UMNO NAK TAU SETIA KA TIDAK. JANGAN CALON MUSIBAT NI DALAM PRU AKAN DATANG.

 Mantap naib presiden UMNO yb datuk jo.





Kasi tegor aje ketua Pergerakan Pemuda U M N O Malaysia yg min tngok acah2 je, bkn hebat mna pun akmal saleh ni,ni pun nasib baik naib presiden UMNO keluarkan kenyataan beliau


Bersama kita pertahan kerajaan MADANI dan berikan kesetian penuh kpd YAB Anwar Ibrahim



ANWAR TIBA DI BRAZIL UNTUK SIDANG KEMUNCAK BRICS











Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Rio de janeiro pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang dianjurkan oleh Brazil.


Pesawat yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Galeão (BAGL) pada 5.41 pagi waktu tempatan (4.41 petang waktu Malaysia), selepas penerbangan selama 12 jam dari Paris, lokasi lawatan rasmi dua harinya sebelum ini.


Ketibaan Anwar disambut oleh Pemangku Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia Datuk Mohammad Ali Selamat, Setiausaha Promosi Perdagangan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Kementerian Luar Negeri Brazil Laudemar Gonçalves de Aguiar Neto, serta pegawai kanan Brazil.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di sini atas jemputan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.


📷 Mohd Faizol Aziz | BERNAMA

#BernamaNews

#BernamaImages 

#BRICS



KAYA BERTAMBAH KAYA..ZAMAN MADANI

 


Menurut laporan Forbes bertarikh 6 Jun 2025, kekayaan ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, telah melonjak hampir satu kali ganda dalam tempoh setahun. 


Forbes menganggarkan nilai kekayaan beliau kini mencecah US$2.3 bilion (kira-kira RM10.8 bilion), berbanding sekitar US$1.3 bilion pada tahun sebelumnya.

#wartamalaysia #syedmokhtaralbukhary #bilionaire




TU PUN WALAUN MAKI LAGI

 YB Adly Zahari



Terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kelulusan peruntukan sebanyak RM6.6 juta bagi pembaikan cerun runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, Kelantan.





Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan Madani dalam menyantuni keperluan rakyat tanpa mengira sempadan politik.


[Admin]


#TerimaKasihPMX 

#IniRumahKita

#ihsanuntukinsan




MUNGKIN SCAMMER YANG MEMBANTU GOLONGAN INJ

 

Che Ibrahim


Siapalah yang biaya kos menternak walaun siber gitu eh? Nak tuduh secara open, nanti orang kecam pulak! 


Majoriti aku check akaun locked, hanya MCMC saja boleh kasi settle bab ni.




KEBIMBANGAN SAIFUDDIN TENTANG KEHILANGAN RAFIZI SEMACAM AKAN JADI KENYATAAN



5 July 2025


Pada Kongres PKR di Johor Bahru Mei lalu, Saifuddin Nasition Ismail pernah melahirkan kebimbangan  jika parti kehilangan Rafizi Ramli.


Sebaik pengumuman keputusan pemilihan yang menyaksikan kekalahan Rafizi kepada Nurul Izzah Anwar ketika itu, Saifuddin merupakan satu-satunya pimpinan PKR yang memilih untuk bersama Rafizi sehingga ke keretanya.


Beliau berkata, perasaannya bercampur-baur usai pengumuman keputusan pemilihan itu.


“Ketika yang menang sedang sambut gembira, saya memilih untuk menemani saudara Rafizi turun pentas.


“Saya hantar beliau sampai ke kereta, kami berpeluk dan saling minta maaf.


“Saya akui saya takut kehilangan beliau dalam parti kita ini,” kata Menteri Dalam Negeri itu ketika menyampaikan ucapannya dalam keadaan sedih dan sebaik di Kongres PKR itu.


Tidak sampai dua bulan selepas Saifuddin melahirkan kebimbangn itu, ia kini semacam tidak dapat terelak lagi daripada menjadi kenyataan.


Rafizi sekarang terlihat sudah tawar hati dan ingin pergi dengan haluannya sendiri.


Dalam podcast malam tadi, Ahli Parlimen Pandan itu tanpa berselindung memberi bayangan untuk meninggalkan PKR selepas tamat penggal Parlimen akan datang, sekali gus tidak bertanding lagi dalam PRU akan datang.


Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, beliau tidak mahu lagi menjadi sebahagian daripada ‘budaya’ politik yang ditunjukkan parti itu semasa pemilihan pada Mei lalu.


Bekas Timbalan Presiden PKR itu seterusnya menegaskan, beliau tidak yakin terhadap keupayaan parti untuk menyingkirkan budaya tersebut.


“Budaya yang ditunjukkan dalam PKR pada pemilihan lepas, bukanlah sesuatu yang saya mahu jadi sebahagian daripadanya.


“Jika ada pemilihan baharu, saya tidak rasa kita ada kemampuan untuk membersihkan parti daripada budaya itu,” katanya.


Beliau menjelaskan perkara itu ketika ditanya sama ada sedia bertanding lagi kiranya pemilihan PKR lalu dibatalkan dan diadakan pemilihan semula berikutan banyak protes dikemukakan kepada RoS ketika ini.


Selain itu, Rafizi turut memberi bayangan tidak akan bertanding lagi dalam parti pada masa-masa akan datang.


Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU16 akan datang, Rafizi mendedahkan beliau masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu.


Malah, beliau tidak menolak kemungkinan untuk tidak bertanding langsung.


“Kalau jawatan menteri pun saya sanggup lepaskan, apatah lagi sekadar tidak bertanding dalam pilihan raya,” ujarnya.


Menurut Rafizi lagi, beliau akan melangkah ke fasa baharu tanpa menoleh ke belakang walaupun pernah memainkan peranan penting dalam PKR. – ShahbudinHusin 05July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/kebimbangan-saifuddin-tentang-kehilangan-rafizi-semacam-akan-jadi-kenyataan/



TU LA DIA... AKU DOK HABAQ DAH





BEKERJA DEMI NEGARA





Saya melihat sendiri kesungguhan YAB PM yang ingin melonjak negara dengan caranya tersendiri. Di kala staf lain yang kepenatan, dan saat pesawat sedang membelah ruang udara membawa delegasi Malaysia dari Paris, Perancis ke Rio, Brazil, beliau masih tekun meneliti nota dan bersiap untuk ucapan penting di Sidang Kemuncak BRICS yang dijadualkan akan berlangsung di Rio. 


Ini bukan rutin biasa beliau. Ia adalah cerminan usaha dan kesungguhan beliau untuk memastikan Malaysia bersedia di semua pentas dunia, termasuk BRICS, bagi memanfaatkan setiap peluang demi kemajuan dan kesejahteraan negara. Tidak ada ruang untuk bersantai, and that has always been his style and rhythm. Following him is not for the faint-hearted. 


Justeru, saya percaya tanpa pengorbanan seberat ini, negara akan terus berada di takuk lama. Dan sudah tentu akan timbul suara-suara sumbang yang pelbagai, namun ia tidak sedikit menggoncang keazaman dan iltizam beliau untuk negara. Beliau percaya di kala dunia yang semakin mencabar dan bergelora, Malaysia mesti bergerak ke hadapan dan berpaut pada asas yang kukuh agar kita terus teguh dan tidak ditinggalkan. 


Saya mohon doa yang ikhlas dari semua agar PM terus diberi kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan agar beliau terus pikuk amanah berat ini demi membangun sebuah Malaysia yang cekal, berketerampilan dan madani. 


Farhan Fauzi


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#KerajaanMADANI




SIAPA BAKAL KETUA HAKIM NEGARA YANG BARU??


Che Ibrahim








Proses perlantikan seorang Ketua Hakim Negara akan ditentukan melalui mekanisme yang bertahap,iaitu yang melibatkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC), Perdana Menteri, Majlis Raja Raja Melayu dan YDPA.


Lazimnya JAC akan mengesyorkan satu nama kepada PM untuk dipersembahkan kepada YDPA untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. YDPA sebelum memberi perkenan, akan berbincang untuk mendapat persetujuan Majlis Raja Raja Melayu.


1. TUN TENGKU MAIMUN?


Walaupun perkhidmatan Tengku Maimun sudah berada ditahap "bersara wajib", namun di sudut Perlembagaan perkhidmatan beliau masih boleh disambung untuk tempoh 6 bulan lagi, maknanya Tengku Maimun masih ada peluang untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara untuk tempoh selama 6 bulan lagi. 


2. TAN SRI HASNAH BT DATO' MOHAMMED HASHIM?


Saya tidak jelas adakah Tan Sri Hasnah Mohamad Hashim, Hakim Besar Malaya hari ini dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara atau sekadar menjalankan tugas tugas Ketua Hakim Negara selain jawatan hakikinya sehingga jawatan tersebut diisi? 


Apa pun pemilihannya untuk menjalankan tugas tugas Ketua Hakim Negara dalam tempoh kekosongan jawatan tersebut memberi isyarat beliau antara Hakim Hakim kanan yang layak untuk menyandang jawatan tersebut.


3. TAN SRI AHMAD TERRIRUDIN MOHD SALLEH?


Apabila Tan Sri Terri ditukarkan dari jawatan Peguam Negara ke jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, ada rumous yang mengatakan beliau bakal dilantik sebagai Ketua Hakim Negara menggantikan Tengku Maimun, namun jika cakap cakap ini menjadi kenyataan, maknanya Tan Sri Terri telah mengenepikan beberapa orang hakim yang lebih kanan.


Ada suara suara yang mengatakan Tan Sri Ahmad Terrirudin masih terlalu awal untuk dilantik ke jawatan tersebut wpun ada "kehendak semasa" yang kuat ke arah perlantikan tersebut.



NASIHAT BERGUNA BUAT LELAKI BUJANG DAN ANAK DARA.


 Hamdan Taha


Saya teringin juga bagi nasihat pada anak anak dara yang ada di fb saya ni kot ada le


Pertama sekali elakkan jatuh cinta dengan suami orang, elakkan jauh jauh kerana suami orang ni kerana pengalaman mereka jadi bijak mereka mengatur ayat ayat yang baik, dan mereka tahu macam mana nak bagi wanita ni seronok, duit pun tak kedekut, nampak sangat memahami semua pakej ada pada suami orang tersebut....


Masa saya jadi penasihat remaja di tahun 90an dulu banyak kes kami jumpa ialah wanita yang telah jatuh cinta atau pernah jatuh cinta dengan suami orang dia akan melalui kesukaran untuk bercinta dengan anak muda yang bujang. Apabila mereka buat perbandingan terlalu jauh kasih sayang suami orang dan anak bujang... Anak bujang tak pandai pujuk, tak pandai buat lawak, tak pandai nak bagi duit dan tak romantic...


Sebaliknya begitu juga anak bujang jangan sesekali jatuh cinta dengan janda keadaannya sama saja, tapi dengan janda tak jadi masalah kerana boleh kita kawin dan jadikan isteri tapi suami orang bukan mudah nak jadi isteri ke dua pula, jika jadi pun cabarannya sangat mencabar...


Kelemahan wanita ialah dia memang nak cari suami yang kononnya boleh bawa mereka ke syurga jadi jika ada yang watak baik sikit muka alim dan ada janggut sikit mula lah nak berkenan. Tambah dunia sekarang dunia lelakibdan wanita bekerja, si isteri selalu banding suami sendiri dengan pihak lain, dan suami di luar sana pula entah apa hal dunia sekarang ni pun ramai yang suka isteri orang... Ini sangat bahaya...


Memang ada isteri yang tak bahagia dengan suami yang ada tidak di nafikan, jika tak bahagia dan memang dah tak boleh menerima suami cari jalan ikut islam, bincang baik baik, walaupun bukan mudah seorang isteri bila dapat suami tak baik ni nak di lepaskan, kerana lelaki ni ada sifat ego yang tinggi tapi dunia sekarang dan moden semuanya ada jalan keluar, tempat untuk di rujuk pun ada iaitu pejabat agama, walaupun ustaz ustaz pejabat agama tu kononnya pun lembab dan susah nak berunding tapi tetap ada jalan keluar... Tapi cuba cari jalan berdamai dan cari titik bahagia bersama. Kecuali lah dia kaki pukul penagih dadah, jahat itu jangan sesekali tunggu baik cabut


Masa saya berkerja sebagai penyarah motivasi dan perhubungan sesama manusia dulu memang zaman dulu penagih ni ramai lelaki, mereka tak bekerja dan kaki pukul dan perangai sangat teruk tapi isteri dia punya sayang ke dia luarbiasa, bila di buat kaji selidik kenapa isteri begitu, baru lah kita tau.... Penagih ni ayat mengayat pandai, bijak memujuk dan hebat beri layanan anu tu pada isteri dan isteri tak boleh nak lupa dan tinggalkan walaupun terseksa... Ada juga begitu... Kita pula tak sanggup nak tengok...


Zaman sekarang ni macam macam lelaki penagih pula bukan macam dulu, dulu kita tau dia penagih dadah dan pakaian dan cara hidup pun huru hara, tapi sekarang penagih hensem, tak nampak kotor, kemas dan bergaya kerana mereka hanya telan pil sahaja... Dulu pakai jarum sekarang tak dah... Yang lagi sedih dapat suami dua watak suka perempuan dan suka juga lelaki... Ini lagi kesian dan mereka jenis ni selalunya berkejaya, kaya dan hensem.... Tak perasan langsung ada dua sifat... Semuanya dunia akhir zaman...


Jauhi Jandi Gold Digger.


Anda akan merana KERANA janda sebegini biasanya punya ramai jantan sama ada lelaki BUJANG berumur atau lelaki orang yang DILIHAT  berduit..SEBABNYA mudah Wang yang ada ADALAH jaminan secure dalam hidupnya..hatta sanggup tinggalkan anak demi mengejar kebahagiaan sendiri. JANGAN kata tak ada...ada....





UN... NAK GANTI MP PAS KE? SIAPE? DIN AYAM KE.. MP QAZAF KE.. FADLI SAARI...???





 Nih nak tanya laa sket kat walauns...

Yg korang kalut minta PMX turun ni korang makan lobster ke tiap hari?


Dan..

Korang ni nak sapa ganti Anwar Ibrahim sebenarnya?


Madey ke.. Hadi ke.. Din ke.. Hamzah ke.

Ceciter sket.. bagi rakyat sume tahu.



MANIPULASI DATA...


 

LAIN KALI BERSATU MINTA DUIT DARI PAS.



RMS. 



 Apa dah terjadi ?? Jika tak dapat bayar sewa dikawasan elit, boleh buka pejabat di Taman Medan..try tanya Zawawi, dia cakap PAS banyak duit, boleh bagi BERSATU.. 😇



BALIK JANGAN LUPA TANGKAP PENYAMUN


 

Persiden Macron Sambut PM Anwar Penuh Penuh Penghormatan Di Istana Elysse

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dua hala dan sidang media bersama di Istana Elysee, Paris pada 4 Julai 2025. Foto PMO

PARIS, 4 Jul – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan penuh penghormatan daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada kemuncak lawatan rasmi dua hari yang diadakan di Istana Elysee, hari ini.

Beberapa keping foto yang dikongsikan di laman Facebook Perdana Menteri memaparkan sambutan penuh istiadat ketenteraan Perancis dipersembahkan kepada Anwar di perkarangan istana yang menempatkan pejabat dan kediaman Presiden Perancis.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dua hala di Istana Elysee, Paris pada 4 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran di di Facebook, Anwar berkata, sambutan itu merupakan satu penghormatan besar yang mencerminkan hubungan akrab dan saling menghormati antara Malaysia dan Perancis.

“Pertemuan ini bukan sahaja dapat memperkukuh kerjasama strategik dua hala, malah memperluas jalinan persahabatan yang memberi manfaat kepada Malaysia, rantau ASEAN, Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) secara keseluruhan,” kata Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dua hala di Istana Elysee, Paris pada 4 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil turut menyentuh konflik di Asia Barat, terutamanya krisis kemanusiaan di Gaza, pada pertemuan dengan Presiden Macron serta mengadakan sidang media bersama di perkarangan istana itu.

Pada semalam, Anwar bertemu rakan sejawatan beliau, Francois Bayrou dan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama 40 pemimpin industri terkemuka yang menjalankan operasi di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dua hala dan sidang media bersama di Istana Elysee, Paris pada 4 Julai 2025. Foto Bernama

Selepas pertemuan dengan Macron, Anwar akan berlepas ke Rio de Janerio, Brazil untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS dari 5 hingga 7 Julai atas jemputan Presiden Luis Inacio Lula da Silva.


PM Anwar diberi penghormatan sampaikan syarahan umum di universiti terkemuka dunia





Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne, institusi tersohor yang bukan sahaja membentuk tamadun Perancis tetapi turut menyumbang besar kepada perkembangan pemikiran dunia moden.

Dalam syarahan bertajuk “Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement”, Perdana Menteri berkata, beliau menegaskan keperluan untuk merombak semula bentuk hubungan antara Asia Tenggara dan Eropah agar lebih adil, setara dan saling menghormati.

“Hubungan ini harus dibina atas dasar kesaksamaan dan kepercayaan bersama, bukan berlandaskan dominasi atau warisan penjajahan yang lama membelenggu hubungan antarabangsa,” katanya.




Di universiti ketiga terbaik di Perancis mengikut QS World University Rankings itu, Anwar turut mengangkat suara Asia Tenggara sebagai rantau yang dinamik, matang secara politik dan berkembang pesat secara ekonomi.

“Malaysia selaku Pengerusi ASEAN komited untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa berasaskan prinsip keamanan, kemakmuran bersama serta kedaulatan yang dihormati,” katanya.

Dalam lawatan rasmi sulung Perdana Menteri ke Perancis atas jemputan Presiden Emmanuel Macron itu, Anwar juga menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap tragedi kemanusiaan di Gaza yang menuntut tindakan segera dan tegas masyarakat antarabangsa.





Beliau menegaskan keganasan yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia tidak boleh lagi ditanggapi dengan sikap berdiam diri.

“Keadilan tidak boleh bersifat terpilih. Nilai hak asasi dan maruah manusia harus dilindungi untuk semua, tanpa mengira bangsa, agama atau geografi,” tegas beliau.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut mengangkat isu Islamofobia yang semakin berleluasa di sesetengah tempat di Eropah.

“Fraternité, prinsip luhur dalam tamadun Perancis, tidak seharusnya berhenti di sempadan identiti.


“Ia perlu diterjemah sebagai solidariti sejagat yang menjunjung maruah dan hak semua manusia,” katanya.

Anwar berpendapat dalam dunia yang semakin terpolarisasi, beliau percaya dialog antara budaya, ketamadunan dan agama mesti terus diperkasa.

Jelasnya, sejarah telah membuktikan bahawa peradaban Islam dan Barat pernah menjalin kerjasama yang membuahkan kemajuan bersama.

Sehubungan itu, beliau berkata, jambatan kepercayaan perlu dibina semula menjadikan perdagangan, teknologi dan nilai kemanusiaan sebagai medium perpaduan, bukan perseteruan.

“Eropah dan Asia adalah dua dunia yang berbeza, namun perbezaan bukan alasan untuk berpecah.

“Sebaliknya, dengan tekad dan keberanian moral, kita mampu melangkaui batas lama dan bersama-sama membentuk masa depan yang lebih adil, inklusif dan bermaruah untuk generasi akan datang,” kata Perdana Menteri lagi.









Tun M dihujani cemuhan selepas perli Anwar sebagai “Bapa FDI”



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini secara sinis bersorak “Hooray” dan menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “Bapa FDI (pelaburan langsung asing)”.

Namun, sindirannya itu dilihat hanya dihujani cemuhan orang ramai termasuk ada mengingatkan usia mantan Perdana Menteri dua kali tersebut yang bakal mencecah 100 tahun pada 10 Julai ini.

Menerusi serangan terbaharunya terhadap PMX di aplikasi X, Mahathir menganggap bekas timbalannya dalam Kabinet beliau pada 1990-an itu sebagai “hebat” apabila dikhabarkan Itali bakal melabur RM8.13 bilion di Malaysia.


“Tunggu pula giliran Perancis dan Brazil? Lagi berbilion-bilion. “Bapa FDI” beraksi lagi.

“Sudah RM680 bilion (BILION) masuk. Anda tak nampak kerana kilang-kilang itu tidak kelihatan,” tulisnya.

Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu turut menyebut tentang “mahamiskin” yang dilihat sindiran kepada perkataan “mahakaya” yang sebelum ini lazim disebutkan PMX.



“Dalam masa yang sama, golongan Mahakaya perlu bayar cukai. Bukan Mahamiskin.

“Entah bagaimana, secara tidak langsung, yang miskin juga menderita,” dakwa Mahathir yang pernah dilapor sebuah portal memiliki kekayaan sebanyak AS$40 bilion bersamaan kira-kira RM188 bilion.

Sehubungan itu, Mahathir meneruskan sindirannya yang ingin PMX mengadakan lebih kerap kunjungan ke seberang laut bagi membawa pulang lebih banyak ‘FDI’.

“Kita mahukan lebih banyak lawatan ke luar negara supaya lebih banyak FDI ghaib akan masuk,” tohmah Mahathir lagi.


Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen menempelak Mahathir yang pada tahun 2019 pernah berkata, pihak yang kalah sepatutnya diam sahaja.

“Patutlah Tun cakap kerajaan tiada duit nak naikkan gaji penjawat awam. Sebab Tun PEMALAS buat lawatan rasmi delegasi. Terbitkan hutang saja untuk pelbagai projek mega. Apa susah.

Madey ni jenis pelupalah. Lepas Bersih 5.0 jadi PM7. Lepas tu letak jawatan. Hooray. “Bapa Pelingkup Negara”.


“Orang kalah buat cara kalah. Bukannya menganjing orang. Ingatlah pesanan PM 7 ni wahai Mahathir,” demikian antara kecaman warganet.




ost

Conversatio

BAPA FDI 1.    Hooray. 2.    Now Italy “is set to invest RM8.13 billion in Malaysia”. Great! 3.    Wait for France and Brazil? More billions. 4.    “Bapa FDI” is at it again. 5.    Already RM680 bil. (BILLION) has come. 6.    You cannot see it because the factories are invisible. 7.    In the meantime Mahakaya have to pay tax. Not the Mahamiskin. 8.    Somehow indirectly the miskin suffers. 9.    We want more visit to foreign countries so that more invisible FDI will come. DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 4 July 2025