Mukhlis Eddie.
Kalah di kertas undi,
tapi menang di kerusi,
katanya suara rakyat suci,
tapi kuasa tetap dicari.
Dulu melaung reformasi,
janji telus, anti-nepotisme,
kini senyap berlapis jawatan,
sambil senyum dalam sistem.
Senator dilantik, bukan dipilih,
Timbalan Menteri pun terus dilabuh,
walau rakyat tolak habis-habisan,
kuasa tetap jatuh ikut tabuh.
SUA parti, muka depan,
tapi prinsip? Entah ke mana,
bila kuasa jadi rebutan,
yang tinggal hanya drama dan nama.
p/s puisi khayalan sahaja & tidak ada kaitan dgn yg dah mati ...

No comments:
Post a Comment