OWHHHH....DIA BANYAK RETA LA YA...PATUT BOLEH BAYAR JOTA JOTA.....

 

Tiada unsur rasuah dalam penyelesaian jutaaan ringgit hutang Rina, kata PM


Tiada unsur rasuah dalam penyelesaian jutaaan ringgit hutang Rina, kata PM

Tiada unsur rasuah dalam penyelesaian jutaaan ringgit hutang Rina.Siasatan ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutang berjuta ringgitnya kepada sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di Paris, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Yeoh meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penyelesaian hutang itu, khasnya berhubung sumber wang berkenaan.

Julai lalu, lima Ahli Parlimen pembangkang lain menggesa SPRM mendedahkan hasil siasatan itu dan mempersoalkan bagaimana beliau mengumpul kekayaannya serta melunaskan hutangnya dalam tempoh singkat.

Mereka berkata, ini tidak mungkin dilaksanakan berdasarkan senarai aset beliau yang diisytiharkan lebih setahun lalu.

Satu laporan dibuat kepada SPRM berhubung sumber dana itu yang digunakan untuk melangsaikan hutangnya pada Februari lalu.

Rina, yang mengetuai sayap Wanita Bersatu, mendapat notis bankrap atas hutangnya kepada syarikat penerbitan Perancis, Novovision berjumlah RM1,340,642.02 setakat 17 Nov 2020.

Menurut latar belakang kes itu, Rina, yang juga seorang daripada Pengarah Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd yang sudah ditutup kini, membeli beberapa program komedi dan dokumentari dari syarikat terbabit.


No comments: