KALAU AWAL MINTA MAAF- TAK LA ORANG RAMAI KECOH---SAJA KOT NAK HENTAM DAN PERLIRAJKAT

 


“Dengan rendah hati saya pohon maaf segala keterlanjuran tersebut dan berazam dan berjanji untuk membaiki SOP di Masjid Putra, Putrajaya,” kata beliau menerusi video di laman Facebook Masjid Putra malam tadi.

Pada 10 September lalu, tular satu video di pintu masuk perkarangan Masjid Putra, Putrajaya apabila sekumpulan orang berkumpul di kawasan tersebut kerana tidak dapat masuk ke dalam masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana kuota telah penuh.

Seorang VIP yang masuk ke masjid walaupun datang lewat dikecam oleh jamaah yang datang awal.

Tidak lama daripada itu, datang sebuah kereta mewah menurunkan seorang VIP dan dua orang yang dipercayai sebagai pengawal keselamatan dapat memasuki ke dalam masjid.

Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim dalam satu hantaran video live di Facebooknya menerangkan, memang terdapat kuota sebanyak 10% iaitu 30 orang untuk VIP.

Menurut penjelasannya, kuota 10% itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan.

“Kita nak bagi peluang kepada VIP – pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat. Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, (manakala) 270 kuota untuk jemaah biasa,” katanya.

Ekoran penjelasan itu, orang ramai semakin marah kenapa ada pihak yang mendapat layanan VIP di sebuah masjid sedangkan semua orang sepatutnya sama taraf sahaja dalam sebuah masjid.


No comments: