Harga bahan mentah naik: Contohilah menteri PH

 


Oleh MOHD ALI HASHIM / September 15, 2021

Menteri Pertanian, Industri Makanan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerajaan Perikatan Nasional kini sepatutnya menjadikan mantan menteri pimpinan PH sebelum ini sebagai contoh untuk diteladani.

Menurut Pengarah Mobilisasi AMANAH Pulau Pinang, Rosli Hasan, sepatutnya isu kenaikan bahan mentah termasuklah harga ayam yang naik secara mendadak diatasi dengan segera.

“Semasa PH menerajui kepimpinan, sebaik sahaja mereka mendapat tahu ataupun kedengaran keluhan pengguna dan peniaga mengenai kenaikan bahan mentah dan sebagainya, tiada lagi masa senggang untuk mereka.

” Mantan Menteri Pertanian, Datuk Salehuddin Ayub maupun mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika PH memerintah, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan segera turun padang bagi melihat lebih dekat masalah yang didengari.

” Mereka segera menjejak kaki ke pasar-pasar basah dan kering, ke bendang maupun ke jeti-jeti nelayan dengan segera sebaik saja mendengar luahan serta masalah sedemikian untuk diselesaikan tanpa peduilikan siang ataupun malam, ” tegas beliau.

Kini katanya, harga ayam yang mencecah antara RM20 hingga RM25 sekilo bukan suatu perkara yang boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana ia turut mempengaruhi kos kehidupan pelbagai pihak terlibat.

Oleh itu katanya, menteri kerajaan PN 2.0 sewajarnya mengambil tindakan segera dengan melibatkan semua sektor yang berkaitan bagi memastikan tiada ‘abang besar’ dalam menentukan harga barangan.

Tambah beliau, kerajaan kini harus segera. menetapkan harga siling bahan mentah tertentu supaya rakyat dan golongan bawahan tidak teraniaya dengan manipulasi harga barang keperluan oleh sesetengan pihak.

Ujarnya lagi, tanpa perhatian segera dan kekerapan pemauntauan, tidak dapat dinafikan, isu ini akan terus berlarutan dan mampu menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada percaturan harga yang sedang dilaksanakan.

No comments: