KEH.. KEH.. KEH


 Takdir !!! Mulut penuh sagon bila duk dalam kerajaang…




MENGAWASI POLIS





Cukup hingar berita tentang pihak polis semenjak baru-baru ini: tuduhan berkaitan kecurianpembunuhanperas ugut dan serangan seksual telah wujud terhadap beberapa pegawai polis dalam beberapa minggu lalu.

Di tengah kecamukan ini, ketua polis negara pula berkata hanya segelintir pegawai dan anggota polis – kurang daripada 2% – yang bergelut dengan isu dan terlibat dalam aktiviti jenayah. Beliau memberi jaminan bahawa orang ramai boleh mempercayai pasukan polis untuk menjalankan siasatan telus terhadap kes jenayah membabitkan anggotanya.

Benar, tindakan pantas telah diambil untuk menahan dua anggota polis yang menjadi suspek kes rogol dan peras ugut. Susulan siasatan, kedua-dua lelaki itu kemudiannya didakwa di mahkamah. Tempoh masa daripada proses pendakwaan kepada pertuduhan di mahkamah mengambil masa kurang daripada dua minggu.

Didakwa di mahkamah menunjukkan aduan itu diambil serius dan beberapa bukti salah laku memang wujud. Yang penting, ia adalah percubaan untuk memulakan proses meminta seseorang bertanggungjawab atas tindakannya.

Namun, didakwa di mahkamah tidak bermakna sabitan akan terus dijatuhkan serta-merta melainkan tertuduh mengaku bersalah. Dalam kes di atas, ia masih belum berlaku. Jadi, keputusan perbicaraan adalah perkara lain sama sekali.

Tindakan pantas polis terhadap pegawai mereka sendiri dalam kes di atas amat berbeza dengan kes Kathir Oli. Kontraktor berusia 31 tahun itu ditembak oleh seorang pegawai polis pada 2011 di luar sebuah pub di Ipoh.

Keluarga mangsa, serta dibantu oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah mengambil masa selama 12 tahun untuk mendapatkan beberapa kebenaran tentang apa yang berlaku pada malam kejadian. Ia adalah perjuangan yang panjang untuk mendapatkan inkues diadakan dan merayu agar keputusan terbuka koroner dicapai.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Akhirnya, pada Januari 2024, Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan bahawa pembunuhan Kathir bukanlah satu tindakan mempertahankan diri seperti yang didakwa oleh polis, tetapi satu pembunuhan.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah peguam negara akan mendakwa pegawai polis itu berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi – atau adakah akan ada rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi? Apakah yang perlu diambil untuk mendapatkan kebertanggungjawaban daripada pegawai polis yang menembak Kathir?

Pegawai yang penyangak atau masalah yang mengakar?

Sementara kita mengutarakan pegawai polis yang melakukan kesalahan dalam pasukan polis, seperti yang telah dilakukan oleh segelintir orang baru-baru ini, adalah salah untuk tidak mengiktiraf wujudnya pegawai polis yang telah menunjukkan dedikasi di luar tugasan mereka.

Ramai pegawai bekerja tanpa jemu untuk melindungi orang ramai daripada jenayah dan menguatkuasakan undang-undang. Ramai yang telah mengorbankan bukan sahaja masa, malah, kadangkala nyawa mereka dalam menjalankan tugas. Negara cukup berhutang budi kepada pegawai yang berdedikasi ini.

READ MORE:  Reining in the police

 

Namun, kehadiran pegawai polis yang berdedikasi ini tidak dapat mengurangkan aduan salah laku polis dan salah guna kuasa.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa kejadian ini adalah disebabkan oleh beberapa pegawai penyangak yang bertindak di luar skop kuasa sah mereka. Tetapi adakah ia benar-benar kes seperti kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?

Ada pihak yang berpendapat sebaliknya – bahawa salah laku yang terbongkar menunjukkan masalah sistemik dalam pasukan polis yang membolehkan pegawai penyangak meneruskan cara yang mereka lakukan tanpa hukuman.

Jika ‘tembok biru yang membungkam’ itu wujud, maka pegawai polis penyangak seperti itu akan terus dilindungi daripada pengawasan awam atau daripada kebertanggungjawab atas kesalahan mereka.

Melaporkan salah laku serta penyalahgunaan kuasa polis

Kes salah laku polis atau salah guna kuasa hanya terdedah apabila orang ramai berani membuat laporan polis. Atau jika media mengambilnya – seperti yang ditunjukkan baru-baru ini apabila video seorang pegawai polis menyerang seorang lelaki menjadi tular dan mendapat perhatian umum.

Jaminan kemudiannya diberikan bahawa siasatan akan dijalankan dan tindakan diambil.

Namun, berapa ramai yang berada dalam kedudukan, apabila dihalang oleh polis ataupun apabila ditahan, sempat merakam menggunakan telefon bimbit tentang apa yang berlaku kepada mereka atau orang lain – dan itu pun, jika mereka mempunyai telefon bersama dengan mereka ketika kejadian?

Fikirkan juga perbezaan kuasa di antara pegawai polis dan orang biasa yang sedang diberhentikan atau ditahan oleh polis. Orang yang berada dalam keadaan rentan – contohnya, pelarian atau pekerja asing – akan mendapati betapa sukarnya untuk membuat laporan tentang gangguan polis.

Orang ramai juga mungkin takut akan kesan daripada membuat laporan terhadap polis. Siapa yang akan menyokong dakwaan mereka? Dan berapa ramai pegawai polis yang akan melaporkan tentang rakan sekerja mereka sendiri?

Tanpa laporan dibuat, seseorang hanya boleh tertanya-tanya sejauh mana salah laku polis. Sesuatu yang pastinya mengerikan.

Orang ramai mengharapkan standard kepolisan yang baik serta profesionalisme yang tinggi dalam pasukan.

Ya, polis hanyalah manusia dan mampu melakukan kesilapan. Namun, hakikatnya mereka memang diamanahkan dengan kuasa untuk menjaga undang-undang dan ketenteraman – dan ini menjadikan salah laku dan salah guna kuasa sama sekali tidak boleh diterima.

READ MORE:  Will the IPCC help the police chief cover up the Ahmet T Kuru incident? - Caged

 

Tidak kiralah sama ada salah laku itu melibatkan orang yang tidak bersalah, suspek dalam kes atau jenayah berat. Undang-undang diwujudkan untuk memastikan perlindungan hak dan kesejahteraan suspek semasa ditahan atau dalam tahanan polis.

Namun, apabila mata ditutup dalam soal undang-undang sedia ada, apabila prosedur standard tidak dipatuhi, apabila langkah pencegahan kurang atau apabila penderaan berlaku, ia akan mengakibatkan bukan sahaja kesalahan jenayah dilakukan tetapi juga memudaratkan mangsa dan kadangkala, kematian, iaitu kematian dalam tahanan polis atau tembakan oleh anggota polis.

Mengawasi polis

Setiap kali kes salah laku polis atau salah guna kuasa terbongkar, kepercayaan orang ramai dan rasa hormat terhadap pasukan polis semakin terhakis.

Oleh itu, adalah penting, jika ada anggota polis melanggar undang-undang, mereka mesti segera dipertanggungjawabkan dan dibawa ke muka pengadilan. Ini akan membina kepercayaan orang ramai terhadap pasukan dan menetapkan standard untuk profesionalisme polis.

Namun, adakah polis sendiri boleh diawasi? Sudah 19 tahun lamanya sejak suruhanjaya bebas aduan dan salah laku polis (IPCMC) pertama kali dicadangkan oleh suruhanjaya diraja mengenai operasi polis pada 2005.

Seperti yang telah didokumenkan sebelum ini, ia mengambil masa 14 tahun sebelum Rang Undang-undang IPCMC dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen pada 2019. IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan pada 2011 untuk menyiasat salah laku agensi penguat kuasa undang-undang.

Rang Undang-undang IPCMC akhirnya dirujuk untuk semakan kepada jawatankuasa pilihan parlimen.

Namun, dek kerana kejatuhan kerajaan PH pada tahun 2020 dan kekurangan komitmen kepada IPCMC oleh kerajaan seterusnya pimpinan Perikatan Nasional, kita sebaliknya menubuhkan Suruhanjaya Bebas Kelakuan Polis (IPCC) pada 2022.

IPCC telah digambarkan sebagai versi IPCMC yang tidak begitu kukuh – tidak mempunyai kuasa penyiasatan dan disiplin. Antara kelemahan yang disenaraikan, IPCC hanya boleh mencadangkan tindakan yang disyorkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak berkuasa lain yang berkaitan sekiranya pegawai polis didapati melakukan kesalahan.

Soalnya, siapa yang dapat memastikan bahawa cadangan itu akan diterima dan dilaksanakan? Apakah penerimaan cadangan oleh EAIC dan Suhakam kepada polis selama ini? Betapa realistiknya untuk mengharapkan polis bagi mengawasi pihak polis itu sendiri?

Beberapa pihak telah pun menggesa agar IPCC diperkukuhkan bagi menangani salah laku polis.

Apa seterusnya?

Jadi, ke mana kita hendak pergi dari semua ini? Jawapannya ada terletak pada masyarakat sivil, media dan badan kehakiman. Tekanan daripada orang awam dan media mempunyai peranan penting dalam mendorong kebertanggungjawaban polis, profesionalisme dan perubahan dalam budaya kepolisan.

READ MORE:  Guna pakai elemen telus dan keterangkuman dalam proses pelantikan pesuruhjaya IPCC (Malay/English)

 

Desakan sedemikian telah menghasilkan beberapa usaha bagi mewujudkan pasukan polis yang lebih telus dan bertanggungjawab.

Pemasangan kamera CCTV di sel polis serta penggunaan kamera yang dipakai di badan anggota polis yang bertugas di luar pejabat adalah langkah yang dialu-alukan.

Satu lagi langkah ke arah yang betul ialah pengumuman untuk menubuhkan unit jagaan perubatan di lima pusat tahanan polis berpusat dalam usaha mengurangkan kematian dalam tahanan.

Penghasilan modul hak asasi manusia oleh kedua-dua Suhakam dan polis untuk mengukuhkan latihan pegawai polis juga akan meningkatkan kesedaran tentang piawaian penting.

Semua inisiatif ini masih perlu dipantau untuk pelaksanaan yang betul, wujudnya tindakan susulan serta keberkesanan. Cukup besar harapan agar orang ramai dan media untuk bukan sahaja mengawasi tetapi juga menyerlahkan dan memantau usaha ini. Tetapi ia mesti dilakukan.

Jangan kita lupa juga peranan badan kehakiman. Orang ramai akan melihat kepada mahkamah untuk mendapatkan keadilan apabila hak dicabuli. Badan kehakiman adalah institusi utama untuk melindungi rakyat daripada pencabulan yang dilakukan oleh institusi dalam negara.

Oleh itu, mahkamah mesti terbuka kepada kemungkinan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa dalam negara (dalam kes ini polis) dan bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran perkara itu, termasuk melalui mahkamah koroner.

Meningkatkan standard dan profesionalisme polis dalam pasukan polis adalah matlamat jangka panjang yang perlu diusahakan. Ia tidak akan berlaku dalam sekelip mata.

Tetapi ia akan dibentuk oleh usaha mereka yang mahukan perubahan ke arah kebaikan. Kes mendiang Kathir Oli adalah salah satu contoh kegigihan ahli keluarga untuk mendedahkan kebenaran secara terbuka dan mendapatkan kebertanggungjawab daripada polis. Ia tidak dicapai tanpa kesakitan dan kepedihan selama bertahun-tahun.

Jadi, kita mesti terus mempertanggungjawabkan kerajaan, termasuk Kementerian Dalam Negeri, supaya piawai kepolisan dapat dipertingkatkan.

Kita mesti menggalakkan dan menyokong inisiatif yang baik untuk kepolisan yang lebih baik.

Dan kita mesti terus menyeru salah laku polis dan salah guna kuasa dan impunitas yang membenarkan penyalahgunaan itu berlaku.

Tiada apa-apa yang akan berubah melainkan kitalah yang mencipta desakan untuk perubahan itu.

Prema Devaraj
Editor bersama, surat berita Aliran
30 Januari 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 

PANAS BERSATU LAWAN BERSATU! BERSATU AKAN SEMAKIN BERPECAH APA BERLAKU?

[panas] SIBUK NAK TUMBANGKAN KERAJAAN AKHIRNYA PARTI SENDIRI BAKAL KARAM!

PERAP KEPUTUSAN LEMBAGA PENGAMPUNAN PETUNJUK LEMAHNYA KOMUNIKASI KERAJAAN

 

Walaupun keputusan sebenar Lembaga Pengampunan berkaitan Najib Razak masih belum diketahui, pelbagai pihak – di alam nyata dan di alam maya – mula mempertikai dan menghentam kerajaan berkaitan dengannya.

Di mana-mana kita boleh mendengar mereka mempertikaikan kelambatan kerajaan mengumumkan Lembaga Pengampunan itu.

Sebenarnya bukan keputusan Lembaga Pengampunan itu yang menjadi persoalan, tetapi yang dipersoalkan ialah mengapa keputusannya masih diperap daripada pengetahuan umum sehingga kini?

Sementara tugas Lembaga Pengampunan WP yang dipengerusikan Yang Dipertuan Agong (ketika itu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) ialah membuat keputusan dan adalah hak serta budi bicara baginda memutuskan apa juga ketetapan berhubung permohonan pengampunan, peranan kerajaan pula ialah memaklumkannya kepada pengetahuan umum apa yang diputuskan itu.

Oleh kerana ia terus diperap, maka akhirnya media Singapura yang lebih dulu memperolehi maklumat mengenai keputusan Lembaga Pengampunan itu dan kemudian mendedahkannya.

Sama ada betul atau tidak betul apa yang didedahkan media Singapura itu, yang nyata ini adalah petunjuk ketara kelemahan komunikasi yang ada pada kerajaan.

Lebih-lebih lagi kalau apa yang didedahkan media Singapura itu adalah tepat, kelemahan komunikasi kerajaan akan bertambah parah kerana ia akan menyebabkan keputusan rasmi Lembaga Pengampunan yang diumumkan nanti sudah tidak bernilai lagi.

Soalnya, kenapa keputusan sepenting itu kerana melibatkan seorang bekas Perdana Menteri, mahu diperap sekian lama?

Kenapa tidak selepas tamat saja mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Isnin lalu, kerajaan terus saja memaklumkan keputusannya?

Untuk apa seorang menteri berkata – tunggu sehari dua lagi dan seorang lagi menteri pula berkata – Insya Allah minggu ini akan diumumkan keputusan Lembaga Pengampunan itu?

Kalau sudah ada keputusan dan keputusan itu pula telah diperakui dan diterima, nak tunggu apa lagi?

Bukankah jika keputusannya diberitahu lebih awal, semua kekalutan yang timbul sekarang boleh dielakkan?

Apa yang harus disedari, zaman kini adalah zaman langit terbuka dan semua benda bergerak lebih pantas berbanding zaman akhbar bercetak kertas dahulu.

Untuk itu, apa juga keputusan yang telah dibuat, lebih-lebih lagi dalam kes penting seperti pengampunan Najib ini, ia mesti dihebahkan dengan segara dan tidak boleh diperap lagi.

Jika diperap, ia pasti akan bocor dan terdedah secara tidak rasmi juga akhirnya, sekaligus memberi malu kepada fungsi komunikasi kerajaan itu sendiri.

Ini baru soal komunikasi kecil iaitu berkaitan keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan, bagaimana nanti komunikasi dalam isu yang lebih besar seperti menangkis serangan pembangkang, membina naratif berkaitan beberapa perkara utama melibatkan keputusan kerajaan, mempertahankan Perdana Menteri dan menghadapi “perang PRU16”?

Mampukah komunikasi sedia ada menjamin Anwar Ibrahim kekal lebih daripada sepenggal? – ShahbudinHusin 01/02/2024.


 

'Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni' pelbagai perancangan semarak warga KL 2024

 

Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada hari ini bukan sahaja mahu mengingatkan warganya mengenai sejarah 50 tahun lampau apabila Kerajaan Persekutuan mengambil alih kawasan Kuala Lumpur daripada pentadbiran negeri Selangor dengan mewujudkan status pentadbiran khas.



Bagi Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Cheng Heng, tarikh 1 Februari tahun ini seharusnya diperhatikan oleh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai titik penting untuk membawa pembangunan yang lebih cemerlang menuju era Teknologi Maklumat, Revolusi Industri 4.0 dan Kecedasan Buatan di seluruh kawasan wilayah.



"Tema sambutan tahun ini ialah "Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni". Tema ini mencerminkan visi dan aspirasi Malaysia Madani untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai model kecemerlangan, inovasi dan keharmonian untuk seluruh negara dan dunia.



"Wilayah Persekutuan telah mencapai banyak kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang, seperti ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pelancongan, sukan dan kebajikan sosial," kata Andre Lai dalam kenyataan.



Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_6b932988c38a43a482d0f46fdf830c87~mv2.jpeg/v1/fill/w_660,h_660,al_c,q_85,enc_auto/4449e2_6b932988c38a43a482d0f46fdf830c87~mv2.jpeg



Tambah beliau, istimewa bagi Kuala Lumpur pada tahun 2024 ini akan menjadi tahun penentuan bagi Kuala Lumpur yang telah melancarkan agenda pembaharuan seperti Pelan Struktur Tempatan Kuala Lumpur 2040 dan implementasi ’Social Impact Assesment’, untuk memastikan pembangunan yang lebih mampan dan lestari.



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur katanya, telah memupuk budaya penglibatan sivik, kerjasama, dan keterangkuman melalui platform seperti Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan Sistem Pengurusan Aduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



"Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur, diberkati dengan agenda pembaharuan oleh pemimpin berkaliber seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman.



"Saya mengenali kedua-dua mereka sebagai pemimpin yang amat rajin dan berdedikasi untuk mendukung aspirasi Malaysia Madani.



"Khususnya Datuk Kamarulzaman, yang menjadi kenalan semenjak beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL.



"Semenjak perlantikan sebagai Datuk Bandar, Kuala Lumpur telah ditadbir dengan profesional, cekap dan berinovasi. Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah menjadi saksi keberkesanan pentadbiran DBKL," ujarnya.



Kata Andre Lai, menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak inisiatif telah dilancar seperti projek Lestari Niaga dan Residensi Madani demi memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar yang boleh didiami, mampan dan berdaya saing.



Begitu juga sepanjang bulan Februari ini, terdapat banyak program dirancang untuk sambutan ulang tahun ke 50 penubuhan Wilayah Persekutuan.



"Demi menyantuni masyarakat Cina dalam perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari pula, DBKL akan mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya untuk KL Prosperity Walk pada hari Chap Goh Meh 24 Februari nanti.



"Marilah kita terus berganding bahu untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat kemajuan dan kemakmuran, tempat keharmonian dan kebahagiaan, tempat kebanggaan dan kegemilangan. 2024, akan menjadi tahun penentuan," katanya lagi.

 

UPDATE KES HASUTAN SANUSI, ABAHCOW MAKIN HARI MEROYAN!


Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan menteri besar Kedah itu untuk memindahkan kes hasutan dihadapinya ke Mahkamah Tinggi di Shah Alam. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berjaya dalam permohonannya untuk memindahkan kes hasutan yang dihadapinya dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hakim Mahkamah Tinggi Aslam Zainuddin pagi tadi membenarkan permohonan untuk memindahkan kes pemimpin PAS itu. Sebelum ini, pihak pendakwaan membantah pemindahan itu, dengan alasan kes berkenaan tidak melibatkan persoalan undang-undang yang sukar atau kompleks seperti didakwa pihak pemohon. sUMBER bERITA 1. https://www.malaysiakini.com/news/694970 2. https://www.malaysiakini.com/news/694966




[kantoi] SANUSI KOYAK HABIS MENIPU DAN PERSOAL PEMBENTUKAN KERAJAAN!


Sedih baca temubual Al Sultan Abdullah. Tak sangka, selama ini yang dikatakan paling BEST menjaga agama dan bangsa, rupanya menjadi pengkhianat dan pembohong yang paling besar! YDPA sendiri mengemukakan cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan kepada Perikatan Nasional. Dengan sombong & takbur mereka menolak titah & buah fikiran Al Sultan Abdullah! Sekarang siapa paling teruk? Siapa yang jadi duri dalam daging? Sejarah Melayu sejak dulu dibuktikan bahawa pengkhianatan ini sering berlaku dari bangsa kita sendiri. Fikirlah guna mata hati jiwamu wahai Melayu! Jadi hari ini terbuktilah kebenaran bahawa sememangnya KERAJAAN PERPADUAN lah yang dititah baginda Tuanku dulu. Yang mana semua pimpinan Perikatan Nasional (PN) termasuklah walaun2 mereka mempertikai bahawa Tuanku Agong tidak pernah menitah penubuhan Kerajaan Perpaduan. Jelas Mahiaddin, Hadi Bawang dan seluruh organisasi PN berbohong dan membelakangkan titah Tuanku Agong. Menjunjung kasih Tuanku atas pencerahan ini. Daulat Tuanku! Sumber Video FB SUara Keadilan







RENTASAN 1538 | PANAS! AKHIRNYA HAMZAH SAHKAN RAMAI LAGI MP BERSATU BAKA...





MENARIK DALAM RENTASAN 1538
1. KALAU TIDAK ADA PERUNTUKAN, JADI WAKIL RAKYAT UNTUK APA? 2. NASIB KANTONG NEGARA MEREKA PEDULI APA 3. SELAMAT BERTAKHTA, DAULAT TUANKU 4. BERSEDIALAH PEMUNGGAH DANA NEGARA





HUBUNGAN HADI – MUHYIDDIN DINGIN?



DENGAN ANWAR DULU PUN MACAM TU JUGA- DIA NAK

 KUASA TAPI TAK NDAK JADI PEMIMPIN ATAU PM. SEBAB

 DIA TAHU DIA TAK MAMPU PUN PIMPIN NEGARA. DIA

 CUMA MAHU TUMPANG UNTUK KESENANGAN DIA.

 MISALNYA MAKAN GAJI BUTA DAN TAK BUAT KERJA. 



Shahbudin Husin


Hubungan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dan Presiden PAS, Hadi Awang, dikatakan dingin, menurut sumber, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kelangsungan Perikatan Nasional (PN) yang digagaskan oleh dua parti itu.

Sumber berkata hubungan dingin itu antara lain, berkait dengan kegagalan PAS menampilkan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri, selepas Muhyiddin tidak meneruskan hasrat berundur pada pemilihan parti tahun ini.

Menurut sumber, pusingan U Muhyiddin dilihat sebagai tekad Ahli Parlimen Pagoh itu untuk kekal menerajui PN dan seterusnya dilantik perdana menteri kali kedua jika gabungan itu memenangi PRU16.

“Dikatakan selepas Muhyiddin (umum) berundur, PAS mahu Dr Sam (Ahmad Samsuri) sebagai calon PM, tetapi terbantut selepas pusingan U Muhyiddin,” kata sumber yang dekat dengan perkara itu kepada FMT.

Pada perhimpunan agung tahunan Bersatu, November lalu, bekas perdana menteri itu mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden parti, tetapi kurang 24 jam, mengubah pendirian selepas diyakinkan isterinya Noorainee Abdul Rahman, untuk “tidak mengecewakan ahli memerlukannya.”

Sumber itu berkata Muhyiddin dan Hadi yang juga timbalan pengerusi PN lama tidak kelihatan bersama di mana-mana majlis, kali terakhir ia berlaku pada perasmian Muktamar PAS ke-69 20 Okt lalu.

Pada PRK Kemaman Disember lalu, Muhyiddin dan Hadi dijadualkan berkongsi pentas pada ceramah kempen kemuncak, namun hanya kelibat Hadi hadir manakala Bersatu diwakili Naib Presiden Radzi Jidin.

“Mereka (Muhyiddin-Hadi) telah lama tidak bertemu,” kata sumber itu.

Menurut satu lagi sumber rapat PN, Hadi juga “sudah lama” tidak lagi hadir ke mesyuarat pimpinan PN, sebaliknya, diwakili Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Walaupun (ketidakhadirin Hadi) tidak mengganggu perjalanan komponen PN, namun ia memberi mesej mengenai hubungan mereka,” kata sumber itu.

Menurut beliau, keadaan itu mirip dengan situasi Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan Umno-PAS, apabila Hadi tidak lagi menghadiri mesyuarat, sebaliknya mewakilkan Tuan Ibrahim susulan hubungan yang semakin renggang antara dua parti itu.

MN ‘mati langkah’ apabila dua parti itu berbalah susulan keengganan Umno menerima penyertaan Bersatu dalam gagasan itu.

“MN mula ‘runtuh’ bila Hadi tidak lagi datang mesyuarat, semua wakil kepada Tuan Ibrahim. Beliau dan (presiden Umno) Zahid (Hamidi) pun dah lama tak jumpa waktu itu (menjelang penubuhan PN),” kata sumber itu.

Menurut beliau, sudah ada tanda-tanda keadaan itu kini berulang dalam konteks hubungan Hadi-Muhyiddin dan masa depan PN sendiri.

Jika PN berkubur seperti MN, sumber itu berkata hala tuju Hadi sememangnya boleh memberi kesan besar kepada politik dan pentadbiran pada masa depan dengan PAS memiliki kerusi Parlimen tertinggi iaitu 43 diikuti DAP dengan 40 kerusi.

“Sekarang tak tahu ke mana Hadi nak bawa (PAS) selepas makin renggang dengan PN.

“Bagi sekutu PMX (Anwar Ibrahim), ini peluang. Sebab itu ada titik lemah (dalam PN),” katanya.

Menurut sumber itu, kalangan dalam PAS juga melihat Bersatu semakin lemah dengan tindakan enam Ahli Parlimennya menyokong Anwar.

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Untuk rekod, PAS mempunyai 43 kerusi Parlimen pada PRU15, berbanding 30 oleh Bersatu.

PAS juga mengekalkan pentadbiran di Kedah, Kelantan dan Terengganu selain merampas Perlis yang sekian lama menjadi kubu kuat BN.

Selain PAS dan Bersatu, PN turut dianggotai Gerakan yang gagal menang sebarang kerusi Parlimen pada PRU 15 namun meraih satu kerusi DUN di Kedah pada PRN Ogos lalu.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/01/hubungan-hadi-muhyiddin-di

 


Melayu berpecah belah, hanya model Kerajaan Perpaduan akan berjaya


 

Penyatuan Melayu di bawah satu gabungan politik sebagaimana matlamat perjuangan Perikatan Nasional (PN) tidak realistik bagi politik Malaysia.



Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, selepas 2018 kaum Melayu telah terpecah ke dalam terlalu banyak parti politik dan tidak mungkin formula kerajaan 90% Melayu boleh direalisasikan.



"Kita kena sedar hari ini orang Melayu telah dipecahbelahkan oleh Tun Mahathir. Kita menjadi banyak parti.



"Hari ini kena terima hakikat kerajaan hanya boleh dibentuk dengan sebuah koalisi melibatkan semua kaum



"Tetapi bila Melayu UMNO, Bersatu dan Pas bergabung, mereka hanya membentuk 114 kerusi (kerajaan 2020 - 2022). Selepas PRU ke 15, selepas mencuri 10 orang dari UMNO Muhyiddin hanya mendapat 115 kerusi.



"Mereka tidak boleh membentuk sebuah kerajaan yang stabil," katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.



Oleh itu, kata Lokman, model kerajaan BN didominasi Melayu tidak boleh lagi dilaksanakan. Katanya, selama 60 tahun BN berkuasa di Malaysia MIC, MCA dan Gerakan membantu menguasai sokongan kaum Cina dan India.



Sebaliknya kini, hampir 80% kaum India menyokong Pakatan Harapan (PH) dan lebih 90% Cina mengundi gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.



Gabungan yang boleh memerintah dengan baik, katanya, adalah model Kerajaan Perpaduan yang dilaksanakan hari ini.



"Kita wujudkan kerajaan kukuh jika bersama PH. Barulah kita boleh ada kerajaan kuat, diyakini pelabur. Pelabur masuk balik, kukuh nilai ringgit, menambah peluang pekerjaan, kurang kadar penganguran, kurang jenayah.



"Kalau fikir bangsa kita sahaja, tak fikir rakyat keseluruhan saya beritahu, bangsa paling ramai 70% adalah bumiputera. Kalau negara ini lingkup yang paling ramai lingkup ialah bumiputera," katanya.



Mengulas propaganda Pas, kononnya orang Melayu akan lebih mudah membuat keputusan menjauhi UMNO sekiranya parti itu terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga PRU 16, Lokman berkata, Pas tidak akan 'menyibuk' sekiranya kerjasama UMNO - PH menguntungkan mereka.



"Kalau hubungan UMNO dan PH ini menguntungkan Pas mereka tak akan sibuk beritahu kalau kita terus bersama PH orang Melayu lebih mudah buat keputusan.



"Hari ini Pas-PN takut. Mereka lagi takut kalau Najib dibebaskan kerana kalau Datuk Seri Najib bebas, peluang untuk kita lenyapkan terus Bersatu (lebih mudah)



"Bagi Pas mereka tetap akan ada sokongan di beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah, Terengganu. Cuma untuk Bersatu yang tidak ada pendirian tetap, kerjasama antara BN dan PH serta kawan kawan lain akan mendatangkan musibah kepada mereka. Sebab itu mereka guna orang khianat UMNO untuk menarik UMNO keluar Kerajaan Perpaduan.



"Mereka takut formula kerjasama BN dan PH ini, orang dapat melihat keistimewaan Melayu terjamin, Islam terjamin, bahasa Melayu terjamin. Jadi apa masalah kerjasama (BN - PN)," katanya lagi.