ATOK JADI PENGERUSI MPN, ITU CADANGAN ANAK ATOK DI PARLIMEN HARI INI


Kat parlimen tadi, jerlun berucap.  Aku ingatkan banyak la isu rakyat yang dia nak sentuh.  Last-last dia cadangkan bapak dia dilantik jadi Pengerusi MPN.  Alasan dia, Mahiadin tu PM gagal, tak layak nak urus MPN.  


Aku setuju bahawa memang Mahiadin tu tak layak jadi Pengerusi MPN sebab dia gagal jadi PM  sebelum ini.  Tapi, meletakkan atok jadi Pengerusi MPN, lagi tak layak sebab atok bukan saja gagal pertahankan kerajaan PH tapi dia satu-satunya PM yang mnjatuhkan kerajaannya sendiri.  Siapa boleh jamin, jika atok jadi Pengerusi MPN hari ini, esok lusa dia letak jawatan macam dia letak jawatan sebagai PM itu hari.Dia kan nyanyuk.


Jadi, lebih baik jgn lantik sesiapa pun yg dah nyanyok pegang jawatan penting.


WFAUZDIN NS


I N I R E A L I T I P A S


Bob Kelanang


Inilah realiti PAS... parti yang dikaitkan dengan Agama Islam... yang katanya menegakkan Islam dalam semua keadaan...


Sekarang jadi bisu... hari ini kedai judi nombor semua beroperasi... PAS yang jadi Menteri dan Timbalan Menteri Agama senyap... xterkata apa...  RUU355 semua xtau apa jadi...  BACUL betul lar...


KAH KAH KAH… jilaker!!





BANGANG PUNYA ADUN...BAIK TAK YAH JADI YB

 

Hamidin Tajulmahmud

entah oi. ape ke nak digaduhkan ayam mahai..tak nak ayam makan ikan..Lobai pas ni memang bijak menyelesaikan isu rakyat..nak lagi tadah tangan ke langit...mana tau makanan dari sorga tughun..kiii...kiii




SHAFIE AFDAL SEPATUTNYA BACA ISI MOU SBELUM MEMBIDAS TINDAKAN PH.


Rerormasi Kota Belud


Dalam keadaan Negara berhadapan dengan Krisis Pengurusan bencana akibat Covid19, Krisis politik dan ekonomi. Sewajarnya Shafie Afdal faham akan keutamaan yang perlu dipikul oleh semua rentas parti. Bekerjasama bukan dari sudut pembentukan Kerajaan, tetapi bekerjasama mengurus covid19 yang jelas semakin Hari membimbangkan dan turut memangsakan semua lapisan rakyat. 


Tidak ada salahnya menghentikan genjatan politik sementara waktu demi menstabilkan Negara dari kebobrokan dan kebejatan politik. Titah YDPA jelas menghendakkan kerjasama semua rentas parti untuk kebaikan Negara.


MOU tidak mengikat PH untuk menyokong Kerajaan, tetapi ia sangat mengikat Kerajaan untuk melaksanakan persefahaman yang dipersetujui bersama.


#teamreformasikb



Harga bahan mentah naik: Contohilah menteri PH

 


Oleh MOHD ALI HASHIM / September 15, 2021

Menteri Pertanian, Industri Makanan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerajaan Perikatan Nasional kini sepatutnya menjadikan mantan menteri pimpinan PH sebelum ini sebagai contoh untuk diteladani.

Menurut Pengarah Mobilisasi AMANAH Pulau Pinang, Rosli Hasan, sepatutnya isu kenaikan bahan mentah termasuklah harga ayam yang naik secara mendadak diatasi dengan segera.

“Semasa PH menerajui kepimpinan, sebaik sahaja mereka mendapat tahu ataupun kedengaran keluhan pengguna dan peniaga mengenai kenaikan bahan mentah dan sebagainya, tiada lagi masa senggang untuk mereka.

” Mantan Menteri Pertanian, Datuk Salehuddin Ayub maupun mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika PH memerintah, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan segera turun padang bagi melihat lebih dekat masalah yang didengari.

” Mereka segera menjejak kaki ke pasar-pasar basah dan kering, ke bendang maupun ke jeti-jeti nelayan dengan segera sebaik saja mendengar luahan serta masalah sedemikian untuk diselesaikan tanpa peduilikan siang ataupun malam, ” tegas beliau.

Kini katanya, harga ayam yang mencecah antara RM20 hingga RM25 sekilo bukan suatu perkara yang boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana ia turut mempengaruhi kos kehidupan pelbagai pihak terlibat.

Oleh itu katanya, menteri kerajaan PN 2.0 sewajarnya mengambil tindakan segera dengan melibatkan semua sektor yang berkaitan bagi memastikan tiada ‘abang besar’ dalam menentukan harga barangan.

Tambah beliau, kerajaan kini harus segera. menetapkan harga siling bahan mentah tertentu supaya rakyat dan golongan bawahan tidak teraniaya dengan manipulasi harga barang keperluan oleh sesetengan pihak.

Ujarnya lagi, tanpa perhatian segera dan kekerapan pemauntauan, tidak dapat dinafikan, isu ini akan terus berlarutan dan mampu menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada percaturan harga yang sedang dilaksanakan.

Azalina kembali jadi Timbalan Speaker buat sementara

 

Azalina Othman Said berkata, Speaker Dewan Rakyat meminta beliau menggalas jawatan Timbalan Speaker buat sementara di bawah Peraturan Mesyuarat 7(3).


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said kembali mempengerusikan sidang Dewan Rakyat petang ini.

Katanya, langkah itu diambil selepas beliau diminta oleh Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun untuk menggalas jawatan Timbalan Speaker buat sementara waktu.

“Saya nak maklum, saya telah diminta oleh Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 7(3) untuk mempengerusikan mesyuarat bagi sementara waktu,” kata Azalina selepas kembali menjadi Timbalan Speaker.

Azalina melepaskan jawatan Timbalan Speaker pada 23 Ogos lalu atas faktor “moral, peribadi dan konflik politik”.

Kemunculan Azalina mempengerusikan sidang Dewan Rakyat petang ini dipersoalkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta penjelasan mengenai peraturan dan kenapa pelantikan sementara itu tidak dimaklumkan lebih awal.

Azalina berkata, Azhar akan membuat penjelasan berhubung pelantikan sementara itu kemudian.

“Sementara sahaja, macam (kahwin) mut’ah sekejap sahaja, Isnin, Selasa depan mungkin orang lain. (Pelantikan ini) di bawah kuasa (Peraturan Mesyuarat) 7(3).”

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon dalam kenyataan berasingan berkata, mengikut Peraturan Mesyuarat 7(3), speaker boleh meminta seorang Ahli Parlimen mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.

“Yang Dipertua boleh meminta seorang ahli mempengerusikan mesyuarat itu buat sementara dengan tidak payah diberitahu Majlis Mesyuarat dan ahli yang mempengerusikan ini tetaplah terserah kepadanya semua kuasa Yang Dipertua sehingga beliau kembali mengetuai mesyuarat.”

Pagi tadi, Azalina ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, memberi gambaran akan mempengerusikan sidang Dewan Rakyat pada petang ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar membentangkan usul menangguhkan pemilihan Timbalan Speaker baharu.

Katanya, penangguhan itu untuk kerajaan membuat pindaan Perlembagaan bagi menambah satu lagi kerusi untuk jawatan Timbalan Speaker, daripada dua ketika ini kepada tiga orang.

Beliau berkata, satu daripada tiga jawatan Timbalan Speaker itu akan diisi wakil pembangkang.

Minggu lalu, kerajaan dilapor mencalonkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Azalina itu, sementara blok pembangkang mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mewakili Pakatan Harapan (PH).

‘Kekang beruk yang lari bersekongkol jatuhkan kerajaan,’ kata Salahuddin

 

Salahuddin Ayub berkata, undang-undang lompat parti sepatutnya dilaksanakan dalam sesi Parlimen ini, selewat-lewatnya sebelum hujung tahun.


KUALA LUMPUR: Salahuddin Ayub (PH-Pulai) bersetuju dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya wakil rakyat tidak menjadikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebagai “sangkar beruk”.

Katanya, perbuatan itu juga perlu diterapkan oleh Ahli Parlimen supaya tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai sangkar beruk dengan bertindak melompat menyertai parti lain sehingga menjatuhkan kerajaan.

Katanya, beliau bersetuju dengan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 bagi menghalang wakil rakyat melompat parti.

“Saya setuju dengan undang-undang lompat parti ini, sepatutnya dilaksanakan dalam sesi Parlimen ini, paling lewat sebelum hujung tahun.

“Sultan Johor bertitah semasa perasmian DUN Johor, baginda mengingatkan jangan jadikan DUN Johor sangkar beruk, ya saya setuju jangan jadikan Parlimen (juga) dan DUN sangkar beruk, lompat kepada satu parti kepada satu parti lain sehingga jatuh kerajaan, jadi undang-undang antilompat parti penting,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Ucapan Salahuddin itu dipercayai merujuk kepada beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH0 yang keluar daripada gabungan itu sehingga kerajaan PH jatuh pada Februari 2020.

Sementara itu Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) bangkit mencelah menyoal bagaimana pula dengan tindakan Salahuddin serta beberapa Ahli Parlimen meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah.

Salahuddin kemudian menjelaskan bahawa tindakan beliau bersama beberapa wakil rakyat keluar PAS tidak menyebabkan kerajaan tumbang.

“Saya lari dari PAS dulu tak jatuh kerajaan, ini lari bersubahat, bersekongkol menjatuhkan kerajaan, ini beruk-beruk harus kita kekang, jangan ada lagi dalam Dewan Rakyat ini (melompat).

“Kita dipilih menjadi YB, bukan pelacur politik. Kita mahu Akta Lompat Parti ini dilaksana,” katanya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mencadangkan supaya RUU Akta Lompat Parti didebatkan secepat mungkin.

 


SPRM perlu lebih telus dalam kes libat ahli politik, kata C4

 

Parlimen dimaklumkan bahawa siasatan SPRM terhadap Rina Harun mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutangnya yang bernilai jutaan ringgit.

PETALING JAYA: Sebuah NGO antirasuah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya lebih telus dalam kes melibatkan ahli politik, susulan laporan semalam bahawa tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutang jutaan ringgit Rina Harun.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan SPRM terhadap Rina yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutangnya kepada sebuah syarikat penerbitan Perancis.

“@SPRMMalaysia untuk kes kepentingan awam seperti ini, lebih banyak maklumat patut didedahkan untuk memastikan ahli politik yang memegang jawatan penting benar-benar bebas rasuah,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel di Twitter.

“Kenapakah PM menjawab bagi pihak SPRM?”

Rina yang juga ketua Wanita Bersatu, mendapat notis kebankrapan atas hutangnya kepada syarikat penerbitan Perancis, Novovision berjumlah RM1,340,642.02 setakat 17 Nov 2020.

Tuntutan itu melibatkan beberapa filem, rancangan komedi dan dokumentari yang dijual kepada tiga syarikat, dengan Rina salah seorang pengarahnya.

Pada Februari, peguam Mark Ho yang mewakili Sarl Novovision berkata, Rina telah menyelesaikan hutang berkenaan tanpa menyatakan jumlah sebenarnya.

Laporan SPRM kemudian dibuat terhadap Rina berhubung sumber dana yang digunakannya untuk membayar hutang itu. Pada Julai, beberapa Ahli Parlimen pembangkang menggesa supaya SPRM mendedahkan hasil siasatannya.

Katanya, berdasarkan senarai aset diisytiharkan Rina lebih setahun lalu, beliau tidak mungkin mampu membayar hutang berkenaan dalam tempoh begitu singkat.

 


Anwar Ibrahim: Sudah Tandatangani MOU, Betulkah Kita Setuju Semua Apa Ya...

Saifuddin Nasution: Ucapan Penuh Pembahasan Titah Diraja Di Dewan Rakyat...

SAFIE APDAL TIDAK MAHU SOKONG MOU, TIDAK PERLU BERSANGKA BURUK DENGAN PH

 


Di parlimen hari ini, Sempornayg juga Presiden Warisan berucap dengan membidas PH yg tandatangan MOU bsama kjaan untuk atasi masalah rakyat.

Kalau kamu tidak mahu tandatangan, duduk lah diam2. Kamu pun bukan dari PH. Tapi bila kamu mahu jadi PM, kamu harapkan sokongan PH. Kononnya kamu tidak mahu bekerjasama dgn kerajaan bukan mandat rakyat.

Safie Apdal patut beritahu apakah perkara di dalam MOU itu yang merugikan rakyat? Apakah perkara di dalam MOU tu yang boleh menutup mulut PH untuk mengkritik kerajaan? Prinsip manakah yang PH jual apabila menandatangani MOU tersebut? Kalau MOU itu dilaksanakan, itu bonus bagi PH dan untung bagi rakyat. Kalau MOU itu diengkari, rugi bagi rakyat dan PH tidak rugi apa2 kerana PH berada di status quo sebagai Pembangkang.

Alasan Shafie menolak kerjasama atau MOU itu adalah kerana melibatkan kerajaan bukan mandat rakyat. Dia tak mahu bekerjasama dengan kerajaan tanpa mandat rakyat tetapi sanggup bekerjasama dengan orang tua saka yang menjatuhkan kerajaan PH sehingga pengkhianat masuk dan wujudnya kerajaan sekarang?

Hakikatnya, MOU itu melibatkan DSAI sebagai leader dari PH. Jika idea itu datangnya dari orang tua saka, kompom dia sokong. Itu je.

WFAUZDIN NS

 

PECACAI BAWAH DOK TERUK GILA- DEPA SEMBANG SANTAI-KAH.....

 May be an image of 1 person, suit and text that says "NO ANWAR, NO DAP"

KAH..KAH...TAK PUAS HATI JA GAYANYA

 

Tak puas hati ja gayanya...dia disedak dan dikutuk...langsung dia mohon maaf tapi macam tak redho....ha,ha,ha


May be an image of 1 person and text

WAKIL RAKYAT DIHENTAM APABILA AHLI PARLIMEN TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN- PANAS DIDEWAN!! - AZALINA "SEKOLAHKAN" AHLI PARLIMEN | Sejarah Hitam Per...



AZALINA OTHMAN Bangkitkan isu keabsahan Perdana Menteri dan juga isu penamatan Darurat yang tidak dibuat mengikut perlembagaan. Suatu sejarah hitam untuk istitusi Parlimen Malaysia.



KECOH! MUHYIDDIN DIMALUKAN ANWAR DI PARLIMEN!-JAWAPAN MUDAH MUHYIDDIN TERDESAK BARU PANGGIL



Anwar Ibrahim telah menerima tawaran MOU dari Ismail Sabri Yaakob, yang didakwa terdesak untuk mendapatkan sokongan supaya boleh kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri. Tawaran yang sama diberikan oleh Muhyiddin Yassin tetapi tidak diterima oleh Anwar. Anwar pula dilihat telah memalukan Muhyiddin di Parlimen apabila perkara ini dibangkitkan oleh seorang YB PAS. Saksikan laporannya.



TEMBERANG PARLIMEN - TAKIYUDDIN KENA TIBAI SAMPAI SPEAKER LARI KELUAR?



Nama YB Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan bukanlah asing lagi. Selain didakwa berani menderhaka kepada YDPA, beliau juga dikecam kerana didakwa menipu Rakyat Malaysia termasuklah Ahli Parlimen. Malah ramai mendakwa beliau adalah Menteri Undang-undang yang membawa musibah kepada negara. Tidak hairanlah isu beliau ini dibawa ke Parlimen.



KALAU AWAL MINTA MAAF- TAK LA ORANG RAMAI KECOH---SAJA KOT NAK HENTAM DAN PERLIRAJKAT

 


“Dengan rendah hati saya pohon maaf segala keterlanjuran tersebut dan berazam dan berjanji untuk membaiki SOP di Masjid Putra, Putrajaya,” kata beliau menerusi video di laman Facebook Masjid Putra malam tadi.

Pada 10 September lalu, tular satu video di pintu masuk perkarangan Masjid Putra, Putrajaya apabila sekumpulan orang berkumpul di kawasan tersebut kerana tidak dapat masuk ke dalam masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana kuota telah penuh.

Seorang VIP yang masuk ke masjid walaupun datang lewat dikecam oleh jamaah yang datang awal.

Tidak lama daripada itu, datang sebuah kereta mewah menurunkan seorang VIP dan dua orang yang dipercayai sebagai pengawal keselamatan dapat memasuki ke dalam masjid.

Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim dalam satu hantaran video live di Facebooknya menerangkan, memang terdapat kuota sebanyak 10% iaitu 30 orang untuk VIP.

Menurut penjelasannya, kuota 10% itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan.

“Kita nak bagi peluang kepada VIP – pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat. Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, (manakala) 270 kuota untuk jemaah biasa,” katanya.

Ekoran penjelasan itu, orang ramai semakin marah kenapa ada pihak yang mendapat layanan VIP di sebuah masjid sedangkan semua orang sepatutnya sama taraf sahaja dalam sebuah masjid.


OWHHHH....DIA BANYAK RETA LA YA...PATUT BOLEH BAYAR JOTA JOTA.....

 

Tiada unsur rasuah dalam penyelesaian jutaaan ringgit hutang Rina, kata PM


Tiada unsur rasuah dalam penyelesaian jutaaan ringgit hutang Rina, kata PM

Tiada unsur rasuah dalam penyelesaian jutaaan ringgit hutang Rina.Siasatan ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutang berjuta ringgitnya kepada sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di Paris, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Yeoh meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penyelesaian hutang itu, khasnya berhubung sumber wang berkenaan.

Julai lalu, lima Ahli Parlimen pembangkang lain menggesa SPRM mendedahkan hasil siasatan itu dan mempersoalkan bagaimana beliau mengumpul kekayaannya serta melunaskan hutangnya dalam tempoh singkat.

Mereka berkata, ini tidak mungkin dilaksanakan berdasarkan senarai aset beliau yang diisytiharkan lebih setahun lalu.

Satu laporan dibuat kepada SPRM berhubung sumber dana itu yang digunakan untuk melangsaikan hutangnya pada Februari lalu.

Rina, yang mengetuai sayap Wanita Bersatu, mendapat notis bankrap atas hutangnya kepada syarikat penerbitan Perancis, Novovision berjumlah RM1,340,642.02 setakat 17 Nov 2020.

Menurut latar belakang kes itu, Rina, yang juga seorang daripada Pengarah Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd yang sudah ditutup kini, membeli beberapa program komedi dan dokumentari dari syarikat terbabit.


Pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank sedang diusahakan

 


Oleh FAZLI RADZI / September 15, 2021

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pihak pembangkang sedang mengusahakan pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank kepada kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan berkata, pengecualian bayaran faedah tersebut untuk tempoh tiga bulan pada suku keempat tahun ini.

“Saya tekankan kepada menteri-menteri, wang yang kita suntik kepada rakyat, sebahagian besar akan diguna untuk membayar hutang. Jadi, kedudukan keluarga, kesihatan, makanan dan pendidikan akan terjejas.

“Sebab itu kita kaitkan peruntukan dana supaya tidak menggunakan wang itu untuk membayar hutang bank sehingga akhir 2021,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.


KKM teliti ‘hadiah latihan Persekutuan’ kepada doktor kontrak, kata KJ

 


Faiz Zainudin

 -

September 15, 2021

Khairy Jamaluddin berkata, KKM mahu memberi kemudahan yang sama kepada doktor kontrak supaya mereka boleh mengikuti pengajian latihan kepakaran di IPT tempatan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti langkah untuk memberi peluang kepada doktor kontrak mendapatkan “hadiah latihan Persekutuan” bagi melanjutkan pengajian sarjana yang ketika ini kelebihan itu hanya layak diterima oleh doktor tetap bagi mendapatkan tajaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pada masa ini doktor kontrak hanya boleh mendapat “parallel pathways”.

“Kita mahu memberi kemudahan yang sama kepada doktor kontrak supaya mereka boleh mengikuti pengajian latihan kepakaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

“Ini demi masa hadapan mereka dan antara yang dituntut dan dinantikan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai rancangan kerajaan untuk menjamin masa depan doktor kontrak di negara ini.


LAAAAA...BARU DRAF ??? MENARUT BETOI LA....

 


lPindaan RUU 355 masih peringkat draf


Kerajaan memaklumkan cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) masih dalam peringkat perbincangan.

Perdana Menteri dalam jawapan kepada pertanyaan lisan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) semalam menjelaskan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355 telah diadakan sepanjang 2020 dan tahun ini.

Jelasnya, siri mesyuarat itu melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI).

Menurutnya, perbincangan tersebut melihat dari pelbagai aspek khususnya Perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

“Bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah pula, kerajaaan juga sedang mempergiat usaha untuk mendraf Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 (RUU 355).

“Setelah RUU 355 dimuktamadkan kelak, RUU 355 tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil,” katanya.

Terdahulu, Khalid dalam soalan nombor 49 meminta Perdana Menteri menyatakan perancangan strategik bagi memperkasakan mahkamah syariah menerusi pindaan Akta 355 (mahkamah syariah) bagi tahun ini.

Isu RUU 355 sejak zaman Najib Razak menjadi Perdana Menteri ‘panas’ dan dilihat diperalat untuk menyerang AMANAH dan Pakatan Harapan apabila beberapa kali dibawa Presiden Pas dalam sidang Parlimen tetapi tidak sempat dibahaskan.

Polemik berhubung RUU 355 muncul sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) termasuklah aksi himpunan mega Pas di Padang Merbok di ibu negara pada 18 Februari 2017.

Cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016.

Beliau mencadangkan hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati tetapi kemudian ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.

Pada 24 November 2016 pula, Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan pindaan kepada usul pertama dibuat pada 26 Mei dengan mencadangkan hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali serta pindaan usul itu ditangguhkan.

Selanjutnya, pada 6 Mei 2017, usul itu dicadangkan semula dengan lebih mendalam Ahli Parlimen Marang dan diperjelaskan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhkan usul itu untuk dibahaskan ke persidangan berikutnya.

Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu, persoalan mengenai RUU 355 sekali lagi dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

Pada 22 Julai 2020, dalam soalan lisan Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) mengenai statusnya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Ahmad Marzuk Shaary, memaklumkan ia memerlukan pertimbangan dan penelitian menyeluruh agar tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hingga kini RUU 355 belum dibahaskan.


Kerajaan yang lemah jadi faktor kes Covid-19 terus meningkat, analisa negara dunia buktikannya

 Kerajaan yang lemah jadi faktor kes Covid-19 terus meningkat, analisa negara dunia buktikannya


Kerajaan yang lemah jadi faktor kes Covid-19 terus meningkat, analisa negara dunia buktikannya. Kenyataan Pakar penyakit berjangkit yang diiktiraf Badan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Adeeba Kamarulzaman memberi gambaran yang tepat senario krisis Covid-19 di Terengganu dan juga di Malaysia.

Kita perhatikan, dimana wujud kerajaan yang lemah seperti di Bolivia, Peru dan Afrika Selatan, maka di situlah masalah Covid-19 kekal dan bertambah.

Di negara negara ini juga terdapat sikap dwi standard iaitu antara dua darjat di mana rakyat hilang hormat kepada SOP kerajaan yang dlkuatkuasa secara tidak adil.

Contohnya di Terengganu, nyawa rakyat diperjudikan demi perniagaan namun tiada kompaun dikenakan terhadap pengurusan perniagaan hotel kerajaan yang bersalah.

Kenyataan YB Khairy semalam masalah rakyat tidak patuh SOP amat tepat tetapi ia mesti disertai juga patuh SOP dari pihak kerajaan.

Rakyat bosan melihat banyak pihak VIP dan kerajaan yang terlepas denda melanggar SOP yang melibatkan risiko nyawa.

Nampaknya pembukaan pintu pelancongan tempatan di Terengganu mulai 1 September lebih menjadi keutamaan kerajaan bukannya keselamatan rakyat.

Berita Hotel Primula milik kerajaan Negeri Terengganu, masih beroperasi pada 5 September walaupun jangkitan pertama Covid-19 bermula 16 Ogos dan kes positif mencecah 35 pekerja sebelum notis penutupan dikeluarkan amat mengejutkan dan mendukacitakan.

Kalau hotel swasta, hanya dua atau tiga orang jangkitan sudah diarahkan ditutup.

Itu pun hanya berlaku selepas puluhan pekerja hotel mengadu kepada kami dan satu aduan rasmi kepada KKM yang mengeluarkan arahan segera untuk tutup.

Hari ini selepas sebulan mula merebak Covid-19 di Primula dan 10 hari selepas KKM mengarahkan seluruh hotel ditutup, masih tidak ada pengumuman saman atau apa apa tindakan denda ke atas hotel kerajaan tersebut.

Inilah yang dimaksudkan oleh Dr Adeeba amalan atau sikap dwi standard antara dua darjat oleh kerajaan yang hanya menghukum rakyat biasa dan tidak kepentingan kerajaan.

Kerana rakyat anggap kerajaaan tidak serius bertindaklah diantara sebabnya kebelakangan ini tahap Covid19 di Terengganu telah meningkat sekitar 900 jangkitan berbanding sekitar 100 sahaja dahulu.

Kami mendesak Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengambil tindakan tegas atas insiden Hotel Primula yang melibatkan kluster Primula seramai 35 orang jangkitan, dengan 22 orang lagi masih menunggu keputusan ujian. Hari ini pula puluhan yang telah diuji minggu lepas, diminta diuji semula pada Rabu 15 September..

Ramai pekerja dan ahli keluarga mereka dalam ketakutan seperti laporan sebuah portal terkemuka yang telah menemubual mereka.

Laporan ada juga menyebut EXCO Kesihatan Negeri Dr Alias Razak menyatakan mereka hanya mengikut arahan dari KKM seolah olah KKM pula yang tidak menjalankan tugas pemantauan walhal KKM hanya bertindak mengikut maklumat yang disampaikan kepada mereka oleh pihak hotel. Adakah maklumat terperinci di berikan oleh hotel kepada KKM?

KJ selaku Menteri Kesihatan yang baru perlu berlaku tegas dan adil memastikan denda dan hukuman setimpal dikenakan kepada hotel yang bersalah walaupun ianya milik kerajaan.

Tidak berapa lama dahulu beberapa anak muda rider FoodPanda di Terengganu telah di saman ribuan ringgit kerana makan pada waktu rehat tanpa penjarakkan mengikut SOP. Bagaimana pula saman denda dengan hotel jutaan ringgit milik kerajaan Negeri?

Isu Hotel Primula melibatkan setakat ini sekurang kurangnya 35 kes positif tidak termasuk 3 keluarga di rumah dan kenapa selepas 10 hari masih tiada hukuman denda dikenakan sebagai contoh seriusnya penguatkuasaan SOP Kerajaan mengatasi COVID19?

Seperti kenyataan pakar penyakit berjangkit seperti Dr Adeeba, jika kerajaan lemah dan mengenakan denda hukuman dua darjat, rakyat tidak akan mengambil serius SOP dan masalah COVID 19 akan sukar diatasi.

Rakyat menaruh harapan tinggi kepada Khairy Jamaluddin agar membetulkan persepsi ini dan membuktikan seriusnya kerajaan mengatasi Covid19 demi negara tercinta menjelang hari Malaysia 2021.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi PAKATAN HARAPAN Terengganu
Pengerusi AMANAH Terengganu.


Sumber:

MUHYIDDIN VS ISMAIL!! - SIAPA ANWAR IBRAHIM LEBIH PERCAYA?

Doktor kontrak, sijil vaksin antara fokus Dewan Rakyat hari ini


Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari, iaitu sehingga 12 Okt. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perancangan masa depan untuk doktor-doktor kontrak, maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri serta tindakan terhadap golongan yang memalsukan sijil vaksin adalah antara isu yang bakal dikupas dalam sidang Parlimen hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat sidang Dewan Rakyat yang bermula 10 pagi itu, persoalan mengenai rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak akan diajukan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) kepada Menteri Kesihatan dalam sesi jawab lisan.

Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) pula meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan proaktif kerajaan mengenai maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri, terutamanya di Sarawak dan tindakan atas isu individu tanpa pengenalan diri.

Shaharizukirnain Abd. Kadir (PAS-Setiu) akan turut bertanya kepada kementerian sama mengenai tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil vaksin.

Antara isu lain yang bakal diketengahkan adalah langkah diambil Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum menyambung semula perbahasan Titah Diraja.

Turut dijadual dibentangkan bagi bacaan kali kedua adalah Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020, Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020, Rang Undang-Undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020, Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.

Hari ini adalah hari kedua Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 diadakan bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari, iaitu sehingga 12 Okt.

(LIVE) Siaran Langsung Dari Parlimen: Sidang Parlimen 15/09/2021 - Sesi ...

Anwar Ibrahim: Perbedaan Ketara Antara Tawaran Pagoh & Persefahaman Poli...

INI BUKAN SCHEME OF THINGS



Menurut Khalid Majlis Presiden PAKATAN HARAPAN sedang membuat penilaian tawaran Ismail Sabri, dan telah melantik jawatankuasa lima anggota untuk berbincang dengan lima jawatankuasa pihak Kerajaan. Beliau juga menyangkal pendapat bahawa jika PAKATAN HARAPAN menyokong cadangan Kerajaan ini, bermakna Ismail Sabri yang menang dan beliau adalah reformer sebenarnya.

Pas akui sukar kalahkan PH kalau MN pecah

 



Oleh FAZLI RADZI / September 15, 2021

Pas mengakui usaha untuk menentang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan gagal jika Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai dengan Umno pada dua tahun lalu gagal dipertahankan.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik berpendapat, perpecahan MN adalah paling ditakutinya berbanding jika PH berjaya merampas kembali Kerajaan Persekutuan.

“Jika orang bertanya kepada saya, apa yang paling saya takut, PH rampas balik kerajaan ini atau MN pecah?

“Tanpa ragu saya akan jawab saya lebih takut MN pecah. Kalau ditanya kenapa saya lebih takutkan perpecahan MN berbanding tumbangnya kerajaan ini?

“Saya akan jawab. Jika MN pecah, kerajaan ini juga akan tumbang dan sukar lagi untuk dikalahkan PH dalam keadaan MN sudah berpecah,” katanya dalam hantaran di Facebooknya lewat tengah malam tadi.

Namun, Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yakin PH akan dapat ditumbangkan kembali jika hanya kerajaan yang tumbang dan MN masih erat.

“Maaflah kalau pandangan saya berbeza dengan anda (penyokong MN). Alasan saya, jika kerajaan ini tumbang hanya ada satu kemudaratan iaitu KEKALAHAN.

“Tapi jika MN pecah akan ada dua kemudaratan iaitu KALAH dan HILANGNYA RAHMAT PERSAUDARAAN,” tegasnya sambil menggunakan huruf besar sepenuhnya bagi beberapa ungkapan tersebut.

Sehubungan itu, Mokhtar menyeru hubungan Pas dengan Umno terus dipelihara agar tidak kecundang pada PRU-15 akan datang.

“Jagalah ikatan persaudaraan. Kerana ianya rahmat Allah. Insya-Allah dengan rahmat persaudaraan ini kita tidak akan terkalahkan,” katanya lagi.

Pendirian Mokhtar dengan mengaitkan MN itu dilihat selari dengan reaksi beberapa pemimpin Pas mutakhir ini.

Bulan lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa dukacita sejurus Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap Mahiaddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, tindakan Zahid itu tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti termaktub dalam piagam MN.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menegaskan kembali bahawa penubuhan MN yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

Menjelang penamaan Perdana Menteri menggantikan Mahiaddin sebelum ini juga, Pas kembali menyeru nama MN selepas platform kerjasama gabungan politik Melayu-Islam itu dilihat ‘sepi’ sepanjang tempoh 17 bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menegaskan pembina MN adalah Presiden Umno dan Pas berserta seluruh ahli kedua-dua parti itu.

“Kukuh Muafakat Nasional, kukuhlah kesatuan umat yang kian berkembang dari satu tahap kepada satu tahap lebih baik yang akan menjamin kejayaan dan kesejahteraan negara,” kata Ahli Parlimen Bachok itu.



5 HARI YANG TIDAK TERLAKSANAKAN


MOHD MUKHLIS 


Inilah kejutan yang menteri agama janji, kalau 5 hari mereka berkuasa. Rupa-

rupanya nak bagi keutamaan pada kedai nombor ekor. Mujur kedai 4d tak ada

 queue VIP, kalau tak mesti pak imam tak redha. Demikianlah kerajaan Melayu

 Isle...


4D shops set 'to reopen tomorrow' for fully vaccinated

Perkembangan PICK, isu pengangguran jadi tumpuan di Parlimen hari ini

 

Astro Awani
Perkembangan PICK, isu pengangguran jadi tumpuan di Parlimen hari ini
Antara topik yang bakal diketengahkan ialah isu penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), masa depan doktor kontrak, isu pengangguran dan pemalsuan sijil digital vaksinasi antara tumpuan utama pada hari kedua mesyuarat pertama penggal keempat parlimen ke-14, hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu disusuli sesi ahli-ahli Parlimen mengemukakan persoalan penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri-menteri berkenaan.
Antara topik yang bakal diketengahkan ialah isu penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri, terutama di Sarawak dan langkah kerajaan untuk memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir daripada program PICK.
Sidang kali ini juga akan menyaksikan pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) pada 27 September, disusuli sesi pembahasan bermula 28 September hingga 4 Oktober.
Mesyuarat pertama bagi tahun ini juga dijadual berakhir pada minggu kelima dengan urusan majlis berkaitan Rang Undang-undang (RUU) dan urusan lain kerajaan pada 11 dan 12 Oktober depan.