Masyarakat Orang Asli lebih terbela bersama Pakatan Harapan kata aktivis


Aktivis Orang Asli Nasir Dollah hari ini menyeru komunitinya untuk melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi memastikan perjuangan dan kepentingan hak masyarakat Orang Asli seluruh negara terbela.
“Kita perlu sama-sama lakukan perubahan demi negara, bangsa dan anak cucu kita, jangan biarkan sepenggal lagi UMNO untuk merompak, pastinya (kali ini) kita undi Pakatan Harapan,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Beliau menzahirkan rasa gembira kerana Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli dalam manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Harapan yang telah menyiapkan beberapa Tawaran atau manifesto yang begitu sangat menyeluruh untuk rakyat Malaysia dan juga masyarakat Orang Asli.
“Setelah saya meneliti manifesto tersebut dan amat berpuas hati apabila PH telah menjanjikan untuk pembelaan khas mengenai isu dan permasalahan Orang Asli,” katanya yang juga wakil Orang Asli Majlis Pimpinan HARAPAN Kelantan.
Merujuk janji ke-38 manifesto HARAPAN katanya, HARAPAN telah berjanji akan membawa Laporan Inkuiri Nasional mengenai hak Tanah Adat Orang Asli ke Parlimen iaitu tahun pertama pemerintahan sekiranya berjaya mengambilalih pentadbiran di Putrajaya.
“Ini adalah penting saya fikir ibu segala permasalahan kita semuanya terletak dalam Laporan  SUHAKAM tersebut yang telah digagalkan oleh Umno BN sebelum ini 2013.
“Selain itu, cadangan untuk merombak JAKOA juga adalah satu formula yang baik dan perkara ini selalu saya dan rakan yang lain bincangkan serta perjuangkan,” jelasnya.
Menurutnya, kurangnya penglibatan Orang Asli dalam pentadbiran dan jawatan tertinggi agensi itu akan menimbulkan beberapa masalah disamping tidak mengenali hal ehwal dan keperluan masyarakat Orang Asli secara menyeluruh.
“Oleh itu, baik kalau JAKOA harus ditakdirkan oleh kita sendiri,” kata Nasir.
Beliau turut menyokong iltizam HARAPAN untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur di perkampungan Orang Asli seluruh negara.
Katanya, meskipun lebih 60 tahun negara ini diperintah UMNO, kemudahan jalan dan infrastruktur asas lain di perkampungan Orang Asli tidak menyeluruh dan amat mengecewakan.
“Dari sudut pendidikan dan ekonomi juga ada dalam janjinya, ini akan memberi satu peluang yang lebih baik untuk anak-anak kamai khususnya di sekolah pedalaman.
“Kalau kita lihat kelengkapan sekolah di pedalaman begitu sangat daif sekali contohnya di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop, Gua Musang.
Sejak dulu tahun 1994 saya belajar di situ sehingga pada hari ini sekolah itu masih menggunakan bangunan yang sama lagi sempit, kenapa kerajaan di bawah BN gagal untuk menaiktaraf sekolah tersebut?” katanya lagi. 

Serangan isu air makan diri Najib, masalah air Pahang lagi teruk




Dalih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengelak dari menjawab soalan mengenai 1MDB dengan menyerang kerajaan Selangor ekoran isu gangguan air akhirnya memakan diri sendiri.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji berkata, sebelum Najib menyalahkan kerajaan Selangor, beliau sepatutnya meluangkan masa meninjau keadaan bekalan air di Pahang, negeri kelahirannya.
“Di Pahang masalah air berlaku tiap-tiap hari. Bukannya dua tiga hari disebabkan saluran paip lama yang ada sudah melebihi 20 tahun,” katanya kepada Roketkini.
Menurutnya, masalah bekalan air di Pahang bukan hanya  berlaku di kawasan pinggir bandar atau bandar sahaja tetapi juga di perkampungan masyarakat Orang Asli seluruh Pahang.
Masalah air di Pahang jelas Tengku Zul boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu masalah air permukaan (seperti bahagian muka sauk) tempat sedutan air di loji yang tidak cekap kerana cetek akibat musim kemarau; dan isu mekanikal saluran yang tidak lagi mampu menampung bekalan air yang ada.
Lebih memburukkan keadaan, Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) gagal mengambil kira pembangunan setempat dalam perancangan bekalan air mereka sehingga menyebabkan bekalan air tidak mencukupi.
Selain dilihat gagal merancang sistem bekalan air dengan baik, kerajaan BN Pahang juga kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab itu menanggung beban hutang yang tinggi melebihi RM3 bilion.
“RM2 billion daripada hutang-hutang ini adalah bersangkutan dengan masalah air,” kata beliau.
Selain itu, oleh kerana gangguan bekalan air sudah menjadi kelaziman di Pahang, ia menyebabkan sebahagian syarikat pemaju perumahan menawarkan rumah yang dilengkapi dengan pam air khas di kawasan tertentu.
“Apa yg boleh saya nyatakan di sini bahawa Datuk Seri Najib sebenarnya gagal di negeri sendiri,apatah lagi Malaysia.
“Beliau sepatutnya menyediakan satu dasar yang eksklusif dan ke hadapan bagi menyediakan keperluan asas seperti air untuk rakyat Malaysia,” katanya lagi. 

P PINANG AKHIRNYA SEPAKAT SELESAI PROSES AGIHAN KERUSI

KERJA KAMI KURANGKAN HUTANG NAJIB – TUN M

LULUS USUL SEMPADAN BARU, PARLIMEN BUBAR – ZAHID

TAK JADI DIBEBASKAN 8 JUN, ADAKAH ANWAR MANGSA PENUNDAAN TARIKH PILIHANRAYA?



Dalam jawapannya di Parlimen beberapa hari lepas , Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri memberitahu, Anwar Ibrahim tidak semestinya akan dibebaskan pada 8 Jun depan.

Kata beliau, tarikh pembebasan itu boleh berubah jika Anwar didapati ada melakukan kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Difahamkan antara kesalahan di bawah peraturan tersebut yang boleh menjejaskan tarikh pembebasan beliau ialah memberi kenyataan media tanpa kebenaran daripada Jabatan Penjara.

Sebelum ini Jabatan Penjara melalui Ketua Pengarahnya, Zulkifli Omar mengesahkan Anwar akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun 2018.

Kata beliau, tarikh pembebasan sebenar Anwar ialah pada 10 Jun, tetapi oleh kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, manakala 9 Jun pula hari Sabtu, maka Ketua Umum PKR itu akan dibebaskan dua hari lebih awal iaitu hari Jumaat, 8 Jun.
Kenapa sekarang tiba-tiba  dikatakan tarikh pembebasan Anwar boleh berubah dan tidak semestinya pada 8 Jun?

Apa muslihatnya?

Adakah ini menandakan tarikh pilihanraya bakal dilewatkan sehingga selepas tarikh 8 Jun?

Adakah ini  juga menandakan BN belum yakin boleh menang, lantas memerlukan sedikit masa lagi sebelum Parlimen dibubarkan? (Shahbudin Husin )