TAK JADI DIBEBASKAN 8 JUN, ADAKAH ANWAR MANGSA PENUNDAAN TARIKH PILIHANRAYA?



Dalam jawapannya di Parlimen beberapa hari lepas , Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri memberitahu, Anwar Ibrahim tidak semestinya akan dibebaskan pada 8 Jun depan.

Kata beliau, tarikh pembebasan itu boleh berubah jika Anwar didapati ada melakukan kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Difahamkan antara kesalahan di bawah peraturan tersebut yang boleh menjejaskan tarikh pembebasan beliau ialah memberi kenyataan media tanpa kebenaran daripada Jabatan Penjara.

Sebelum ini Jabatan Penjara melalui Ketua Pengarahnya, Zulkifli Omar mengesahkan Anwar akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun 2018.

Kata beliau, tarikh pembebasan sebenar Anwar ialah pada 10 Jun, tetapi oleh kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, manakala 9 Jun pula hari Sabtu, maka Ketua Umum PKR itu akan dibebaskan dua hari lebih awal iaitu hari Jumaat, 8 Jun.
Kenapa sekarang tiba-tiba  dikatakan tarikh pembebasan Anwar boleh berubah dan tidak semestinya pada 8 Jun?

Apa muslihatnya?

Adakah ini menandakan tarikh pilihanraya bakal dilewatkan sehingga selepas tarikh 8 Jun?

Adakah ini  juga menandakan BN belum yakin boleh menang, lantas memerlukan sedikit masa lagi sebelum Parlimen dibubarkan? (Shahbudin Husin )

No comments: