π΄πππππ π¨πππππππ π΄ππππ πͺππππππππ π±π¨π²πΆπ¨ πΊππππ π·ππππππππ π΄πππππππ (πΊπ·π΄) π ππ πΊππππ π»πππππ π·πππππππππππ π΄πππππππ (πΊπ»π·π΄) π»ππππ 2024
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menganjurkan Majlis Anugerah Murid Cemerlang JAKOA Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Pahang menyaksikan seramai 149 orang penerima telah menerima sijil dan anugerah sebagai pengiktirafan atas kejayaan dalam peperiksaan SPM dan STPM 2024.
Empat (4) orang pelajar yang mencatatkan kecemerlangan terbaik telah diberi Anugerah Khas:
• Cik Roziana a/p Tan Beng Hai (STPM CGPA 4.00) – SMK Tanjung Gemok, Rompin, Pahang;
• Cik Nurul Ain Syuhada binti Afizan (SPM 9A) – SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak;
• Cik Grace Emily A/P Julija (SPM 9A) – MRSM Mersing, Johor;
• Cik Siti Nur Hawani Binti Muhammad Almi (SPM 9A) – SMA Al-Hasanah, Pahang
Terdahulu, para penerima telah dihimpunkan selama dua (2) hari dengan pelbagai pengisian seperti taklimat mengenai kemasukan dan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta penerangan mengenai Skim Bantuan Galakan Pendidikan (SBGP) oleh pihak JAKOA.
Majlis disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA. Turut hadir, YB Senator Tuan Manolan bin Mohamad, Ahli Dewan Negara, Pegawai-pegawai JAKOA, wakil agensi serta ibu bapa penerima.
#tugasmulia
#JAKOAMalaysia
#luarbandarsejahtera
#KKDW
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI




No comments:
Post a Comment