KAMI PEJUANG JIHAD .TAK MAIN LA MASUK LOKAP

MAT SABU KENA TANGKAP MASUK LOKAP? ALAAA...APA BARANG, BEB !!
Aduuyaiii...bising bunyi henset tok dengan wassap yg masuk. Semua tanya tok, ramai yg dah kena tangkap...rafizi...tian chua...Mat sabu...nurul nuha...Izzah..tapi kenapa geng2 tok seorang pun tak kena macam Nik beduh...tontowi...Tar snake...AtTakiri...Hadi...kenapa mereka tak kena?
Tok kata, geng2 tok tak main la masuk lokap. Mereka ni pejuang jihad yg standard mereka mati syahid. Masuk lokap bukan mati pun.....tak main lokap2 ni...low class...."


Jangan Main Main sama kitaorang punya Tuang Presideng???


 Oleh: Al Husseyn




KUALA LUMPUR, 26 Mac - DAP boleh kehilangan Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang jika PAS tidak lagi sekutu  Pakatan Rakyat (PR), kata seorang pemimpin tinggi parti Islam.

 Tim.Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia semalam bahawa DAP memerlukan PAS untuk mendapatkan undi Melayu.

 "Jika ada perpecahan dalam pakatan pembangkang, DAP akan rugi," Amar dipetik berkata.

 "Ia tidak pasti sama ada [DAP] boleh mempertahankan Pulau Pinang jika PAS tidak ada di dalam pakatan pembangkang. Jangan fikir hanya PAS bergantung kepada orang lain, orang lain juga bergantung kepada PAS dalam pakatan itu," katanya.Baca lagi di sini 

 Saya amat bersetuju dengan kenyataan Nik Amar tersebut. Telah terbukti benar bahawa PAS ada kuasa penentu dan mampu menjatuhkan kerajaan PR di Pulau Pinang.

PAS pernah menggugat Kerajaan PR di Selangor dan nyaris-nyaris melingkupkannya kalaulah tidak kerana adanya dua Adun PAS yang berani merosakan agenda Hj Hadi itu....


  Bukankah Hj Hadi sendiri yang telah menandatangani watikah calon pada saat terakhir hingga menyebabkan PAS-PKR bertembung tiga penjuru  dalam PRU-13 yang lalu di tujuh kawasan:

1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Dun Seberang Takir (Trengganu)


7) Parlimen Labuan.

Ketujuh-tujuh kerusi tersebut akhirnya boleh kepada Umno/BN!

  Jadi korang jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas. Adakah Hj Hadi sudah bertaubat dan minta maaf diatas kelanjurannya tesebut?



 Jadi,  DAP dan PKR don't play-play sama presiden kitaorang, Hj Hadi. Kita sanggup melakukan apa saja. 

PAS sanggup hilang deposit asalkan Allah redha? Duit kitaorang boleh cari..... Kita baru habiskan RM1juta buat ijtimak doniya di Rusila...ha!ha! ha!...ingat, Don't play-play!!

Hadi Awang Lebih Merugikan Pas?

shahbudin Hussein


Menjelang pemilihan Pas pada bulan Mei depan, persoalan yang paling menjadi perhatian sekarang ialah apakah Haji Hadi Awang sebagai Presiden akan dicabar dan adakah Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden akan digantikan?

Keributan mengenai isu hudud antara Pas dengan rakan gabungannya, DAP sehingga parti itu hilang kepercayaan terhadap Haji Hadi telah merancakkan lagi desakan agar beliau berundur sebagai Presiden Pas.

Ini kerana jika Haji Hadi terus kekal menerajui Pas, ia bukan saja memungkinkan PR berpecah, tetapi juga menyebabkan calon-calon Pas tidak lagi mendapat keyakinan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihanraya akan datang.

Tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, Pas tentu saja berisiko kehilangan banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri yang lain yang mula dimenanginya sejak 2008 lalu melalui kerjasama dengan PKR dan DAP.

Tetapi untuk memaksa Haji Hadi berundur atau mengalahkannya dalam pemlihan bukan tugas yang mudah. Walaupun Haji Hadi dibayangi pelbagai kelemahan sejak beberapa tahun lalu, perwakilan Pas tidak akan membiarkannya kalah dalam pemilihan. Oleh itu mengalahkan Haji Hadi dalam pemilihan boleh dikira mustahil.

Haji Hadi juga tidak mungkin berundur atau dipaksa berundur kerana tiada jawatan lain yang boleh diberikan kepadanya sebagai ganti setelah kerusi Mursyidul Am yang sebelum ini dipegang oleh Allahyarham Nik Aziz Nik Mat telah pun diisi oleh Dr Haron Din.

Lagi pula akur untuk berundur dalam keadaan sekarang seolah-olah menunjukkan beliau tunduk kepada tekanan luar, terutamanya DAP.

Perkiraan sehingga ini, walaupun ada beberapa nama telah dicalonkan bakal mencabarnya dalam pemilihan nanti seperti Husam Musa dan Ahmad Awang, potensi untuk Haji Hadi kekal jauh lebih besar.

Mungkin yang bakal mencabarnya nanti hanyalah Ahmad Awang saja, seorang calon yang lebih mungkin kalah daripada menang manakala bagi Husam adalah tidak bijak beliau menerima pencalonan untuk menentang Haji Hadi dalam pemilihan kali ini. 

Dalam usianya yang masih muda dan merupakan material Presiden Pas di masa depan, Husam hanya perlu bersabar menunggu beberapa tahun lagi detik sesuai memihak kepadanya. Husam sebaiknya kekal mempertahankan jawatan Naib Presidennya saja.

Ruang untuk Haji Hadi berundur secara terhormat sebagai Presiden Pas dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih kerusinya mungkin terbuka semula selepas pemilihan nanti jika Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi jawatan Timbalan Presiden menewaskan Mohamad Sabu.

Haji Hadi mungkin bersedia dan tiada masalah menyerahkan kerusi itu kepada Tuan Ibrahim yang pro kepadanya dan berpendidikan agama. Pewakilan Pas pro ulama juga barangkali lebih selesa dengan kepimpinan Tuan Ibrahim sebagai pengganti Haji Hadi.

Tetapi proses peralihan itu akan terhalang jika Mohamad Sabu terus kekal lagi sebagai Timbalan Presiden. Tidak mungkin beliau mahu menyerahkan kerusi Presiden kepada Mohamad Sabu untuk mengambil alihnya.

Ini bermakna jika dalam pemilihan 2015 ini, Mohamad Sabu dapat mempertahankan jawatannya, proses peralihan kepimpinan dalam Pas tidak mungkin berlaku. Dalam pemilihan berikutnya pada 2017, Haji Hadi pasti akan mempertahankan jawatannya sekali lagi.

Ketika itu, sebagaimana pemilihan kali ini, Haji Hadi juga akan kekal lagi sebagai Presiden Pas. Tetapi selepas itu akan berlangsung pilihanraya umum ke 14 yang tempoh akhirnya ialah Mei 2018.

Sudah tentu kepimpinan Haji Hadi akan memberi kesan besar dari segi sokongan pengundi bukan Melayu kepada calon-calon Pas dalam pilihanraya itu nanti.

Dengan jumlah ahli melebihi sejuta orang dan menjadi parti paling besar dalam PR, malangnya kepimpinan Haji Hadi yang ditolak oleh pengundi bukan Melayu hanya akan menyebabkan parti itu kekal di kedudukan paling sedikit menang kerusi dalam pilihanraya akan datang nanti.

Itulah nasib Pas era Haji Hadi. ( SH 26/03/2015 )