH OARTI POLITIK... HARU.


Aliff Jamil


 Kali terakhir abam join himpunan ni pada tahun 2021 bersama dgn team Pejuang , PH dan Muda diperkarangan parlimen. 





Kalu tak silap masa tu ramai jugak Mahasiswa yg join sama. 


Best gila masa tu. 

Sambil berhimpun tu boleh jugak kenal² dgn amoi DAP. 


Masa perhimpunan tu , kami bawak 6 Tuntutan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan salah satunya menggesa supaya dia bukak parlimen dgn segera sebab masa tu abahkau buat parlimen tu macam jiran dia punya. 


Dah 4 tahun masa berlalu.. 

Rasa macam rindu jugak nak berhimpun balik nih. 


Abam ingat nak join sama Himpunan Turun Anwar kalini. 

Boleh jugak kenal² dgn untit kat sana nanti ๐Ÿฅฐ